Kahwin Oh Kahwin

KAHWIN HANTARAN MURAH ♥
Ish! Murahnya hantaran dia, ni mesti bakal menantu dia sengkek ni!

KAHWIN HANTARAN MAHAL ♥
Ish! Mahalnya? Nak jual ke anak apa?! Mesti nak menunjuk hantaran anak dia mahal.

KAHWIN UMUR MUDA ♥
Ish! Muda-muda dah kahwin, ni mesti ade buat benda tak baik ni. Ntah-ntah dah ada isi kot!

KAHWIN DI LEWAT USIA ♥
Ish! Dah tua baru nak kawen, tu la muda-muda tak nak kawen, org da beranak-pinak dia br nak kawen. Kesian, tak laku kot!

KAHWIN MAJLIS KECIL ♥
Ish! Ni majlis kahwin ke ape? Kedekutnya, makanan pun ntah pape bukan selalu, buatlah besar sikit!

KAHWIN MAJLIS BESAR ♥
Ish! Besarnye majlis. Kalah anak DATUK. Nak berlagaklah tu, macam anak die je nak kawen kat dunia ni!

***********************

Bukan mudah nak puaskan hati semua org. Daripada bersangka buruk, apa kata kita doakan org tersebut. Dapat gak pahala. Tak gitu.

Chill!!!
 

Asam Pedas Mak

Stop sekejap pasal my nephew’s wedding. Kang muntah ijo plak korang. Lyn pun naik pening nak tepek pics. Kemain byk, sampai nak termuntah jugak. hahahaha

IMG-20130127-00096 This was my dinner last Sunday. Asam pedas ikan parang dgn bendi & peria. Ya rabbi mmg sedap betul. Dah 3 minggu berturut2 makan lauk kenduri kahwin, sampai dah tak lalu nak masuk lagi kat tekak ni.

Skit2 ayam..

Skit2 daging..

Skit2 dalca…

Dpt asam pedas ni, nikmatnyaaaaaa. Sampai dua kali tambah ko. Hehehaehe

This week, our lunch nak masak pindang. Pindang ikan parang. Yuummmmmyyyy *Baru ari khamis dah sibuk cerita lauk hari ahad. Hehehe :D*

 

Wordless Wednesday #87

image


Amy’s Wedding : Malam Berinai

This is on Saturday night. Majlis berinai besar on our side.

Normally, kat kampung mmg meriah ada majlis2 gini. Bkn setakat majlis berinai jer, ada jugak jamuan yg disediakan tuk para tetamu. Tuk sape2 yg tak boleh dtg next day, dorang boleh dtg malam jugak. Ada choice kat situ.

Petang tu around 6.30pm, masing2 start dah bersiap. Mane yg nak make-up, pakai tudung segala bagai semua buat awal2. Our kenduri start at 8pm. But normally org dtg after Isya’. Tu pun dlm pukul 8pm pun dah ramai jugak org. 

IMG_1775 Groom’s family. My bro with his wife, son & daughter. My bro always out of theme. Sabar je lah. Suka hati la ko Along woiii.. Hehehe. Bergambar sebelum majlis. 

page1 Our family. Berkumpul kat depan tu tuk menyambut para tetamu. Lyn biasa lah in charge pengantin. Dah mcm mak andam plak aku dibuatnya.

Time ni org dah berduyun2 dtg. Yelah mungkin ramai jemputan kahwin esoknya. So boleh lah dorg dtg mlm.

Lepas Isya’ jer, pengantin dah berarak. Mcm biasa, mercun bunga semua meletup2. Kuat giler. Rasanya lagi kuat kat rumah kitorang compare kat rumah perempuan ari tu. Tak cukup power. Hehehhe

IMG_1686 Pasangan pengantin dan rombongan dr pihak pengantin perempuan dtg ke kenduri kami pulak. Maklum lah dkt. Kemain ramai yg dtg. 

page2Sessi menepung tawar dr pengantin lelaki kepada pengantin perempuan. Sama jer konsep yg kita buat masa kat rumah pengantin perempuan dulu. 

page3Tepung tawar & merenjis dari mak pak pengantin lelaki dan perempuan. Salam2 dan muah2 lah korang yer.

page4 Tiba giliran keluarga dari pihak pengantin lelaki dan perempuan. Dari nenek, nenek sedara, makcik2, pakcik2, kawan2, adik beradik. Merenjis lah korang ikut suka hati. Lyn tukang bagi telur jer. 

