Geli Hati

Kesulitan Mencetak Warna Kuning

Suatu hari seorang Pegawai Khidmat Pelanggan di syarikat mesin cetak mendapat panggilan dari Pak Pandir iaitu salah seorang pelanggannya. Pak Pandir rupanya mendapat kesulitan untuk mencetak warna kuning, hanya warna cyan dan magenta yang kelihatan.

Pegawai Khidmat Pelanggan pening kepala memikirkannya, apalagi ketika Pak Pandir mengatakan bahawa pencetaknya boleh mencetak warna-warna lainnya, termasuk kombinasi warna kuning, seperti hijau. Pegawai Khidmat Pelanggan kemudian meminta Pak Pandir untuk mengganti cartridge kuning, memadam driver-nya dan kemudian meng-install-nya kembali. Tapi saranan itu tidak membuahkan hasil. Bahkan teman-teman Pegawai Khidmat Pelanggan lainnya tidak ada yang tahu bagaimana caranya mengatasi masalah ini.

Setelah dua jam dalam kebingungan, Pak Pandir bertanya, "Boleh tak saya mencetak di atas kertas putih daripada di atas kertas kuning yang saya pakai sekarang nie?"

Pegawai Khidmat Pelanggan, "?????"


Bihun dan Mee di Supermarket

Bihun sangat cemburukan mee. Walau duduk di rak bersebelahan di supermarket, mereka tak pernah bertegur sapa. Malah bihun sering mempersendakan mee di depan umum, "Dasar si kuning gemuk... ingat orang suka sangat kat dialah tu!" hari-hari berlalu... namun mee buat derk aje dengan segala kerenah dan hinaan bihun.

Sehingga satu hari pekerja supermarket mengalih rak mee ke tempat lain. Bihun gembira kerana tidak lagi melihat musuh tradisinya.

Hari berikutnya rak baru diletakkan di sebelah bihun, rak spaghetti. Bihun rasa marah dah berteriak, "Hoi, si kuning gemuk! jangan fikir ko buat teknik rebonding camtu aku tak kenal ko!!!"


Pelupa

Sepasang atuk dan nenek yang akhir-akhir ini menjadi pelupa dalam segala hal. Akhirnya pergi menemui doktor. Doktor mengatakan bahawa secara fizikal mereka sihat saja. Doktor menyarankan agar mereka membiasakan diri untuk menulis apa saja untuk membantu mereka mengingat segala perkara. 

Suatu malam kedua atuk dan Nenek tersebut sedang menonton TV. Tiba-tiba si atuk berdiri..

Nenek: "Mahu kemana?" 
Atuk: "Oh aku mahu ke dapur untuk mengambil segelas air."
Nenek: "Kalau begitu.. Tolong bawakan aku AISKRIM VANILA."
Atuk: "OK.."
Nenek: "Eh tunggu.. Sebaiknya abang tulis dulu supaya tidak lupa."
Atuk: "Ah tidak perlu.. aku ingat... Aiskrim vanila kan?"
Nenek: "Kalau begitu tambahkan strawberry dan krimnya"
Atuk: "Beres..!!"
Nenek: "Ah sebaiknya tulis semua pesananku itu..nanti pasti abang akan lupa semuanya."
Atuk: "Jangan Bimbang.. aku masih ingat.. Aiskrim vanila.. strawberry dan krimnya bukan?"

Dua puluh minit kemudian Si Atuk datang dan memberikan kepada nenek sepiring daging dan beberapa biji telur rebus.

Nenek: (dengan wajah terkejut) "Nah, Aku dah kata, Abang akan lupa pesananku.. Sepatutnya ditulis dulu."
Atuk : "Iya ke..? salah ke..? Apa yang kamu pesan tadi?"
Nenek: "ROTI BAKAR ISI JAM STRAWBERRY."


2 comments:

Mummydearie said...

Hahaha, memang gelak. Siksalah kalau dapat pelanggan macam Pak Pandir. Siksa juga kalau lakibini dah pelupa nih!

Lyn Yusoff said...

MD,
kan.. lain org cakap, lain yg di jawab.. teringat cerita keluarga 69 :)