Last Entry For 2011

Hi LoVers,

Good afternoon everyone!!

2011 will be the end.

Tomorrow gonna be a new year & new month for everyone. Time flies.

So how’s ur planning for new year eve??

I didn't plan anything so far. Resting at home must be fun. Tak payah nak berasak2 dgn org kat luar ramai2 tuh. Dari rumah my mum pun dah boleh tgk fireworks. So okey lah tuh. Cool rite.

goodbye-2010-hello-2011To all my friends & readers…. Wishing you a New Year filled with new hope, new joy and new beginnings. InsyaAllah.

Once again, Happy New Year and a blessed 2012 everyone!!!

*Hugs*

Bye!!!

[Pic, credited to Google image]

Cara Nak Hilangkan Rasa Sedih

1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit.
Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.

Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis. Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan anda, cita-cita anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan.

Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang Sikap Risau.
Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri anda mengawal

3. Belajar Rajin Bersyukur.
Ucap syukur atas kesemua yang anda ada, apa saja. Misalnya, ucap syukur kerana anda masih ada 5 deria yang lengkap, anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang memahami anda dan anda mempunya hanphone kesayangan anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri anda. Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar Menjadi Pemaaf.
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda anda.

Ketahuilah, anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana anda tak memaafkan kesalahan diri anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri anda satu ketika dulu, ataupun anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri anda, yang membuat anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa. Belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri anda.

5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa.
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan anda dan menjadikan anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan anda boleh ketawa?

6. Ubah Fikiran
Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.

Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada anda. Anda menjadi apa yang anda mahukan.

Buat apa fikir yang buruk sedangkan anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.

7. Hati Mesti ‘Keras’.
Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan anda di masa lalu.

Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.

Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.

Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk anda.

Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.

8. Jangan lupa ALLAH.

Ini yang paling penting, perbanyakkan membaca qur'an dan sentiasa memikirkan sesuatu yang terjadi pasti ada hikmah di sebaliknya.

Credit to this blog

Tentang Dhia – Tak Puas Hati

Okey fine…

Yesterday was the last episode. Never expected anything. But to be honest, mmg Lyn tak puas hati dgn ending nyer.

Korang suka?? Lyn rasa rata2 ramai yg tak suka dgn ending nyer gitu. Am I rite??

tentang-dhia Ending yang tergesa2. Serious aku benci ending gitu. Dhia mati di sbbkan cancer serviks dan Zikir mati disebabkan stroke semasa memeluk jasad Dhia. Mmg lah Dhia & Zikir mati bersama dan bersatu di alam lain. Tapi pengakhiran nyer agak lemah.

Bagaimana pula dgn watak Ku Salmi, Zetty & Rose?? Tiada plak pembalasan yg setimpal spt mana yg Dhia alami. Dhia di seksa bertahun2 lamanyer. Dari bapanya meninggal, ibu nyer pulak dan akhirnya diri sendiri. Even sesaat pun tiada pembalasan tuk mereka yg berperangai macam syaiton.

Yang hanya di tonjolkan hanya lah plot2 kekejaman & syirik yg berleluasa melebihi kebaikan. Hingga kan tiada pembalasan yg setimpal terhadap perlakuan syirik & kekejaman yg dilakukan terhadap Dhia sekeluarga & juga Zikir. Seolah2 menunjukkan kuasa bomoh2 ni mengatasi kuasa Allah SWT. Sepatutnyer disudahi dgn ending yg lebih baik serta pengajaran kepada mereka yg mensyirikkan Allah SWT.

Ending nyer hanya begitu saja. Rose kehilangan Zikir, Ku Salmi kehilangan anak. Tak tau ape yg terjadi pd mereka. Bertaubat ke tidak, tak pasti. Takkan hanya kena pukul dgn mak sendiri kot. Tak adil sungguh. Patutnyer di seksa dorang tu sebelum mati. Baru semua puas hati kan. Hahahaha

Part Melly bahagia bersama Azmi hinggakan dpt penjagaan anaknyer Melissa tu Lyn tak amik port sgt. Dari jahat dia menjadi baik. So mcm cerita ni Tentang Melly pulak, sbb dia berjaya menggapai kebahagian instead of Dhia.

Sepatutnyer, kisah ini berpihak pada Dhia. Kata Tentang Dhia kan. Yg ku bygkan Dhia hidup bahagia bersama Zikir serta kawan2 nyer sejak kecil. Biarkan si syaiton2 tu mendapat balasan. Namun, tidak pulak berpihak disitu. Serious aku frust. huhuhu

Penat je ku layan cerita ni, tapi serious aku tak suka btul endingnya. WTF. !#%^&(*^%. Ishhhhh…

Hahaha.. tetiba emo plak kan. Over lah ko Lyn. Hahahaha

Lyn pasti pagi ni ramai lah yg buat entry pasal Tentang Dhia. Kan.. kan…

Okey, nak emo2 pun nak buat ape. Cerita je pun kan. Lagipun dah habis dah. Hehehe

Lepas ni cerita Gemersik Kalbu pulak lakonan Aqasha & Ayu Raudhah adaptasi dari novel ‘Gemersik Kalbu’. Jadi ape kata kita ramai2 meroyan lagi di twitter setiap hari Isnin hingga Khamis bermula 2nd January 2012. hahaha..

Tapi aku selalu tak puas hati dgn ending nyer…

Jadi… bagaimanakah?? Mau layan atau tidak??

Hahahaha..

[Pic, credited to Google image]

Ni Je Ubatnya….

Bila badan tak sihat, tekak pun jadi payau.

Makan ape pun serbi serab tak kena. Makan nasi lauk asam pedas pun tak rasa pape. Rasa cam air kosong jer. Benda yg sedap rasa pahit. Ermmm mcm tu lah rupanyer org tak sihat.

Tapi… bila dapat mangga masam cicah kuah rojak… hidup ko yer Lyn!!! Hahaha

IMG02050-20111026-1552 Terus rasa sedap nikmat dpt makan pelam muda cicah kuah rojak. Klu boleh nak habiskan semua. Tapi tak larat.

Buat rasa jer tuh since tekak payau ya amat kan. Bkn nak melantak sgt pun. Yg masak2 tak best sbb tak leh nak layan kruk krak kruk krak. Dpt yg mengkal2 tu best. Cicah pulak dgn kuah rojak kan.

