Hi LoVers,
Still about Bandung. Hehehe..
Our 3rd day start with full activities. More to sightseeing. Shopping kat tempat penting2 dah settle. Ada lah a few kita akan buat on 3rd day ni. Yg ni Lyn settled part Tangkuban Parahu dulu. As usual, bangun awal at 5.30am. Mandi, solat sambil skodeng org lalu lalang mmg aktiviti Lyn pagi2 kat Bandung. Hehehe. Settled breakfast at 7am, dlm 45 minit sempat lagi naik bilik lepak2 sementara tggu jam 8.30am.
Pagi tu supir kita sampai awal. 8.15am dia dah tercegat kat dpn guest house. Our 3rd day, jalan2 di Tangkuban Parahu. Kata supir, perjalanan ambil masa 2 jam pergi & balik. So mmg awal pagi kita dah gerak kesana.
Melalui jalan2 kampung, kira mmg keluar dari kawasan Bandung.

Jalan agak mencabar mcm ala2 Fraser Hill. Bagi org / supir di Bandung tak jadi masalah kot. Sbb laluan mereka mungkin boleh dikatakan hari2.

Bila sampai je di kawasan ni, sejuk spt di Cameron Highland. Nasib baik lah masing2 bawak sweater. Mmg terasa kesejukannya. Walhal hari agak panas pg tuh. Seronok sebenarnya melalui jalan2 ni. Penuh dgn pokok di kiri kanan jalan. Rasa damai sgt.

Finally, we safely arrived here after 2 jam perjalanan. Mmg jauh jugak yer. Kitorang siap terlentok2 & tertidur2 lagi dlm van. Maklumlah penat sgt. Time kita sampai mmg ramai pelancong yg dtg. Kat entrance pun dah beratur pjg.

Boleh tgk list untuk bayaran. Klu tak silap dulu2 Lyn pergi, harga untuk pelancong baru RP50,000. Untuk thn 2014 ni nampaknya dah naik pulak. Tak kisahlah, bukan selalu pun. Kita byr untuk 7org plus dgn kenderaan sekali. Settled bayar, kita naik ke atas lagi.

Kali ni perjalanan lagi mencabar. Jln nya agak kecil. Tapi masih muat untuk dua kenderaan. Tapi klu kenderaan spt bus, mungkin salah satu kena mengalah. Time kitorang naik ni, tak bertembung dgn kenderaan besar pun. Hanya van2 & kereta2 saja.

Alhamdulillah, sudah sampai ke kemuncaknya. Cuaca mmg sgt sejuk. Berkabus & angin sepoi2 bahasa. Menggigil jugak.

Memang ramai pelancong dan Lyn percaya rata2 dtgnya dr Malaysia. Dari segi percakapan kita dah boleh agak. Ada jugak Lyn berborak dgn orang Brunei. Ada jugak yg dtg dari Australia. Kami siap berborak lagi. Hehehe

Finally. Dorang bertiga kita dah siap2 suruh pakai mask, especially my mum. Dia baru jer nak baik dari batuk. Nnti klu terhidu bau belerang tuh, makin teruk plak.

Tanda kenangan kami di Tangkuban Parahu. Waktu ni nampak matahari seolah2 terik. Tapi disebabkan angin sgt kuat, mmg terasa sejuk ya amat. Bermula perjalanan kitorang ke arah gunung berapi yg di bawah.

Dorang bertiga ni mmg kita tak kasi turun. Lagi pun bahaya dgn anak tangga yg cerun & licin. So dorang bertiga mmg lepak jer kat sini. Kitorang bertiga yg turun menyusur ke kawasan sulfur di bawah.

Ni kawasan gunung berapi dari pandangan kami di atas. Mmg tak puas hati klu tgk kat sini. Kena turun bawah, baru jelas.

Jalannya mmg agak mencabar. Terlalu cerun. Kena berhati2 bila melangkah. Takut nnti terjatuh pulak.

Kitorang turun sampai area bawah ni. Mmg mencabar dgn wedges ok. Kena berhati2. Kononnya mmg taknak turun, tapi di hasut oleh budak2 tuh, kenalah turun jugak. Lagi pun bkn nya selalu dtg.

Walaupun terkial2 nak turun tangga tu, akhirnya sampai jugak di bawah. Punyalah seriau ok tgk tangga yg cerun time nak turun bukit. Penat jugak lah turun. Termengah2 gak hakak. Hehehe. Nampak sgt dah lama tak exercise. hehehe

Sepanjang perjalanan, terdpt kedai2 yg menjual souvenir. Dan tiap kali tu lah dorang duk panggil untuk singgah ke dalam kedai dorg. Kitorang tak menyinggah pun. Membeli pun tidak. Lalu jer.

