Masak Lemak Cili Padi

IMG_0803Ni namanya lokan yer anak2. Lyn jarang nampak ni. Kat pasar pun jarang org jual lokan ni. Dapat ni pun dari penyewa rumah my mum. Dia cari sendiri tau. Bkn beli kat mana2. Weekend jer klu takde kerja, mmg dia akan ke pantai.

Mula2 dpt seplastik. Byk jugak. Tapi cengkerang dia kan besar2. Bila rebus tu, isi nya tak lah sebesar tu. Sederhana jer. Mlm nya kita masak lemak cili padi. Ok puas jugak lah makan. Semangkuk kita bagi kat dia jugak. Bagi dia merasa masakan org Selangor. Dia org Kelantan.

Tiga hari lepas tu dpt lagi lokan seplastik besar lagi dari dia. Kita nak beli, dia taknak terima duit. Yelah, kesian lah kan, org penat cari. Takkn kita amik free2 jer. Tapi katanya, amik saja lah. Alhamdulillah, rezeki lagi.

IMG_0811 Dua hari lepas tu, kita masak lagi. Bagi semangkuk untuk dia sekeluarga. Puas dia makan, sampai dia puji my mum masak sedap sgt. Hehehe. Owh yes, knowing my mum, mmg handal memasak. Hehehe.

Actually, rasa lokan ni kenyal2. Payah jugak klu nak kunyah. Sebab tu sebelum masak, kita rebus dulu. Mcm kita rebus kerang. Kopek elok2, baru boleh masak. Ikut lah korang nak masak apa. Tapi paling sedap masak lemak cili api lah. Potongkan tomato. Baru lah terangkat habis. hehehe


10 comments:

Isteri kepada Suami said...

Assalamualaikum..

Ohhh sedapnya lokan..sofia sukaaa..tp selalu bakar..haha pastu cicah dgn kicap pedas...xpenah try masak lemak..haha blh la nanti minta mak sofia buat resepi cmni jg la..hehehe nmpk best

regards,
Triplesmiley

attyfir said...

kty suka lokan
tp lor ni mcm susah je nak jumpa lokan

Mummydearie said...

Masuk aje tetiba nampak lokan :D Yalah cikgu, anak yang di sini (dah tua dah pun ni) tak tahu nak bezakan lokan dengan kupang ngan satu lagi tu apa ke namanya...

Rizziela said...

saya x pandai makan lokan sangat..biasanya makan seput sedut dengan kerang..lain2 memang jarang mak masak..& x berapa pandai nak makan...

Tapi yg ni nampak mcm sedap ajer..

Lyn Yusoff said...

Sofia,
klu bakar tu biasa dah..
tapi klu masak lemak lagi terangkat sofia. mesti try tau..

Lyn Yusoff said...

Attyfir,
mmg susah kak nak jumpa lokan ni...
setahun sekali pun payah nak makan..

Lyn Yusoff said...

Mummydearie,
baik anak murid cikgu..
ada lokan, kupang, lala & mentarang jer anak2.. heheheh
semua sedap klu masak lemak cili padi.. hehehe

Lyn Yusoff said...

Rizziela,
mcm kerang jugak yang...
sedap. u kena try.. mmg sedap..

Amanda Suria said...

Kat Muar area Sg Mati tu banyak giler lokan..tp agak mahal la...biasa along rebus amik isi dia pas tu buat sambal...sedap....

Lyn Yusoff said...

Suria,
mmg agak mahal. tapi susah nak dpt kat sini..
rebus gitu cicah sambal pun sedap..