Aduhaiiiii…

Meleleh air liur ni hah… Hahahha

Ada stock pelam mudah lagi kat rumah tu. Balik kerja nnti leh makan lagi.. Slurppppp :)

Looking Hot & Healthy in 2012

Hi Lovers,

Good morning everyone!!!

So, here we are…

2012 is just around the corner and many have their new years resolution. Myself too. Hehehe. Hope everything doing well.

What’s your new years resolutions??

New_Years_ResolutionsI didn’t share my resolutions. Just share with you guys. Hehehe

  • Loose weight?
  • Exercise?
  • Save more money?
  • Drink more plain water?
  • Earlier to bed?
  • Get enough sleep??
  • Blog more often?
  • Find new job?
  • Join gym?
  • Pay off debts?
  • Don’t get upset?
  • Stop wasting time on FB?
  • Get organized?
  • Etc… bla bla bla….

Which one yg korang nak for this year?? Hope, all will achieve their goals...

Enuff said

[Pic, credited to Google image]

Wordless Wednesday #32

IMG01743-20110814-1210 Yummmmmyyyyyyy!!!!!

Stress Je Makan….

Makan je… Stress… Huhuhuhu

Stress je.. Shopping…

Shopping jer… Stress… Hahaha

Ape lah yg Lyn melalut ni. Hahaha

Mmg tgh stress sgt skrg ni. I don’t know why. Serba serbi tak kena. Maybe dah end of the year ni kot macam2 nak kena fikir.

Azam thn2 lepas dah tertunai ke belum. Ada yg buat, ada yg tidak. Biasalah tuh. Ke azam korang semuanyer tertunai?? Klu semua tertunai, korang sgt awesome!!!!

Lately ni mmg kuat makan. Bkn kuat makan nasi pun. Kuat makan kudap-kudapan. Maksudnyer makan yg simple2 jer.

IMG02148-20111223-1826 Dpt choc dari my beloved sister. Satu kotak tu, Lyn habis kan sorang. No share at all. Kedekut kan. hehehehe. Kata tgh stress kan, so makan lah choc nak bagi hilang stress katanyer. hahaha

Nasi mmg dah berhari2 jugak tak sentuh. Since tak sihat tu mmg tak makan nasi langsung. Baru beberapa hari lepas baru makan nasi.

Lyn mmg gitu lah, klu tgh takde mood nak sentuh nasi mmg boleh sampai berminggu2. Sampai kena paksa2 baru nak makan. Tu pun klu my mum bising ler. Klu tak, Lyn okey jer.

Tapi…

She’s noticed that *wink wink*

Rezeki, Yeayyyyy :)

When I was driving to my office, got sms from someone. So berbalas sms lah kita time tuh. Menunggu bila sampai kat rumah jer. Ada org nak hantar barang. Hehehe

So menunggu penuh sabar katanyer. But dah tau dah ape isinyer. Terror tak?? Org yg nak kirim brg tuh tu awal2 dah bagitau ape yg dia nak sent.

IMG02144-20111219-2004.... Last Monday, I got it. Yeayyyyy. Masa tgh demam & Lyn ada training tu lah parcel ni sampai kat rumah. Ermmm tuan badan tau dah tuh.. Hehehe

IMG02145-20111219-2004 Itu dia pengirim nyer. Along with love. Jgn speku mak okey kata ada bf hantar brg kat I yer uolsss. Pengirim adalah seorang perempuan. Tak salah kan tulis love gitu. hehehe

Taraaaaaaaaaaaaaa……

IMG02146-20111219-2006 I got these organizer from Along for year 2012. Of coz tak guna lagi. New year nnti baru rasmi. hehehe. Anyway thx so much Along. Nnti bila2 free, kita berjimba okey :D

Girl In Pink Dress

Talking about my granddaughter, not talking about myself. Hehehehe

P1100162She’s wearing pink dress completed with accessories such as crown, earrings, necklace, ring & bracelet. So sweet of you love. hehehehe

Every time when I saw her, dia mmg tau yg wan chik dia mmg tau make-up, ater dia tgk Lyn klu nak kemana2 mmg make-up kan. So she’s noticed that. Even klu masuk bilik jer dia sibuk lah nak pegang brg make-up Lyn.

Girl rite?? Always want something yg beautiful & nice. Am I rite??

Btw, she’s accompanied her parents to go to annual dinner organized by daddy's company. Thn2 lepas tak pergi pun. So this year, dpt lah dia merasa pergi sama dgn Ummi & Abbi nyer.

So dia da bagitau yg dia nak wan chik dia make-up. Semua org okey. Alaaaaa just make-up main2 jer. Klu tak tunaikan nnti dia mengamuk plak.

On that day itself, dtg lah Lyn ke rumah my sis dgn yg lain2. Tgk2 dia dah siap. By the time Lyn nak make-up kan dia, dia taknak sampai menyorok2 dlm bilik. Habis ummi, Abbi & kitorang pujuk, dia still tak nak. Last2 Puteri yg make-up. Si Puteri mmg pantang di make-up kan. Hehehe.

Kitorang nak gak pakai kan dia blusher & lip gloss. Umminyer yg pakai kan. Lyn nak pakaikan dia taknak. So pakai kan lah skit. Tapi bila pakai lip gloss kan melekit2. Terus dia kesat kat baju neneknyer. Katanyer geli. hehehe

Hasilnyer berbaki lah blusher skit2. Hehehe

Bengang je umminyer, beriya wan chik nyer dtg, langsung taknak make-up. Pujuk2 pun taknak. Biasalah kids nowadays kan, pantang tgk org make-up mmg dia nak. Ikut mood sebenarnyer tuh. Hehehe

Enjoy On Monday....

Long Weekend :)

Hi Lovers,

Good morning everyone!!!!

This week long weekend rite?? 3 days.

What’s your planning guys??

Resting at home or long holiday...

weekendBut bila cuti ni rasa nyer nak lepak rumah & tidur saja yg best. Nak kemana2 rasa malas plak. Tapi adalah plan yg nak dibuat bersama2 family ku nnti.

Sebelum terlupa….

Merry Christmas to those who celebrate and all the best for the upcoming New Year.

Have a long weekend everyone!!!

Enuff said,

Bye!!!

Tips Penjagaan Kesihatan

Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh Agama. Banyak cara menjaga kesihatan tubuh badan maupun dari segi sains dan diajar oleh Al-Quran antaranya adalah spt:-

1. Bersenam @ beriadah.
2. Mengawal makanan.

Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Isyaallah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan).

