Pergi Tidak Kembali

Salam everyone..

Just got back from my auntie's house kt Bukit Kuda, Klang. Pergi lagi seorang insan yg Lyn sayang bertemu pencipta Nya, Allah SWT. Pak Cik Lyn, yg Lyn panggil Pak Ngah menghembuskan nafasnya yg terakhir jam 3.00pm semalam.

Arwah merupakan adik ipar kepada my mum. Mengikut doc, arwah mengalami paru2 berair & sakit jantung. Arwah juga pernah kemalangan satu ketika dulu. Akibat hentakan yg kuat di kepala, arwah sukar mengingati nama2 keluarga besar kami. Kena ckp slow2, satu2 patah perkataan baru arwah ingat kembali. Walaupun begitu, arwah ttap aktif, berkebun sane sini, mmg seorang yg rajin.

Arwah yg Lyn kenal mmg suka bergurau, ketawa & mmg peramah. Kami senang bersamanyer. Dua bulan yg lepas, arwah sering keluar masuk hospital. Baru je seminggu keluar, arwah di masukkan ke hospital sekali lagi pd hari ahad lepas. Masih boleh berckp & tersenyum.

Mengikut doc, kesan hentakan kemalangan yg dulu effectnyer baru skrang. Arwah mengalami pendarahan dalaman yg sgt teruk. Disebabkan itu, arwah mengalami muntah darah tak henti2 sejak hari ahad yg lepas, dan tidak sedarkan diri sebelum menghembuskan nafasnya yg terakhir.

Erm..kehidupan didunia hanya lah sementara. Kehidupan di akhirat adalah kekal abadi.

Jenazahnya telah selamat dimandikan & dikafankan di kediaman beliau di Kampung Bukit Kuda, Klang & seterusnya disembahyangkan di Masjid berdekatan.

Alhamdulillah.. semuanyer selesai. Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Kuantan bersebelahan kubur orang tuanya.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Pak Ngah & ditempatkan dikalangan org2 yg beriman & beramal soleh. Al-Fatihah.. Amin....

Al-Fatihah untuk Arwah Abah, anak2 saudara, kaum keluarga yg telah pergi mengadap Ilahi.

Al-Fatihah..

11 comments:

{ Miss Syahira } said...

assalamualaikum kak lyn.

salam takziah.
al-fatihah..

Lyn Yusoff said...

wassalam Syahira
thx yer..

Anonymous said...

SALAM KAK
TAKZIAH DARI KAMI WARGA PROFEN...
SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KE ATAS ARWAH..AL-FATIHAH..
>NOMI<

Lyn Yusoff said...

wsalam,
thx yer nomi...

Mama Azlina said...

salam lyn..
takziah...

♥Syamelia♥ said...

takziah...
semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh allahyarham... n semua yg tedahulu...
al fatihah

Lyn Yusoff said...

thx mama & amy..
Al-fatihah

adenium said...

alfatihah semoga rohnya sentiasa dirahmati

Lyn Yusoff said...

thx sid..
al-fatihah..

Amiha Ayu said...

al-fatihah..

sorry for the lost lyn.
semoga allah mencucuri rahmat kepadanya.

Lyn Yusoff said...

thx so much ayu..
Al-fatihah..