Gelak-Gelak

Kereta

Oleh kerana terlalu gembira, Ah Beng tertinggal kunci kereta dalam keretanya. Menyedari kesilapannya Ah Beng berkata,

“Apa kata kita gunakan penyangkut baju untuk buka pintu kereta?”
“Tak boleh,” jawab Ah Seng. “Nanti orang fikir kita terlalu bodoh. Sampai gunakanpenyangkut baju.”

Kemudian Ah Beng pula berkata, “Ah..aku dapat idea, apa kata kalau kita gunakan pisau, kita potong getah pintu kereta ini kemudian kita masukkan jari untuk tarik kunci tingkap.”

“Tak boleh, nanti orang fikir kita hendak curi kereta.”
“Kan Cheong!” jerit Ah Beng. “Kita mesti fikir cepat, hujan dah nak turun... sunroof terbuka!!!”


Tangga

Cikgu : Banyak-2 tangga, tangga ape paling susah nak naik? 
Murid : Tangga batu caves cikgu..
Cikgu : Salah.. tangga batu caves ramai yg naik walaupon beratus anak tangga.
Murid : Abis tu tangga ape cikgu?
Cikgu : Tangga masjid murid2. Walaupun ada 3 anak tangga sahaja tapi kita susah nak naik..
Murid : benar cikgu hmmm.


Mimpi

Hampir setiap malam adik dia diganggu oleh roh abang dia dalam mimpi. Jadi dia berjumpa seorang bomoh di hujung kampung. Bomoh tu berkata bahawa roh abang dia tak tenteram, banyak sangat benda yang dia rindu atau barang kepunyaan dia masa hidup.

Jadi nak bagi roh abang dia aman, bomoh mencadangkan dia buat patung atau barang replika diperbuat dari kertas dan bakar di pusara abang dia. Jadi banyaklah replika harta dibuat. Kereta, isteri, wang, rumah, jam tangan, PS3 dan akhirnya handset mahal yang baru dibeli olehnya sebelum mati. Selepas dibakar adiknya tidur pada belah malam tidak lagi diganggu oleh roh abang.

Tiba-tiba handset adik dia berbunyi..dapat mesej dari abang dia yang sudah tiada..agak berdebar-debar dibuatnya..tertulis pesanan ringkas lalu dibaca


Adik, charger handsetnya mana?

Hahahahaa


Kisah Ayam dan Kambing

Pada suatu hari,ayam telah menghiaskan dirinya dengan menyangkut manik-manik yang berkilauan pada setiap helaian bulunya. Tajinya diasah sehingga berkilauan dan berjalanlah ia menuju ke kediaman kambing. Tiba di kediaman kambing, ayam pun menyapa sahabatnya itu.

Ayam : Kambing, pekabo? 
Kambing : Baik. Wah,ayam. Bukan main lagi kau. Kau nak ke mana hensem-hensem ni.
Ayam : Takde ke mana. Sesajalah nak tengok reaksi engko.
Kambing : Tapi kan ayam, macam mana pun ko berhias, ko jalan tetap kaki ayam, kan?
Ayam : Ko kutuk aku ye. Ko pun apa kurangnya.....
Kambing : Apsal pulak?
Ayam : Nampak macam alim. Bela janggut. Tapi TELUR nampak...

Hahahhaa


6 comments:

msredcheesecake said...

taktau mana feveret...sumer kelakar..

Rasp said...

yg part tangga masjid tu sangat2 betul...

Mummydearie said...

Kurang asam punya ayam :) Part charger telefon tu pernah baca lama dulu. Nasib baik tak terkejut beruk kan tetiba roh abang telefon!

Lyn Yusoff said...

msredcheesecake,
sume lawak kan.. hehehehe

Lyn Yusoff said...

Rasp,
kan sis..
insaf sungguh Lyn..

Lyn Yusoff said...

Mummydearie,
ayam mmg kuang ajor skit.. hahaha

lawak2 lama ni kak. tapi Lyn tak pernah baca pasal charger tuh..