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-

1. Mandi pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud makan darah akan mengalir keruang berkenaan.

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. Enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam

Credit to this blog

Alahaiiii Si Putu Piring

Bila org cerita pasal putu mesti org terpikir pasal putu mayam, putu buluh atau putu piring. But not talking about putu mayam ler. Ada sejarah disitu. Nak cerita ke tak nak erk… Ermmmm nti2 lah. Seriau plak nak citer. hehehe

Tapi Lyn lebih suka putu buluh aka putu bambu instead of putu piring. But okey dan sedap jugak. Lagi2 bila byk gula melaka kt putu tuh. Lagi lah sedap.

IMG02142-20111217-1742Putu piring ni my sis beli ater my mum kitorang teringin sungguh nak makan. Beli kat area petronas Batu 1 nearby mum house. Mmg familiar putuh piring tu kat sini. Klu ade pun org jual kat pasar malam jer. Ni dia mmg jual hari2. Time dia cuti tak tau lah pulak kan.

My SIL klu balik jer selalu gak beli putu piring ni. Tapi adakalanyer singgah, dah habis. Mmg laku putu piring tu. Yelah balik keje dah lewat, klu ade rezeki adalah. Klu tak, pandang jer kedai kosong tuh. hehehe

Kebetulan kitorang pegi hari sabtu tu mmg tak ramai org. Lepas jer kakak Lyn queue terus berduyun2 org dtg beratur. Hujan2 kot skrg ni org suka makan makanan panas2. Nak buat takde lah kan. Main beli jer.

Mmg sedap lah putu piring ni. Ramuan dia mmg tepat. Klu makan panas2 lagi sedap. Lyn klu boleh nak makan lima2 keping ni skali. Tapi kenalah share2. Takkan nak tamak haloba plak kan. hahaha. Tak baik woooo…

Harga pun dah naik skrg. Dulu 3 RM1.00. Skrg ni sekeping dah 40 sen. Brg naik harga, kuih pun naik harga sama.

Gaji jer tak naik2. Huhuhu…

Sup Campur Ker Sup Taugeh :)

IMG02141-20111216-2229Klu tak silap sup versi kelantan mmg ade taugeh kan. Sbb kawan Lyn dr Kelantan pun ckp cam gitu. Sbb kedai area my office tu klu buat sup ayam mmg letak taugeh. Sup yg my sis beli ni pun penuh dgn taugeh segala. Dah owner nyer org Kelantan, confirm lah wat versi Kelantan.

Tapi bila di fikirkan balik dah mcm sup taugeh plak aku rasa. Sbb penuh dgn taugeh. Hahaha

Lyn mmg suka makan taugeh. Lagi2 klu letak dalam sup kan. Rasa kruk krak gitu. Klu yg over cook tu tak berapa best.

Sup perut, paru & hati yg my sis beli ni mmg kaw2 pedasnyer. Mmg sedap tak terkata. Cuma Lyn mmg tak suka makan hati, tu yg pelik ada dalam sup tu sekali. Lupa nak pesan tak payah letak hati. Dah namanyer sup campur, semua lah dimasukkan sekali gamaknyer. Hehehe

Tapi hati ni my niece yg makan. Den tak makan sbb berlemak sgt.

Kena plak time Lyn yg tak berapa nak sihat ni kan. Sedap lah duk menghirup sup ni lagi2 bila panas2. Tak makan nasi pun takpe. Hirup kuah pun dah rasa nikmat ya amat.

Tapi bila tak sihat ni, nampak makanan yg sedap2 pun tak selera mau makan. Tgk2 gitu jer. Ater tak sedap badan kan. Klu makan pun wat syarat jer sbb nak makan ubat. Tu pun rasa nak terbelahak. Ku tahan2 kan jugak. Klu tak sebab nak makan ubat, mmg tak ingin aku nak makan. Huhuhu.

Aduhaiiiiiii, malas nyer nak makan ubat….

Wordless Wednesday #31

untitled32

Less Is More..

Balik kerja hari tuh, Lyn saja singgah rumah my sis. Hujan plak time tuh. Lagi pun dah rindu sgt dgn budak berdua tuh, Khaira & Khalisy. Lama tak jumpa. Ermm padahal baru seminggu lebih kot. Biasalah.. boring kan takde baby kat rumah. Klu ade tu, leh lah gomol2. hehehe

Borak2 dgn my sis & niece pasal family..

Mane plan nak pgi school holiday ni. Yelah yg lain2 pg USS last time, ramai jer yg tak join termasuk Lyn. Frust lah sgt kan.

IMG02138-20111215-1746So sambil borak2 tuh… my sis hidangkan lah teh O panas dgn biskut lemak. Simple kan. Tapi menarik bila mkn time hujan. Kena pulak biskut lemak yg minyak2 skit tuh. Lagi lah sedap. Klu yg kering sgt tu tak best. Cicah pulak dgn teh O panas kan. Mmg sedappppp.

Tapi…

Tapi…

IMG02139-20111215-1747 Si Khaira lah yg sgt excited. Mcm dia plak tetamu kata nenek & ummi nya. Mengalahkan wan chik dia yg dtg. Hehehe.

Dia yg mkn byk. Hehehe..

Bila tanya sedap ker??

Sedap wan chik…

Khaira lapar ker??

Haah Khaira lapar.

Ummi tak bagi makan…

Takkk..

Sabar jerlah dgr. Padahal ummi nya kata sepinggan nasi habis dia makan dgn ikan & sayur. Pandai jer kata ummi tak bagi makan yer.

Budak2 kan… klu tgk orang makan, mmg dia pun bertambah excited nak makan sama. Padahal biskut lemak & teh O panas jer pun… :)

Masak & Makan…

Balik ari ahad tu, takdelah masak segala jenis seafood ni on the spot. Mcm kerang mmg kita rebus mlm tu jugak, kopek & terus simpan dalam fridge. Mentarang simpan dalm fridge, Siput sedut simpan dalam besen. Biar lah siput tu merayau dalam besen tuh. hehehe

Cuti hari isnin tuk Selangor tu Lyn bekerja seperti biasa. Takde cuti uolsss. Orang lain senang lenang dirumah bercuti, mak jugak kena kerja. Huhuhu

Dorang plan mmg nak masak tuk dinner sume seafood yg beli tuh. Weekdays kat rumah mmg tak masa even cuti pun. Malam jer baru prung prang prung prang kat dapur.

