Hujan Seharian

Semalam, sehari suntuk hujan non-stop. Dari awal2 pagi sampai ke malam mmg tak berhenti. Tidur dalam keadan sejuk walaupun bersweater & berselimut bagai. Tetap terasa sejuk sampai ke tulang.

IMG_0754 Sebenarnya Lyn tak tau pun hujan tak henti2 siang semalam. Yg Lyn tau, pagi2 nak pergi kerja mmg hujan. Sampai office pun masih tak henti2. Disebabkan awak duduk dlm office, langsung tak intai ke luar ater sibuk buat kerja. [Eerrmmmm sibuk lah sgt kan] Heheehe. Rupa2nya masa Lyn nak keluar lunch pun hujan tak stop lg rupanya.

Kata budak2 operator kat bawah tuh, mmg hujan tak henti2 dari pagi. Baru lah Lyn tau. Dan sampai waktu balik pun still tak henti. Takpelah, dah musim kan.

Cuma skrg kena berhati2 skit lah kita ni yg memandu ke tempat kerja or kemana saja. Waktu hujan2 ni klu takde hal, baik lah duduk rumah saja. Tau2 lah jalan raya klu licin kan. Mcm2 boleh jadi. Masih ada manusia yg tak perihatin waktu hujan gini. Contohnya waktu Lyn balik kerja smlm. Ada sebuah kereta belakang Lyn ni kemain laju, kita ni mmg lah slow sbb lane kiri sekali. Tau2 jerlah musim hujan kan. Takkan ko nak sebat sampai 100km/h. Tentu2 lah ko bawak slow kan ater jln licin. Yg kereta ni tak menyempat siap bagi Lyn high beam lagi. Punya lah sakit hati kan. Ko boleh jer ke kanan klu nak memotong sbb ko ada ruang, tapi sibuk nak mengekor aku buat ape. So Lyn selamba jer. At last dia yg beralah terus memotong pecut. Yelah, mungkin kereta ko kereta baru, sedap lah ko besit kan [tapi nampak mcm plat lama]. Besit tak menyusahkan org takpe. Klu lain jdinya. Haaa sendiri jawab ler. Hujan2 mcm ni elok2 slow jer lah. Kot yer pun nak laju, tunggu time jln kering. Besit lah sampai tak mau. 

Skrg ni pun tempat yg biasa naik air, dah mula naik dah. Banjir dah mula skrg ni. Klu tempat2 yg sering naik air tuh, kena lah hati2. Jgn plak jadi kan tempat untuk berenang plak. Lyn noticed benda2 ni tiap kali banjir. Klu kat berita tu kemain suka yer air naik. Mmg best dik woiii main air. Tapi klu jdi lain, merana nnti. So yg mak pak kena nasihatkan anak bila tiba musim banjir ni. Jgn suka sgt. Kang jadi duka plak.

Eh… panjang plak entry kali ni. Hehehehe. Tetiba ilham dtg time hujan. Tu yg panjang tuh. Gituwww!! Hehehe


11 comments:

Isteri kepada Suami said...

Assalamualaikum,

A'aa kak..semalam hujan non stop...betul2...jln tgh licin cmni..mmg tak patut lah kan nk high beam bagai..sofia menyampah driver camtu..

regards,
Triplesmiley

Rizziela said...

Cyberjaya,Putrajay,Kajang,Cheras..

Hujang sepanjang hari..sepanjang perjalanan..huhuhu

Rasp said...

kita sama lah lyn...
tau pagi tu hujan...
and nak balik hujan...
rupanya seharian hujan...
kesiannnn kat kita kan hehehehhee...

tapi kalo leh zzzzzz atas katil time2 gini best kannn....

Mummydearie said...

Akak yang tak sibuk dalam ofis ni pun tak tahu hujan sepanjang hari. Tapi mmg masa gi kerja hujan, nak keluar makan hujan, balik kerja pun hujan sikit-sikit. Still lagi tak perasan hujan seharian semalam :)

Nasib dialah Lyn nak memandu laju waktu hujan. Jangan menyusahkan orang lain sudah.

Lyn Yusoff said...

Sofia,
tu lah di pikir dia sorg jer yg ada atas jln raya, suka2 jer nak bg high beam tgh jalan licin. menyampah betul

Lyn Yusoff said...

Rizziela,
yelah
semua tempat hujan non stop semalam

Lyn Yusoff said...

Rasp,
tu lah sis..
mmg tak tau langsung hujan seharian..

ermmm klu dpt bantal mmg heaven sis, silap2 malas nak bgn. hehehe

Lyn Yusoff said...

Mummydearie,
hehehe..
sama lah kita kak.. rupa2nya hujan sehari suntuk yer..

tu lah kak, klu bwak laju tak bahaya kan org takpe. ni kang ada lah yg kena sama. tu yg takut

Amanda Suria said...

Satu kl hujan smlm tau...

Amanda Suria said...

Semlm satu kl hujan..dh la x bwk payung...ni tgh demam. .

Lyn Yusoff said...

Suria,
jgn mcm tuh along..
sediakan payung sebelum hujan. nnti mkin demam plak