Manja… Manja…

IMG00900-20110123-2226Cak!!!

Saje nak manja2 lorat2 dgn my mum mintak picitkan kaki Lyn tuh. Hhehehe. Yelah, sejak discharged dari hospital hari tuh, Lyn ni jalan pun nak kena hati2. Slow2 katanya. Kalau jalan laju2 habis kena tegur dgn orang2 kat rumah ni. So kenalah jalan slow2 uolssss… hehehe

Tapi sejak tak berapa sihat ni, mmg diriku di layan seperti princess gitu. Hehehe. Serba serbi semua mereka siapkan. Sampai nak basuh tangan pun dorang letakkan mangkuk. Aiyooooo tak payah lah. Lyn boleh gerak sendiri lah. Hhehehe

Kalau dimanja-manja sangatkan badan ni langsung tak boleh gerak nanti. So elok lah Lyn bangun & gerak2 kan badan ni. Nnti klu tak gerak payah lah pulak. Tapi tiap2 malam mmg my mum tolong sapukan minyak panas kat kaki & pinggang. Sejak keluar hospital ni, kaki & pinggang lenguh2. Tu yg mintak tolong my mum. Nak buat sendiri tak boleh.

Tak sihat kan, so boleh lah excuse uollssssss.. Ater anak mak kan :)

Si Penyedut Siput…

My lovely niece, Puteri ni mmg bijak & keletah betul. Since, masuk kindie lagi lah mulut nyer banyak tul menceceh. Dah rupa orang tua dah. Byk mulut sungguh. Kita ckp sepatah, berpatah2 jawabnya. Hehehehe

IMG00896-20110123-1910Last Sunday, mum masak lemak siput sedut. Ni Puteri yg request nak makan siput sedut. Sian pulak tgk dia. So pagi2 tu dia dah tuntut nak makan siput sedut. Lauk belum masak pun, berpuluh kali dia ulang neneknya dah masak siput ke belum. Ishhhh tak sabar punya budak. Hehehhee

IMG00897-20110123-1913Dia mmg sedut sendiri ye siput sedut tuh. Kita nak tolong mmg tak dibaginyer. Sekali je kita ajar, lepas tu sampai ke sudah dia tau sedut. Dah lama dah kita ajar dia. Tapi kali ni dia expert giler bab sedut menyedut tuh. Hehehehee. Mum masak pun tak pedas sgt, sbb dia suka makan kan. Nanti klu pedas sgt, tak termakan plak dia. Hehehe

P1060809Lyn : Adik, mintak skit siput sedut tuh

Puteri : Tak boleh!!Achik tak boleh makan. Kan achik tak sihat. Nnti dah sihat baru boleh makan.

Lyn : Hehehehehe [tau je ko erk Achik tak sihat]

The Tea Republic!!

UntitledJom kita lepak Bangsar Shopping Centre!! Boleh pekena tropicalitea & a large cookie. Murah giler only RM8.00 instead of RM14.50. Time pantang2 cam gini semua nyer Lyn teringin. Kalau tak berpantang, mau Lyn terjah melepak kat sini. Huhuhu

Click HERE for details & pick the voucher NOW!!!

Bermanja Dengan Puteri…

IMG00889-20110122-2045

IMG00890-20110122-2045Tengok jelah gelagat budak kecik ni. Lyn saja usik2 dia mintak dia urutkan kaki Lyn yg lenguh2 ni. Mmg lenguh pun uolssss. Habis tu asyik baring menelentang je kan, manelah tak lenguh. Bukan boleh mengereng sgt pun. So kaki & pinggang ni mmg sengal2 & lenguh2.

Mula2 dia taknak picitkan, katanyer tak reti. Lepas je Lyn ckp nak belanja Baskin Robbins terus laju je dia melulu picitkan. hehe.

Ishhhh budak kecik ni. Pantang org upah laju jer ko erkkkkkk… Hehehe

Nazar My Mum…

Last Sunday, my mum ada wat nazar skit sbb Lyn baru selamat buat operation. Nak wat kenduri besar-besaran tak sempat pulak. Ater pendek sgt masanya. Mmg my mum & family nak buat kenduri arwah hujung bulan ni. Tapi disebabkan Lyn tak sihat, terpaksa lah kita postponed. Later, kita combine sekali. InsyaAllah.

