Alhamdulillah, our kenduri tahlil running smoothly last Saturday after Zohor. Syukur sgt. Sekali gus kenduri untuk menyambut Ramadhan. Alhamdulillah tiap2 thn mmg buat kenduri mcm ni. At least, adalah jugak perjumpaan dgn saudara mara & org kampung.
Notice di beri awal. Preparation dlm seminggu jugak. Buat semua sendiri. Takde catering bagai ni. Org kata masak sendiri lagi puas hati. So anak beranak, ipar duai lah yg bertungkus lumus masak. Tak cukup tidur woiiii. Masing2 kena settled kan task masing2 yer.
Jemputan spt biasa org2 Masjid, saudara mara, kawan2 rapat & org kampung. Tok imam spt biasa mengetuai bacaan tahlil dan kemudian jamuan makan. Alhamdulillah tak hujan hari tuh. Cuma panas nya, MasyaAllah. Nasib baik khemah buat kat tempat redup.
Ralatnya, sbb Lyn tak snapped pic pun during majlis tahlil. Yg ada pun kat my nephew. Skit jer pun. Sedih betul. Mana yg ada ni pun, Lyn tepek jer dulu. I olsss pun busy sgt hari tuh. Mcm2 nak di uruskan. Even masa org mkn pun, kena check makanan ada ke tak.
My two brothers, yg kiri tu my BIL & sebelah tu abg Lyn yg bongsu. Dorang berdua ni tukang melayan org2 kat buffet line. My BIL siap kipas nak menghalau lalat. Pasang lilin pun tak jalan. hehehe.
Lauk hari tuh, nasi putih, masak lemak ikan kering dgn nenas, ayam masak merah, ulam2, sambal belacan, ikan kering, kuih muih… kuih muih dgn 10 jenis. Byk betul. Adik beradik bagi, makcik2 Lyn pun bagi. Tu yg jadi byk. Rezeki, Alhamdulillah…
Majlis ended around 3.30pm. Tapi my relatives semua ada lagi duk sok sek sok sek berborak. Group mak2, dgn mak2 jer. Group budak2, dgn budak2 jer. Lelaki2 pun gitu gak. Masing2 berkumpul. Lyn, semua group Lyn join. Maklumlah I’m flexible u. Hahaha
After that, celebrate pulak birthday budak bertiga ni. Another celebration for them. Over korang kan. Org celebrate birthday sekali jer. Korang sampai dua kali. After birthday’s song mcm2 version bahasa, it’s cutting time.
Daniel, my grandson adik si Nurul pun teringin gak nak potong cake. Bagi lah chance kan. Birthday dia lambat lagi, August nanti.
Nor’s birthday. It’s rainbow cake. Cake di tempah kat anak buah my SIL. Sama mcm mum’s birthday hari tuh. Sebab dah tau kesedapan rainbow cake tuh, that’s why kita ulang kali order.
Budak berdua yg suka sgt Frozen. Ha… amik korang. Sampai sayang2 nak di makan pic tu. Siap letak tepi muka masing2. At last makan jugak. Termakan muka sendiri. hahaha. Sampai petang baru siap semua. Relatives pun ramai yg dah balik. So kita siapkan kemas. Tinggal kan beberapa meja yg perlu jer. Sbb……
Ermmm tak habis lagi ok.
Kitorang buat steamboat plak. Hahaha. Yg ni khas untuk family kitorang jer. Saja suka2 sebelum anak2 buah Lyn balik Universiti. Bkn susah nak kumpulkan semua. Time2 mcm ni lah seronok ramai2 berkumpul. Time ni baru lah Lyn makan. Siang mmg tak makan langsung. Just jamah cake & buah2 jer. Org diet kan. Tapi mmg takde nafsu nak makan. Kenyang kot tlg dorang masak2 pagi tuh.
Malam jer Lyn mkn steamboat ulang2. Alaaaa… bkn byk mana pun. Lagi pun sedap duk hirup tomyam sup panas2. Sambil borak, sambil gossip. Ulang alik masuk rumah, sampai jam 2am pagi baru masuk tidur. Ya Allah, masing2 penat kedaung. Nasib baik semua dah siap kemas skit. Esok nya mmg bangun lambat. Letih gila. Tapi yg penting best dpt kumpul ramai2.
Ok siap dah semua majlis. Selesai sebelum masuk Ramadhan. Alhamdulillah..
2 comments:
Kalau kenduri, semuanya kita buat sendiri memang penat terasa sangat. Tapi kalau pakai catering, kerja mudah tapi macam tak rasa puaslah. Masa kenduri macam nilah sanak saudara, adik beradik dpt berkumpul (selain hari raya) dan bertanya khabar. Tentulah seronok,kan.
MD,
klu family Lyn mmg suka bergotong royong tak kira majlis apa pun.. lagi meriah. baru seronok dan puas.. baru lah org tau ade majlis.. klu pakai catering, senyap sunyi jer rumah. tak best
Post a Comment