Engagement Day

IMG_1183Alhamdulillah, engagement day running smoothly last weekend. Penutup tirai 2013. Tiba2 iolsss bertunang senyap2 kan. Yelah, tunang jer kot. Takkan nak jemput semua org.

Ok… Ok…

Hahaha… Jgn speku iolss bertunang yer. It’s not my engagement ceremony. Hehehe. Lyn saja jer berlakon duduk kat hantaran tuh. Ambil berkat. Mana lah tau, 2014 it’s my turn pulak. Korang doa2kan lah yer. Amin.

Orait, it’s my nephew engagement. Tapi sebelum menghantar rombongan ke rumah pihak perempuan. Pagi tu kita buat majlis doa selamat dlm pukul 11am. Selesai majlis pun lebih kurang 12pm. Makan2 & kitorang ready gerak ke rumah pihak perempuan lepas Zohor. Bersiap lah masing2 kat rumah my sis. Kenduri baju lain, ke rumah pihak perempuan baju lain. Tu lah org perempuan kan. hehehe

IMG_4075Tema hantaran dr pihak kitorang warna purple. My niece aka kakaknya yg decorate. My niece mmg pandai menggubah. Ada jer orang tempah kat dia. Korang klu ada nak tempah pun boleh roger2 Lyn yer.

Lepas Zohor kitorang gerak ke rumah pihak perempuan. Tak sempat panas punggung dah sampai. hehehe. Dekat jer rumahnya. Tolak traffic light, jammed segala, 10 minit paling lambat sampai. hehehe. Kawan sekolah. But not same age. Tapi muda lagi lah. Baguslah klu niat baik kan.

IMG_4139 Sampai kita amik pic dulu. My bro & BIL mmg org yg sgt punctual yer. Kitorang semua mcm lipas kudung bersiap. Tak sempat nak berhias lebih2. Hehehe

IMG_4146 Rombongan kami beramai2. I oulsss mane ntah. Kebelakang tu kot. Sorang2 bawak hantaran. 7 dulang jer. Tak byk pun.

IMG_4184Disebabkan dia ni duduk apartment, semua majlis berlangsung kat surau kediaman dorang. Senang sikit, tak payah berasak2 kat dlm rumah yg kurang besar. Segala urusan semua di sini. Dorang berbincang, kita masing2 dgr jer. Semua kata putus dah diambil. Tempohnya setahun lebih. Tapi klu nak cepat kan dlm setahun pun takpe. Kata my sis, end of 2014, makan lah nasi minyak. Insya Allah.

Selesai urusan kat bawah, yg lelaki mkn dulu. Kitorang yg perempuan naik atas utk upacara sarung cincin.

IMG_4222 My mum, bakal nenek sarung kan cincin merisik.

IMG_1061My sis sarung kan cincin tunang kepada bakal menantunya. Selesai. So next, it’s photo session.

IMG_4230 My mum, Yana, my Kak Lang & SIL Kak Long.

IMG_1096My sisters

IMG_1102  The rest. Lyn adalah kat situ. Bukan sihat sgt tuh.

IMG_1103 Group anak dara & mak dara.

IMG_1124My nephew & her fiancé.  Anak my sis yg bongsu. Abang nyer belum lagi. Adiknya lepas dulu. Hehehe. Congratulations Fauzi & Yana on your engagement. Hope everything will be fine until ur big day. Amin

Settle semua kita turun untuk jamuan makan.

IMG_4294 Rombongan kami dah nak beransur pulang. Maklumlah perjalanan mkn masa lama uolssss. 3 jam ko. Hahaha. Padahal 10 minit dah sampai. Hehehe

IMG_1174Ok ni dia hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki. 9 kesemuanya. Tersengih2 ko yer dah bertunang. Lepas ni kita makan nasi minyak lah pulak. Selesai dah satu majlis.

Kitorang still lagi lepak2 rumah my sis sampai petang. Berborak ramai2 sampai ada yg tertidur. Yelah sesekali jumpa mmg tak sah klu tak berborak lama2. Masing2 dgn topik masing2. Yg bergurau senda, gossip2. Mmg seronok.

Balik rumah, penat jugak lah. Sebab awal pagi dah bgn tolong my mum masak lemak ikan kering & nenas, sayur goreng & sambal belacan. Tu jer yg my mum masak. Selebihnya my sis order kat org lain. Mlm tu kitorang repeat lauk sama jer. Byk lagi lebih. Sayang terbuang kan. Lagi2 masak lemak tuh. Lyn mmg repeat byk kali. Sampai hari Ahad pun still elok lagi. Makanan2 ni  klu kita masak elok2, betul2 masak, dua hari masih boleh bertahan lagi. Kan korang?


8 comments:

Dee said...

seronok pulak tgk orang bertunangkan..family dee pun lama dah takde function tunang2 ni..hehehe..

attyfir said...

cantik bakal pengantin perempuan .

Mummydearie said...

Nasib baik intro tak panjang. Ingatkan tadi memang betullah buat majlis senyap-senyap ala-ala selebriti ternama :D Rupanya, nephew Lyn punya majlis. Ingatkan makciknyalah tadi!

Cepat-cepat makan nasi minyak buat nephew dan Lyn juga. Amin!

Lyn Yusoff said...

Dee,
tu lah sis.. lama jugak takde majlis gini.. best plak sesekali

Lyn Yusoff said...

Attyfir,
yer.. pilihan sendiri.. hehehe

Lyn Yusoff said...

Mummydearie,
hahahahaha..
tu lah ingat nak buat intro panjang gak, tapi tak baikkan ..
celebrity lah sgt nak sorok2 kan.. tapi nnti mmg akan sorok2 gak.. hehehe


anyway, thanks kak :)

Siti Hajar said...

Ingatkan tuan belog yang bertunang. Tahniah pada yang bertunang ^^

Isteri kepada Suami said...

Assalamualaikum...

Hehe..insya allah kak..sofia doakan rezeki utk akk jg nnt :)

congrats buat nephew akk.. :)

regards,
Triplesmiley