Diari Ramadhan 1433H : Day 5

Berbuka hari kelima seperti biasa saje. Tiada ape yg lainnya. Takde sape teringin nak makan makanan yg pelik2.

IMG02542-20120725-1917 Cukuplah sekadar cekodok, kurma, kuih muih adalah dalam 2 jenis dan pisang. Air manis & air panas mmg tersedia spt biasa. Itu sudah memadai.

IMG02543-20120725-1923Rezeki berbuka hari tersebut, dpt mee hailam dari SIL. Aduhaiiii meleleh air liur den ni hah. Sedap. Dah lama tak pekena mee hailam panas2 gini.

Puasa kali ni takde lah terasa sgt. Cuma tgk pic2 makanan buat hati tak tenteram. Hehehe. Bab mkn tak menjadi soal. Simple2 pun dah cukup.

Tapi cuaca lah agak panasssss, sampai kekadang jadi pening dibuatnya. Bila dah pening, jgn lah sape2 cari pasal kan. Harus lah ada yg kena nnti. Ape2 pun kena byk bersabar. Klu tak kurang pahala puasa. Yg lebih afdal, kurangkan bercakap :)

Diari Ramadhan 1433H : Day 3 & 4

Bila masuk hari bekerja berpuasa, mmg takdalah nak singgah bazaar Ramadhan gitu. Normally mmg my mum masak lauk pauk & kuih2 tu kita beli kat kedai kecik2 jer. Walaupun 7 org jer yg ada kat rumah tuh, masing2 jenis tak cerewet tang makanan. Ape yg ada kita makan. Name nak merungut idaklah.

Serba serbi yg sederhana. Bukn ape, pergi bazaar Ramadhan mmg byk yg kita teringin sangat nak mkn, tapi bila dah ade dpn makan tak terlarat ko nak makan. Akhirnya nnti ke tong sampah lah jwabnya. Jadi dari terbuang baik lah kita bersederhana.

IMG02537-20120723-1924Cekodok & nasi goreng pasti ada. Kuih muih pun adalah 2 3 jenis. Tu pun beli RM2.00. Tak habis makan pun. Tu baru beli sejenis dua jenis kuih. Klu beli berjenis2 agak2 bleh habis tak agaknya.

IMG02539-20120723-1937Ada pulak mee kari tuk juadah kami hari Isnin ari tuh. My mum teringin.Kuah kari yg berlebih tu kita buat mee kari. Masih elok lagi. So kita pelbagaikan. Jadi tidak lah membazir kan.

Next day, menu seperti biasa jugak.

IMG02540-20120724-1913 Ada cekodok, menu yg wajib setiap hari. Kuih muih skit & buah2an. Selalunya kuih muih ni my BIL & niece lah yg beli. Sbb beli dah sibuk2 kat dapur takde lah teringat nak beli ape.

So bila puasa ni masing2 diberi tugas supaya tak lah kelam kabut nnti. Yg kitorang ni biasa nya memasak & menyiapkan apa2 yg patut dari sebelum berbuka sampai lah habis waktu berbuka. Yg tukang beli kuih pass kat BIL & niece. Doranglah akan ronda2 beli kuih kat area my house.

Juadah berbuka korang pasti hebat & beraneka kan. Kami spt biasa mcm ni lah. Simple & yg pasti tidak membazir :)

Bazaar Ramadhan

Buat pertama kali nya tahun ni menjengah bazaar Ramadhan hari kedua berpuasa. Jarang2 betul Lyn & my sis buat. Hehehe. Last week, we headed to bazaar Ramadhan at Taman Sri Andalas Klang. Tempat ni mmg meriah tiap kali Ramadhan. Frankly speaking, ni lah kali pertama Lyn pergi bazaar kat sini.

Tu lah, namanyer duduk Klang. Bazaar kat Klang pun tak pernah pgi. Hahaha. Bukan malas, tapi takde ape nak beli pun. Serba serbi dah masak & boleh jer beli kat bazaar2 kecik nearby my house.

Tapi mmg meriah bazaar ni. Macam2 dijual. Korang pilih lah nak beli ape kat sini. Semuanya complete.

IMG02517-20120722-1701 Bkn amik pic akak ni, tapi amik pic suasana bazaar. So hakak, jgn nak perasan yer :P

IMG02519-20120722-1711 Air. Tapi tak pastii nape dia jual dlm ni.

IMG02521-20120722-1713Kuih muih. Tak kira lah kuih pedas ke kuih manis ker semua ada kat sini.

IMG02525-20120722-1724Agar2. Sedappppp agak2 kat sini. 5 ketul RM2.00. Boleh try lagi, tapi tunggu lah thn depan saya dtg lagi. Ahaks :)

IMG02526-20120722-1731Aneka air. Kat sini lah Lyn cari air asam boi & limau. Sedap. Satu bungkus RM2.00. Tak puas sebenarnya. Tapi lagi puas klu buat sendiri. Okey2 harap2 rajin lah nak buat kan.

Tak dpt amik pic byk2. Sbb duk melayan Puteri yg kepenatan. Tapi korang tau lah klu pergi bazaar Ramadan mcm2 aneka kuih, air yg ada. Sediakan duit, tunjuk2, dah dpt. Tapi jgn sampai membazir. Membazir tu amalan syaitan. Jadi bersederhana lah.

