Lawak Petang

Suratkhabar

Tina, 8 tahun, di suruh oleh ibunya untuk menjaga adiknya yang sedang bermain, kerana ibunya sedang memasak.

Ketika sedang bermain, bayi adiknya itu memakan suratkhabar hampir habis 1 halaman. Tina sangat terjut dan takut dimarahi oleh ibunya.

Tina : Ibu.... Adik makan surat khabar sampai hampir habis!! 

Ibu : Apa?!!

Dengan terkejutnya dan sambil berlari.. si ibu merebut sisa suratkhabar yang ada. Lalu dengan senyum si ibu menjawab.

Ibu : Emm.. biarkan lah dia.. ibu ingatkan suratkhabar hari ni.


Keretapi

Sarjo memohon perkerjaan sebagai penjaga lintasan keretapi. Dia dihantar berjumpa Pak Basri, ketua bahagian lalulintas, untuk di interview.

"Katakan ada 2 keretapi melalui jalan yang sama pada masa yang sama,apa yang akan kamu lakukan?," tanya Pak Basri.

"Saya akan pindahkan salah satu rel yg lain,"jawab Sarjo.

”Kalau handle untuk mengalihkan relnya rosak, apa yang akan kamu lakukan?"tanya Pak Basri lagi.

"Saya akan turun ke rel dan membelokkan relnya secara manual".

"Kalau tidak berfungsi atau alatnya rosak, bagaimana?".

"Saya akan balik ke pejabat dan menghubungi stesyen terdekat."

"Kalau telefonnya sedang digunakan?"

"Saya akan lari ke telefon awam yg terdekat?"

"Kalau telefon awam rosak?"

"Saya akan pulang menjemput nenek saya."

"Ooo....tapi kenapa pulak awak jemput nenek awak?" tanya Pak Basri kehairanan.

"Kerana seumur hidup nenek saya selama 73 thn , nenek saya belum pernah melihat keretapi berlanggar."


Kunci

Awang talipon cikgu dia, nak bertanyakan sesuatu.
Awang : Hello cikgu,esok pukul berapa perpustakaan bukak??
Cikgu : Pukul 9 pagi..
Awang : Cikgu boleh awal sikit tak??dalam pukul 7 pagi..
Cikgu : Rajinnya kamu…kenapa nak bukak awal??
Awang : Saya kena kunci dalam perpustakaan.
Cikgu : !#$^&$#*


2 comments:

Mummydearie said...

Apa punya maklah...hehehe... Ya juga ek, kita pun tak pernah tengok keretapi berlanggar :D

Lyn Yusoff said...

Mummydearie,
ada betul nya jugak kan kes keretapi tuh... tergelincir adalah hehhee