1 Month Already :)

Semalam, genap sebulan Lyn operation. Pengalaman yg amat sukar dilupakan. Buat pertama kalinya, Lyn di operate. Kalau di ingat2 kan semula mmg takut & gementar dibuatnyer. Maklumlah tak pernah kan. Selama ni dgr di telinga orang sakit itu, sakit ini, operate sane sini. Tapi kali ni, diri sendiri yg mengalaminya. Sure lah seram sejuk dibuatnyer.

Sampai ke hari ni, Lyn masih teringat di awal permulaan katil Lyn disorong ke bilik menunggu. Sempatlah family members mencium Lyn ketika itu. Semestinya family members ikut sampai ke tempat menunggu. Tapi bila sudah masuk ke bilik operation, Lyn hanya sendiri. Yg ada cuma doc dan nursse2. Ade satu lagi station dimana Lyn kena menunggu sebelum dibawa ke operation theatre. Kat situ lah Lyn beristighfar, berdoa semoga Allah melancarkan pembedahan ini.

Berdebar?? Semestinya berdebar. Hanya Allah sahaja yg tau ape perasaan Lyn ketika itu. Bila doc & nurse brief Lyn skit2 mengenai operation tu nnti, Alhamdulillah Lyn faham.

Tepat 1.45pm, Lyn disorong ke operation theatre. Yang ada nurse & doc pakar bius. Dorang melakukan tugasan dorang dan Lyn seperti biasa hanya berdoa sahaja.

Waktu doc pakar bius menjalankan tugas dia, dia sempat berkata “Azlinah, doc dah sampai, sekarang ni awak mengucap & baca Al-Fatihah”

Lyn tak sedar yer. Sbb dibius satu badan. Pembedahan mengambil masa lebih kurang 2 jam lebih. Lyn tersedar bilamana nurse kejutkan Lyn.

Azlinah, bangun…

Masa tu Lyn mamai lagi. Dan kemudian terlelap semula. Tak lama kemudian, dia panggil lagi.

Azlinah, bangun…

Kali ni baru Lyn tersedar & Lyn ternampak jam tepat 4.30pm. Nurse brief skit pasal ubat yg Lyn control tuh. Lyn faham & angguk tanda faham ape yg dia katakan.

Lyn beralih katil & disorong masuk ke ward. Yg Lyn nampak my BIL. Just yg keluar dari mulut Lyn, MAK MANA? MAK MANA?

Sedar2 dah sampai ward. Terus tukar katil. Masa tu mmg nampak kelibat Mak, family members & kawan2 yg dtg. Cuma tak boleh nak ckp sgt. Sbb masih mamai dan dipengaruhi oleh ubat bius. Lyn cuba ckp dan panggil semua adik beradik Lyn. Kawan2 yg dtg siap tanya, kenal tak?? Lyn cuba ckp.

Alhamdulillah, malam tu Lyn dah boleh bergerak skit2 walaupun masih mamai lagi.

Ermmm Alhamdulillah, semuanya berjalan dgn lancar. Terima kasih pada semua. Memang sesuatu yg tak boleh dilupakan sepanjang hidup Lyn sampai ke hari ni.

Alhamdulillah, Lyn semakin sihat. Dan telah mula bertugas Isnin lepas. Pantang?? Semestinya pantang lagi ok. Kan nak cepat baik. My mum pantau ok. I tak boleh makan sembarangan tau. Bila dah kerja, kena pantau sendiri. Hehehe

IMG00866-20110118-1341Hari pertama selepas operation

4 comments:

Legasi Piston Pecah said...

alhamdulillah...semuanya dah berlalu kan?sekejap je dh nk dkt sebulan?

mummysyafie said...

semoga lyn ceoat sembuh..pantang tu jangan lupa plak yer

Lyn Yusoff said...

Legasi,
Alhamdulillah...
pejam celik pejam celik dah sebulan..
tak sangka pun...

Lyn Yusoff said...

Mummysyafie,
pantang semestinya kak..
anyway thx so much :)