Diari Ramadhan 1433H : Day 2

page4Hari kedua puasa skit punya meriah. Korang tgk jelah makanan2 ni, mmg mcm2 ada. Meriah sungguh. Ape taknya, Lyn, my sis & nieces pergi terjah bazaar Ramadhan. Mmg dlm sejarah sungguh, di awal2 puasa dah terjah bazaar Ramadhan.

page5Kitorang mmg jarang sgt pegi bazaar. Sbb serba serbi dah dimasak, klu beli pun tak habis makan. Sbb tu kitorang mmg tak pegi bazaar. Normally, even tak beli ape2 pun my mum & pembantu dah siap2 masak. So okey disitu.

Tapi kali ni mmg masing2 teringin mcm2 mknn, jawapnyer beli saja. Nak buat sndiri tak done. Main2 tunjuk2 dpt lah mknn. Tu pun beli skit2 jer buat rasa. Bkn nak pulun mkn sampai lobam. Hahaha.

Elehhh… on weekend je lah nak terjah bazaar Ramadhan sbb tak kerja. Klu weekdays jgn haraplah. Balik kerja dah penat, takdalah nak terjah bazaar Ramadhan. Tapi kitorang tak kisah pun, mak kesayangan mmg masak hari2. So tak perlu risau klu tak pergi bazaar. Mkn masakan mak lagi sedap. Kannnnnnnnnn…

Sesekali pergi bazaar sbb nak rasa kemeriahannya jer. Dah dpt pergi skali pun dah cukup.

Berbuka Puasa Secara Sederhana

page7 Firman Allah yang bermaksud: " Dan makan dan minumlah kamu, dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya ALLAH tidak suka orang yang berlebih-lebihan." (al-'Araf : 31).

Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya" (al-Isra' : 27).

Puteri Belajar Puasa

Let’s me introduce you, cucu manja Puan Hajjah :D

Tak lain tak bukan.. PUTERI si intan payung. Selalu inter-frame dlm blog auntie nyer ni :)

IMG02509-20120721-1927 Baring2 di saat2 akhir nak berbuka puasa Sabtu lepas. Hehehe. Alhamdulillah, dah 7 hari dia berpuasa penuh mcm kita jugak. Hari mula2 tu nampak sgt dia letih, bila tanya nak minum ker? Dia angguk taknak. So siang tu dia baring & tidur jer. Masa umur dia 5 thn berjaya dia puasa setengah hari. Kali ni dah 6 thn apa salahnya naik kan lagi puasa sehari. Slowly2 lah kan.

Klu kita blh bising2 anak kita tak pandai ABC, apa salahnya bising skali bila time berpuasa ni. Latih lah dr peringkat awal. Bkn lah nak paksa sgt kan, tapi eloklah di ajar dari kecik. Tak gitu?

IMG02523-20120722-1720Hari kedua tu lagi nampak sgt dia letih. Mana taknya dah lah puasa lepas tu main2, mane lah tak letih. Sampai kan kita pegi bazaar nak beli mknn cam nak pengsan Lyn tgk dia. Siap berdukung katanya tak larat nak jalan.

Tanya gak nak minum ker? Dia kata taknak. Tapi kitorang tak sampai hati plak tgk dia mcm tuh. Paksa jugak dia minum, tpi jawapannya ttp taknak. Dlm kereta siap tertidur. Kepenatan.

Cekal nya wahai anak kecil ni :D

Sampai rumah sambung tidur. Dah dkt waktu berbuka, kejut & mandi.

IMG02536-20120722-1916...Barulah nampak fresh skit. Tu pun sambung golek2 tgk Cartoon. Saja nak bagi dia ralit tgk TV. Dah nak berbuka, dah dgr azan baru nampak muka dia ceria. Dpt mkn lagi lah ceria. Maklum lah org kuat makan. hehehe. Dia tak cerewet sgt. So tak kisah sgt tang makanan. Sahur pun dia bgn ikut abg2 nya lain.

Pantang dia, jgn lah bukak cerita masak2 or iklan masak2. Haruslah dia tegur. Yg paling tak tahan, telan air ko. hahahha

Hari sekolah, kita tak paksa dia puasa sehari suntuk. Sekolah kan, takut dia penat ker ape. Klu nak puasa setengah hari pun takpe. Tapi Alhamdulillah, dia masih lagi berpuasa penuh. Cuma balik tu dia tgk TV dan akhirnya tertidur. Jarang betul dia tidur waktu siang. Saje je dia tahan mata dia sbb nk tgk TV. Kli ni kena tidur gak.

Dah hari ketujuh nampak dia mula okey dr sebelum2 ni. Suka tgk dia dah boleh berpuasa penuh. Tu pun dah janji klu puasa penuh dpt duit or something. Duit tuk simpan lah of coz. Tunggu lah habis puasa nnti, wajiblah dia tuntut dr auntie2 & uncle2 nya.

