I was looking forward to visit this restaurant. Tapi tak terkeluar pun dek mulut ni dek kerana penat barangkali.
Settle shopping kita terus mintak supir bawak pergi makan. Just bagitau dia, tempat yg best, sedap, murah & bersih. So bergerak kita semua. Klu ikut kan perjalanan tak lah jauh sgt dari area Donatello tuh. Tapi kawasan yg kita pergi ni mcm menghala ke area bukit. Kiri kanan penuh kedai, dan di bawah bukit tu kelihatan kawasan kampung. Kira mcm Cameron Highland lah.
Sekali sampai… rupanya2 The Stone Cafe yaw!!!! OMG!!!!
Nak naik ke restaurant tu pun berbukit2 jugak yer. Sekali terpandang environment Stone Cafe ni mmg teruja sungguh. Cantik sgt. Parking kereta & kami di sambut oleh pelayan. Duk tanya nak makan area mane. Ade yg duduk bersila & ade yg duduk di kerusi. So kita mmg pilih duduk di kerusi lah kan, since my mum bkn boleh duduk bersila lama2.
Sambil makan, sambil chit chat sekali. Duk bercerita untuk esok punya aktiviti. Ikut kan semua itinerary in order gitu. Cuma plan nak ke Tangkuban Parahu saja yg bertukar. So far tempat yg kita nak pergi, kita dah pergi. Tempat2 wajib mcm Pasar Baru next day baru kita pergi. Tu mmg kita plan hari kedua.
Mmg puas hati betul makan kat sini. Makanan semua sedap2. Dah lah restaurant nya cantik, service pun cepat. Order pun cepat sampai. Live band pun best. Rasanya nak menyanyi jer. Tangan dah gatal dah time tuh nak pegang mic. Hehehe.
Selesai makan kita gerak balik. Settle kan bil semua. Kita makan mlm tu lebih kurang RP300,000 lebih. Korang kira sendiri.
Rasanya mcm ade hotel kat sini. Agak jer lah. Tgk mcm bertingkat2 jer. Takkan lah cafe sampai bertingkat2 gitu kan. Sekali lagi nak balik, dpt lagi ucapan dari abg band. Friendly betul abg band ni yer. Hehehe
Dari Stone Cafe ni kitorang terus je balik guest house. Penat betul even bukan seharian berjalan. Sampai jer, naik bilik, bersihkan diri, mandi & solat, then masing2 tidur. Lyn spt biasa lah duk melayan TV sambil log in FB & IG. Sesekali layan TV Indonesia pun best jugak. Ade satu program tu, tiap2 malam Lyn layan. Best & kelakar betul. Lama2 terlelap jugak dgn TV duk terpasang sampai pagi. hehehe.
Settled our first day. Good night Bandung!! :)
6 comments:
kty pun x makan itik .
tp kalo ada leh ar terai .
Memang serius cantik dan nyaman aje restoran ni. Nasib baik jauh, kalau dekat mesti dah mai dah ni.
Oh, akak baru tau bebek tu itik ya... ingatkan bibik ler tadi :)
Attyfir,
hehehe... lyn mmg tak leh mkn..
dorg suh try pun rasa nak muntah gitu.. hehehe
Mummydearie,
tu lah kak jauh ke bandung sana.. klu dkt hari2 duk dtg lagi.. hehehe
owh akak pun tak tau bebek tu itik.. ingat kan lyn jer tak tau.. masa kat bandung baru Lyn tau bebek tu itik.. hahaha ater tak pernah makan kan
Assalamualaikum,
A'aa cantikkkk...mcm nikmatnya je makan kat tempat mcm ni...live band...huhu tuh yg buat lagi best..
regards,
Triplesmiley
Sofia,
mmg nikmat mkn kat sini..
seronok sbb ada live band lagi..
Post a Comment