Jadinya hari ahad tu kita wat majlis kecil-kecilan jer. Dorang bergotong-royong masak pulut kuning dan kari telur +  daging.

P1060805Pulut kuning yg sudah ditanak. Tinggal nak letak santan kelapa jer. Lepas tu baru kukus sekali lagi.

P1060807Kari telur & daging. Marvellous betul. Tapi si sakit ni pandang jelah org makan sedap2. Ater tak boleh nak makan kan. Hehehe

P1060821Taraaaaaaaaaaaaaa…. dah siap dah.

P1060822Masa untuk membungkus. My sis, Kak Lang & Kak Teh yang membungkusnya.

P1060825  Sebahagian bungkusan yg hendak diagihkan kepada sedara-mara & jiran2 terdekat. Adik beradik yg lain mestilah tapau kan.

Ni majlis kecil-kecilan jer. Takde ajak sape2 pun. Just sedekah pada yg terdekat jer. So dah tercapai nazar my mum. Dah buat ni kitorang rasa lega lah skit. Tak elok lambat2 kan nazar ni. Tak gitu!!

Santai Ahad :)

Hi Lovers,

Good morning everyone!!!

Since tak berapa sihat ni, mmg Lyn duduk rumah sokmo smpai betul2 sihat. So last weekend, adik beradik Lyn semua balik. Masing2 berkampung kat rumah my mum. My sis, Kak Ngah tido sini semalam. Yang lain dtg hari ahad. Pagi ahad tu, mum, sis pergi pasar. Nak beli barang basah. Maklumlah dah seminggu my mum duk hospital temankan Lyn, lauk pun dah semakin kering.

IMG00891-20110123-0933 Lepas dorang balik dr pasar, mum masakkan plain mee hoon utk Lyn. Satu lagi yg pedas tuk dorang. Lyn kan kena berpantang, mane boleh makan pedas2 uolsss. Sekarang ni mmg kena berpantang sokmo. Ater nak baik cepatkan. Hehehe. Ape yg orang kat rumah ni makan, Lyn pandang & jeling2 jer. Cian kannnnnnnnnn huhuhuhuhu

Then suh my niece carikan Berita Minggu sbb terbaca tweet Kak Red yg dia appeared kat Berita Minggu. Jarang betul baca Berita Mingguan ni. Klu tak bersebab mmg tak beli. Just baca Mingguan Malaysia & The Star jer. 

IMG00893-20110123-1030Redmummy in the house!!! Meraih 1 juta hasil blogging. Tapi in general lah. Kalau boleh dpt 1 juta, Lyn pun nak gak. hahaha.

But to be honest, u’re really inspired me kak.

Semangat… semangat..!!! Keep on blogging.. Ecehhhhhhhhhhhhhhhh

Sleep Tight… :)

SleepTightMasa warded hari tu Lyn & my mum tak dpt tidur secukupnya. Maklumlah, time nak tidur je mesti nurse dtg kacau nak test blood pressure.

Since we’re home at least we can sleep tight tonight. Not tonight. Every night. hehehehe

Anyway, good nite everyone. Sweet dreams :)

[Pic, credited to Google image]

Tangan Bertanda…

IMG00878-20110120-1126Kalau dah duduk hospital, mmg kena redha lah klu nurse duduk mencucuk tangan ko kan. Dah puas belah kanan, kiri pulak. Tapi masa Lyn kt hospital tuh, belah kiri ni dorang cucuk nak masukkan air & darah. Mmg selesa belah kiri lah. Belah kanan payah plak klu ada menatang cucuk2 ni. Nnti kita nak buat ape2 pun tak selesa.