Masak den ni hah :))

Sepanjang Ramadhan

Korang ade tak makanan wajib semasa bulan Ramadhan ni. Yg tiap2 hari kena ada?? Klu sesekali tak kira lah. hehehe

Klu family Lyn, tiap kali menjelang Ramadhan, cekodok mesti ada. Sebulan puasa sebulan tu lah ada cekodok. Juada utama gitu. Dah bertahun2 lamanya. hehehe. Tak kiralah cekodok ikan bilis ker, udang ker, janji cekodok.

Klu buat makanan hebat2 pun, cekodok mesti ada punya even skit pun. Dah biasalah. Klu takde mmg tak sah.

IMG02527-20120722-1909 Normally, tugas membancuh my mum yg buat. My sis tukang goreng. Tukang makan, adalah semua. Hahaha. Goreng panas2 barulah sedap dimakan. So biasanya nak dkt waktu berbuka baru kakak Lyn start goreng.

Lyn pulak suka yg garing2. Baru lah krup krap masa mengunyah nnti.

So mkn cekodok mcm tuh jer??

Idaklah kawan2. Of coz lah ada pencicahnya.

IMG02513-20120721-1929 Sambal tumis ikan bilis lah. Dua hari sekali my mum buat. Klu takde pun ganti2 dgn asam pedas, kuah kari or kuah sos. Tapi paling sedap dgn sambal ikan bilis. Depends lah ikut menu harian.

My SIL yg dua org tu mmg buat cekodok gak, tapi cekodok Puan Hajjah jugak jadi kegemaran anak2 dan cucu2 nya. So tiap kali buat mmg berlebih. Bagi anak cucu merasa sama. Takpelah, rezeki Ramadhan kan, apa salahnya kita kongsi bersama dgn keluarga pasti ada ganjarannya. InsyaAllah

Diari Ramadhan 1433H : Day 1

Hi LoVers,

Alhamdulillah, hari ni adalah hari ke 6 kita menunaikan ibadah puasa. Rasa mcm baru je kan. Punyalah cepat masa berlalu. Spt biasa, orang lain dah update diari Ramadhan masing2, Lyn baru terhegeh nak update. Knowing me, selalu tertinggal keretapi. hehehehe

Normally, I had breakfasting with my lovely family. Lyn mmg tak prefer berbuka kat luar sbb tak suka tempat yg crowded. Tapi klu ade jemputan InsyaAllah pegi lah. If not berbuka dgn family yg paling heaven.

IMG02510-20120721-1928Juadah spt biasa, simple2 jer. Takde ape yg menarik. Kitorang jarang makan makanan yg heavy spt nasi & lauk pauk. Selalunya kuih-muih & cekodok. Klu ada nasi pun, hanya nasi goreng, di selang selikan dgn mee goreng atau mee hoon goreng. Dari dulu kita dah praktikkan mcm ni. So dah biasa sgt.

Bazaar Ramadhan?? Kitorang mmg jarang sgt pergi. Setiap hari mmg my mum masak. Klu ada pun beli kuih muih jer. Tu pun tak habis. Tak lah pergi bazaar pun sebenarnya. Hanya pergi kat kedai2 kecik tu jer. Mum tak suka kitorang membazir. Sama dgn Arwah Abah. Dia tak suka mknn byk2 yg akhirnya akan di buang dlm tong sampah. Cukup lah ape yg ada. Ianya sudah memadai.

Ada gak lauk pauk yg my mum & pembantu masak. Takde sape yg mkn pun. Klu ada pun lepas terawih baru dorang balun makan nasi kaw2. Tapi mmg jarangggggggg sgt. Lauk2 tu buat sahur. Sahur mmg kitorang mkn heavy since everyone tak dinner after berbuka tuh. Klu tak nnti ada yg pengsan plak. hehehe

Normally, bangun sahur around 4am. Klu tak bangun sure kena kerah jugak. Sahur mmg wajib bagi keluarga kitorang. Mmg dari dulu kitorang dilatih. Even tak makan nasi pun, mesti bangun walaupun sekadar makan kurma & minum air. Klu tak bangun Arwah Abah bising. Katanyer sahur tu amalan sunat. So walau mcm mane mengantuk pun, kitorang mmg kena bangun sahur gak. Tak boleh nak ngelat. hehehe. Lyn jarang makan heavy time sahur. Kadang2 tu mkn kurma 3 biji & minum susu pun dah cukup.

Terawih tahun ni buat mane yg termampu jer. Alhamdulillah, dapat lah pegi even kekadang penat mengantuk segala bagai. Dugaan semua tuh. Kenalah tahan. Hehehe

Time Ramadhan ni masing2 ada tugas masing2. Takde sape yg boleh ngelat. Mum sure rest after masak. Kitorang lah kena agih2 kan kerja. Sape kena hidang mknn, sapa nak kemas, sapa nak basuh pinggan mangkuk. Semua kena buat kerja. Takde istilah mengelat okey. hehehe. Melainkan ade yg kena balik lmbt atau berbuka puasa kat luar. Klu semuanya buat bersama2, kan semuanya jadi mudah. Betul tak?

Okey, panjang sungguh Lyn cerita. Will continue later yea :)

Selamat berpuasa semua.

Wordless Wednesday #61

image

Sambal Binjai Pulak

Ni saja nak bagi korang idea nak masak ape berbuka nnti. Tapi bukan lah nak bagi masak ape pun. Hari tu Lyn dah tunjuk sambal bacang kan. Ni nak tunjuk korang sambal binjai pulak.