IMG_1756 Selesai posing2 laki bini kat pelamin, kita ada upacara potong kek plak. Takde tukar2 baju. Korang hentam jer lah pakai baju grey tuh. Janji hado!!

IMG_1785Kemain yg depan tu posing yer. Hahaha. Sebahagian keluarga Lyn. Tak complete tuh. We all in grey. Tapi ada jer yg tak pakai grey. No hal lah. Saje suka2 ikut tema. Yg penting esoknya. Pasti. 

IMG_1799 Ni keluarga belah kakak ipar. Ramai kan. Korang bygkan lah, kitorang ada 9 org adik beradik. My SIL pun 9 adik beradik. Bila campur ipar duai, anak2 buah, cucu, cicit. Mmg ramai betul. Ni baru yg perempuan jer korang nampak. Klu campur laki perempuan, tak cukup screen camera. Hahahaha

IMG_1823 Lyn spt biasalah kan. Menyumbang kan suara. Kata rumah sendiri, haruslah tunjuk skill. Hahaha. Lyn klu tak nyanyi, Kak Ngah Lyn tu sentap. Dia tu pantang, mane2 kenduri sedara mara, sure dia suruh Lyn nyanyi. Kat rumah org segan skit even sedara mara pun. Tapi kat rumah sendiri, wa belasah jer. hahaha

Majlis habis ard 11pm mcm tuh. Tetamu pun dah pulang. Tinggal lah kitorang buat ape2 yg patut mlm tuh. Mengemas kawasan rumah. Tu org lelaki punya kerja.

Tidur lewat jugak malam tuh. Padahal esoknya ada hari yg penting. Majlis bersanding tuk kedua mempelai. Tidur tak ingat dunia malam tuh walaupun beberapa jam jer.

Majlis sanding Lyn update later yer. Ngantuk ni..

 

Ukiran Inai Pulak

Friday night masing2 sibuk berinai. Pengantin of coz lah kan. Keluarga kak ipar mmg suka berinai. Siap jari kaki tangan sekali. Complete 20. Hehehe. Family Lyn pun join sekali. Nurul & Puteri lah kemain excited.

Beria dorang mengajak Lyn skali berinai. Tapi seriously, Lyn tak minat. Pakai sebab kahwin jer nnti. Klu saja2 mmg takkan.

Lyn cuma suka henna ukir2 tuh jer. Tu pun yg simple. Klu penuh sgt, cam ape jer. Rimas. Next  day mintak anak buah my SIL buatkan. Terror budak 16 thn tu ukir inai. 

IMG_1638Dan ini lah hasilnya. Takat ni jer lah yg Lyn suka. Tu pun mak kakak ipar & lain2 suh Lyn letak kat inai kat kuku. Tapi tu lah, tak suka den ni hah. Hehehe

IMG_1636 Tu pun seminggu gak nak kasi hilang. Inai yg dorg pakai ni, lambat sgt hilangnya. Terpaksa Lyn guna sabun  & sponge tau nak hilangkan cepat2. Bkn ape, rasa cam ada something jer kt tgn ni yg mengganggu. hehehe. Masa nak pakai kemain suka, bila lmbt skit hilang menceceh jer ko yer Lyn. Hehehe

Tu mmg Lyn lah. Berinai complete mcm pengantin tak mungkin. Skit2 pun tak mungkin. Nak tunggu Lyn complete berinai, tunggu lah I kahwin yer uolsss. Tu pun terpaksa. hehehe.

 

Amy’s Wedding : Hari Rewang

This is on our side. My brother’s side. 12th and 13th January 2013.