P1100119 My SIL masak lemak cili padi mentarang yg dah dikupas & bersama dgn kerang. My SIL ni klu masak lemak cili padi mmg pedas ya amat. Leh cerry berry dibuatnyer. Tapi tak pernah pulak terjadi. hehehe

P1100120 Ni pun my SIL yg masak. Mentarang goreng berlada. Even tak letak air, tpi bila kita masak tu automatically mmg rebusan tu akan keluar. Ni sedap ratah mcm tuh jer. Klu makan dgn nasi tak feel. hehehe

P1100121 Mum just masak lemak cili padi siput sedut. Uishhh lama dah tak masak siput sedut ni. Yelah kat sini mmg payah skit nak dpt. Klu ade pun kecik2 jer. Buat sakit hati jer menyedut nnti. Time kul 7pm melayan Tentang Dhia, sempat lagi ku menyedut sorang2. Ratah jugak yg sedap.

P1100117 Hah!!! ni dia ratu siput sedut. Dari belum masak, sampai dah masak pun duk merengek2 nak makan. Tak sabar katanya. Bila dah masak, dia orang yg kedua makan lepas Lyn.

Kitorang sendiri tak pasti sape yg ajar dia makan siput sedut ni. Tau2 dah pandai jer menyedut. hahaha. Tapi yg penting ade org pantau, sbb takut dia tertelan piring siput tuh. Tapi budak kecik ni pandaiiiii.. Hehehe

Next day tu my mum kata dia cari lagi. Nasib baik neneknyer simpan kan. Klu idak, adalah orang merajuk muncung2 nnti. Hehehe

Update For Today…

Hi Lovers,

Good morning everyone!!!

Owner of this blog is having fever, flu, bad cough, headache & sore throat in package now. Yesterday, I went to training, but I feel like uneasy.

Rasa nak pengsan but ku tahan2 gak. Rasa nak menyandar jer kat kerusi. Nasib baik takde aktiviti byk sgt yg memerlukan kita ke sana ke mari. Klu tak mau collapsed agaknyer.

Ape makanan yg masuk dlm tekak ni pun, tak rasa ape. End-up keluar balik. Makan sambal yg biasa tu pun katanya pedas kaw2. Yelah tekak tak sedap. Mmg gitu. Bibir pun makin menipis. Muka pun sudah cengkung kata kawan2.

Kat my house mmg masing2 tgh tak sihat skrg ni. Started with my lil sis, my BIL, my uncle, mum, myself & now my niece Baby plak yg kena. Cuma my sis sorang ni jer yg masih sihat lagi. Lil sis, BIL & my uncle dah kembali sihat. Tinggal kitorang jer ni.

Kat rumah, masing2 duk bertampal koyok bagai. Balm CNI sentiasa menemani. Pantang sok sek sok sek terus kena calit. Klinik mmg dah pg, tapi belum ade tanda2 nak baik. Musim ker erk?? Ada gak kawan2 yg demam kemain teruk. Musim rasanyer.

Actually malam ni pun still tak larat. But sambil2 tgk TV tu update lah skit2. Yg lain2 tu Lyn dah pull back entry. Rasa malas nak publish.

I’m still flat at the moment. If bangun pagi still rasa tak larat gak, mau Lyn MC gak nampak nyer. Hopefully, I feel better. InsyaAllah.

Enuff said.

Bye!!

* This entry I write at 12 midnite & auto-publish this morning.

Memborong Seafood

Ahad lepas, bangun2 pagi my sis & mum ajak pergi Pantai Remis. Katanyer nak shopping seafood. Kat sane kan segala seafood cam kerang or siput mmg murah. End up Lyn tak pegi pun. Malas. Ater nampak bantal & tilam lagi best. Tinggal lah Lyn & my lil sis.

Aku tgk muka ko, ko tgk muka aku. Last2 masing2 membongkang kat rumah. Hehehe. Bila lapar baru bangun. Tu pun bantai makan nasi dgn telur dadar jer. Jadiklah.

Dlm pukul 5.30pm dorang balik. Jap jer ater pg pun dah tengahari. Klu pergi awal2 dorang blum menjual lagi. After Zohor baru dorang start menjual.

Balik2.. bawak sebeban plastik, siap dgn mangkuk besen penuh.

P1100113 Ada kerang. Mmg kemain besar & isi penuh kerang ni. Murah giler. 3 kilo RM10. Klu kat pasar my mum kata, sekilo pun dah RM2++

P1100114Mentarang. Pun murah. 3 kilo RM10 gak. Kat sini mmg susah nak dpt. Ni bagi my SIL, sbb dia jer yg rajin masak mentarang ni. Nak kena pandai masak, klu tak nnti berpasir.

P1100116 Siout sedut requested by Puteri. Budak kecik tu mmg hantu siput sedut.Murah jugak. Same harga dgn kerang & mentarang. Kat sini mmg mahal. Satu plastik kecik tu dah RM3. Isinyer secoet jer.

Mlm tu jugak my mum & sis kopek rebus kerang & kopek sesiap malam tu nak simpan dlm fridge. 6 kilo dibelinyer. Dah mcm nak buat kenduri plak. Saje buat simpan. Klu nak beli kat sini dah lah kecik, lepas tu mahal pulak. So beli kat Pantai Remis mmg puas hati. Dah lah murah lepas tu besar2. Baru lah puas hati makan. Betul tak??

Korang klu nak makan seafood yg fresh ni, mmg elok lah pegi Pantai Remis. Puas hati memborong.

Sesejuk Di Ice Room

Plan nak ke Ice Room ni dah lama sungguh. Bila nak pegi jer Lyn tak sihat. So budak2 ni duk request tak sudah2 kan. So bawakkan je lah. Kononnyer nak pg tengahari akhirnya drag sampai ke petang.

Sampai dah gelap dgn hujan rintik2 area Kota Damansara sana. Dalam kereta dah kemain sejuk dek aircond, pastu nak pekena ice room. Mau lah aku kesejukan. Budak2 ni no hal punya. Bkn dia heran pun. Janji dpt.

P1100077Sampai sane lepak luar saja. Tak ramai orang sbb sejuk2 ni mane ada org nak layan ice. Kitorang jer yg layan. hahaha. Bila dah sampai menu, terus blur nak pilih yg mana satu. Semuanyer tempting. Done with order.