IMG02496-20120715-1257 Ni rupa bentuk buah binjai tuh. Dulu boleh amik je kat kebun, Sekarang dah kena beli. Pokok binjai sudah takde lagi. Huhuhu

IMG02500-20120715-1354 Ni rupanyer sambal belacan campur binjai. Spt biasa buat jer sambal belacan yg biasa tu lepas tu masukkan binjai yg dipotong2 kemudian ditembuk. Jgn tumbuk lumat2 sgt. Nanti tak rasa kenikmatan buah binjai tuh.

IMG02498-20120715-1312 Nak lagi sedap, rebus kerang. Jadikan pencicah. Memang terangkat woooo. Org lalu lalang pun tak nampak. hehehe

Mak Mengidam, Kitorang Pun Menumpang

My mum mengidam nak makan rojak Klang. Dari sehari ke sehari my sis nak pergi, tapi tak larat sbb balik kerja dah lewat. Pergi last weekend org tu tak meniaga plak.

Last week dpt jugak beli. Kebetulan owner Ghani Rojak Klang tu kawan BIL. Senang jer call, order on the phone & pi amik.

Finally!! she got it :)

Mak yg mengidam, kitorang pun sibuk menumpang. hehehe.

IMG02507-20120719-2114

IMG02508-20120719-2116Ini dia Ghani Rojak Klang. Klu korang nak tau kat mane lokasi nya, ianya terletak di Emporium Gama Lama Klang berdekatan dgn Pasar Jawa. Famous rojak Klang ni. Sekali rasa pasti mau lagi.

Ermmm kitorang ni klu mengidam, tak heran sgt. Biar jelah tekak tuh. Tapi klu my mum mengidam, sebaik boleh nak belikan. Sbb kitorang sayanggggggggggggggggg Mak :D

Makan2 Sebelum Ramadhan

Hi LoVers,

Sorry lah di bulan puasa ni duk hidangkan korang pic2 makanan. Bikin air liur meleleh jer kan. Maafin yer korang. hehehe

Cerita semingu sebelum Ramadhan. Lepas jer kitorang pergi membersihan kat kawasan perkuburan, balik tu masak2 skit. Saja buat mkn2 lunch dgn adik beradik. Not so heavy dishes. Sabtu kita dah pegi pasar pagi, beli ape2 yg ptt. Next day Ahad tu kita buat makan2. Gambar kami sekeluarga mmg takde. Everyone is enjoyed their food. Hehehe. Pic makanan jer yg Lyn amik.

page2 Ada masak lemak cili padi siput sedut. Ni mmg fav masing2 kat rumah. Paling fav Puteri lah. Dia yg paling tak sabar nak makan siput ni.

page3Ada kerang rebus cicah sambal belacan + binjai. Ni paling laku. Sedapppp nyer masyaAllah. Dah puas mkn dgn nasi, kitorang meratah plak. Mmg awesome lah. *Meleleh air liur ni hah*

IMG02497-20120715-1311 Sup sayur & fish ball. Ni pun laku gak. Masing2 menyudu. Yg paling byk menyudu ialah saya. Sbb Lyn suka sgt cendawan tuh. Beli sepeket besar kat pasar, RM4.50 jer. Boleh mkn sampai lobam. hehehe

IMG02501-20120715-1840 Di sudahi dgn bubur kacang hijau + durian. Of coz Lyn tak makan sbb ade durian. Klu tak de durian pun Lyn tak makan. Lyn tak suka bubur kacang hijau. Klu bubur kacang merah sukalah.

Sesekali berkumpul adik beradik makan2 gini mmg best. Hari tuh dah berkumpul masa kenduri, kali ni berkumpul santai2 pulak. InsyaAllah nti berbuka ramai2 sebelum menjelang hari raya. Syok mmg syok. Mcm2 cerita boleh share. Yg tak best nyer selalu tak cukup quorum. My nieces & nephew sume kat U sana. Tunggu raya nnti baru semua ada.

Aktiviti Sebelum Ramadhan

IMG02481-20120714-1010 Sudah menjadi kebiasaan apabila Ramadhan & Syawal menjelma, ramai dikalangan kita mengambil peluang tuk membersihkan kawasan perkuburan. Penduduk sudah mendapat notice seminggu awal dimana ada pembersihan Tanah Perkuburan Islam Bukit Badak berdekatan rumah kami. So peluang yg tidak akan di lepaskan.

For our family, dah mmg menjadi rutin setiap bulan akan menziarahi pusara Arwah Abah, anak buah, tok nenek & saudara2 terdekat. Sudah menjadi aktiviti bulanan kami sekeluarga.

IMG02490-20120715-0914So hari ahad lepas adalah hari bergotong-royong membersihkan kawasan perkuburan. Di awal pagi kami dah sediakan sedikit bekalan makanan & minuman tuk diagihkan kpd org ramai.

Sebenarnya kawasan tanah perkuburan ni sentiasa bersih dan cantik. Setiap hari Pak Tam iaitu penjaga kubur dan penggali kubur di kawasan ini membersihkannya. Hanya pokok2 besar dan daun2 yg bertaburan yg perlu dibersihkan. Yg lain2 sudah cantik molek.