Lengan belah kanan pulak dorang amik darah sbb dorang cucuk belah kiri takde darah yg keluar. Nak taknak kenalah bagi cucuk gak. Tu pun takde. Last2 bagi tgn kanan jer. Nurse ckp klu cucuk kat tgn leih sakit dr cucuk kat lengan. Nasib baik lah tak sakit sgt. Tu pun tak pandang. Takut uolssssss. Hehehhee

IMG00894-20110123-1039....Masa discharged ari tuh, nurse bukak kan jarum. Maklumlah lepas 7 hari baru dorang bukak. Takut gak nak tgk. Sbb rasa sengal2 bila kena cucuk tuh. Aleh2 dah siap dibukak jer. Nasib baik tak sakit. Tapi lepas tu bertandalah sampai ke hari ni.Tempat lain tak bertanda pulak. Coolness.

Ikan Haruan Yang……

Sejak kuar dari hospital, my bro & SIL mmg ada agenda tersendiri nak tgk Lyn baik cepat. So masa Lyn discharge hari tuh tup tup BIL bawak ikan haruan, adalah dlm 4 ekor. Dorang nak suruh Lyn makan. Lyn tau yg ikan haruan ni mmg elok untuk orang operation. Seriousssssss Lyn tak nak makan. Actually, my family kitorang mmg tak makan ikan darat. Ape lagi nak makan ikan haruan.

Ikan haruan ni my BIL yg dpt. Anak buahnya bagi selepas pg memancing. Adalah dalam 4 ekor. My mum & sis mmg taknak siang ikan haruan ni. So kena lah tunggu my bro yg siang. Hehehe

P1060783Proses menyiang ikan haruan oleh my bro

P1060795Ikan haruan yang telah disiang. Tak lalu nak tgk ikannya. Huhuhuhu. Begini rupanya ikan haruan erk. Lyn baru tgk. hahahaha

P1060797Untuk hilangkan hanyirnya, my SIL rendam ikan haruan ni dgn air asam & garam

Actually, my bro suh my mum buat soup. Dia kata lendir2 ikan tu yg boleh mempercepatkan luka operation. Tapi mati2 Lyn taknak. Tak lalu lah uolsssss. Tgk rupa ikan tu pun tak lalu, ni kan lagi nak makan. Lagi lah tak lalu. Lastly, my mum pun decided bakar je ikan tu kering2. Tapi tak tau lah boleh makan ke tak. Tu pun Lyn suh my mum standby kuah lain.

P1060800Nasib baik my mum buat ikan gelama rebus. Boleh lah makan dgn bubur. Ikan haruan yg dibakar tuh, Lyn makan skit jer. Tu pun terpaksa tau. Tak lalu lah uolsssss. Last2 Lyn makan ikan gelama rebus jer. Hahahahaa

First & last lah Lyn makan ikan haruan tuh. Sampai hari ni Lyn tak makan lagi.

Takpelah tak makan ikan haruan pun. Yang penting makan kena berpantang. Biar cepat baik.

Kena Makan Ubat…

Even dah kuar hospital pun, sebeban ubat nak kena telan. Dah lah kat hospital pun kena makan ubat, kat umah pun kena makan ubat gak. Selain berpantang, kenalah ikut peraturan doc. Kata nak baik cepatkan Lyn!! so kita lah ikut peraturan doc & my mum. Elok2 boleh baik awal, nnti lambat plak baiknyer.

Nehiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii….

IMG00892-20110123-0948A few tablets that I have to eat. Ada dua jugak ubat spray & sapu. Tapi tak guna pun. Just guna ubat yg hok spray tuh jer. Yang lain2 tu kena telan. Ada yg kena makan once daily, twice daily & 3 times. Huhuu.

Mmg bercinta uolssss nak makan ubat ni. Nak telan mmg payah. Sampai badan ni pun dah bau ubat. Hehehe, Mmg tiap kali nak makan memanjang nak bluekkkkkkkk saje. Bukan takut nak makan ubat yer anak2. Heheh. Cuma tak lalu & payau dah tekak ni. Tapi nak tak nak kena makan gak.

So Lyn, kena makan ubat supaya cepat sembuh. Amin :)

Nora Danish Cover Cosmopolitan February 2011

cosmopolitanSerioussssss!! Damn hot!!!!

