Layan Tak??

tv3 Almost 2 weeks was published on TV. So far mmg layan lah cerita ni. Sinopsis dia nampak menarik. Yg paling best ada Nur Fathia, Keith Foo & Nabila. They was talented. Suka dgn lakonan dorg.

Cuma klu cerita2 melayu ni kan semuanya berlakon ala2 org kaya gitu. Tan Sri, Datin Sri, Dato’ Datin, Tengku ala pengiranzzzzzz gitu kan. Anak tunggal, rumah banglo, pastu semua pakat main oversea gitu kan. Typical malay drama. Always like that huh!! Lepas tu ending sure boleh agak punya. Tak suka jdi suka. Benci jadi cinta. Begitulah kan..

Adaptasi dari novel juga. Biasalah kan cerita skrg, semua adaptasi novel. Ermmm.. niat hati konon nak beli buku ‘The Wedding Breaker’ ni. Tapi sampai ke sudah pun tak beli2. Nnti klu baca & dah tau ending dia, tak syok plak kan. So for time being just layan jer kat TV.

Korang tgk tak??

**************************

Sinopsis Ariana Rose

Ia mengisahkan tentang Ariana Rose yang berkawan baik dengan Tengku Juwita setuju untuk berlakon sebagai gadis yang pernah menjadi kekasih kepada Tengku Adam Kamil. Tengku Juwita sebenarnya tidak mahu berkahwin dengan Tengku Adam Kamil, lalu dia mencadangkan agar Ariana Rose berlakon sebagai wedding breaker. Perkahwinan tersebut dibatalkan dan maruah keluarga Tengku Adam Kamil telah tercalar.

Berang dengan keadaan itu, Tengku Adam mengupah pengintip peribadi untuk menyiasat siapa Ariana Rose. Tengku Kamil cuba mengetahui siapa dalangnya, namun Ariana Rose tegar untuk tidak memberitahu. Tengku Kamil akhirnya meragut kesucian Ariana Rose dan disebabkan itu, Ariana Rose memberitahu kisah sebenar.

Sejak itu, Ariana Rose membenci Tengku Kamil. Untuk melupakan sejarah hitam itu, Ariana Rose mula melakukan kerja-kerja amal. Tanpa disangka, Tengku Adam adalah penyumbang besar dana kebajikan di mana tempat Ariana Rose bekerja. Tengku Adam mula jatuh cinta pada Ariana Rose. Namun Ariana Rose semakin membenci Tengku Adam.

Ariana Rose dipinang oleh keluarga Tengku Adam tanpa pengetahuan Tengku Adam dan Ariana Rose menerima lamaran tersebut. Disebabkan kecewa lamarannya ditolak Ariana, Tengku Adam pergi menunaikan umrah. Bila pulang, dia mendapati yang dia akan berkahwin dengan Ariana Rose, gadis yang dicintainya. Ariana Rose juga tidak tahu siapa bakal suaminya hinggalah pada hari penikahan. Ariana Rose terkejut tapi dia menerima suaminya.


4 comments:

Isteri kepada Suami said...

Assalamualaikum,

Haaa citer ni masa tgk iklan macam ada daya tarikan nak try tengok..haha setelah sekian lama sofia tiada daya tarikan nk layan drama melayu..tapiiiii msh xberpeluang nk tgk sbb asyik balik keje lambat huhu

regards,
Triplesmiley

Lyn Yusoff said...

Sofia,
drama nya not bad jugak..
cuma tak suka iklan lama sgt..
klu tak tgk tv boleh tgk online gak

Mummydearie said...

Tak mengikutilah, Lyn. Ni cerita pukul 7 malam ke? Kalau waktu tu akak tengah berperang kat dapur dan anak-anak. Memang takda masa dok depan TV.

Drama Melayu biasalah, Dato'-dato' dan datin-datin mesti ada selalu tapi takdalah vogue sangat pun.

Lyn Yusoff said...

Mummydearie,
haah 7pm. lyn tgk tak pernah missed. tapi waktu kat rumah sendiri jer. kt rumah mak susah skit. time maghrib.. hehehe

vogue jugak lah kak...