IMG02494-20120715-1006Selesai saja gotong-royong, majlis tahlil turut diadakan di kawasan lapang perkuburan tersebut yg diketuai oleh Tuan Imam.

Cuaca sungguh mendung merestui aktiviti kami semua. Majlis berakhir lebih kurang jam 11am. Alhamdulillah semuanya berjalan dgn lancar. Amin

Al-Fatihah utk Arwah Abah, Arwah Hairi, Arwah Linda dan juga kaum keluarga yg telah pergi meninggalkan kami. Kami rindu anda semua.

Kenduri Buah2an

Hi LoVers,

Good morning everyone!!! How’s ur fasting month? Mestilah okey kan. Hari ni dah masuk tiga hari kita berpuasa. Sekejap jer dah 3 hari kan. Another few days akan menyusul.

Cerita Ramadhan, Lyn akan cerita later lah erk. Lyn publish kan dulu cerita2 sebelum Ramadhan. Ater dah ade dlm draft, so kita publish jer dulu.

Last week, Sabtu mlm my sis & BIL balik dari Sungai Petani after bercuti beberapa hari kerana neneknya yg dipanggil Tok Mak meninggal dunia hari Rabu tuh. Emergency sampai Lyn pun tak tau ape2. Balik2 kerja mak ckp dorg balik kg. Selama 3 hari tu mmg tak kacau dorg pun. Biarlah dorang tgh sedih kan. Klu nak cuti lama pun takpe. Ptg sabtu terima sms, dorang kata otw nak balik Klang. Kitorang semua menunggu lah penuh sabar. Puteri lagi lah, asyik sebut nama dorang jer bila nak balik. Ater dorang mmg agak rapat kan.

Around 9pm dorang sampai rumah after bertolak lepas Asar mcm tuh. Bag besar sememanglah ada, tapi bonet penuh dgn guni ko.

IMG02486-20120714-2139Dorang bawak buah2an berguni2. Nasib baik lah kereta besar, kemain korang sumbat buah2an erk. hehehe. Ada durian, langsat, manggis, rambutan. Durian jer dah 2 guni.

page1Mmg kenduri makan buah lah kita. Mlm tu dorang kenduri makan durian. Spt biasa Lyn & Puteri mmg tak boleh bau durian. Ape lagi nak makan. Dorang yg kenduri mkn durian kat luar tu kitorang yg kat dalam rasa nak pengsan. Puteri lagi best, dia tutup hidung, balik rumah dia, dia duduk dlm bilik dia tgk lappie. Budak tu lagi teruk, semua buah dia tak mkn. Hehehe.

Yg lelaki & perempuan except Lyn & Puteri kemain makan durian non stop. Lyn mkn lah buah2an lain buat rasa. Layan mkn rambutan & manggis sorang2. Sedap betul. Fresh dari ladang.

Byk sgt buah2an tuh, mlm tu kita bagi2 skit kat sedara & jiran terdekat. Skit2 lah buat rasa.

Teringat zaman2 kat kebun dulu. Tiap kali musim buah, berbondong2 lah kitorang pergi kebun dgn Arwah Abah. Syokkkk.. Owh… I miss those moment.

Salam Ramadhan 1433H

This is a sticky mode, do scroll down for latest entries. Thx yea... :)

Assalamualaikum,

Kepada rakan-rakan semua, salam kemaafan saya pohon sempena ketibaan Ramadhan Al-Mubarak tahun ini, semoga kita di berkati Allah SWT dlm menjalani ibadah puasa. Amin

Lyn4Sempena tibanya bulan baik Ramadhan tidak lama lagi saya terlebih dahulu ingin memohon ampun dan maaf jika :

  • Saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengajakan mau pun yang di sengaja;

  • Saya ada menyakiti hati di antara anda semua;

  • Saya ada terlanjur kata bila berbicara;

  • Dan mohon halalkan makan & minum yg pernah anda berikan kepada saya selama ini dan juga mohon dihalalkan semuanya.

Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, InsyaAllah.

Penuhi lah Ramadhan kali ini dgn amal ibadat & bertaqwa kepadaNya, seolah2 ini Ramadhan yang terakhir buat kita semua. InsyaAllah

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

Selamat Bersahur

Pagi nanti kita dah start bersahur yer kawan2.

Bangunlah dan jamahlah sedikit makanan sekali pun hanya seteguk air kerana terdapat kelebihan dan ganjaran yg Allah berikan.

image Selamat berpuasa dan semoga segala amal ibadat kita diberkati Allah SWT. InsyaAllah.

[Pic, credited to Google image]

Tips Diet Sepanjang Ramadhan

1. Paling penting untuk kita lakukan adalah mengenalpasti kadar metabolisme tubuh badan. Ini kerana individu yang mempunyai kadar metabolisme tinggi, mereka tidak mempunyai masalah pertambahan berat badan walaupun makan banyak ketika berbuka.

2. Bagi individu yang mempunyai kadar metabolisme rendah, harus lebih berhati-hati dalam soal permilihan kuantiti dan jenis makanan ketika berbuka. Elak makan melebihi keperluan harian kerana ia akan menimbulkan masalah berat badan apatah lagi tiada aktiviti yang berat di waktu malam selepas berbuka.