P1100079Disebabkan duduk luar, tu yg gelap skit. Yg best kat sini leh tekan2 klu nak ape2 service. Tak payah lah ko nak terjerit2 panggil or nak angkat tangan bagai kan. Senang. Jimat masa.

page1Looks so tempting rite??? Our selections that nite. Top left is Passion Fruit Snow Ice for Puteri, shared with Lyn, follow clockwise is Black Knight-Black Sesame Snow Ice for Baby, Fries & Kiwi Fruit Snow Ice for Kakak. Saje je ordered lain2, so that blh rasa2 nti.

Antara ketiga2 snow ice ni, kiwi & passion snow ice tu sedap. Black knight tu oun okey gak. Klu pegi lagi leh rasa yg lain2 pulak.

Lyn saje ordered fries. Kitorang sume dah makan kat rumah. Dtg ice room nak pekena ice snow jer. Tu je main point dia. hehehe

P1100096 Budak kecik yg suka sgt makan ice snow, sampai asyik ckp sedappppp jer. Budak kan, pantang nampak makanan yg sedap & cantik hiasan nyer. Mmg dia suka. We spent like almost 2 hours there. Btw, masa kitorang tgh duk melayan ice room, tetiba owner dia dtg tanya,

Ok ke tak??

Kitorang jawab ok lah. Sedapppp anak2 buah ku jawab. hehehe

Since everyone enjoyed their food. Terkejut Lyn time tuh. Nasib baik tak melatah. Bagus owner dia. Jarang owner turun padang tanya kat customer.

Before balik kita snapped pics dulu depan Ice Room. Yang penting nampak the sign ICE ROOM yg besar tu.

P1100105My nieces. Kakak, Baby & Puteri. Dorang ni tak reti sejuk. Mmg tibai makan snow ice non stop. Masing2 duk rasa masing2 punya ice snow. Lyn bkn lah tak suka sgt. Tapi tgh flu & batuk kan time tuh. Shared2 pun okey.

P1100106Tgk budak2 tu je yg snapped. Auntie dia pun nak gak. hehehe. Dpt lah satu. Jadiklah drpd takde kan. I love the concept the restaurant. Decorations dia sgt cantik.

Ermm nak buat birthday party kat sini pun boleh. Nampak menarik. Dah lah my niece nak buat birthday kat sini. Ermmm pantang nampak. hehehe

Sampai ke hari ni ada gak yg mengajak pergi lagi. Tak puas katanyer makan ice snow kat sana ari tuh. Nnti lah tunggu auntie korang ni sihat..

I’m having bad cough, flu & sore throat again after 2 weeks. Huhuhuh..

Late Wishes..

Hi Lovers,

How’s your day??

Myself… just resting at home. I didn’t go anywhere.

This morning after I woke up, I’m having a flu & sore throat again… fell terrible. Huhuhu. I think I'm falling sick soon, arghhh owh NO!!!!

But hopefully, it’s not serious.

Just dropping by here to wishes…….

367191 I hope you all have a great weekend.

[Pic, credited to Google image]

Meh Dengar Meh :)

Siapa2 yg pernah tgk Ketika Cinta Bertasbih, sure korang tau lagu ni.

Layan lah yer..

Sbb tuan blog malas nak menulis panjang2.

Have a great weekend everyone!!! :)

4 Kunci Kebahagiaan

Hadis :
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa”

Riwayat Ibnu Hibban

Kehidupan yang selesa adalah suatu bentuk kehidupan yang dialu-alukan oleh Islam di mana kehidupan yang sempurna memerlukan empat elemen asas yang penting iaitu:

1. Wanita yang solehah iaitu isteri yang baik yang dapat menguruskan keluarga dan rumahtangga dengan sempurna.

2. Rumah yang luas yang boleh memberikan keselesaan untuk bermesra dengan keluarga dan anak-anak di samping dapat melapangkan fikiran dengan baik dan tenang.

3. Jiran yang baik kerana jiran merupakan orang yang paling rapat selepas sanak saudara dan keluarga. Jiran yang baik dapat menjamin keharmonian hidup bermasyarakat sehinggakan ikatan kejiranan itu boleh bertukar seakan-akan sebuah kelurga yang kasih-mengasihi dan saling mengambil berat di antara satu sama lain.

4. Kenderaan yang selesa kerana ia memberikan kemudahan dalam segala urusan.

Antara tabiat buruk yang mengancam kebahagiaan hidup ialah berfoya-foya dengan kehidupan mewah, boros harta dan membazir ketika berbelanja. Tabiat ini sering disebut dalam al-Quran sebagai punca kehancuran beberapa umat yang terdahulu.

Kemewahan hidup berbeza antara satu zaman dengan zaman yang lain, mungkin mewah pada suatu ketika dahulu, tidak dianggap mewah pada hari ini, kerana perbezaan masa, suasana dan pendapatan menjadikan ukuran kemewahan turut berbeza.

Credit to this blog

I’m craving…

IMG01958-20110929-1753 But I want pavlova from Alexis outlet..

Anyone???

Angin Berangin

Lately ni badan kurang selesa, nak kata sakit or demam tu tidak lah. Just having headache & back pain.

Sehari tu boleh tahan lagi. Maybe penat kerja kot. Tapi masuk hari kedua mmg tak tahan sgt. Semakin teruk pulak dibuatnya. Nak pegi urut tak sempat lagi, ater busy sokmo ke office. Tak boleh nak mengular.. Hehehhe

P1060337 Balm CNI ni mmg selalu dlm handbag. Tak pernah tak bawak. Senang klu sakit pala kt mane2 cekau jer dlm handbag, senang. Even dlm kereta pun ku sapu jugak klu demam. Selamba jer. Apatah lagi kat office. Bila sapu tu mmg sendawa non-stop atas bawah ler. Baru lega skit kan.

Klu senggugut dulu main sapu je kat perut. Skrg ni senggugut tak yah sapu. Dah okey dah skrg. Mmg mujarab balm ni. Bukan nak promo, tapi family members Lyn pun byk guna balm CNI ni. Berkesan.

IMG00807-20110109-2052 Dua hari lepas tak boleh nak tidur sgt sbb kt bahu ni kemain sakit ya amat. Mmg boleh sapu balm CNI ni, tak kurang gak.

Last2 ku tampal salonpas. Senang. Dah dua hari berturut2 menampal menatang ni. Okey lah skit dari biasa. Boleh lah tidur dgn nyenyak skit. Klu idak, kemain pyh nak bergerak. Nak kata bawak handbag beberat takde plak. Tapi kadang berat gak. hehehe

Hope lepas ni sihat lah cepat. Seksa dibuatnya. Nak buat ape pun serba serbi tak kena. Aduahaiiiii…

Headache & back pain… in package gitu dtg serentak.

