One Year Older

Hi LoVers,

Today my birthday. Another one year older :D [sudah tua, but I always remember, age just a number. *Wink wink*]

Alhamdulillah, thanks to Allah for still giving me the chance to stay alive till today. Thank you for another year in my life. Syukur sgt2 :)

IMG_0115 Btw, Lyn share the date with my niece. She’s 16 years old. Sbb tu ada dua nama kat situ. Sekali berdua kita sambut. Act tiap2 thn pun mcm tuh. Cuma thn ni nampak meriah skit. Will update later yea. I’ve no time right now. Sibuk have fun.

Selalu berdoa semoga dikurniakan kesihatan yg baik, murah rezeki, kehidupan yg indah bersama family dan org2 yg tersayang. Act byk benda yg dihajati tuk thn ni. Tak larat nak sebut satu. Simpan dlm hati & make sure semoga semuanya tercapai. Dan semoga Allah permudahkkan nya.

Last but not least….

I wish 2013 will bring more happiness and wonderful days for me, a better life, prosperous years ahead, and InsyaAllah, a positive tremendous life changes.

See you in the next entry :)


Great Day :)

Hi  LoVers,

I’m on leave today. Just for a day :)


For what?? Just celebrate my early birthday today. Hehehehe. Where?? Rahsia lah. Mane boleh bagitau kan. Lalalallalalalalalallaa :D

Pada yg kerja tu, kerja rajin2 tau. Pejam celik, pejam celik dah pukul 5pm nnti.

Better stop here. Have a great day & weekend everyone!!!

Cheers!!!

[Pic, credited to Google image]


Laptop Murah

Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?", "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?". Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...". Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu perasaan yang lain.

Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya - perempuan. "Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?", "Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru - harga sama je", aku menyambut soalan nya. Dia bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke dik?" - "Ermmm, ok ke nie murah je - karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka yang kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal. "Yang acer nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, "Yang acer nie berapa boleh murah lagi?" - "Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..." aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, "Dik, nak laptop untuk belajar kan... Rasanya kalau untuk belajar - yang nie lebih dari cukup - rosak tak payah pikir sangat - warenti setahun.". Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya.

"Oklah, yang ini." jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar - aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer, "Cukup duit tadi dik?" - "Cukup, Terima Kasih ya...". Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan - RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya - penuh harapan.

Aku geram kepada anaknya - seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekeping duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya.

Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin...

*************************
Segala ape yg kita inginkan kenalah berusaha mendapatkannya. Belajar rajin2 supaya bila sudah kerja bagus nnti boleh beli sesuatu tu mengikut kata hati sendiri. Klu time belajar ni tak payah nak demand sgt. Pakai apa yg ada saja.

Kena pikir mcm mane mak ayah kita bersusah payah menyekolahkan kita hingga ke Universiti. Esok2 bila dah dpt kerja yg bagus, mak ayah lah org perlu kita utamakan. Kerana ape saja yg kita berikan pd mereka tidak kira wang mahupun harta walaupun rumah sebesar istana, ianya tiada tandingan dgn penat lelah mereka melahirkan & menjaga kita sehingga dewasa. Tidak boleh dibayar dgn wang ringgit. Kerana kasih syg mereka tidak ternilai harga nya.

Lyn sayang Mak & Abah. Al-fatihah untuk Abah. Rindu Abah sgt2.



Kuku Panjang Cantik Tapi….