Tiba giliran my family plak buat kenduri time ni. Kenduri menyambut menantu & ahli keluarga baru. Persediaan semua tu mmg lah dr awal. Seminggu selepas majlis rumah perempuan, kitorang pulak bz. 

IMG_1598Masih mahukan konsep gotong royong tuk majlis kawin ni. Tiada catering2 ni. Semua ala2 kampung. Seronok sebenarnya buat gotong-royong. Boleh merapatkan hubungan silaturrahim sesama sedara & jiran.

Ketua tukang masak my cousin. Dia mmg buat catering. Tapi tuk saudara mara dia tak gunakan konsep catering. Konsep2 rewang mcm ni lah yg kitorang terapkan. Klu ahli keluarga kitorang kwin, mmg dia lah yg jadi tukang masak. Masakan dia mmg sedap. Mmg berbaloi klu guna perkhidmatannya.

Kitorang ahli keluarga mmg tak jenguk sgt org2 kat belakang rewang. Sebab masing2 sibuk siapkan juadah tengahari tuk mereka & jugak utk para jemputan mlm minggu tuh. 

IMG_1611Makan tengahari tuk org2 yg sibuk rewang aka gotong royong. Lauk lunch mum & kitorang sama2 masak. Ikan kering masak lemak dgn nenas, sayur goreng, ikan goreng, ulam2, sambal belacan dan buah2an. 

IMG_1613Keluarga kakak ipar sibuk bungkus telur tuk bunga telur joran. Dari jumaat malam sampai hari sabtu petang baru siap. Maklumlah 3000 biji telur nak kena bungkus uolsss. Nasib baik ramai org yg tlg. 

IMG_1623Siap dah petang tu kita cucukkan kat pasu besar. Ni adalah niat abg Lyn. Dia mmg nakkan bunga2 telur di letakkan dalam pasu tu. Ikut style adik Lyn kwin dlu. Ni kita buat dua pasu jer. Dulu adik Lyn, 4 ke 5 pasu klu tak silap kita buat.

Nak arrange pasu tuk mmg payah. Berat. So kenalah guna kreativiti masing2. Tu sume org2 lelaki yg uruskan. Pandai2 lah dorang. Hehehe

IMG_1633 Dan hasilnya, di kiri kanan pelamin. Berat tu. Tu pun dorang ikat dgn dawai besi & di hadang dgn kayu klu tak silap. Klu letak gitu jer mmg tergolek lah jawabnya. 

IMG_1617Closing kita letak 4 org model bunga manggar. Hahahhaa. Sempat lagi dorang. Buat kerja pun nak posing2. Tapi tak pe. Janji kerja siap.

Owh mlm tu ada majlis berinai besar tuk pengantin. Mmg kelam kabut lah masing2 bersiap malam tuh. Tunggu.. we all in grey!!!

 

No Monday Blues!!

image
[Pic, credited to Google image]


Long Holiday

blue1



Salam Maulidur Rasul

Salam LoVers,

imageHari ini adalah hari Keputeraan Baginda Rasulullah S.A.W. yg kita cintai. Marilah sama2 kita memanjatkan selawat kepada Baginda disamping mengambil iktibar perjalanan kehidupan dan perjuangan Rasulullah S.A.W.

"Malaikat saja sanggup menghitung jumlah titisan air hujan yg jatuh ke muka bumi ini, tapi satu yg tidak sanggup di hitung, iaitu jumlah pahala org yg berselawat ke atas Baginda Rasulullah S.A.W. "

Kepada yg bercuti, selamat bercuti. Lyn bekerja hari ni. Begini lah nasib klu kerja di offiice yg di monopoli oleh org kafir. Melayu 2 3 kerat jer. Sedihhhhhhhh. Huhuhu. 

[Pic, credited to Google image]


Wordless Wednesday #86

image


Bluberry #Eh Blue laaa…

Malas nak taip pepanjang. Layannnzzzzzz!!!!