I got this magazine from my lovely friend when I was in the hospital. She’s damn hotttt!!! Hot mama gitu. Hot.. hot.. hot. Mmg hot & cantik betul Nora Danish ni. Pakai plak dress pink tuh. Lagi lah meletopsssssss…

OMG!!! I’m so jealous.

Way say you?? Sure ada yg beli magazine ni sbb Nora Danish yang hottt gitu kan. LOL :)

Kena Berpantang…

Korang tau kan, klu lepas operation ni mmg kena berpantang. Dah mcm orang bersalin pulak. Huhuhu. Makan kena pantang, jalan pun tak boleh laju2, baring2 pun kena hati. Senang cerita semuanya kena pantang lah. Bab jalan ke, baring ke Lyn tak kisah sgt. Tapi bab makan ni mmg payah skit. Nak berpantang sokmo. Maklumlah, tinggal dgn my mum ni mmg pantangnyer kuat. Serba serbi tak boleh. Kan nak baik cepat.

IMG00888-20110121-2007Dah lah kat hospital kena makan bubur, balik rumah pun sama uolsss. Asyik2 lah bubur. Yang beza nyer kat rumah ni boleh masuk skit bila makan bubur. Sbb mak kita yg masak. Masa kat hospital dulu, mak aiiihhhhhhh susahnyer nak telan. Rasanya lain giler. Huhuhuhu

Kat rumah ni, asyiklah bubur & lauk ikan rebus. Nak tak nak kenalah telan. Breakfast Lyn makan roti bakar, lunch & dinner baru Lyn makan bubur & lauk ikan rebus. Tu pun naik jelak dah tekak ni. Nak cepat baik kenalah tahan kan.

Dah lah kat rumah ni masakan semua sedap2. Terpaksalah pandang jer. Ikut hati nak je makan. Tapi takut nak tanggung sakit lama2. Yang dah sedia ada ni cukuplah. Klu boleh nak baik cepat2. Nak makan makanan mcm dulu.

Takpelah Lyn, for time being… kena lah berpantang. Kata nak cepat baik kan.. Hehehehe

Thanks Everyone!!!

Hi Lovers,

First and foremost I would like to thank everyone who came to the hospital & support from u guyz. Special thank to….

  1. My lovely mum yg menjaga Lyn siang dan malam tanpa jemu. I love u ma!!!!
  2. My lovely family members yg dtg tiap2 hari. Dorang mmg penghibur Lyn setiap hari kat sana.
  3. My aunties, uncles, cousins yg sudi dtg menjenguk Lyn kat hospital.
  4. Sayanggggggggggggg…..
  5. My best friends.. Fazs & hubby, Zaza, Nila, Linda & BBM’s gang… tak larat nak sebut sorang2. Ramai sangat… Hehehee
  6. My friends.. Nida & lain2 gak.
  7. My lovely agent... starting Lyn warded sampai discharged, my agent byk membantu.
  8. My boss & colleagues.
  9. Bloggers friends. Itu pun yg sempat Lyn bagitau. Yaty, ur sis & BIL thx for ur visited.
  10. My ex-colleagues, Kak Ayu, Sabrina, Mas, Leen & Abg Nizam.
  11. Sape lagi erk… sorry lah kalau Lyn tertinggal. Rasanya tak kot. Hehehe

Dan semestinya… yang ni mmg tak boleh lupa..

Dr. Nazri, Dr. Suraya, nurses from ward 2B, Level 2 & staff KPJ Selangor Specialist Hospital, Seksyen 20 Shah Alam, Selangor.

thank-youThx so much everyone. Terima kasih atas support & doa anda semua. Semoga Allah sahaja yg dpt membalas jasa kalian.