3. Ramai yang menganggap bersahur itu sesuatu yang remeh tetapi hakikatnya sahur adalah sama pentingnya dengan bersarapan. Bersahur akan membantu badan mengimbangi zat gizi yang tidak diperolehi tubuh selama sehari berpuasa. Jadi, prinsip bersahur bukan untuk kenyang semata-mata tetapi lebih kepada makanan yang bergizi tinggi.

4. Mulakan saat berbuka dengan makan makanan yang mudah, ringkas dan dalam kuantiti yang sedikit demi sedikit tetapi berulang-ulang. Kejutan ‘jutaan’ makanan secara tiba-tiba akan membuatkan perut berasa tidak selesa dan anda mudah berasa meloya.

5. Jangan lupakan sayuran dan buah-buahan di dalam menu berbuka dan bersahur anda. Seelok-eloknya apabila berbuka puasa, makanan yang diambil perlulah bergantung pada keperluan individu.

6. Sebaiknya elak atau kurangkan pengambilan makanan yang berempah dan pedas kerana ia boleh menyebabkan pedih perut dan gastrik. Selain itu, elakkan juga daripada minum minuman berkarbonat atau kandungan kafein yang tinggi kerana ia akan memburukkan lagi keadaan perut yang kosong setelah seharian berpuasa.

7. Elakkan makan banyak selepas menunaikan solat terawih dan tidur ketika perut masih kenyang kerana ia akan merangsang kepada kegemukan.Korang dinasihatkan untuk tidur sekurang-kurangnya tiga jam selepas makan.

8. Kurangkan pengambilan lemak dan bukan karbohidrat dalam menu diet kita. Ini kerana satu gram lemak mengandungi sembilan kalori berbanding hanya empat kalori bagi satu gram karbohidrat.

9. Berpuasa tidak seharunya dijadikan alasan untuk kita kurang minum air. Pastikan kita semua minum air secukupnya di antara waktu bersahur dan juga berbuka puasa.

10. Aktiviti senaman juga sebaiknya diteruskan meskipun kita berpuasa. Bezanya, kita boleh memilih aktiviti kecergasan berintensiti rendah dan kecergasan selama 30 minit setiap sesi untuk sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

11. Positifkan diri dengan membuat target badan yang realistik dan perancangan yang sesuai. Jangan memaksa diri mencapai perkara yang tidak logik dalam masa yang singkat.

12. Jangan asyik menimbang berat badan. Kita akan kecewa jika masih tiada perubahan. Cara paling fleksibel ialah menimbang berat badan tidak lebih sekali dalam seminggu. [Source]

***************************

Klu nak diet pada bulan Ramadhan tidak menjadi salah. Tapi biarlah kena gayanya & yg paling penting tidak memudaratkan diri sendiri. Biarlah sama2 seimbang. Baru lah dinamakan diet yg sihat. Tak gitu.

Selamat berpuasa kawan2 semua :)

Wartawan Tak Berbayar

Suka tgk melodi??

Suka tgk propaganza??

Semua Lyn tak suka tgk. Sebab masing2 duk canang cerita org sana org sini. Org ni bagus, org ni tak bagus. Gossip2 murahan tak sudah2. Publisiti murahan lagi. Naik boring aku. Even ko letak lah Aaron Aziz ker jadi pengacara, idak lah aku minat nak tgk pun. Buang masa den jer.

Tapi mak suka Kiah propah kat Galaksi tuh. Classsss ko jah. Ckp tak cover2 gitu. Main hentam kormo jer. Takde nya nak jaga hati org. Tulus dan mulus gitu. Hehehehe

Nak lagi cerita panas?? Sini2 meh hakak nak cerita….

Dari dulu sampai skrg, Lyn sentiasa di hujani soalan2 cepu cemas. Gittew kan. Sesekali tanya hakak leh senyum lagi. Tapi adalah sorang dua yg mmg tak faham bahasa, tanya gak soalan yg sama berulang2 kali. Naik menyampah plak. Ermm Lyn rasa korang boleh agak ape soalannya.

Bila Lyn nak kahwin?

Bila dah kawin. Bila nak timang anak pulak ni. Merancang ker?

Bila dah ada anak sorang, tanya lagi soalan lain. Bila nak timang anak kedua plak.

Ni lah soalan2 'wartawan yg tak bertauliah dan tak berbayar' yg sibuk duk tanya perihal org lain. Dah takde kerja ker agaknya org2 gini. Sesekali tanya boleh diterima lagi, tapi bila tiap kali jumpa, bersembang on the phone, kat FB pun ko nak tanya, mmg nak makan sepak terajang aku lah kan.

Yeah, I admit that I’m not married yet even umur dah 30an. So ko tak percaya Qada’ dan Qadar Allah? Ke nak suruh aku baca kitab Agama kat ko baru ko nak faham. Sibuk nak merasa nasi minyak aku katanya. Ermm tak payahlah nak susah2 tunggu aku kahwin, aku boleh belanja ko mkn nasi minyak. Wa tada hal punya. Apa lah sgt nasi minyak tuh. RM50 pun tak habis uolssss. Mkn lah nasi minyak tu sampai lobammm. Hahaha

Tak sama nasi minyak kat kedai dgn nasi minyak org kahwin?? Haaaaaa.. bila ada kenduri kahwin tu ko pergi lah without failed. Confirm ko boleh mkn nasi minyak sampai muntah. Tak gittew..