IMG_1566 Paper bag berisi air kotak & cake. Blue & grey

IMG_1588 Extra goodies, gula2 untuk keluarga pihak pengantin perempuan

IMG_1589Extra goodies for VIP, bekas silver berisi potpourri

IMG_1619 Bunga telur untuk para tetamu. Since the theme was blue & silver, so kita buat dua color

IMG_1856 Complete 1 paper bag

IMG_1618 Bunga manggar jugak

IMG_1640Khemah. Pengsan aku tgk sekali dorang pasang 12 khemah. Mmg besar2an sungguh Abg aku buat kenduri kahwin anak dia.  

IMG_1635 Pelamin nan indah untuk raja sehari. Buat kat luar. Rekaan kitorang gak tuh. hehehe

P1110945 Tempat bersantap utk acara makan beradab


Japanese Tea

IMG-20130110-00077Had a yummy Japanese tea that is given by a visitor. It’s so rich in taste and colour. Loved it! Mula2 kena paksa dgn my bos suruh minum. Niat hati mmg nak minum skit jer. Sekali sedap. Terus habis kan. Hehehe

My bos said, good for ur health. So minum lah kita :)

 

Laksa Tanjung

Tau kan Lyn peminat laksa. Kat mane jer ada laksa yg sedap mmg Lyn terjah.

Went to Jalan TAR last year, memborong brg kahwin for my nephew. Tau jerlah klu pg Jalan TAR hari sabtu mmg penuh dgn org meniaga. Kan ada pasar.  Jam 11am dah masing duk set up tempat meniaga masing2.

Lepas shopping, kita cari kedai mkn plak. Ingat nak ke Sogo sana, tapi mmg tak larat. Cariklah ape2 yg menarik kat pasar tuh. Tapi kena pandai pilih, takut nnti tak sedap pulak. Kebersihan pun penting.

Masing2 duk mencari laksa. Stop kat satu kedai ni. Tgk ramai org, sure sedap kot. Takpe kita try & error dulu. Klu tak sedap next time tak merasa lah duit aku. Kedainya pun bersih. Order 4 laksa & 4 air kelapa. 

IMG-20121222-00065Ni rupanyer laksa tanjung tuh. Rasa dia… sgttttttttttttttt sedap. Kuah dia mmg sedap la wa cakap lu. Lyn ingat nak mkn dua mangkuk tapi malu #eh. Hehehe. My sisters & niece pun ckp sedap. Air kelapa yg kitorang order pun mmg pure. Takde campuran air lain.

RM3.00 semangkuk laksa tanjung ni. Air kelapa RM1.00. Murah kan. Mmg puas hati sungguh. So merasalah duit kitorang lagi nnti. hehehe

And yes.. kali kedua kitorang pegi Jalan TAR nak shopping skit, kitorang terjah lagi kedai laksa tanjung ni. Kali ni Baby, Puteri & kakak pun ikut sekali. Dorang pun ckp sedap. Lagi2 Puteri, dia kan hantu laksa. hehehe. Kitorang tapau gak bwk balik. Mum & yg lain2 pun ckp sedap. So mmg tak rugi beli.

OMG!!! Lyn dah terliur dah ni. Bila lah dpt mkn laksa tanjung Jalan TAR ni. Teringin sungguh. Slurrrpppppp '*kesat air liur*

Amy’s Wedding : Majlis Bersanding

Selesai majlis berinai besar malamnya, esok nyer majlis bersanding pulak.

Sekarang ni trend bersanding awal kan. Before Zohor dah bersanding dah. Tak macam dulu2, lepas waktu Zohor baru terhegeh2 nak bersanding. Satunya sbb faktor hujan. Kang klu hujan nak bersanding camner uolssss. Hehehe

Berkumpul 12.00pm kat area my house. So berkereta2 lah kami ke rumah perempuan yg sejengkal alam. Hehehe. Kali ni ramai yg join. My aunties & uncles pun join gak. 