Dan sepanjang berjalan tu mmg ramai org approach utk beli souvenir. Tapi kita ckp taknak jer. Kena buat muka kental skit. Klu buat muka simpati sure ko kena beli nnti. hehehe. Bkn apa, nnti ramai pulak yg kerumun. Supir kitorang pun dah pesan. Dan dlm blog pun rata2 duk pesan, jgn beli souvenir kat sini. Harga nya agak mahal. Alhamdulillah, kita just ucapkan terima kasih, dan mereka terus berlalu. Muka kena ganas skit. Tu penting. Buat dek jer.

Seronoknya bila sampai kat bawah ni. Kat sini cuaca agak sejuk lagi berbanding yg diatas. Time kitorang sampai ni, tak ramai org pun. Ramai yg sudah naik ke atas. Lama kita menikmati keindahan alam ciptaan Allah S.W.T. Kemudian baru lah ramai org turun. Berduyun2 jugak.

Speechless, kagum dgn ciptaan Nya. Bau belerang kat bawah ni agak kuat. Tapi Lyn tak pakai mask pun. Kuatlah konon. Tgk lah nnti bila naik, ok ker tak. Harap2 oklah. Hehehehe. Lyn pun ada amik video kat sini. Bunyi dia kuat jugak. Mcm bunyi ombak. Tapi malas lah nak tepek sini.

Skodeng my sis dari bawah. Sure dia risaukan kitorang kat bawah. Actually, mmg nak ajak dia sekali turun. Tapi mengenangkan my mum & SIL, better dia temankan jer dorang kat atas.

Bergambar kenangan di belakang sulfur. Bunyi agak scary yer. Bagaimanalah penduduk area situ. Apa perasan orang bila berlakunya volcano. Ntah2 dorang pun tak heran. Lama kitorang kat bawah ni. Hari pun makin redup. Terasa mcm air menitik kat tgn. Mcm nak hujan jer. So cepat2 kena naik ke atas.

Tengok tangga dia, scary kan. Mungkin dlm pic ni tak berapa nampak sgt. Tapi mmg tangga dia jenis yg menjunam gitu. Mendaki lah korang mcm naik gunung tuh. Termengah2 jugak dibuatnya. Selalu klu naik tangga, takde lah semengah gini. Ni lain macam plak.

Sekejap2 kami berhenti. Tak larat dibuatnya. Tengok dorang yg dah biasa, sap sap soi dah sampai. Dorang dah biasa kan. Kita sesekali ni, mmg terasa penatnya. Akhirnya sampai jugak kitorang kat atas. Dorang kemain risau masa kitorang kat bawah tuh. My mum duk bising tgk Lyn termengah2. Tu la katanya, lain kali tak payah turun. Tgk kat sini jer. Tp apa barang kan. Dtg jauh2 tak turun. Dorang takpelah. Tak kuat.

Ade jugak orang jual makanan kat sini. Tapi tak beli pun. Was2 sbb kebersihannya. Sampai jer atas terus hujan turun. Lintang pukang kitorg masuk van. hehehe
Owh yer, nak pesan skit. Jgn beli strawberry kat sini. Tipuuuuuuu. Kerjanya nak menipu jer. Tak faham betul. Strawberry yg masam di katakan manis asli. Sebenarnya dia dah dicelup dgn gula. Mau lah tak manis. Puiii… Lyn tak koser nak beli pun. Byk kali dorang approach. Tapi tak koser heh nak layan.
Yg bercakap pun tourist dari Malaysia. Kebetulan kitorang berborak. Tu yg dia citer tuh. Nasib baik Lyn tak beli. Klu tak kena tipu hidup2. Ermmm bab mkn pun nak tipu. Apa daaaaaaaaa.
Kitorang tak spent lama pun kat sini. Adalah dlm sejam lebih. Hujan dah start turun. Jadinya sebelum lebat baik lah kita gerak dulu. At least sampailah hajat kitorang semua nak ke Tangkuban Parahu.

Akhirnya kami menyusur keluar dari situ sambil menikmati panorama hijau yg sgt indah. Hujan pun makin lebat. Tapi sebelum ke aktiviti yg seterusnya, kitorang singgah lunch dulu. Time tu pun dah jam 1pm. Perut pun lapar. Jadi sebelum apa2, kita isi perut dulu. Sampai jer bawah hujan pun berhenti.
Next entry Lyn cerita pasal restaurant yg kitorang singgah lunch tu yer. Daaaaaaaaaaaa!!!