Ermmm.. letih nak melayan soalan 'wartawan tak berbayar' ni. Buat pening kepala jer.

Next time klu org tanya Lyn lagi, bila nak kahwin?

Lyn nak jawab gini jer, nanti bila jodoh I sudah sampai, I dtg jumpa you okey. You sponsor lah I 30k. Kan you gak tak sabar2 nak tgk I kahwin :P

Gittewwww!!!

Beautiful Sleep

Berapa jam korang tidur tiap2 malam?

8 jam?

7 jam?

6 jam?

5 jam?

We must have at least 7 hours of sleep everyday.

image Lyn pun kekadang 6 jam jer tidur on weekdays. Klu weekend lagi lah, 5 jam. Tapi weekend leh qada tidur balik. Klu kerja, nak qada’ apanyer kan. hehehe. My problem, tidur cepat pun mengantuk, tidur lambat apa lagi. Teruk kan. Hehehe

Last time, off to bed at 11.30pm, but lately ni, everyday except weekend, I’ll go off early and having my beauty sleep like around 10.30pm. Sejam awal. But ok lah dpt tidur awal skit. Kurang lah skit mengantuk next day tuh.

Sbb tu skrg ni, klu dah jam 10.30pm onwards Lyn tak mekak2 kat twitter dah. Ater dah tidur awal kan. hehehehe

Ermm, this Saturday, kita dah start puasa, sure waktu tidur akan berkurangan sedikit. Nanti nak bangun sahur sume kan. So kenalah pandai kita mengurus kan masa.

[Pic, credited to Google image]

Wordless Wednesday #60

image

Cendawan Busut

Ni rupanyer cendawan busut yer anak2 pada org tak kenal rupa bentuknya. Dulu2 mmg rajin kitorang kutip kat kebun bila mana habis musim hujan. Seronok time mengutipnya.

Bersihkan, lepas tu buat masak lemak pun boleh, tumis air cendawan atau goreng mcm tuh jer pun boleh. Rasanya sgt manis berbanding dgn cendawan tiram yg skrg ni. Tapi skrg ni mmg payah nak cari cendawan busut ni. Tuan tanah dah rajin meracun rumput/ kebun, mmg takde lah tempat dia nak tumbuh.

Jadiknya mkn saja cendawan tiram yg dijual kat pasar2 atau pasaraya tuh. Daripada takde, redha je lah. Janji dpt gak lepaskan kempunan nak mkn cendawan.

Lyn adalah penggemar cendawan. Paling favorite klu masak sup sayur + cendawan. Mmg cendawan jer lah yg Lyn kaut. Buruk perangai kan. Hahaha. Tapi takde lah nak kaut semua. Tinggalkan jugak tuk org belakang.

**************************************

Fakta Cendawan Busut Yang Perlu Anda Tahu:

1. Tumbuh di atas busut anai-anai.

2. Tumbuh secara koloni

3. Antioksida yang baik dan kandungan lemak yang rendah. Dijadikan makanan kesihatan kerana rendah kolesterol dan sesuai untuk orang yang mempunyai kolesterol yang tinggi

4. Tahap racun (sekiranya ada) pada manusia: Setakat ini tiada kes keracunan. Perlu dimasak sebelum makan.

5. Sifatnya seperti rumput. la tidak akan tumbuh di kawasan yang kerap diracun.

6. Cendawan busut akan tumbuh di tempat yang sama.

7. Sifat tanah mempengaruhi warna cendawan busut. Jika tumbuh di tanah merah, warna cendawan akan kemerah-merahan, begitu juga jika ia tumbuh di tanah gambut. Warnanya akan kehitam-hitaman. Tetapi apabila kulitnya dikupas, isinya tetap putih.

8. Jika dicabut dari tanah dan ditanam di kawasan lain, ia tidak akan tumbuh.

9. Sekiranya cendawan dicabut, badannya tidak akan membesar tetapi topinya akan mengembang. Jika disimpan di dalam peti sejuk, ia boleh tahan hingga seminggu.

10. Cendawan busut mengeluarkan bau yang harum. Apabila hari keempat iaitu hari topi mengembang, bauya dapat dihidu dalam radius sehingga 20 meter. [Source]

[Pic, credited to Google image]

Jalan2 Cuci Mata

Serious dah lama Lyn tak keluar jalan2 on Sunday. Selalu mmg rest kat rumah, tgk tv & online. Tapi last week Lyn terjebak gak ikut my mum, sis & BIL ke pasar Shah Alam.

First, having a breakfast at home. Next heading to Pasar Shah Alam. OMG!!!.. I wonder how long it’s been since the last time I went there. Quite lama sgt. Tak sanggup nak berasak2 kat pasar tuh dgn panasnya hanya Allah saja yg tau. Tapi disebabkan nak jalan2 cuci mata sambil klu ade yg berkenan kita beli, so redha jelah.

