Kuku Panjang Cantik Tapi….

Lyn mmg tak suka kuku panjang. Walaupun bkn memasak kat rumah setiap hari pun, mmg tak reti nak membela kuku. Lagi pun mak abah dah ajar, jangan simpan kuku panjang. Dulu masa kekecik, pantang kuku pjg skit, sure kena bebel. So bila dah diajar, sampai skrg ni pun bila dah panjang skit, mula lah cari pengetip kuku.

kuku_panjang

Suka sebenarnya tgk org berkuku panjang ni. Tapi kena lah dgn caranya. Klu kuku jer panjang, tapi tak reti nak jaga, baik tak payah. Lagi2 yg ada anak, sempat ker ko nak belek kuku ko sedang kan anak ko duk menangis2. Buat kerja rumah lagi. Ada masa ke woii nak belek2 gitu. Hehehe

Dalam Islam sendiri pun tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekali pun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Pernah jugak terbaca sesiapa yg menyimpan sebatang jari kuku yg panjang seolah2 dia membela sekandang khinzir. Nauzubillah. So bayangkan klu kesepuluh2 kita bela, berapa banyakkah kita membeli makhluk tersebut. So jgn ada niat nak bela kuku panjang walaupun 1cm. Reminder to myself too.

Sebab musabab lain, org yg membela kuku panjang ni kemungkinan mempunyai anak yg tak dengar kata. Kerana diberi makanan kotor oleh emaknya. Yelah, uli tepung, perah santan, semuanya menggunakan tangan. Klu dah kuku pjg mcm mane masakan nak bersih. Jadi beringatlah yer.

Sedikit info utk kita semua. Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.

[Pic, credited to Google image]


8 comments:

Suria Amanda said...

along pun x suka bela kuku panjang..dan x sanggup nak bela sekandang khinzir...yewww...

Isteri kepada Suami said...

Assalamualaikum wbt..

Sama!! sofia pun tak suke kuku pjg..arghh rimas..kne rajin jaga...tp suke tgk kuku org yg pjg n jaga..hihi

regards,
Unsmiley


Rasp said...

akak pun tak suka kuku panjang...
paling lama tak potong pun 2 minggu je kot...
rimas lah kuku panjang ni...
and memang mcm lyn gak ler...
dari kecil dah diajar, short nails only :)

Cho Zila said...

akakpun tak leh.... memang rimas kot...

Lyn Yusoff said...

suria,
kannnn..
tapi ape perasaan org yg suka bela kuku ni erk.. ke mmg dah takde perasaan.. hehehe

Lyn Yusoff said...

sofia,
mmg suka tgk.. tapi kita tak boleh nak simpan...

Lyn Yusoff said...

rasp,
pjg skit dah rimas sis..
sbb tu pjg sikit terus carik nail clipper..

Lyn Yusoff said...

cho zila,
sgt rimas sis...