Muahhhhhhhhhhhxxxxxx :D

[Pic, credited to Google image]

Discharged Time…

IMG00879-20110120-1126After a few days operation, hati ni mmg membuak2 nak balik rumah. Tak larat lah nak duk kat hospital lg. Rimas. Boring. Asyik masuk antibiotic sehari dua kali. Amik masa yg lama gak lah. Nak bangun mmg kena slow2 lah kan. Bukan ape, katil tu tinggi, dah tu kena mintak tlg my mum bangunkan. Sian lah kat dia. So bila doc kata boleh balik tu suka lah. Menghitung jam ok. Hehehee

IMG00883-20110120-1348Masa hari Lyn nak kuar tuh, my family members dah tunggu kat hospital dah. Tapi lunch hour doc & nurse dtg utk periksa. So redha jelah. Lepas tuh kena plak masuk antibiotic yg last at 1.30pm. Sabar jelah. Klu boleh tak nak. Tapi doc suh jugak untuk yg last. Huhuhu. Nak menunggu air tu jatuh setitik2 mmg hazab lah. Nasib baik lah laju tk mcm selalu. Dlm setengah jam dah siap.

IMG00884-20110120-1348Lepas siap semua, nurse tanggal kan semua jarum & tiub2 tuh. Baru lah senang Lyn nak bergerak. Sementara tu, my mum duk mengemas barang2 tuk balik.

Tapi proses nak keluar tu lama gaklah coz kena deal dgn insurance kan. After settled semua, finally we headed to my house. Ya Allah!! lamanya tak nampak dunia luar. Baru lah dpt rasa matahari & angin kat luar tuh. Klu tak asyik rasa lampu dan aircond jer. hehehehee

Sampai rumah, kelengkapan katil semua dah siap. Lyn tak tido & rest dlm bilik sendiri. Payahkan nak kena turun naik tangga semua klu nak pergi toilet or makan. So lebih senang duduk bawah jer. Dkt dgn segalanyer. Lagipun orang2 operation ni payah skit nak bergerak jauh2. So lebih selamat duduk bawah. Boring ok. Tidur pun kena menelentang jer. Bukan boleh nak mengereng2 bagai. Lemah2….. Serba serbi kena hati.

Ape2 pun, Lyn terima dgn redha. Kan dah bahagian masing2. Pasti ada hikmah disebalik ape yg terjadi.

Sad & Bored….

Blog owner faced this…… :D

sadbored[Pics, credited to Google image]

WLW Buat Hal.. :(

Hello Lovers,

Today's entry mmg agak cam hampeh skit. Actually, since Lyn upload WLW last year, mmg update terus melalui WLW je then published to blog. Senang. Lagipun pic2 yg kita upload semua siap border & watermarks.

Malam tadi dah elok2 siap update blog, time nak published terus WLW buat hal. Tak boleh nak published. Just leh 'save draft' jer. Dia bagtau 'invalid username & password'. Ngeng betul. Padahal dah betul dah. Tetap dia wat hal. Hampehhhh kan. Errghhhhh

Lyn try re-installed & installed pun tak boleh gak. Satu hari ni kat rumah, asyik dok godek2 jer WLW ni. Tapi mmg tak jadi. Mintak tolong Kak Red & Sirman pun tak boleh gak. Ishhhh geram betul.

So entry ari ni kena buat manual which is kena buat dlm blogger.com ni. Sebab tu takde watermarks & border bagai kat pic. Tak elokkkkkkk & tak suka!!!!!

So kalau korang tau how to solve this problem, please let me know erk. Mintak tolong sgt2.

Thx.....


After 1 Day Operation…

Lyn tak naklah cerita sgt lah ape yg terjadi dalam operation room tuh. Lepas nurse tolak katil masuk dlm operation room tuh, tlong letakkan segala equipment khas untuk pesakit. Doc pakar bius explain segala lagi benda2 yg penting pd Lyn. Operation ape & sbb ape.. biarlah rahsia. I dun want to reveal it. Hanya family members & kawan2 yg terdekat saja yg tau. Operation ambil masa dlm 2 jam lebih.
 
Yang Lyn tau Lyn dah sedar skit2. Tapi amik masa lama lah kan sbb ubat bius masih ada lagi. Yg Lyn nampak adik beradik Lyn semua ada, kawan2 ex-colleague. Cuma tak boleh bercakap sgt. Sorang2 Lyn panggil. Badan masih lemah. Mlm tu doc dtg checked. Mlm tu gak Lyn rasa bdan dah makin kuat. Family semua disisi. Alhamdulillah, semuanyer berjalan dgn lancar berkat doa semua orang. Amin.
 