I think I need long vacation lah. Ermmmm end of this year. InsyaAllah…

Wordless Wednesday #30

success

Baru Jer Lalu…

Ramai yg terkejut bila Jalan Tun Razak banjir kan semalam?? Seingat Lyn tak pernah lagi.

Ya Allah.. mmg tak sangka betullah. Yelah maybe hujan lebat sgt kot.

banjir Bila baca twitter yesterday, Lyn mmg terkedu betullah. Bukan ape, Lyn baru je lalu jalan tu around 3pm++ after went to Ampang point. Masa tu mmg terik & panas sungguh. Tak sangka lah hujan sampai banjir gitu. Ermmm….

Lyn mmg lalu jalan tu & straight away to my office. Sampai office mmg hujan selebat2nya. Langit pun gelap semacam.

Ya Allah, nasib baik Lyn balik from Ampang Point tu awal drpd yg masa yg dijangkakan. Klu tak, mungkin mengharungi jugak jalan yg kemungkinan dah naik air tuh.

Ermm… patut lah my client tu nak cepat jer sbb dia kata nnti ptg2 hujan. Kesian perempuan drive dlm hujan sorang2 katanya. Kemain betul instinct client ku itu. Hehehe

Sure malam tadi dah reda banjir tu kan. Tapi duk terpikir, berapa lama lah dorang yg terperangkap dalam banjir tuh. Dugaan sungguh.

Tetiba terpikir nak naik public transport pergi kerja. Rajin ker aku. Hahaha

[Pic, credited to Google image]

Big Eyes :)

Hi Lovers,

Just want to share which brand I use for my contact lens. Masa pakai yg plain Lyn guna brand air optix. Lepas tu gatal nak guna yg colour2 try plak freshlook, now bertukar ke Blincon pulak. hehehe

Brand air optix beli 3 kotak dpt 1 free, leh guna tuk 6 bulan terus. Klu yg freshlook, sepasang utk sebulan. Meaning tiap2 bulan mmg kena beli. Okey lah bila pakai. Tak janggal pun. Power dua2 belah sama yg senang. Klu power lain2, tu yg kena beli 2 pasang plak.

Lyn bertukar ker Blincon ni sbb tanya kawan2 dan akhirnya terjebak sama. hehehe.

P1100124Ape yg dorang kata tu mmg betul lah. Brand Blincon ni mmg keras skit dr brand freshlook. Sbb klu kita letak kt hujung jari dia takde lah melembik sgt compared to another brands.

Lagipun sepasang ni utk 3 bulan penggunaan. So jimat lah. Just paid RM50 tuk 3 bulan. Okey lah kan. Sbb kawan2 yg pakai brand Blincon ni even 3 bulan pun tak gatal biji mata. Klu brand lain, terlebih sehari dua pun dah gatal biji mata. Merah2 gitu.

For white packing ni ialah packet promo. Yg hok ni mmg jenis big eyes & warna dia sgt limited. Ada jugak kotak hijau & pink klu tak silap. Diff colour & price.

Mmg brand Blincon ni dr Korea klu tak silap. Tapi Lyn still berani pakai sbb di jual kat kedai2 cermin mata. Klu jual kt uptown or kat kedai biasa hok yg dlm botol tu, takut gak Lyn nak beli. Takut allergic.

IMG02133-20111209-1706...Besar kan mata Lyn??

Cantik tak?? Cantik kannnn *pengsan*

I’m wearing choco color. Tapi nampak mcm hitam sgt kan?? But klu tgk dkt2 nampak dark choco. But okey lah. I like!!! Next time boleh try color lain pulak.

So far Lyn rasa selesa. Cuma bila pakai yg big eyes ni mata korang agak lain skit. Nampak sgt biji mata besar dr size biasa. Hehehe Ramai pulak yg menegur. Sampai kan my client pun duk tegur sama. hehehe.

Skrg ni belum sebulan lagi Lyn pakai. Harap2 selesa sampai 3 bulan nti. Dah malas nak tukar2 brand lain dah. Sbb ape.. sbb jimat… RM50 for 3 bulan.

Just tukar2 warna jer nnti. Baru meriah skit. hehehe

Bubur Warna-Warni

P11000741st time tgk sagu biji yg besar2 ni kat pasaraya Econsave. My mum kata mungkin boleh buat bubur. Tapi tak beli on the spot pun. Sbb tak pernah try sebelum ni. Tapi hati tu teringin jugak nak mencuba. Hehehe

Klu korang perasan dia mcm bubble yg dlm coolblog tuh. Cam gitu lah bentuk & saiznya. Bukan sagu yg kekecik tuh tau. Ni hik yg besar. Ada dua warna hijau & pink.

So my mum ckp mcm masak bubur biasa jer lah. Kena rebus dulu sagu ni, lepas tu baru lah blh perah santan & letak gula melaka. Pastikan kuahnya betul2 masak. Klu tak nnti cepat basi.

P1100073 Dah siap pun. Alaaaa… rasanyer cm bubur cha-cha tu gak. Bezanyer tang isinya jer. Sedap jugak rasanyer. Rasa kenyal2 gitu biji sagu tuh.

1st trial pun dah sedap. Dua kali bertambah. Puteri lagi bertambah2. Dia tu mmg hantu bubur. Korang bagi jerlah dia makan ape saja bubur. Mmg fav dia. Tapi jgn letak durian. Dia mmg pantang.

Sama cam Lyn jugak. Tak suka durian.

New Pets

P1100061 Hi… my name is Lulu. Puteri ni tuan saya. Hehehe

She’s so lucky.. ape yg dia nak semuanya dpt. Dah lama dah dia pasak kat telinga sorang2 nak bela rabbit ni. Tapi masing2 tak melayan. Finally, she got it. Tu pun abahnya yg belikan.

Suka lah dia dpt rabbit tuh. Bangun pagi jer rabbit.. skit2 rabbit. Memang sokmo rabbit lah yg dia kendong hari2. Masa awal2 lah. Skrg ni dah kureng skit.

P1100065 Actually, bila2 ekor lah, jantan betina. Yg betina tu namanyer Lulu, Puteri yg punya. Yg jantan nama Sinchan. Dia bagi abgnya. Share2 lah. So name tu dorang berdua yg decide. Nak bagi nama Kiki Lala, dia kata sama plak dgn arwah kucingnya. So diletaknya nama lain.

