Gelak Lagi

Siapa Kata Lelaki Pelupa

Pada suatu hari sepasang suami isteri keluar shopping untuk persiapan majlis hari jadi si isteri. Sedang si isteri sibuk mencari kain langsir baru, tiba-tiba dia tersedar yang suaminya sudah hilang. Panik, si isteri menelefon suaminya...

Isteri: Abang... abang kat mana? Jangan la pergi mana-mana. Kita ada banyak benda nak beli ni!
Suami: Ayang... ingat lagi tak 5 tahun lepas... sehari sebelum hari jadi ke-25 ayang... kita ada lalu depan sebuah kedai emas yang jual seutas rantai emas bertatah 3 biji berlian berharga RM70,000... dan abang berjanji satu hari nanti abang akan belikan untuk ayang?

Dengan berlinangan air mata dan penuh syahdu, si isteri hanya mampu berkata "ye bang... saya masih ingat".

Lalu si suami membalas "Baguslah ayang ingat. Abang tengah minum teh tarik kat tepi kedai emas tu. Haus."


Kisah Jenaka Suami Isteri

Sepasang suami isteri sedang berebut remote tv. Si suami suka tengok bola, manakala si isteri suka tengok rancangan masak2. Gaduh punya gaduh sampai Channel tv asik bertukar-tukar.. kejap bola kejap rancangan masak-masak.. bunyi tv tu jadi tidak menentu macam ni..

"Satu kilo daging ayam DI TENDANG RONALDO MASUK GOL... 5 ulas bawang putih BERDIRI OFSIDE... daging di rebus oleh REFREE sampai empuk... masukkan jintan manis dan YELLOW CARD ke dalam periuk... BOLA DIBAWA LALU di rebus separuh masak... GOAL KEEPER ditusuk jadi sate... PENJAGA GARISAN MENGANGKAT BENDERA tanda sate dah masak.... "

Jiran sebelah: Ape ke bende yg diorang tonton tu... pelik bebenor bunyinya... dunia2.


Kantoi Suami Curang

Sepasang suami isteri yang telah mempunyai 3 orang anak, sedang berbual sambil menonton TV di dalam bilik mereka. Si isteri bertanya kepada suami beberapa soalan.

Isteri : Bang, kalau saya mati dulu, abang kahwin lagi tak ? 
Suami : Abang rasa, abang mungkin kahwin lagi. Kerana, anak-anak kita perlukan orang yang boleh beri perhatian. Makan minum abang pun adalah orang yang sediakan.
Isteri : Habis, kalau abang kahwin lagi, abang kasi ke dia duduk rumah kita.
Suami : Ye lah. Sebab rumah ni mahal, takkan nak biar kosong macam tu saja?
Isteri : Abang kasi ke dia guna bilik, kita, toilet kita ?
Suami : Ya yang, sebab takkan abang nak buat bilik lain khas untuk dia. Nanti bilik ni, membazir pulak.
Isteri : Abang kasi ke dia pakai almari kita ?
Suami : Ye yang, almari kita ada 4 pintu takkan nak bagi org lain pulak.
Isteri : Abang kasi ke dia pakai katil kita ?
Suami : Terpaksalah yang. Sebab katil kita tu baru je beli sebulan.
Isteri : Baju tidur saya, pijama dan towel saya ?
Suami : Takkan itu abang nak bagi kakak & adik awak. Jadi, daripada tak dipakai, lebih baik kalau abang kasi dia aja.
Isteri : Handbag saya, kasut saya, golf set saya ?
Suami : Itu tak boleh, sebab dia suka handbag kaler maroon, kasut dia saiz kecil daripada awak, saiz 5, golf set tak boleh sebab dia kidal ...
Isteri : ????!!!!!
Suami : ( Dalam hati ) Alamak kantoiii !!

Credited to HERE


2 comments:

Mummydearie said...

Hahaha, dasar tau memikat tapi tak tahu simpan rahsia. Padan muka.

Eh, macam kisah sebenar aje yang akak nak marah-marah ni apahal pulak ...

Lyn Yusoff said...

MD,
hahahhaa..
over kan.. lawak jer tu kak