IMG00866-20110118-1341Masih terlantar di atas katil. Doc mintak Lyn rest jer dulu. Segala persiapan semua nurse yg uruskan. Makan pun bersuap. Time ni mmg tak lalu sungguh nak makan ape2.
 
Well, zaman moden gini segala nyer pantas. Pihak hospital mmg pasangkan satu machine utk kita control sakit kita. Ubat yg dipasang ttp mengalir slow dlm bdan kita. Tapi bila sakit sgt kita boleh press jer button tu untuk lajukan ubat yg menaglir. Machine ni masa kuar dr operation room lagi dah dpt. So tak byk kali Lyn press. Less than 10 rasanyer.
 
IMG00867-20110119-0719Petang tu, semua tiub yg ada kat bdan ni, nurse cabut. Ubat yg Lyn mention tu pun takde. Just benrgantung dgn tablet jer. So Alhamdulillah sakit tak teruk pun. Alhamdulillah, ptg tu Lyn dah cuba2 bgn dr katil, berjalan skit2. Takkan nk baring je kan. Nnti bdn makin lemah. So better kita bergerak2. Nurse pun terkejut. Org kata kena kuat semangat.
 
IMG00869-20110119-1219Dinner pun makan bubur, sup & milo jer. Itu pun tak lalu nak masuk tekak. Tapi kena makan gak untuk kasik tenaga. Slow2 lyn suap. Berdikari gak tuh. Taklah bergantung semata2 dgn my mum jer. Malam pun tidur boleh dikatakan nyenyak gak.Maklumlah penat uolssss.. tenaga dah habis. Hehehehee

Operation Day…

Owh yer.. bila kat hospital ni.. time nak operation nurse dah bagitau kena puasa. Biasalah tu kan. Sure ada sbb2 tertentu kenape doc suh kita berpuasa. So Lyn ok jer. Lagipun duk kat hospital ni mmg kurang makannya. Huhuhuh.
 
Doc dah informed Lyn kena puasa after 6.30am pagi tuh. Pagi2 Lyn dah bangun dah untuk sarapan. So agak payah lah nak masuk makanan pagi2 buta gini.
 
IMG00858-20110117-0612
I just had lite breakfast, bread & milo. Makan skit then after that continue fasting.
 
IMG00859-20110117-1250
Actually, Lyn mmg mintak sape2 adik beradik teman my mum kat hospital sementara Lyn operation. Sian lah my mum tinggal sorang2 kat hospital. Dpt cuti half day pun ok. Sbb operation at 2 pm. Tapi aleh2… semua cuti kerja. Full day lagi. Thx for the support.
 
My niece, Sheena mmg everyday dtg. Tapi hari tu dia dtg awal same2 dgn yg lain. So masing2 tunggu Lyn sebelum masuk operation room. Kira penuhlah my family masa tuh. Yg tak dpt dtg awal mungkin dorang dtg petang kot.
 
At 1.15pm nurse dah suh Lyn tukar baju, nurse bawak pergi checked dgn doc dulu then naik semula ke ward. My family members semua tunggu kat ward. Kena baring atas katil uolsss sebelum masuk operation room. Yg Lyn tau, my bro & SIL yg ikut sampai ke operation room. Family members yg lain Lyn tak pasti dorang tunggu kat mane. Yang Lyn tau, Lyn dah dalam waiting room. Doc beri penerangan skit2 sebelum masuk operation room. Ape yg terjadi kat situ, nnti Lyn explain ok.

Penghibur Kecik :)

During in the hospital, of cozlah family members around me almost of the time. My mum mmg tak balik. Selama Lyn warded, selama tu lah my mum teman Lyn kat sane. Tu lah pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya.

