Layan Je Laaaa

Cita-Cita Tinggi

Cuti semester bagi murid-murid sekolah bagi sebuah sekolah yang berada di luar Bandar telah tamat tempohnya. Sekumpulan murid-murid pintar dari kelas 3 Ceria dengan cerianya memulakan kelas pertama dengan Cikgu Fery.

Seperti kebiasaan pada awal kelas cikgu ingin menyematkan semangat belajar dalam diri pelajar dengan bertanyakan cita-cita mereka.

Satu persatu pelajar dengan bersemangat menjawab.

Farid : Saya ingin jadi Doktor. 
Cikgu Fery : Bagus….nanti cikgu boleh dapatkan rawatan percuma.
Ikhwan : Saya ingin jadi petani moden.
Cikgu Fery : Lagi bagus….nanti hantarkan bekalan sayur percuma ke rumah cikgu.

Cikgguuuuu!!!.Sahut seorang murid bernama Sharil dari meja belakang…

Cikgu Fery : Yer saya…. 
Shahril : Cita-cita dorang tak mencabar la cikgu…cita-cita saya ingin pecahkan rekod dunia..saya ingin menjadi orang pertama menjejaki kaki ke planet matahari.
Semua murid tepuk tangan dan bersorak.
Cikgu Fery : Saya rasa cita-cita awk tu akan menyebabkan awak dapat menetapkan tarikh mati awak la….kan planet matahari tu panas... terbakar la kaki awak tu…tengok macam petang ni la, panaskan…tapi ni jaraknya masih jauh..

Semua pelajar tengok Sharil…

Shahril : Ala…cikgu ni… cikgu…ingat saya ni bodoh sangat ke, saya tahu la matahari tu panas…tapi saya bercadang nak pergi malam…malam kan sejuk..macam semalam sejuk je…..

Semua murid tepuk tangan dan bersorak.


Cerai

Sepasang suami isteri baru bercerai dan mereka bertengkar untuk tentukan hak penjagaan anak tunggal mereka. Lepas tu mereka pun pegi ke pejabat agama, jumpa kadi nak minta nasihat.

Kadi tanye kat perempuan tu… . “Kenapa awak rasa awak yang paling layak bela anak tu? 
Perempuan tu jawab… “Saya yang mengandungkan anak tu. saya yang melahirkan anak tu. dia keluar dari perut saya.”

Si jantan (suami) terkedu sebab dia tau pas ni kadi akan tanye dia lak. Ahh sudah… mende aku nak goreng kadi ni… .

Kadi pun tanye si jantan… “Hah… kamu… .bagi alasan kenapa anak tu kamu yang patut bela”

“Tuan kadi… kalaulah saya ada syiling seringgit, dan saya ‘masukkan’ dalam vending machine, pas saya ‘Tekan satu butang pilihan, maka keluarlah setin air minuman. saya nak tanye tuan..air tin yang keluar dari mesin tu hak saya atau hak mesin?”
Jawab kadi..”hak kamu le..”
Jantan tu kata lak..”hah… sama le kes ni pun. Kan tuan… kan… kan


Puasa

Cikgu bertanya kepada anak murid nya...mengenai puasa...
Cikgu : Amir semasa kita berpuasa boleh kah kita makan..??
Amir : Boleh cikgu...
Cikgu: Awak nie buat lawak pulak...
Amir: Betul ler cikgu...kita boleh makan angin...makan hati...makan penampor...makan penumbok...jalan jalan cari makan.


6 comments:

Izwa Kamaruddin said...

layan~

Mummydearie said...

Hah, tak taham nak gelak! Betul juga kan perumpamaan 'vending machine' tu. Terjawab sudah kenapa suami Erra yang dapat hak penjagaan anak :)

OKje said...

Hehe...betul kata MD tu....logik alasan Engku Emran nak dptkan Arissa...

Lyn Yusoff said...

Mrs Eady,
hahahaha.. layannnnnnnn

Lyn Yusoff said...

Mummydearie,
kannnnnn..
ada jugak kebenaran nya tuh.. hehehe

Lyn Yusoff said...

Hainom Okje,
hahahhaha..
ade jugak penyokongnya..
setuju!!!