Geli Hati Lagi

Siapa Hebat

Satu hari berlakulah bertengkaran yang hebat disebuah reban kambing dan sebuah reban ayam.. pertelingkahan tu menyebabkan satu kampong heboh… beginilah kisahnya.

Kambing : Apalah kau ni ayam… Baju ada tapi berkaki ayam tak malu ke… . kah kah kah 
Ayam : Kau tu dah baju jarang nampak kemaluan … lagi malu. kah kah kah
Ayam : Daging aku lazat.. enak sehingga menjilat jari..
Kambing : Lazat pun bukan boleh buat korban…
Kambing : Apalah kau ni bertelur sebiji riuh sekampong
Ayam : Aku bertelur setiap hari… kau tu beranak setahun sekali.. hebat apa kebendanya.
Kambing : Aku hebat… .. yahoooo
Ayam : Aku hebat … . yahoooo

Perbualan mereka yang riuh menyebabkan tuan rumah terjaga lalu keluar melihat apa pasal yang riuh. Tuan rumah lalu keluar dan mengambil pisau terus menyembelih kedua dua binatang tu sambil berkata… .. Ha… . sekarang sapa yang hebat..!!!


Membeli Rumah

Sepasang suami isteri mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Oleh kerana tempoh pembelajaran memakan masa yang lama maka mereka sepakat untuk menjual harta yang ada termasuk sebuah rumah.

Lalu datang seorang lelaki yang agak berumur untuk melihat keadaan rumah. Setelah puas meninjau dalam dan luar rumah, lelaki itu bersetuju untuk membelinya.

Si suami tadi secara jujur menjelaskan tentang kedudukan rumah tersebut. ?Di sebelah barat terdapat sebuah kilang getah, manakala bahagian selatan ada kilang belacan dan di utara adalah tempat pembuangan sampah,? jelas tuan rumah.

Kalau begitu apa keistimewaannya jika saya membeli rumah ini,? tanya lelaki itu kepada tuan rumah.

Salah satu keistimewaannya ialah, anda boleh mengetahui dari mana arah angin yang bertiup," jawabnya selamba.


Apa Yang Dicari Dulu

Tiga orang perempuan dalam perjalanan menggunakan kapal terbang. Setengah jam setelah diudara, pilot mengumumkan adanya gangguan dan para penumpang diminta bersiap sedia kerana pesawat akan mendarat cemas.

Perempuan pertama segera memakai semua perhiasannya, mulai dari rantai, gelang dan cincin. Dengan pandangan tak mengerti kedua perempuan yang lainnya bertanya apa maksud dari tindakannya tersebut. "Dengan memakai semua perhiasan ini semua orang akan tahu aku seorang wanita kaya. Jadi mereka akan menolongku lebih dulu," jawabnya.

Perempuan kedua segera membuka blaus dan branya. Ketika yang lain bertanya, ia menjawab, "Ketika penyelamat datang, mereka akan melihat betapa seksinya dadaku dan aku akan ditolong lebih dulu.

Perempuan ketiga yang kebetulan berkulit sangat hitam melepaskan celana luar dan dalamnya. Kemudian ia berkata, "Biasanya mereka akan mencari kotak hitam lebih dulu."


Cepat Kering

Ada doa orang sahabat, mereka ni sangat akrab. Sorang bernama Hanif dan yang sorang tu bernama Tony. Mereka ni penghuni setia rumah tumpangan orang-orang gila. Pada suatu hari mereka dibenarkan bermain di kolam renang yang terdapat di rumah tumpangan itu. Tapi mereka berdua ni tak pandai berenang. Si Hanif berehat-rehat di bawah khemah manakala Si Tony tak habis-habis lari keliling kolam renang tu.

Tiba-tiba mungkin kerana keghairahan Si Tony ni terus melompat kedalam kolam... apalagi terkapai-kapailah dia meminta tolong. Sahabat yang setia, Si Hanif ni dengan pantas cuba menyelamatkan Si Tony. Fuh, nasib baik tak lemas. Memandangkan Si Tony tu dah basah kuyup dan kesejukan, Si Hanif dengan pantas membalut kawannye tu dengan sehelai tuala lalucepat-cepat membawanya ke dalam bilik mereka.

Keesokan harinya Si Hanif telah dikerahkan menemui orang atasan. Kira pegawai ler tu. Apabila melihat wajah Si Hanif beliau mula berkata, "Saya ada dua berita yang perlu saya beritahu awak. Yang pertama ialah berita baik, awak akan dibebaskan kerana awak telah dapat membezakan antara kecemasan atau tidak. Tindakan awak menyelamatkan Si Tony bermakna awak kini mempunyai pemikiran yang waras.

Namun saya juga ada berita buruk untuk awak, teman baik awak telah membunuh diri. Pagi tadi saya diberitahu yang dia dijumpai didalam biliknya dengan lehernya tergantung.

Dengan muka selamba Si Hanif pun menjawab, "tidak tuan dia bukan membunuh diri tapi saya yang gantung dia supaya dia cepat kering".


2 comments:

Mummydearie said...

Kotak hitam aduhai kotak hitam. Rasa-rasanya ketiga-tiga pun tak akan dicari dulu kot. Semua dah berkecai :)

Lyn Yusoff said...

Mummydearie,
tinggal abu jer hahahah