Tapi yg buat Lyn tak tahan, dgn budak sorang ni. Mula2 dtg senyap jer. Pelik kot tgk Lyn kena cucuk kat tangan. Asyiklah dia tanya kt uminya. Nape.. nape. Smpai nak salam & cium Lyn pun dia takut. HeheheIMG00852-20110116-1414IMG00853-20110116-1414Dah lama2 tu baru Khaira ok skit. Baru lah nak kuar suara. Baru lah nak sengih2. Klu idak, mmg payah. Tu pun kena paksa senyum. Baru lah nak senyum. Tetiba uminya plak yg malu. Hehehehee. Lepas tu mood Khaira pun jadi ok. Baru lah nak gelak2 sokmo. heheheheIMG00854-20110116-1437IMG00856-20110116-1438Siap ber’spech’ lagi uolssss. Verangan betul budak kecik tuh. Bukan dia punya tuh. Maksu Puteri nyer yg punya. Kebetulan Puteri tertinggal beg & spech kat hospital tuh. Terus lah Khaira melawa.

Yang palng tak tahan, boleh dia nyanyi lagu ‘Kalau berpacaran’ tu siap dgn gelek2 sekali. Siap dgn goyang2 vontot tu yg tak tahan. Asyik tergelak2 jer kitorang. Lyn yg sakit ni pun, terus terhibur.

Tapi dlm hati Allah saja yg tahu. :(

Ahad, Hari Rehat :)

Bila kat hospital, waktu bgn pun sgt awal. Breakfast at 7am. Lyn pagi2 buta dah bangun. Klu kat rumah, ikut suka hati nak bgn pukul bape kan. Kul 5am nurse kejut nak checked blood pressure. Manelah tak terganggu. Mlm minggu tu pulak, ada org masuk kat katil sebelah. Bising plak tu dgn machine yg nurse gunakan. Mmg payah nak tdo. IMG00849-20110116-0841Pagi tu breakfast mee hoon putih & milo. Mmg tak pernah rasa mee hoon putih cam gini. Tapi not bad lah. Orang sakit mmg tak boleh makan pedas. My mum breakfast roti je. Kena tunggu adik beradik dtg tghari nnti.IMG00850-20110116-1237Around 12pm dia dah hantar mkn tengahari da. Time tu my family members dah ramai dah yg dtg. Maklumlah hari cuti. mmg penuh lah org dtg melawat. Makanan hospital ni nak kata berselera sgt nak makan tak la jugak. So so jer. Huhuhuhuh. Korang sure faham…IMG00851-20110116-1413Alhamdulillah, darah dah ok. So tak payah nak masuk darah lagi. Alhamdulillah. Seram wooo nak masuk darah lagi. Perit. Ahad tu mmg rest saje. Nurse just amik darah jer. Tapi amik darah kali ni mmg sakit hati betul. Kali pertama cucuk kt lengan tgn tak kuar darah. Kali kedua cucuk kat lengan belah kiri pun tak kuar. Dah lah sakit nak mampus. Rasa nak teng jer. Last2 nurse tu cucuk kt tgn tuh. Baru ada darah. Baru Lyn nampak pekat darah tuh. Taoi cucuk kat tgn ni lagi sakit dr cucuk kat lengan.

Doc visited together with nurse cam biasa. Tapi kali ni mmg doc gtau yg Lyn kena operation. Hati surelah berdebar2. Tak lama lepas tu, Doc pakar bius pun sampai untuk explain ttg bius. Berdebar lagi. Hati sape yg tak berdebar. Semua org akan merasa perasaan yg sama. Nasib baik family members always around me. AminIMG00857-20110116-1748Eh!! dlm byk2 menu kt hospital ari tuh, lauk ni yg best. Nasi putih, ikan bawal masak kicap, sayur kobis goreng, sup buah & orange juice. Kira boleh masuk lah dlm tekak ni. Hari tu lah baru Lyn makan berselera sungguh. Not bad.

Sambil mkn smbil borak dgn family members. Nasib baik lah dorang ade. Tak lah boring sgt. Klu tak sure boring nak mampus.

Mmg hari rehat ari ahad tu smpi ke mlm. Takde masuk air pun. Tapi walau tak masuk air, tapi blood pressure kena gak checked setiap masa. Tak de nyer nak skip2 ye uols….

Masuk Darah….

