Alkisah Bertindik

Hi LoVers,

Saja nak tanya, umur berapa korang dah start bertindik?? Ke tak pernah bertindik langsung? Hehehe.

Kalau Lyn masa umur 6 thn dah bertindik dah. Coz my mum mmg suka anak2 dara nya melawa. Sbg anak, ikut jerlah rentak mak nya yer. Klu skrg nak bertindik kena pergi kedai emas kan. Sepasang klu tak silap RM10 and above. Last time, I brought Puteri bertindik. Mula2 dia ok lagi. Kali kedua, menangis tak henti2. Habis satu JJ dgr dia menangis. Hahaha. Kecut perut jugak lah Lyn time tuh. Terus bawak balik. Pujuk2 dia dlm kereta terus dia tertidur.

Nak tau pengalaman Lyn masa bertindik kecik2 dulu?? Klu Lyn cerita sure korang ketawa. Hahhhh!! belum cerita korang dah ketawa yer. Hehehe

Ok2.. nak cerita la ni. Dulu2 klu nak bertindik kena tunggu benggali dtg rumah. Takde lah nak pergi kedai ni sume. So ada lah sorang benggali ni dah biasa dah dtg jual karpet, kain baju kat kawasan rumah kitorang. So dia pun ada sediakan khidmat bertindik ni. Lepas bargain2 segala bagai, dia setuju. Tapi tak lah kitorang buat on the spot. My mum & my dad kenalah bagi anak dia bersediakan. Dtg2 terus tembak telinga mau lintang pukang lari. Hahaha. So dorang pun inform lah kat kitorang ada benggali nak dtg tindik telinga. So suka lah. Lyn & adik excited lah kan.  So lepas beberapa hari si benggali ni dtg lah rumah.

Masa dia dtg. Lyn dah menyorok. Takut gila ko telinga nak kena tembak. Adik Lyn ni sgt cool. Dia mmg dtg menyerah jer. So dia punya kes dah selesai lah. So boleh bergaya dgn earring baru. Kes Lyn ni tak habis lagi. Still lagi menyorok.

Puas dorang pujuk2 Lyn tak nak keluar. Sampai one stage Lyn menyorok bawah katil. Hahahaha. Can you imagine!! Lyn menyorok bawak katil my mum time tuh. Hahaha. Terukkan. Hahaha. Lama jugak Lyn kat bawah katil tuh, tak mau keluar. Masa tu mmg dah nangis2 taknak keluar. Puas dorang pujuk. But finally Lyn mengalah sbb my dad janji nak belikan something klu Lyn keluar & bertindik. So keluar jugak lah akhirnya. hehehe

So selamat lah bertindik even menangis pun. hehehe. Lepas bertindik, pakai earring, telinga Lyn merah2. Lepas tu bengkak pulak. Tanggal balik, sapu minyak gamat. Lepas beberapa hari baru lah ok sampai skrg. Bukan apa, kulit Lyn ni sgt sensitif. Tak boleh kena gigit nyamuk, luka skit. Sure akan berjangkit. Even kat muka pun. Bukan sembarangan skin care Lyn boleh guna. Takut nnti pimples sume keluar. Just guna herba product jer skrg ni.

Dulu masa kekecik, pakai subang emas yg ketip tuh. Yg separa bulat tuh. Sampai sekarang ada lagi. Arwah Abah Lyn belikan. Esok2 boleh bagi kat anak plak. Gituwww. Lyn jarang pakai. Suka pakai design yg besar2. Byklah jual kat luar skrg. Sediakan jer lah duitnya. Hehehe

Ermmm.. tu je lah pengalaman Lyn bertindik. So pengalaman bertindik korang mcm mane pulak?? Or anak2 korang??


6 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

anak umur 4 thn dah tindik :)

attyfir said...

kty dulu bertindik kecil lg ..dlm umur 4 thn rasa mak ckp..
dulu2 x g kedai.. org buatkan ..lps tu sapu ngn minyak masak + kunyit.

Lyn Yusoff said...

Mrs Eady,
alahaiii kecik lagi dah tindik yer...

Lyn Yusoff said...

Attyfir,
kecik lagi kak ty dah tindik yer..
tak pernah tau pun petua tuh

Mummydearie said...

Pengalaman anak-anak akak memang takdalah, Lyn! Hehehe...

Akak tak ingat bila akak bertindik tapi akak gi kedai emas juga. Kena tembak telinga. Walaupun gementar takdalah sampai menyorok bawah katil macam sesetengah budak tu :)

Sejak pakai tudung kerap buka anting-anting/subang maka akhirnya lubang tindik tu kambus terus. So sekarang tak leh melawalah akak. Nak suruh tua-tua ni pergi tindik balik, hah itu mungkin akan sembunyi celah almari gayanya!

Lyn Yusoff said...

Mummydearie,
tak pelah kak, kot ada rezeki anak perempuan ni, boleh lah tindik kan dia.. betul tak?? hehehe