Lawak Teka-teki

1. Apa beza kacang panjang dengan seluar panjang ? 
Seluar panjang kalau dipotong jadi seluar pendek, tapi kacang panjang kalau dipotong tetap namanya kacang panjang...

2. Banyak-banyak mi, mi apa yang tak boleh di makan??? 
Misai

3. Batang apa yang kalau orang pegang-pegang nanti kena gatal-gatal? 
Batang Keladi

4. Bulan dan bintang......... mana anak? mana bapak??? 
Bulan dan ialah anak, tang tu ialah bapak...(Bulandan bin Tang)

5. Ada orang ni nak naik bas.Dia ada 50 sen saja.Tambang bas ke tempat dia nak pergi tu 60 sen.bagaimana dia nak pergi tempat tu? 
Dia buat muka seposen saja , 50 sen + 10 sen = 60 sen

6. Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi dia nak tanam 2 jenis pokok iaitu getah dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya pokok apa tumbuh dulu? 
Kedua-duanya tak tumbuh pasal Pak Ali tanam separuh saja.

7. Burung apa yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk ? 
Penguin

8. Banyak2 katak, katak apa yang boleh bercakap? 
Katakanlahhhhhh.....

9. Tersebut kisah,ada seorang wanita yang sarat mengandung dan nak beranak, lalu suami dia bawak lah isteri tu ke hospital.. Lalu dia melalui FARM dan LOMBONG BIJIH TIMAH. Lepas tu anak dia lahir, dan dinamakan FATIMAH, Kenapa ? 
Sebab dia dapat anak perempuan..huar..huar..huar..

10. Kenapa penggali kubur, bila nak gali kubur, dia tak pakai spender? 
Takkan nak pakai spender, pakai cangkul lah...

11. 4 Soalan dengan satu jawapan : 
a. Kenapa pencuri kena tangkap
b. Kenapa ubi jadi kayu
c. Kenapa gigi sakit
Sebab lambat cabut

12. Tempat apa ni. Peserta dia pakai uniform, selalu bertambah & tak akan berkurangan? 
Tempat Perkuburan...seram tak...hehhe

13. Badannya hijau, matanya merah dan berjalan mengundur, taik warna kelabu taik anjing. apa dia...? 
Lingkaran nyamuk Shieldtox

13. Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan? 
Bahrain

14. Macammana nak pergi haji kalau duit tak ada? 
Jangan isap rokok. Duit tu kalau kumpul sehari RM5, setahun dah RM 1,800. 10 tahun dah dapat RM 18,000. Dah boleh pergi haji. ..hehehe..

15. Emak Si Katun ada 5 anak. Tuah, Jebat, Lekir, Lekiu. Yang ke 5 siapa? 
Si Katun lah....hehehhe

LOL


4 comments:

Mummydearie said...

No.11 dan 15 tu akak dah pernah dengar. Yang lain-lain tu first time. Benda gini pun akak suka 'kopipes' sebab nak bergurau ketawa terbahak-bahak dengan HD sambil bertukar-tukar jokes :)

Lyn Yusoff said...

MD,
tu lah kak, saja buat gelak2 di kalan tension kan.. hahaha

Izzati Amira said...

release tension.. hee.. ingat kan hang kasturi..heee

Lyn Yusoff said...

Izzati,
hahahah..
kan.. macam2 lah