Hantu Rebung

LOL..

Hantu rebung tak pernah pulak dgr kan. Hehehe. Ni gelaran yg di beri pada sapa2 yg suka sesuatu. Mcm contoh, hantu choc. Kira chocolate lover lah. Sama cam hantu rebung ni, rebung lover lah gamaknya. Hehehe

I ollss lah yg hantu rebung tuh. hehehe. Kat sini payah nak cari. Yg jual mmg ada, tapi selalunya tak menepati kriteria yg dibenarkan oleh my mum. Org lama kan sure dia tau lah mana yg sedap mana yg tak. Kadang tu ada org jual siap berbau lagi. Tu lah tak boleh makan. Bau dia jer dah buat org pening kepala.

Dulu2 kat kebun Arwah Abah byklah. Skrg ni, takda lagi dah. Sbb tu nak makan rebung mmg kena beli. Tapi last week, dpt rebung satu guni dari Aloq Setar kedah, kg my BIL. Dorang balik kg, baliknya habis semua rebung, pelam segala mcm dia bawak. Pelam tu tak heran sgt, tapi rebung. Walaweeeiiiii mmg tak sabar nak makan.

PhotoGrid_1399967145190 Siap siang hari tu jugak. Lepas tu siap sagat sebelum di celur. Sbb klu tak di celur lepas di sagat, mmg akan jadi lebam. Bila dah celur, boleh dah simpan dlm fridge. Nak masak ambil jer.

Kena tunggu weekend baru boleh masak. Time anak2 semua ada.

20140518_133901Weekend hari tuh, my mum masak kuah bening rebung. Bening ni mcm masak air lah. Lebih kurang mcm masak sup sayur jugak. Tapi rebus saja, tak payah nak tumis segala. Boleh kurang kan minyak.

Since I’m not eating rice during my diet period, Lyn just ratah jer. Siang dua kali bertambah. Malam pun ratah jugak. Sedap sgt. Lagi2 rebung tu, mmg ranggup. Maklum lah rebung dari kampung kan. Rasa dia mmg lain sgt dgn rebung yg jual kat pasar tuh.

Ada dua bekas besar dlm fridge rumah my mum. Lepas ni asyik makan rebung jer lah nampaknya. Dah habis nganga je lah. Mana nak cari lagi. Huhuhu


4 comments:

Amanda Suria said...

along makan rebung tapi bukan peminat tegar...kena cara dan masakannya along makan just x berapa suka yang rebung masam...

Lyn Yusoff said...

Suria,
rebung masam tu berbau.. klu msak, satu kampung berbau.. hahahah

Mummydearie said...

Rugilah hantu rebung ratah rebung je tak makan nasi sekali *mode tukang sakat*

Akak rebung ni kurang tapi bila tengok tajuk tetiba akak teringat keladi masak asam pedas. Gulp, laparnya hujan-hujan nih!

Lyn Yusoff said...

MD,
diet kak, klu tak mau jugak makan sepinggan nasi. hehehe

keladi masak asam pedas?? tak pernah pulak. ktorang selalu masak gulai asam jer..