Lawak Isnin

Lukisan

Seorang guru lukisan sedang melihat kertas lukisan milik pelajarnya yang paling malas.

Cikgu : Lukisan apa yang kau buat nie Abu, kosong je? 
Murid : Kuda makan rumput, cikgu!
Cikgu : Rumputnya mana?
Murid : Sudah habis dimakan kuda, cikgu.
Cikgu : Habis tu, kudanya mana?
Murid : Sudah pergi, cikgu! Kalau rumputnya sudah habis, buat apa kuda tu masih di situ?


Terkentut Tgk Harga

Dekat satu kedai emas, ada seorang lelaki terkentut ketika menonggeng melihat cincin utk dihadiahkan kpd buah hatinya yg tersayang.

Dia tersipu-sipu malu dan melihat sekeliling dan perasan ada promoter dekat belakangnye. Promoter tu tanya la 'boleh saya bantu?'

Lelaki tu anggap promoter itu tak dengar la yang dia kentut jadi dia jawab "berapa harga cincin ini?'

Promoter: "kalau tengok pun encik boleh terkentut, saya pasti encik akan terberak bila tau harganya"


Bercinta vs Berkahwin

Dating process:

6 minggu: I love U, I love U, I love U. 
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???
More Than 10 Years : Buang tebiat ker you ni? Cakap mengarut.

Balas SMS:

6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..
16 tahun : …………………. (tak balas terus!!!) hehehe….

Baju baru:

6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah… Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???


Nampak Sgt Tulisan Hodoh

Seorang gadis sedang sibuk menulis di atas meja di dalam pejabat pos. Tiba - tiba dia didatangi oleh seorang lelaki separuh umur.

Lelaki : Maafkan saya. Saya nak minta tolong sedikit ni. Boleh tak saudari menulis dan menghantar poskad ini bagi pihak saya?

Gadis tersebut bersetuju dan meminta barang - barang tersebut. Dia juga tidak kisah untuk menandatanganinya selepas menulisnya nanti.

Gadis : O.k! Siap. (tersenyum sambil menghulurkan poskad yang telah ditulis dan ditandatanganinya. Gadis itu pun meminta diri.)

Tak sampai beberapa langkah berjalan, gadis itu berhenti kerana dipanggil oleh lelaki tadi.

Gadis : Er... Ada apa-apa lagi yang boleh saya lakukan untuk encik?

Lelaki : Ya.. Di bahagian bawah poskad ini tolong tuliskan,

P/S - Maafkan saya kerana tulisan ini tidak cantik."


2 comments:

Mummydearie said...

Hahaha...adatlah orang yang lama bercinta dengan lama berkahwin. Itu kira perkara standard tu. Lepas 10 tahun pun masih nak bersayang, bersms sesaja, mahu katanya dah buang tebiat. Btw, skrg tak pyh sms pun ya tak?

Dahlah orang tolong, boleh kata tulisan tak cantik. Nak kena hempuk ni :D

Lyn Yusoff said...

Mummydearie,
hahaha.. biasalah tuh..
adat org yg dah lama berkahwin...
sekrg ni guna whatsapp jer.. free.. hehehe