Lawak Isnin Lagi

Hospital

Setelah mendapat khabar kemalangan jalanraya yang menimpa suaminya, Tipah terus berkejar ke Hospital.

Tipah : Doktor, bagaimana keadaan suami saya? 
Doktor : Siapa nama suami Puan?
Tipah : Err...Jiman Bin Seman, Doktor...
Doktor : Sebentar ye. Saya periksa fail pesakit nie. Hmmm, lukanya tak parah. Cuma calar-balar sikit di tubuhnya.
Tipah : Syukurlah...lukanya tak parah. Saya risau betul. Err...di mana suami saya, Doktor?
Doktor : Ada di bilik Mayat!

Tipah terus pengsan...


Aku Abangnya

Suatu hari, Ali dan isterinya, Ani tersekat dari kesesakan jalan raya yang luar biasa. Cuaca yang panas buat hati Ali bertambah panas kerana mahu lekas pulang ke rumah.

Ali : Ape hal jalan sesak ini. Dah lama duduk dalam kereta. Tak gerak-gerak. 
Ani : Sabarlah. Mungkin ada kemalangan atau kerja-kerjapembaikan jalan.
Ali : Dah dekat sejam. Mana boleh jadi ni. Aku kene buat sesuatu.

Tanpa memperdulikan nasihat Ani, Ali terus keluar dari kereta menuju tempat orang ramai berkumpul. Salah seorang daripada mereka memberitahu Ali tentang berlakunya satu kemalangan yang cukup tragis.

Ali : Tepi, tepi, Aku abang dia. Tepiiiii, aku abanggggggg diaaaaaaaaaaaaa!
Orang ramai memberi laluan kepada Ali tetapi apabila menghampiri kawasan kemalangan berkenaan, alangkah terkejutnya Ali. Matanya bulat bagai nak terkeluar apabila ia melihat keadaan 'adiknya' yang kemalangan itu...

Ali meratap sambil menutup muka dengan tapak tangannya. Dalam hati dia berkata : Oh! malu semalu-malunya aku kerana adik aku seekor monyet!!


Kenapa Tak Ketawa

Dalam sebuah pertunjukkan lawak, sekumpulan pelawak terkenal membuatkan seluruh dewan gamat dengan gelak ketawa. Penonton tidak henti-henti ketawa sebaik anggota kumpulan itu muncul hinggalah selesai persembahan.

Bagaimanapun, dalam keriuhan itu terdapat seorang wanita yang hanya mendiamkan diri seolah-olah tiada apa yang menggelikan hatinya. Bahkan sikap berdiam diri wanita ini membuatkan penonton lain kehairanan.

Oleh kerana merasa tidak puashati.. seorang gadis segera bertanya kepada wanita tersebut sebaik saja persembahan pelawak2 itu selesai.

" Apakah persembahan mereka tidak kelakar ? " tanya seorang gadis kepada wanita itu.
"Sungguh kelakar,"jawab wanita itu singkat.
"Tetapi kenapa kakak tidak ketawa? Apakah kakak sakit gigi? "tanya gadis itu lagi.
"Tidak..", jawab wanita itu.
"Kalau begitu, apakah alasannya yang buat kakak tak mahu ketawa", gadis itu masih tak berpuashati
"Habis, kau ingat elok sangat ke mentertawakan suami sendiri di khalayak ramai? " getusnya.


Gila Telefon

Seorang ayah mempunyai anak gadis yang suka sangat 'bergayut' kat telefon. Setiap kali menerima telefon pasti anaknya itu akan berbual sampai 5 jam tanpa henti.. Entah apa yang dibualkan pun tak tahulah...

Suatu hari.. telefon berdering, anak gadisnya bergegas mengangkatnya.. ayahnya mengeluh kerana sudah pasti 5 jam lagi baru selesai... Tapi.. Alangkah terkejutnya.. apabila anaknya itu cuma berbual selama 2 JAM bukan 5 Jam seperti biasa...

"Tunggu sekejap.... Siapa yang talefon tu?" tanya ayahnya kehairanan.. 
"Tak tahu la ayah... salah Nombor! " jawab anaknya sambil tersengih..

LOL


4 comments:

Mummydearie said...

Lawak sungguh. Tak boleh dah nak tutup-tutup mulut sengih sensorang. Mesti nak buka mulut gelak sekuat hati :)

Lyn Yusoff said...

MD,
ketawa skit2 apa kelas..
kena gelak sekuat hati baru best.. hehehe

Izzati Amira said...

lol. hahahahha, adoi. sakit kepala tahan ketawa.

btw, klik tabung inti

Lyn Yusoff said...

Izzati,
hahahhaa...