Memang ramainya manusia time tuh. 2 weeks before puasa kan, sure org pulun habis berjalan sakan. Nanti dah puasa tak larat plak nk shopping kan. hehehe. Itu pun kitorang tak round habis. Matahari sudah tinggi mencanak. Sudahnya, beli skit2 then chow. Kepala masing2 pun dah pening dek panas matahari.

Otw back, anak dara kecik tu ajak pegi mkn. Lapar katanya. Ermm dia tu mmg kuat mkn. Tgk lah bdnnya, mmg dah berisi betul. Malas nak pkir nak pegi mana, last2 ke Giant area my house jer. Dah dia n mum pun teringin makan sizzling yee mee. So situ jelah kita terjah.

IMG02477-20120708-1319 Budak kecik yg senyum bila dah dpt mknn. Dari lapar merengek2 dlm kereta terus senyap ko. Kemain khusyuk lah dia makan.

IMG02479-20120708-1319Yg lain2 order nasi ayam & mee hoon soup. Lepas makan masuk Giant jap beli groceries & terus balik rumah.

Sesekali berjalan2 hari Ahad mmg penat lah. Sbb tu Lyn lebih rela duduk rumah melainkan ada hal2 yg tertentu. Klu boleh mmg elakkan. Ermmm mmg penat.

This week lagi hectic. Will update soon.

Cheers!!!

Bubur Lambuk

Ramdhan just around the corner rite?? Tinggal 5 hari lagi umat Islam akan berpuasa, InsyaAllah.

Tapi kitorang last week lagi dah feeling2 bulan Ramadhan, my mum teringin nau nak makan bubur lambuk masa lunch time. Ermmmm sgt senang buatnyer kan. Pejam mata pun boleh buat. hehehe. Byk jugak my mum masak.

Taraaaaaaaaaaa…..

IMG02476-20120707-1539Bubur lambuk versi Puan Hajjah. hehehe. Simple. Letak bawang goreng & daun sup jer. Tu pun dah memadai. Tak suka sgt byk ramuan kat dlm bubur tuh. Simple gini lagi menyelerakan.

Ingat kan buat byk tak habis, rupa2nya habissssssss jugak. Sbb kat rumah kitorang ade hantu bubur gak.

Nak tau sapa??

Klu korang terror teka lah..

*

*

*

*

*

*

*

IMG02358-20120512-1719 Ini lah budaknya. hahahaha

Ngeteh Sendirian

Jarang Lyn pergi mane2 after working hours. Klu seharian dah bekerja mmg takde nya nak merayau, melainkan ada hal yg betul2 penting. Selalunya balik kerja on time and relaxing with my family members.

Tapi bila ada hal yg agak penting kena gak sesekali pergi sana sini. Last time pegi Sunway Pyramid beli something for myself. Sbb kat situ je yg ada, terjah situ jer lah. Klu tmpat lain ada, tak kuasa hakak nak terjah Sunway Pyramid jem2 gitu. Rimas dgn traffic.

Pastu tekak teringin nak mkn bakso kat Ayam Penyet. So marilah kita terjah. Pulak tgh lapar kan. Terjah jer lah sorang2. Wa no hal punya. Lepas mkn kang chow lah.

IMG02473-20120704-1921 Menu mgm byk, tapi ayam penyet dgn nasi mmg Lyn tak boleh nak makan. Tak tau lah nape, sekali je rasa dulu, lepas tu mmg tak boleh nak mkn lagi.

IMG02474-20120704-1926 Sian hakak ni termenung menunggu makanan sampai. Terus jadi penyenyap. Takde gang lah katakan. Cuba ada gang, mau bergossip sakan. Takpe kurang skit dosa bergossip kan katanya. hehehe

IMG02475-20120704-1931 My selections, bakso kuah & air soda gembira. Ermmm gembira lah sgt kan. Not so ngeteh lah. Dah kira dinner dah ni. Ater dah jam 7pm kan. Hehehe. Layan makan sorang2 sampai perut kenyang. Habis kan bakso & air soda lepas tu terus chow.

Bukan ape, klu balik awal2 takut jammed plak. Jadi balik lewat skit tak lah jammed sgt nnti. Plus dgn perut tgh lapar kan, baik lah isi perut dulu baru balik.

Okey, dah hilang kempunan dah. Yeayyyy!!!

Malas vs Rajin

imageI feel so lazy. Huhuhu

Isnin sudah berlalu, bila Jumaat pikir nak balik awal coz can’t wait for the weekend. Habis weekend, another Monday again. My weekend passed waaaaay too fast! Mencik betul. Huarghhhhhh

So hari ni nak chill2 jer kat office. Bos still outstation. Cukup time, chalooooo bettie :)

Happy weekend everyone!!!

Wanita Dan Pohon Semalu

Pada suatu hari, Rasulullah S.A.W. berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah R.A. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

imageFatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

Khalisy Si Pencebik

P1100962

P1100963...

P1100965...Gelaran baru utk Khalisy.. si pencebik. Tengok lah pics tu, muncung kemain. Hehehe

Pantang tgk ummi nya takde even sekejap pun, kemain mencebik2 dibuatnya. Silap2 mmg hujan lebat sampai boleh tadah dgn baldi. Hahahhaa

Adik.. adik.. kuat nau mencebik erk. Anak sapa lettew.. :P