Amy’s Wedding : Majlis Bersanding

Selesai majlis berinai besar malamnya, esok nyer majlis bersanding pulak.

Sekarang ni trend bersanding awal kan. Before Zohor dah bersanding dah. Tak macam dulu2, lepas waktu Zohor baru terhegeh2 nak bersanding. Satunya sbb faktor hujan. Kang klu hujan nak bersanding camner uolssss. Hehehe

Berkumpul 12.00pm kat area my house. So berkereta2 lah kami ke rumah perempuan yg sejengkal alam. Hehehe. Kali ni ramai yg join. My aunties & uncles pun join gak. 

IMG_1439My nephew yg menjadi ‘tuan besar’ hari tuh. Papanyer jadi driver tuk raja sehari ni. Amboiiii mengalahkan tuan besar. Papa ko pun tak pakai driver hari tuh. 

page5Berkumpul sebelum majlis persandingan. Dah lah matahari panas mencanak. Serious tak larat. My nephew tu tak boleh kena panas sgt, mau pening kepala. Takut jer dia pengsan bersanding nnti. Nasib baik tak. Tu pun muka dah kelat2 dah. Hehehe

IMG_1464 Kami beramai2 bergerak dari dpn sehingga ke rumah pengantin perempuan. Menahan panas lagi. Punyalah lama berdiri sbb nak tunggu pengantin perempuan sampai. 

IMG_1475Ok dah sampai dah. Tgk jelah muka my nephew tuh, dah kelat semacam. Tapi di tahan2 jugak. Yg penting pengapit kena kipas lebih kat dia. Biar dia rasa sejuk skit. 

IMG_1486 Upacara silat dari kaum lelaki yg teringin nak bersilat. Jarang2 org buat gini. Ikut adatlah. Tak semua orang tau pun. Kadang tu terus jer ke pelamin tuk majlis bersanding. 

IMG_1497Pengantin di singgahsana pelamin nan indah. The theme was grey & purple. Yg ni belah pihak pengantin perempuan lah. Kitorg spt biasa main belasah jer pakai baju warna ape. Kat rumah sendiri nnti baru ikut tema2 ni. 

page6Spt biasa, upacara merenjis oleh kedua ibu bapa saudara mara pengantin lelaki & perempuan.
 
page7Sessi makan beradap plak. Pengantin, ibu bapa pengantin lelaki bersama nenek2nya. Bagi org2 veteran jer duduk sini. Kitorang semua makan bersepah. Ada 2 ke 3 meja je khas tuk keluarga pengantin lelaki. Tapi mana cukup. Kitorang ramai uolsssss.

Selesai semua, kita tinggalkan pengantin lelaki keseorangan disana. Dah kahwin kena lah tinggal kan. Kita yg lain2 ni semua pakat balik lah. Takkan nak tinggal sama kan. Nanti kacau daun plak. Ahakssss :)

Balik awal sempat lagi lelap dua tiga jam. Selesai dah majlis di rumah pengantin perempuan. Selepas seminggu kat rumah kitorang pulak, majlis menyambut menantu. Tu later Lyn update.

Daaaaa!!! :)

2 comments:

Suria Amanda said...

simple but elegant...cantik kedua2nyaa

Lyn Yusoff said...

suria,
thx along