Bekalan Ke Office

Sometimes jemu dah nak makan apa time lunch. Balik2 lauk yg sama jer. Serious boring. Nak pegi makan jauh mmg tak lah, ater lunch 1 hour jer. Mane mau nya ke tempat jauh2. Plus dgn lauk skrg ni dah bertambah mahal. Kadang2 Lyn vegetarian pun, harganya mahal mencekik. Apa lagi klu ada ikan or ayam seketul. Lagi lah bertambah mahal. Bkn lah nak berkira sgt. Tapi kadang tak masuk akal plak harganya. Klu sedap takpe, ni hampeh rasanya. So serik. 

Nak pegi fast food, mmg tak lah. Sekarang ni lagi dah jarang sgt mkn fast food. Mcm2 dah tgk kt youtube pasal burger nugget segala bagai. Terus jadi seriau nak makan.

So the best solutions, bawak lah bekal dari rumah.

20131122_131233 Nampak simple kan, tapi sgt menyelerakan. Lyn tak kisah klu repeat mkn dua kali. Selalunya dinner mmg masak lebih, so next day panaskan dan bawak bekal. Sbb kita tau tahap kebersihan bila kita masak sendiri. Betul tak?? Klu terlebih rajin, pagi tu buat nasi goreng or masak lauk simple2.

Normally, seminggu tu 3 or 4 kali jugak lah Lyn bawak bekal. Kadang seminggu direct gak bawak bekal. Bukan lah nak save budget sgt pun. Tapi klu susah sgt nak cari kedai yg bersih, sedap & elok, baik lah bawak bekal sendiri. Org kata boleh lah save budget skit2. Hehehe

Ermmm terasa mcm zaman2 sekolah dulu. Rajin bawak bekal pergi sekolah. I miss those moments :)


6 comments:

Dee said...

next year nak bwk bekallah..hehehe..

Mummydearie said...

Ahah, sama macam Dee juga... akak 'berazam' nak bawa bekal. Dahlah hari-hari kena masak di rumah, lebih baiklah bawa saki baki lauk tu pergi kerja.

Amanda Suria said...

Along mmg hari2 bawak bkl...cuma bila malas yg dtg bertandang je x bawak...setuju bila masak sendiri terjamin kebersihannya....

Lyn Yusoff said...

Dee,
next year lama lagi sis..
hehehe

Lyn Yusoff said...

Mummydearie,
apa salahnya bawak kan kak..
dari terbiar & terbuang baik bawak pergi kerja..

Lyn Yusoff said...

Suria,
along lagi rajin bawak bekal hari2..
lyn pun tgk keadaan, but mostly mmg selalu bawak..
bersih pun bersih ater masak sendiri kan.