P1100068Kemain syg budak berdua ni dgn rabbitnya. Tapi skrg ni mmg jarang sgt dorang keluarkan dri kandang nya tuh. Mmg tiap kali kat kandang lah terkurung.

Bila dia free dia akan keluarkan dr kandang tu elok2. Kehulu kehilir lah dia angkut si Lulu tuh. Selalunya abg nya jadi mangsa kena amik kan. Anak manja uolssss. Gituler….. heheheh

P1100071 My BIL beli 2 ekor arnab ni siap dgn kandang & makanan dia RM50. Murah kan. Tak sure kat maner lah. Sengaja beli warna yg gelap. Klu warna putih nnti cepat sgt comotnya.

So dah ade kawan baru kat rumah skrg. Puteri ni kadang2 dia lupa yg dia ada kawan baru kat rumah. Kadang tu satu hari dia tak jenguk si Lulu & Sinchan ni. Nasib baiklah abg dia rajin tgk2 kan.

Yelah, budak kecik mane lah tau nak jaga sume kan. Yg dia tau nak have fun jer jaga rabbit ni. Tgk org ade.. dia pun nak ade sama.

Tak Jadi Nak Sentap…

P1100057P1100058Korang bayangkan ler, bila bangun pagi nak breakfast, makanan tuk breakfast ko tak makan langsung dr dlu. Serious sentap ku di pagi ahad. Dgn perut lapar ya amati, tetiba ada pulut kuning dgn rendang daging jer.

OMG!!! dua2 pun Lyn tak makan. Setakat makan kuah kari dgn kentang tak kenyang kot. Nasi plak takde. Giler frusttttttt. Plus pulak takde org kat rumah. Semua nyer pergi kenduri kahwin & berkhatan.

Ermm ingat hati nak membeli jer makanan kat luar, tapi malas nak drive sume.

So menyelongkarlah almari makanan suddenly ternampak tauhu sumbat.

Wowwww!!!! it’s my favorite!!!!

Terus cancel nak beli makanan. Ater dah ade tauhu sumbat.

P1100056 Memula makan dua ketul dulu. But still ada space lagi dlm perut ni.. Hahahaha

Tambah lagi 2 ketul…. Ermm ada lagi space.. Heheheh

Last2 6 ketul Lyn makan sambil mengadap cerita Pisau Cukur. Hah koo!!! kenyang giler.

Nasib baik tak sentap terus sampai ke petang kan. Pandai mak ku sayang. Dia tau anak dia yg sorang ni tak makan pulut & kari daging. Di buatnya tauhu sumbat. hehehe

Mum.. u’re awesome!!!!! Love u ma!!! :D

Galak Mengeja :)

IMG02109-20111129-1931She’s Puteri, 5 years old.

Since school holiday ni, homework takde. Klu ada pun, just spelling and review skit2 jer lah. Saje nak bagi dia rest. Next year dah 6 years old. Her parents masukkan dia kat kindie yg lain pulak. Nak bagi dia environment yg lain. Takut nnti klu kat kindie yg sama, dia boring pulak. Btw, dia yg request pun. Should be ok lah klu tuan punya bdn yg request kan. Hehehe

Lately ni, klu membaca buku ape2 pun, tak kisah lah majalah ker, suratkhabar ker, bedtime story ker, mmg dia galak nak mengeja satu2. Even games yg dia main kt Y8 tu pun dia akan eja.

Words yg pjg2 tu pun, she’s managed to spell. Jarang lah dia tak dpt eja. If dia susah sgt nak eja, dia suh kita yg bunyikan dulu. So dia ikut sama then baru dia eja ikut patah2 perkataan tu.

Skrg ni mmg pantang org baca suratkhabar, dia mesti menepek sama mengeja & membaca. Camtu jugak klu kita leka baca majalah. Mesti sibuk menempel. Kat Astro tu pun dia sibuk mengeja. Kadang2 tu, kita saja suh dia eja perkataan itu ini, she’s managed to spell well.

Suka bila dia terang hati tuk belajar & mengeja.

Walaupun dia tak lahir tak cukup bulan, 7 month gitu. Otak dia seakan budak standard one. Semakin cerdik & petah bercakap skrg ni. Alhamdulillah :)

Apa2 Ajer… :)

Hari ni mcm byk benda nak dibuat. Nak hang out dgn kwn2 lah, nak pg office jap lah, nak bergossip dgn partner lah. Semua nak buat serentak. Mcm lah byk masa kan. Hehehe

Weekend gini lah nak bgn lewat skit dr hari2 yg lain kan..

So tak taulah mane satu aktiviti yg akan dibuat hari ni. Ikut kata hati jer lah nnti. If malas, mak nak membongkang saja dirumah. Lyn ni klu dah jumpa tilam bantal, alamatnyer krooohhh krooohhh lah jawabnyer. Senang… tak ganggu masa org. Tidur dgn aman gitu.. :)

My sis pun naik bosan bila dia ajak kuar, Lyn bagi alasan nak tidur. hahaha.

Dah kaki tidur, wat to do. Redha jer lah yer.. hahaha

Ape2 pun….

v

v

v

v

v

v

Have a nice weekend! - Images and gifs for social networks

[Pic, credited to Google image]

Men’s Shirt As A New Dress For you :)

Please watch first:)

Done!!

Pretty cool huh.. creative rite??

Let’s try people.

Tapi mane nak cekau men’s shirt woiiii.. Hehehe


Warna, Aura & Personaliti

Apa itu aura? secara umumnya,aura adalah terlalu kompleks dan sentiasa berubah-ubah, ia tidak boleh mentafsir secara mudah berdasarkan pada warna aura itu semata-mata. Jom kenali sifat personaliti seseorang melalui warna dan auranya.

spectrum Warna Merah adalah warna emosi dan menyediakan sumber energi.

Warna Oren adalah satu warna yang melambangkan hangat, kreatif dan emosi.

Warna Kuning adalah satu daripada warna aura yang mula-mula dan paling mudah untuk dilihat. Warna kuning pucat yang mengelilingi garis rambut menunjukkan optimis. Kuning adalah warna aktiviti mental. Ia mempengaruhi peluang pembelajaran yang baru, kepintaran, cerdik dan intelek. Warna kuning adalah warna yang mempengaruhi kekuatan idea dan kebangkitan kebolehan fizik.Semakin dalam dan gelap warna kuning itu akan mempengaruhi sifat yang agak kritikal dan bersifat dogma.