IMG_1439My nephew yg menjadi ‘tuan besar’ hari tuh. Papanyer jadi driver tuk raja sehari ni. Amboiiii mengalahkan tuan besar. Papa ko pun tak pakai driver hari tuh. 

page5Berkumpul sebelum majlis persandingan. Dah lah matahari panas mencanak. Serious tak larat. My nephew tu tak boleh kena panas sgt, mau pening kepala. Takut jer dia pengsan bersanding nnti. Nasib baik tak. Tu pun muka dah kelat2 dah. Hehehe

IMG_1464 Kami beramai2 bergerak dari dpn sehingga ke rumah pengantin perempuan. Menahan panas lagi. Punyalah lama berdiri sbb nak tunggu pengantin perempuan sampai. 

IMG_1475Ok dah sampai dah. Tgk jelah muka my nephew tuh, dah kelat semacam. Tapi di tahan2 jugak. Yg penting pengapit kena kipas lebih kat dia. Biar dia rasa sejuk skit. 

IMG_1486 Upacara silat dari kaum lelaki yg teringin nak bersilat. Jarang2 org buat gini. Ikut adatlah. Tak semua orang tau pun. Kadang tu terus jer ke pelamin tuk majlis bersanding. 

IMG_1497Pengantin di singgahsana pelamin nan indah. The theme was grey & purple. Yg ni belah pihak pengantin perempuan lah. Kitorg spt biasa main belasah jer pakai baju warna ape. Kat rumah sendiri nnti baru ikut tema2 ni. 

page6Spt biasa, upacara merenjis oleh kedua ibu bapa saudara mara pengantin lelaki & perempuan.
 
page7Sessi makan beradap plak. Pengantin, ibu bapa pengantin lelaki bersama nenek2nya. Bagi org2 veteran jer duduk sini. Kitorang semua makan bersepah. Ada 2 ke 3 meja je khas tuk keluarga pengantin lelaki. Tapi mana cukup. Kitorang ramai uolsssss.

Selesai semua, kita tinggalkan pengantin lelaki keseorangan disana. Dah kahwin kena lah tinggal kan. Kita yg lain2 ni semua pakat balik lah. Takkan nak tinggal sama kan. Nanti kacau daun plak. Ahakssss :)

Balik awal sempat lagi lelap dua tiga jam. Selesai dah majlis di rumah pengantin perempuan. Selepas seminggu kat rumah kitorang pulak, majlis menyambut menantu. Tu later Lyn update.

Daaaaa!!! :)

Seronoknya :)

Hi LoVers,

Good morning everyone!!!

It's Monday again.

I wanna tell you that I had an awesome weekends. Why?? I just spent my weekends at home. Watching TV with my big family. Laying all the way on my bed and the next thing, I fall asleep. Hehehe.

No more outing..

No more wedding..

No more holiday…

imageNi namanya qada’ tidur & masa rehat sbb tiap2 minggu teramat busy yg teramat sgt since last year till last week. Baru lah minggu ni nak berehat after having our big family wedding.

This is how I spent my weekends. Nampak mcm boring kan sbb dua hari duduk rumah jer. Tapi pd Lyn & family yg tak cukup rest ianya sgt heaven dan seronok.

Next week akan kembali busy. Tapi takpe sbb dah cukup rest. Hehehe

How’s ur weekend?? Sure happening kan?

[Pic, credited to Google image]

 

Sayang :)

 
Comel lagu ni. Enjoy!!!
 
 

2 years

Apabila seorang hamba Allah jatuh sakit, Allah akan mengutus 4 malaikat :

1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA.
2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA.
3. Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN/KETAMPANAN WAJAH.
4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA... (^_^)

IMG00866-20110118-1341 This was me 2 years ago having an operation. Klu di ingatkan balik, Lyn sendiri tak percaya kena melalui semua ni. Tapi itu kan ujian qada’ dan qadar drpd Allah SWT. Kita sebagai hamba tiada hak utk menghalangnya.

Alhamdulillah, I feel better now. Cuma adalah certain2 kerja yg Lyn tak boleh nak buat, contoh, angkat benda berat. Tu my excuses.

Cerita2 Lyn kat KPJ Specialist, boleh baca DISINI.

