Zawawi’s Wedding : Majlis Berinai

Penghujung tahun sure penuh dgn kenduri kahwin. My nephew berkahwin dgn pilihan hatinya, orang Terengganu yer. Last 2 weeks memasing dah menghantar ke Terengganu. I’m not following them, outstation. Huhuhu

P1110737Minggu lepas ni, kenduri menyambut menantu pulak. My nephew ni bising jugak katanya. Plan asal mmg nak buat simple2 jer. Tapi my sis aka Kak Ngah kemain excited. Maklum lah menantu perempuan sulong. Sure lah buat besar2 gak. 

page1 Malam minggu kita buat majlis berinai. Belah keluarga kitorang jer yg ade. Org Terengganu hari Ahad pepagi subuh baru sampai. So malam tu kita buat majlis makan2 skit tuk tetamu yg dtg. 

P1110747 Pengantin perempuan mmg kemain sengih lagi. Tapi my nephew yg kitorang panggil dia ‘Abang’ mmg payah skit nak senyum. Pemalu & pendiam dia ni dari dulu lagi. Nasib baik dpt isteri peramah. Klu dua2 pendiam payah gak :)

P1110781 Pengantin bersama adik2nya. My nieces yg dua org tu mesti org ckp kembar. Padahal umur selang setahun jer. Kakak yg belah kiri tu sekarang belajat kat UiTM Terengganu. Adiknya plak, tgh tunggu result SPM. 

P1110783 Sessi bergambar dgn pengantin. Saja suka2 memeriahkan lagi majils menyambut tetamu. Majlis berinai pun kita buat simple jer. Buat suka2 kata my sis. Byk jugak pics, tapi tak larat nak tepek semua kat sini. 

page2Dah habis majlis berinai besar pengantin, kitorang plak masing2 tumpang sekaki. Mcm2 gelagat masing2 kat atas pelamin. I olsss pun tumpang sekaki. Nk tunggu jadi pengantin tak tau bila lagi. So posing lah jap. InsyaAllah, masanya akan tiba jugak. 

Tapi kgn jgn sibuk tanya I bila nak kwin yer. Mau kena pelangkung karang. I olsss mmg garang tau bab2 kawin ni. Sensitip kata org tua2. *serious ni, bkn main2*

page5Pelamin yg Kak Ngah Lyn kata simple. Simple ape gitu. Meriah ya amat. Cantik & mmg simple jugak. Tak lah serabut sana sini. The theme was green. Not so dark. Org panggil hijau pucuk pisang gitu.

Majlis habis dalam pukul 10pm++. Tapi kitorang biasalah borak2 lepak2 dulu. Sesekali berkumpul adik beradik mmg byk jer lah ceritanya. Pukul 12.30am baru gerak balik rumah. Owh yer, kenduri ni buat kat rumah keluarga Arwah abg ipar Lyn. My sis tu balu yer. Abg ipar Lyn dah meninggal lebih kurang 10 thn yg lalu.

Balik2 mandi2, kebabom tido. Sebab esoknya kena bangun pagi tuk majlis bersanding plak. Tunggu cerita sambungannya yer :)

2 comments:

Amanda Suria said...

pak pung pak pung..selamat pengantin baru...semoga kekal abadi bahagia ke anak cucu..sentosa murah rezeki....

Lyn Yusoff said...

Along,
terima kasih along