Bandung 2014 : Jalan2 Di Factory Outlet

Settled shopping di Pasar Baru, we heading to factory outlet. Kat jalan mana Lyn tak noticed pun. Byk FO kat sini. Tak tau mane supir kitorang bawak. Kat mane supir kitorang pergi kitorang ikut jer. But satu tempat yg Lyn nak pergi sebelum ke FO tuh, ialah Rumah Tas.

So kitorang ke sana dulu. Kebetulan hujan pun rintik2. Nasib baik lah tak ramai org time tuh. Parking pun senang.

IMG_4686 Belum masuk pun dah teruja. Mcm2 jenis bag ada kat cini. Dari jenis clutch sampai lah ke besar luggage. Dorang yg excited nak shopping kat sini. Mencari kan barang2 kiriman adik beradik & anak2 buah.

Mmg rambang mata. Tapi Lyn tak shopping bag pun. Belikan my mum & adik Lyn jer. Yg lain2 sibuk beli untuk diri masing2. Carikan sling bag utk abg Lyn & anak2 buah Lyn. Tu pun dorang yg kirim. Klu tak, mmg tak koser lah nak bertenggek lama2 dlm Rumah Tas ni.

IMG_4687 Mcm2 lah handbag ada kat sini. Lyn ada lah tanya kat SA tuh, branded handbag kat sini gred berapa. Sa tu bgtau, ni gred yg bagus skali, gred 5A. Kira lebih kurang mcm original jugak. Nampak mmg mcm ori. Tapi tak teringin plak nak membeli. Harga pun boleh tahan mahal jugak.

Kat sini pun kita spent almost 1 hour plus. Biasalah perempuan klu shopping mmg berjam2 kan. Tu normal sgt.

Next is FO. Jalan Dago kot klu tak silap.

IMG_4404
IMG_4408Mmg byk FO kat sini. Sampai tak larat nak jalan. Kesian kan my mum. Dah lah seharian kat Pasar Baru, lepas tu jalan2 kat FO plak. Sian dia. Actually, kita tak membeli sgt kat sini. Sekadar cuci2 mata. Dorang lah yg cari apa2 yg menarik kat sini. Dorang mmg plan nak beli handbag, baju2 kat sini. So mmg bagi peluang lah dorang shopping kat sini.

Lyn pun cuci mata jer. Takde apa yg menarik pun. From one shop to another shop, mmg Lyn tgk2 jer. End-up mmg tak membeli.

By 8pm kita dah siap semua, pergi dinner di Mie Kocok then terus balik guest house. Mandi, solat, rest & sambil tgk tv. Spt biasa jugak dorang yg tidur awal. Lyn spt biasa online dulu baru tidur. Padahal dah kepenatan jugak tuh. Tapi sempat lagi layan tv. At last tv yg tgk kita sampai pagi. hahaha.

End our 2nd day.

6 comments:

Rizziela said...

bestnya ...bila la sy nak dpt shooping kat sini

Amanda Suria said...

BAG LUGGAGE KALER PINK TU CANTIK...
- dtg bertandang menabung nuff kat sini ye lyn..

Lyn Yusoff said...

Rizziela,
anytime boleh dear..
cari flight tix yg murah..

Lyn Yusoff said...

Suria,
bkn setakat warna pink yg cantik.. semua cantik2 belaka dlm tu.. sediakan jer duitnya...

Mummydearie said...

Nak beli yang ori tak mampu. Nak beli yang gred terbaik, pun rasa sayang gak kat duit. Tapi kalau akak, bab-bab handbag ni boleh bersabar lagi kot. Tapi kalau dah jalan jauh-jauh balik bawak baju kotor aje, tak best gak kang. Lebih baik memborong :)

Lyn Yusoff said...

Mummydearie,
mestilah kak, dtg jauh2 tak beli apa2.. mmg sedih lah.. sikit ke byk janji shopping.. takde lah bawak balik baju kotor kan.. hahahah