Lawak Gelihati

Perubahan

Rakan-rakan Alex terkejut melihat perubahan mendadak lelaki itu yang dikenali sebagai kaki perempuan. Alex tetiba bersubang sebelah. Rakan-rakan ramai bertanya sejak bila Alex memakai subang sebelah tu?

Jawab Alex, "Sejak isteri aku jumpa subang ni dalam kereta. Takde pilihan, aku terpaksa cakap subang ni aku yang punya."


Cerita Huruf P

Paklong Punya Pasal, Pagi-Pagi Pakngah Pergi Pasar. Paklong Pesan Pulut Panggang. Parking Pulak Punyalah Payah. Pakngah Pun Pelik, Pasal Pulak Pagi-Pagi Payah Parking. Pakngah Pun Pusing-Pusing Perhati Parking. Pusing Punya Pusing, Pakngah Pun Pening. Penyudahnya Pakngah Parking Pinggir Parit.

Pening-Pening Pun Perut Pakngah Perlu Penuh. Pakngah Pun Pergilah Pekena Pasembor. Pasembor Pulak Punyalah Pedas. Pergh ! Pedas-Pedas Pun Pakngh Pulun. Pakngah Pulun Pelan-Pelan Pasal Pedas. Pastu Pakngah Pun Pulang.

Pakngah Pulang Punyalah Panas. Pakngah Pun Pasang Penyejuk. Pasang Penyejuk Pun Panas. Pakngah Pun Pelik Pasal Pulak Panas. Pakngah Pun Periksa Penyejuk. Patutlah Panas, Penyejuknya Punoh. Pakngah Pun Pergi Pulangkan Penyejuk Pada Peniaga. Pokemon Punya Peniaga!

Pikir Punya Pikir Pakngah Putuskan Pelihara Puyu. Pakngah Perlukan Peruntukan. Permohonan Peruntukan Pulak Punyalah Panjang Prosesnya. Prosedurnya Pun Payah. Pagi Petang Pakngah Panjat Pejabat Pegawai Perikanan. Pakngah Pun Pedap. Penyudahnya Pakngah Pinjam Paklong .

Pinjam Paklong Pun Paedahnya Pat Persen. Pat Persen Pun, Pat Persenlah. Puyu Punya Pasal, Pedulilah. Projek Pelihara Puyu Perlukan Pondok. Pakngah Pun Perbaiki Pondok Pakngah. Pakngah Paku Papan ... Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang .....

Pengetuk Paku Pulak Patah Patah. Pedulikan Pasal Pengetuk Paku Patah. Pikir Pulak Pasal Perkara-Perkara Penting. Pasal Pimpinan PM, Pasal Pilihanraya, Pasal Pembangunan, Pasal Perpaduan, Pasal Pendidikan, Pasal Perundangan, Pasal Perjalanan Parlimen, Pasal Perairan, Pasal Palestin, Pasal Peluang Perniagaan Pabila Puasa ... 

Pup .... Pelita Padam ! 

Pakngah pun pengsan...


Nama

Ade ialah seorang guru. Ade mendapat kerja sebagai guru sandaran di sebuah sekolah di Ampang. Selepas memperkenalkan diri, dia menyemak nama murid -murid darjah 3 Raya dan merasa agak pelik semasa membaca nama seorang murid, iaitu “W.TAUFIK WWW”. Kemudian guru tersebut menanyakan perkara tersebut.

Cikgu Ade : “Cikgu nak tahu, siapa yang bernama W.TAUFIK WWW ?”.
Taufik : “Saya Cikgu…” (Taufik menjawab sambil berdiri).
Cikgu Ade : “Taufik, saya ingin tahu, nama panjang kamu apa?”.
Taufik : “Maaf Cikgu Ade, panjang sangat..”.
Cikgu Ade : “Takpe-takpe Taufik, cakap jer..”.
Taufik : “Baik Cikgu , nama penuh saya ialah…Wabillahi TAUFIK-wal hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…”.

Cikgu Ade menarik nafas panjang dan terdiam.

Setelah dari darjah 3 Raya, Cikgu Ade kemudian masuk ke darjah 1 Mawar dan menyemak nama murid-murid.

Mata Cikgu Ade tertuju pada 1 nama yang unik iaitu “BKBKBDB DIAN”. Kemudian Cikgu Ade menanyakan siapa muridnya yang mempunyai nama tersebut.

Berdirilah seorang murid perempuan dan menjawab “saya DIAN, Cikgu…”.

Semasa Cikgu Ade melihat wajah murid itu seiras muka Taufik darjah 3 Raya.

Cikgu Ade : “Dian ada abang di sekolah ini?”.
Dian : “Ya Cikgu, nama dia TAUFIK. Abang saya darjah 3.”
Cikgu Ade : “Saya ingin tahu nama panjang Dian apa pulak?”.
Dian : “Baik Cikgu, nama panjang saya ialah…
Berakit-rakit Ke hulu
Berenang-renang Ke tepian,
Bersakit-sakit Dahulu
Bersenang-senang kemu
DIAN”

Cikgu Ade :@$%&#^%*&^$#%@!@...

LOL


2 comments:

Mummydearie said...

Gilos letak nama anak panjang bebeno. Kalau nak kahwin camna ni? Pandai si penglipur lara yang buat cerita P tu. Kita pun nak pengsan tunggu perenggan paling akhir :)

Lyn Yusoff said...

MD,
kannnn... mengah nak sebut nama panjang sgt..

tau takpe, kita pun pengsan baca