Limau Mandarin dan Tahun Baru Cina

110114-orange-mandarinTiba CNY sure ramai sakit tekak duk balun limau kan. Kat mane2 semua merata org jual limau. Tu belum i kat rumah, office, sampai tak lalu nak telan.

Lyn nak kongsikan satu artikel daripada Harian Metro mengenai limau mandarin. Banyak juga kelebihannya kan. Menurut Pakar Perunding Diet, Indra Balaratnam, antara cini menarik limau mandarin adalah :
  • Ia terdiri daripada 85 peratus air dan hanya mengandungi 64 kalori. Ini menjadikan ia snek rendah kalori terbaik terutama untuk mereka yang menjaga atau mahu mengurangkan saiz pinggang.
  • Setiap limau mandarin memberikan kita dua gram serat dan ia adalah makanan yang baik untuk mengurangkan paras kolesterol yang tinggi.
  • Dengan kandungan lebih 50 peratus daripada pengambilan vitamin C harian anda, limau mandarin juga sangat baik untuk kulit. Vitamin C membantu dalam penghasilan kolagen untuk mengekalkan keanjalan kulit dan mengurangkan kedut.
  • Penglihatan anda turut mendapat kebaikan limau mandarin ini kerana ia menyumbangkan kira-kira 16 peratus daripada jumlah pengambilan vitamin A harian. Vitamin ini membantu menghasilkan pigmen retina untuk penglihatan yang baik.
  • Bagi pesakit diabetes, perlu berhati-hati kerana limau mandarin ini manis. Justeru, jangan makan terlalu banyak pada satu-satu masa kerana ia boleh menaikkan paras gula dalam darah. Jumlah yang disarankan ialah sebiji pada satu masa.

4 comments:

Isteri kepada Suami said...

Assalamualaikum..

happy cny and happy holiday kak!

suka makan limau ni..sampai penah dulu sofia kena muntah2 sbb terlalu byk mkn limau

regards,
Triplesmiley


Lyn Yusoff said...

Sofia,
bkn selalu kan dpt mkn limau ni.. time cny jer.. tapi akak tak makan pun.. batuk

Mummydearie said...

Akak ni Lyn tak kiralah apa akibatnya lepas melahap limau mandarin dengan jayanya setiap kali CNY. Yang penting akak suka limau mandarin nih. Thanks for sharing this info. Dah lama tak baca suratkhabar.

Lyn Yusoff said...

Mummydearie,
lyn tahun2 lepas makan jugak limau ni. tahun ni langsung tak sentuh walaupun berkotak2 kat rumah & office..