Lawak Suka-Suka

Burung Spesel

Pada suatu hari sorang suami baru pulang dari Brazil , membawa burung kakak tua yang sangatlah spesel. Si isteri bertanya..pada si suami..

" Abang..buat aper beli burung tu..?! Kan mahal tu..!"

Suami menjawab.. " Ala takper..burung ni spesel..tengok nie.."

Suaminya mengangkat tangan kanan dan memetik jarinya....burung itu terus menyanyi lagu POP. Si isteri sangat suka..dan menyuruh suaminya mengangkat tangan kiri plak. Si suami. berbuat demikian dan memetik jarinya, dan burung itu terus menyanyi lagu ROCK pula. Si isteri pun suka dan bertanya..

" Abang, kalau kita angkat kedua-dua tangan plak camner..?"

Suaminya menjawab.." Awak cuba la buat.."

Si isteri mengangkat kedua2 tangannya dan memetik jarinya..lalu..burung itu pun berkata...

" SATU SATU LAH, BODOH..!!! "


Pisau

Suatu hari di tengah hutan, ketika para pelajar sebuah universiti sedang melakukan penyelidikan terhadap tumbuhan hutan. Seorang pelajar senior yang juga merupakan pemimpin kepada rombongan itu berjumpa dengan sebuah pisau lipat di atas tanah. Menurut peraturan yang telah ditetapkan semasa membuat penyelidikan didalam hutan, sesiapa yang meninggalkan barang penyelidikan didalam perjalanan akan dihukum.

Lalu pelajar Senior itu dengan mengambil pisau lipat dan menghimpunkan semua pelajar untuk tujuan menghukum mana-mana siswa yang telah lalai meninggalkan pisau lipatnya.

"Siapa yang merasa kehilangan pisau lipat di tengah perjalanan tadi?" tanya pelajar senior itu.

Tak ada seorang pun yang berani mengaku.. Kemudian pelajar senior itu menambah.. "Ayuh cepat, mengaku aje la. Lagipun sebenarnya saya sudah tahu siapa pemilik pisau lipat ini kerana namanya terukir di sini. Tapi saya inginkan kejujuran kamu semua untuk mengaku!" Masih tidak ada jawaban dari para pelajar lain.

"Kerana tidak ada yang dengan jujur mahu mengakui kesalahannya maka saya akan panggil namanya?!!!"

Pelajar2 masih lagi diam. Akhirnya pelajar senior itu tidak dapat bersabar lagi.. lalu diambilnya pisau lipat tadi kemudian dengan lantang dia menyebut nama pemilik pisau itu... "STAINLESS STEEL cepat keluar...!!!"


Sakit Gigi

Pada suatu hari ada seorang wanita pergi ke klinik gigi untuk mencabut giginya.. lalu doktor gigi bertanya.

"Puan.. gigi mana yang hendak dicabut?
"Lalu wanita itu menjawab.. "gigi bahagian atas paling belakang"

Tak lama kemudian doktor dengan alat mencabut gigi mula mencabut gigi wanita itu.. tetapi yang dicabut adalah gigi dibahagian depan.. lalu wanita itu bertanya..

"Doktor.. kenapa gigi depan saya yang dicabut? kan yang sakit yang bahagian belakang?

Doktor gigi itu menjawab.. "Sabar la.. kejap lagi sampai la ke belakang"


Kisah Si Penjual Mangga

Pada suatu hari ada seorang pembeli yang sedang tawar-menawar dengan seorang penjual buah mangga.

Pembeli : "Bang, berapa harga mangga ni?"
Peniaga : "RM7 sekilo!"
Pembeli : "Amboi, mahalnye... RM5 sudah la!?"
Peniaga : "Tak boleh dik, harganya dah cukup murah tu!"
Pembeli : "Kalau tak manis, macam mana bang?"
Peniaga : "Kalau tak manis, tak payah bayar!"
Pembeli : "Kalau macam tu, bagi saya yang tak manis 10 kilo!"
Peniaga : "#$%@%&%????...


6 comments:

Mummydearie said...

Salam,

Tumpang lalu kejap. Ni tak baca lagi nanti datang baca semula ya, Lyn. Nak ajak join mengomel tanpa unsur paksaan :)

http://mummydearie.blogspot.com/2014/05/the-liebster-award.html

Lyn Yusoff said...

Mummydearie,
hahahha..
In Sha Allah kak :)

Mummydearie said...

Akak mengatuk tahap gaban sekarang ni, Lyn. Tetiba aje jadi segar-bugar dan boleh ketawa macam langsuir bila baca lawak nih!

Suria Amanda said...

tergelak besar along baca...

Lyn Yusoff said...

MD,
hahahha..
lyn pun mengantuk jugak ni..
baca balik boleh segar biji mata ni hah

Lyn Yusoff said...

Suria,
hahahhaa...
lyn nampak hehehe