Warna Hijau adalah satu warna yang melambangkan sensitif dan cita-cita yang tinggi. Ia mempengaruhi tumbesaran, simpati dan ketenangan. Ia berkaitan dengan individu yang boleh dipercayai, berdikari dan minda yang terbuka. Warna hijau muda menunjukkan kebolehan penyembuhan. Ia adalah warna kekuatan dan persahabatan.Makin gelap warna hijau mempengaruhi kepada kegopohan, cemburu dan ketidakpercayaan.

Warna Biru adalah warna yang mudah untuk dilihat dalam banyak-banyak warna aura. Ia melambangkan kepercayaan atau keyakinan .

Warna Ungu Violet adalah warna yang mewakili kehangatan. Ia adalah warna yang mempemgaruhi hati dan minda , iaitu gabungan fizikal dan spiritual.Ia mempengaruhi semangat berdikari dan intuisi. Warna keungu-unguan yang semakin tebal menunjukkan kebolehan untuk menghadapi hubungan dengan secara praktikal. Warna yang pucat mempengaruhi kemanusiaan dan hubungan kerohanian. Warna ungu-kemerah-merahan menunjukkan keinginan dan cita-cita yang tinggi.Semakin keruh warna ungu tersebut maka ia menunjukkan kekuatan dalam menghadapi sesuatu. Ia juga menunjukkan imaginasi erotik yang tebal. Ia juga mempunyai kebolehan untuk menarik simpati dan juga seorang yang tidak dapat memahami orang lain.

Merah jambu adalah warna kasih-sayang dan warna kesucian. Ia mempengaruhi keceriaan dan semangat setiakawan. Bila melihat dalam aura, ia menunjukkan kesunyiaan, kasih-sayang dan kecantikan. Warna merah jambu menunjukkan seseorang itu tidak matang,terutama warna merah jambu yang agak keruh. Ia juga menunjukkan seorang yang amat amanah, juga seorang yang mempunyai rasa kasih-sayang dan juga seorang yang berwawasan.

Warna Emas adalah warna yang menunjukkan tenaga rohani yang cukup dinamik dan seorang yang mempunyai satu kekuatan. Warna emas yang keruh menunjukkan seseorang itu dalam proses membangkitkan inspirasi yang tinggi . Ia juga mempengaruhi proses kimia yang masih lagi aktif, bermakna individu tersebut masih cuba berusaha untuk menukar hidupnya kepada kehidupan yang lebih sempurna.

Warna Kelabu adalah warna kemasukan. Ia menunjukkan pergerakan ke arah membongkar kebolehan yang terpendam. Warna kelabu yang hampir kepada warna perak menunjukkan kebangkitan tenaga kewanitaan. Ia juga tenaga dan kebolehan untuk iluminasi, intuisi dan daya imaginasi yang kreatif.Warna kelabu yang agak keruh menunjukkan ketidakseimbangan fizikal, istimewa kepada aura yang berdekatan pada bahagian badan. Ia juga menunjukkan keinginan untuk meninggalkan tiada satu kerja yang diberikan yang tidak akan diselesaikan. Seorang yang mempunyai aura yang berwarna kelabu adalah seorang yang suka berahsia dan seorang yang suka bersendirian.

Warna Perang selalunya muncul dalam medan aura. Walaupun kebanyakan orang mengatakan perang sebagai hasil daripada ketidak seimbangan atau kurangnya tenaga, ini adalah tidak benar. Perang adalah warna bumi. Bila ia muncul pada kawasan atas kepala, ia akan mempengaruhi pembesaran yang baru.Aura perang yang melintasi muka atau kepala menunjukkan keinginan untuk diskriminasi. Jika ia muncul di sekitar kawasan cakra, ia menunjukkan bahawa bahagian tesebut perlu dibersihkan. Warna perang susah untuk ditafsirkan, kerana ia senang mempegaruhi kawasan masaalah dalam fizikal.

Warna Hitam adalah satu warna yang amat mengelirukan dalam spektrum aura. Ada sesetengah pihak mengatakan bahawa jika aura hitam hadir dalam diri seseorang, ia menunjukkan kematian atau jangkitan penyakit yang berat. Namun ada pendapat mengatakan ianya adalah warna pelindungan. Ia adalah satu warna yang melindungi individu tertentu daripada tenaga luar. Bila melihat aura ini, menunjukkan individu tersebut melindungi dirinya sendiri. Ia juga menunjukkan yang individu tersebut seorang yang ada sesuatu rahsia.

Warna Perak berkilauan Ia selalunya amat berkelip-kelip dan berwarna perak. Ia menunjukkan seorang yang terlalu kreatif . Jika hadirnya aura berwarna sebegini, ia sebagai penunjuk yang menandakan individu tersebut , individu tersebut seorang yang terlalu kreatif .

Credit to this blog

Layan Lagu Dulu La…..

Sana sini duk cerita pasal Ombak Rindu. Rata2 ramai yg kata best sampai nangis2 gitu. Lyn mmg tak pergi lagi menonton. Dgr kata semua full house kan. Best lah kot..

Aduhaiiii.. bukan lah taknak pergi menonton. Lyn ni bukan kaki movie. So bila org ckp citer itu ini, mmg Lyn blur. Nampak sgt tak ikut perkembangan filem Malaysia kan. hehehe

Sbb dah pernah ada kejadian, Lyn punya lah mengharap film tu sehebat the series nyer, tapi nan hado. So agak frust di situ.

So kita layan jer lah dulu OST Ombak Rindu oleh Hafiz & Adira yer.

Trailer dia pun agak best.

Tak tau lah bila Lyn akan dpt tonton cerita ni, atau pun tunggu jer kalau2 ade keluar di Astro First nnti.

Korang dah tgk Ombak Rindu??

Ape2 pun, Lyn masih menyokong filem Melayu kita :)

Contact Lens

IMG01573-20110719-2233 I’m wearing this brand for my daily use since 3 month ago.

Few years ago, I just wearing plain contact lenses for daily use. Dah bertahun2 pakai plain contact lenses, skrg ni terjebak pakai yg berwarna pulak. Tukar fashion lah kan. hehehe

Sekarang ni dah bertukar pd brand lain. Bukan taknak setia dgn brand freshlook ni, tapi sengaja gatal nak tukar sbb kawan2 kata brand yg baru ni sgt best. So termakan jugak hasutan2 mereka itu. hehehe

Tapi Lyn tak snapped pic lagi. Later lah erk..

Korang suka pakai brand aper yer??

Boleh share tak kenapa korang suka brand tu??