Lawak Ahad :)

Makan Malam Untuk Abang

Suatu pagi ketika seorang suami hendak berangkat ke tempat kerjanya..

Suami : “Ayang.. abang pergi dulu ya”
Isteri : “Abang tak sarapan dulu?”
Suami : “Tidak.. abang nak cepat nie!”
Lalu sisuami mencium bibir isterinya dengan mesra dan berkata “inilah sarapan pagi abang”

Tengaharinya. . si suami pulang kerumah..

Isteri : ” Ada apa abang balik kerumah tengahari ni?”
Suami : ” Ada sesuatu yang tertinggal”
Isteri : Marilah makan tengahari dulu”
Suami : “Tak pe lah.. abang nak cepat nie”
Lalu dengan mesranya sisuami menghampiri isterinya dan mencium “dadanya” sambil berkata “inilah makan tengahari abang!”

Petangnya.. ketika si suami pulang dari kerja dia terkejut melihat sikap isterinya yang duduk tanpa pakaian diatas periuk nasi yang panas membara.. lalu betanya..

Suami : “Awak sedang buat apa tu?”
Isteri : “Panaskan makan malam bang!”

Cinta Itu Buta

Seorang lelaki buta memasuki sebuah restoran. Amin, pemilik restoran itu juga berperanan sebagai pelayan mendatanginya dan menghulurkan menu.

“Saya orang buta dan saya tak boleh membaca menu.Tolong bawakan sudu kotor yang telah dipakai oleh pengunjung sebelumnya dan saya akan menciumnya. Dari situ nanti saya tahu masakan apa yang enak untuk dipesan,” kata lelaki buta tersebut.

Amin mengumpulkan beberapa sudu bekas dipakai yang ada dan memberikannya kepada lelaki tersebut. Ia mencium sudu itu dan akhirnya berkata, “Saya pesan ikan pais dan sayur masak asam bang”…………

Dengan agak terperanjat Amin mencatat pesanan lelaki buta itu. Menu itu memang menjadi kegemaran para pengunjung restoran tersebut. Beberapa hari kemudian lelaki buta tersebut datang lagi. Sekali lagi dia minta sudu bekas dipakai untuk dicium, tetapi bukan yang habis dipakai utk makan ikan pais dan sayur masak asam. Hanya ada satu sudu yang habis dipakai untuk makan menu lainnya.

Amin memberikannya kepada lelaki buta tersebut yang kemudian memcium sudu itu dan berkata, “Bau sudu yang ini sedap juga, seperti habis diguna untuk makan ayam bakar dengan sayur ulam dan sambal belacan.” Amin mengiyakan dan si lelaki buta memesan makanan tersebut.

Lelaki buta itu untuk ketiga kalinya datang semula beberapa hari kemudian. Dia datang lebih awal ketika belum ada satupun pengunjung yang datang sehingga tidak ada sudu bekas diguna yang boleh diberikan untuk dihidu. Entah dari mana datangnya, tiba-tiba sifat nakal bodoh Amin muncul. Dia menghampiri isterinya yang berperanan sebagai tukang masak di dapur. Diberikannya satu sudu dan berkata, “Yati, kamu usapkan sudu ini di ketiak kamu”

“Apa-apa lah abang ni ?” tanya Yati tak faham.

“Sudahlah ikut je lahhhh, untuk kemajuan restoran kita,” kata Amin setengah memaksa. Yati menurut, mengusapkan sudu tersebut di “ketiak! nya” dan menyerahkan kembali kepada Amin.

Dibawanya sudu tersebut ke lelaki buta yang duduk menunggu. Lelaki buta itupun menghidu sudu itu, dengan mengernyitkan keningnya, lelaki buta tersebut berkata, “Aku tidak menyangka makwe lamaku Yati bekerja di sini……. boleh saya jumpa dia”

Amin: ????????????????.(bengang)
Sesungguhnya Cinta itu Butaaaaaa…………………

6 comments:

Admin said...

hahha lawak suami isteri betul la hehehe anyway best

Lyn Yusoff said...

Admin,
hahhahahhaa

sW33tdARLiNG said...

lawak yg 1st dah penah baca.. tp yang last tu kelakar... hahahhaa

Aunty P :) said...

ee yang story 1st tuh . ee malu-malu :p

SURIA AMANDA said...

hahahahaha..gelak guling2..hahahaha....adoi...

Lyn Yusoff said...

Suria,
hahahhahaha
sakit perut kan ketawa :)