Gelak-Gelak

Cepat Kering

Ada doa orang sahabat, mereka ni sangat akrab. Sorang bernama Hanif dan yang sorang tu bernama Tony. Mereka ni penghuni setia rumah tumpangan orang-orang gila. Pada suatu hari mereka dibenarkan bermain di kolam renang yang terdapat di rumah tumpangan itu. Tapi mereka berdua ni tak pandai berenang. Si Hanif berehat-rehat di bawah khemah manakala Si Tony tak habis-habis lari keliling kolam renang tu.

Tiba-tiba mungkin kerana keghairahan Si Tony ni terus melompat kedalam kolam... apalagi terkapai-kapailah dia meminta tolong. Sahabat yang setia, Si Hanif ni dengan pantas cuba menyelamatkan Si Tony. Fuh, nasib baik tak lemas. Memandangkan Si Tony tu dah basah kuyup dan kesejukan, Si Hanif dengan pantas membalut kawannye tu dengan sehelai tuala lalucepat-cepat membawanya ke dalam bilik mereka.

Keesokan harinya Si Hanif telah dikerahkan menemui orang atasan. Kira pegawai ler tu. Apabila melihat wajah Si Hanif beliau mula berkata, "Saya ada dua berita yang perlu saya beritahu awak. Yang pertama ialah berita baik, awak akan dibebaskan kerana awak telah dapat membezakan antara kecemasan atau tidak. Tindakan awak menyelamatkan Si Tony bermakna awak kini mempunyai pemikiran yang waras.

Namun saya juga ada berita buruk untuk awak, teman baik awak telah membunuh diri. Pagi tadi saya diberitahu yang dia dijumpai didalam biliknya dengan lehernya tergantung.

Dengan muka selamba Si Hanif pun menjawab, "tidak tuan dia bukan membunuh diri tapi saya yang gantung dia supaya dia cepat kering".


Hujan

Di sebuah rumah seorang ibu menyuruh anaknya, Epul ke kedai membeli barang dapur.
Ibu : Epul..tolong pi kedai jap...belikan mak gula & tepung..
Epul : Baiklah mak.....Epul pun bersiap....

Kelihatan cuaca berubah menjadi mendung....

Ibu : Cepat sikit Epul pi kedai...hari nak hujan...
Epul : Yela....
Ibu : Cepat sikit... kang hujan kat tengah jalan nanti....
Epul : Ala mak ni...kalau hujan tengah jalan, Epul ikut tepi jalan....
Ibu : ??????????????(kuang asam punye budak)


Balik Awal

Seorang boss entah macam mana mood dia memang baik sungguh pada hari ni.Sesiapa yang nak minta balik lima jam lebih awal hari nie dia kasi tapi alasannya mestilah munasabah. Haaaa!!alasannya mestilah pasal sembahyang ajer! Tau-tau macam tu ader 4 orang pekerja bawahan datang mintak balik awal..

Pekerja 1 : Salam Boss, bulih saya pulang? Saya balik nak sembahyang kat rumah boss, leh tak?
Boss : Tak boleh!!!Kat sini kan ader surau, sembahyang jemaah lagi, lagi banyak pahalanya..!

Pekerja 2 : Saya bole balik awai kut Boss? 
Bosss : Hang apa pasai
Pekerja 2 : Saya nak balik tengok anak saya sembahyang zohor ker tak? Ntah-ntah dia ponteng?
Boss : Tak boleh balik, hang telefon saja bini hang suruh dia tengok!

Pekerja 3: A'kum Boss! 
Boss: Ha? pasal pulak ni? Nak balik awal gak ker?
Pekerja 3 : Errrrr!!Yer boss, boss baik!!he..heee!
Boss: Alasan apa lak ngko nie?
Pekerja 3 : Saya nak balik sembahyang orang mati..Ada orang kampung saya ninggal pagi tadi, nak sembahyang jenazah...!Boleh kut boss yer pulang awal?
Boss : Tak bolehhh!!!Itu fardhu kifayah jer!Orang kampung lain yang ramai tu boleh sembahyangkan. Doa kat sini pun boleh!! Dah, pergi buat kerja..

Pekerja 4: A'kum Boss! Saya nak balik awal boleh tak ari nie?  
Bos : Naper?
Pekerja 4 : Isteri saya telefon, dia kater dia dah boleh sembahyang!
Boss: Yer ker? Ha! Kalu gitu awak baliklah...Kesian awak dah seminggu nunggu!!!
Pekerja 4 : Terima kasih Boss!! hihihihihi

2 comments:

Mummydearie said...

Argghhh...terkesan sungguh lawak yang akhir tu :) Bos ni memang sangat memahami. Yang betul-betul 'penting' je boleh balik awal.

Lyn Yusoff said...

MD,
hahaha..
tu je yg penting kan... yg lain tak berapa nak penting agaknya