Anyway, selamat berhujung minggu!!!

Taksub

Taksub cerita KL Gangster. Inilah jadinya

********************
Mak : Aiman ! Diam la . Adik tengah tido nie !

Aiman : Lu kasi gua mati dulu lah bru gua diam 

Ayah : Aiman ! Nie mak kamu tau tak !

Aiman : Sekarang gua x kira lu mak long ka, mak ngah ka, ni rumah gua pegang !

Tak lama kemudian,adik bangun dari tido...

Aiman : Mainan ni abang punya lah, bak sini mainan abang !

Adik : Abang x abang ! sape kacau aku pecah !

(pastu mak menyampuk)

Mak : Hey!!! Kalau aku sembelih 18 baru korang tau erti penyesalan!

Wakakakaka. Btw, just for fun :))



Amy’s Wedding : Majlis Berinai Besar


Mlm minggu tu ada majlis berinai besar di rumah pengantin perempuan. Petang tu masing2 dah diingatkan bersiap awal. Jam 8.30pm kita dah nak bergerak ke rumah pengantin perempuan. Padahal bkn jauh pun. Sekangkang kera jer. Cik von belum panas dlm kereta dah sampai. Ahakksss :D

IMG_1260 Sebahagian daripada ahli2 keluarga Lyn. Klu ikutkan belah keluarga kitorang mmg semua menghantar. Belah kakak ipar Lyn pun ramai. Total semua lebih kurang 8 –10 biji kereta rasanya. Tu pun berhimpit2, bknn jauh pun.

IMG_1290Tema warna pengantin, pink hijau. Tapi kitorang main bantai jer pakai warna ape. Janji berbaju. Ermmm.. mcm tak caya jer Amy yg kitorang panggil Abg ni dah kahwin.

Kami diiringi oleh pukulan kompang dari kampung kitorang jugak. Comey2 jer bebudak yg main kompang ni. 

IMG_1294 Yeayyyy.. Pengantin perempuan dah pun sampai. Kami di sambut oleh saudara pengantin belah perempuan. Owh lupa siap ade bunyi mercun lagi. Berdentum2 dentam bunyi nyer. 

page3Mengikut tradisi kitorang, pengantin lelaki kena merenjis pengantin perempuan dulu. Act pihak perempuan pun tak berapa faham dgn upacara merenjis ni. Tu pun besan my mum aka mak kakak ipar yg tlg arrange kan. Dorang cam buat dek jer. 

page2Lepas tu pengantin perempuan kena duduk sorang2 sambil upacara merenjis oleh pihak keluarga pengantin lelaki. Pengantin lelaki kena duduk tempat lain dlu.

page1Baru lah pengantin lelaki naik ke pelamin dan kemudian upacara merenjis oleh keluarga belah perempuan pulak. Pengantin perempuan kena berada di tepi pelamin saja. Tengok jer lah laki ko kena renjis2. Hehehe

IMG_1375Kemudian mereka di satukan dia singgah sana nan indah. Time ni dorang hanya menjadi perhatian jer lah. Kata raja sehari kannnnn. 

page4Upacara memotong kek. Suap jgn tak suap. Baju pun bertukar. Gaun putih dan baju kot. Masa ni Lyn tak berapa concentrate pun. Tgk dari jauh jer. Sebabnya………

IMG_1391Saya di paksa menyanyi. Hahahaha. Ni semua gara2 kakak & abg Lyn. Malu uolsss. Pttnyer kat rumah org tak yah nak tunjuk skills sgt. Tunggu kat rumah sendiri jer. Tapi kena pegi gak. hehehe. Video ada kot. Tapi takdelah nak tepek kot. Malu….

IMG_1417Kami sekeluarga bergambar bersama2 dgn pengantin. Selesai jer majlis kami semua beransur pulang. Letih ko. Tunggu next day tuk majlis bersanding pulak.

Tu pun Lyn cerita later. Next week lah yer. Nnti ada yg muntah ijo plak, asyik2 citer pasal kenduri kahwin jer. hahaha.