IMG00831-20110114-1751Sambil masuk air dua botol, pihak hospital bagi makan petang dlm kul 6pm. Bila masuk hospital ni waktu makan pun teratur. Kita dah lah tak biasa mkn ikut time. Breakfast at 7am, lunch at 12pm, hi-tea at 4pm & dinner at 6pm. Kat rumah kan kita boleh makan sesuka hati. Ni makan ikut time payah skitlah. Nak tak nak kena lah ikut.

So after dinner, lepaking2 with my family members. Dorang mmg almost of the time kat situ. Kul 9pm dorang chow. Doc & nurse checked seperti biasa. So dorang inform kul 10pm nak masuk darah. So oklah lah kan. Jumaat malam 1 pain, 1 pain lagi sabtu pagi.IMG00836-20110114-2250Masa tgk darah tu mmg seram lah. Tak pernah menderma & masuk darah pun selama ni. Jadi bila kena masuk darah tu kenalah redha. Darah yg dorang bagi tu mmg pekat. So alat warna hijau tu as warmer lah. Supaya senang skit dia berjalan masuk dlm badan. IMG00837-20110114-2257Nampak tak tiub berdarah merah tuh?? Mmg masuk slow2 sgt. Minimum 3 hours. Max 4 hours. Tapi malam tu mmg nurse wat 4 hours. Sbb baru 1st time. Ada masanyer perit & sengal2 tgn ni sbb darah tu pekat kan. Its normal. Tapi kta jer yg tak biasa. IMG00838-20110115-0100Lepas siap masuk darah, nurse masukkan air lagi. Aiyoooooo mmg letih lah asyik baring jer. Boring betul smpai sakit badan. Mane tak nyer mmg boring ok. Nak bangun pun kena hati2. Takut nanti stop plak. Then kena panggil nurse lagi. IMG00881-20110120-1127Nak panggil nurse senang jer. Main press2 jer. Yang hijau pic orang tu panggil nurse. Yang lain2 tu lampu dan TV. Ada satu mlm tu Lyn tertekan. Gopoh2 nurse tu datang. heheheIMG00839-20110115-0809Next morning, breakfast at 8am. Milo & mee hoon soup. Semestinya tak sama dgn makanan kita yg biasa kat rumah. Lain sgt. Tekak ni cam susah nak terima makanan hospital. Rasa mual gitu. Maklum lah bau ubat sekeliling kita.

Lepas settled semua dlm kul 10am, 1 pain darah lagi masuk dlm badan. Same process as before. Tapi kali ni dorang buat dlm 3 hours jer. Owh ye… sepanjang Lyn kat hospital, mmg my mum teman siang malam. Ya Allah!! mmg pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya. Sedeyyyyy gak. Lyn suh balik pun my mum tak nak. Dia lebih rela tgk Lyn didepan mata dari duduk kat rumah tapi hati risau. IMG00842-20110115-1249Family members pun sentiasa dtg melawat. Tak pernah sunyi lah kitorang kat hospital. Makanan my mum semua family members yg beli & masak. So Lyn tak risau sgt. Cuma selera my mum je yg kurang. Lyn lagi lah kurang. heheheh.

Siang sabtu tu lepas masuk darah, masuk air jugak. The rest of the time, just take a longgggggg nap. So mmg rest jer. Malam sabtu tu nurse nak amik darah balik. Nak checked samada darah dah cukup ke belum. Klu tak, kena masuk 1 pain lagi.IMG00846-20110115-2009Malam tu Lyn doa2 lah moga2 tak masuk darah lagi. Perit & sengal tangan ni. Tak tahan woooo. Just amik darah jer dulu untuk doc & nurse checked. Sakit wooo. Dah lah tgn kiri kena cucuk masuk darah & air. Tgn kiri plak kena amik darah. Mmg kena menahan jelah.

Ermmm.. hari sabtu tu, ramai kawan2 yg dtg. Besides my fam, my friends, BBM’s gang, frens & Yaty pun ada melawat. Thx to everyone!!!

Malam tu tidur tak berapa nak nyenyak. Maklumlah hospital. Bila tidur pun kena kejut dgn nurse nak checked blood pressure. Kena lah bangun. Huhuhuhu..