Lyn mmg tak suka kuku panjang. Walaupun bkn memasak kat rumah setiap hari pun, mmg tak reti nak membela kuku. Lagi pun mak abah dah ajar, jangan simpan kuku panjang. Dulu masa kekecik, pantang kuku pjg skit, sure kena bebel. So bila dah diajar, sampai skrg ni pun bila dah panjang skit, mula lah cari pengetip kuku.

kuku_panjang

Suka sebenarnya tgk org berkuku panjang ni. Tapi kena lah dgn caranya. Klu kuku jer panjang, tapi tak reti nak jaga, baik tak payah. Lagi2 yg ada anak, sempat ker ko nak belek kuku ko sedang kan anak ko duk menangis2. Buat kerja rumah lagi. Ada masa ke woii nak belek2 gitu. Hehehe

Dalam Islam sendiri pun tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekali pun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Pernah jugak terbaca sesiapa yg menyimpan sebatang jari kuku yg panjang seolah2 dia membela sekandang khinzir. Nauzubillah. So bayangkan klu kesepuluh2 kita bela, berapa banyakkah kita membeli makhluk tersebut. So jgn ada niat nak bela kuku panjang walaupun 1cm. Reminder to myself too.

Sebab musabab lain, org yg membela kuku panjang ni kemungkinan mempunyai anak yg tak dengar kata. Kerana diberi makanan kotor oleh emaknya. Yelah, uli tepung, perah santan, semuanya menggunakan tangan. Klu dah kuku pjg mcm mane masakan nak bersih. Jadi beringatlah yer.

Sedikit info utk kita semua. Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.

[Pic, credited to Google image]


Wordless Wednesday #95





Mood Yang Hilang

Hi LoVers,

It’s 27th and 4 more days until March 2013 ends. But 2 more days is big date for me. Wootttt woottt!! *motif nak mention :)*

IMG-20130131-00106So currently I'm not really in the mood. Bukan mood nak berblogging atau menulis. Yg tu mmg takde masalah. Ni mood perasaan. Penat & mengantuk. Two days in a row, I think I slept around 1.30am. Ada benda yg perlu diselesaikan. And woke up around 6am. Lebih kurang 5 jam jer tidur. Serious tak cukup.

I guess my body is getting real bad, no joke. Huhuhuhu. Datang kerja dgn keadaan yg mengantuk & muka mcm zombie. I was thinking that I’ve no energy to move here & there. Buat kerja di meja jer & sampai nak keluar makan pun tak larat. Just having a simple lunch at my office. Dan ada satu incident, sampaikan my boss cakap muka Lyn sembab sbb tak cukup tidur. Padahal tak pernah pun dia complaint sebelum ni. *serious malu*

Yesterday, sempat lagi tidur kat meja sendiri. Kebetulan boss takde. Sedap jer aku tidur. Hehehe. Dpt lelap 5 – 10 minit pun dah kira hebat. Tapi terlajak ke 15 – 20 minit rasanya. Gila selamba kan. Hahahaa

Last nite, managed to sleep early. Like around 10pm. Mmg tak berdaya dah mata ni nak bukak lagi. Hope boleh cover tidur yg tak cukup tuh.

Owhhh my lovely mood... please come back to me so I can do what I want.

At the same time, can't wait for Saturday, to meet my BFF :)


Masih Ingat Lagi??

Bapaku pulang dari kota
Bapaku belikan kereta
Kereta kecil warna merah
Boleh ku bawa ke sekolah
Pon, Pon, Pon, Pon, Pon, Pon, Pon
Kereta kecil ku berbunyi
Marilah adik mari naik
Boleh ku bawa jumpa nenek

**********************
Malam yang sepi..pi..pi.. pak mat jual topi..pi..pi..
topi yang koyak..yak..yak.. pak mat jual tempoyak..yak..yak.
tempoyak yang enak..nak..nak.. pak mat jual anak..nak.nak..
anak yang hilang..lang..lang.. pakmat jual gelang..lang..lang..
gelang yang patah..tah..tah..pakmat jual getah..tah..tah..
getah yang putus..tus..tus.. pakmat jual tikus..tkus..kus..
tikus yang mati..ti..ti.. pakmat jual roti..ti..ti.

************************
Air pasang dalam
Surut pukul lima
Bangun pagi-pagi
Siram pokok bunga
Pokok bunga melur
Tanam tepi batas
Itik bertelur
Ayam menetas
Itik Baba jatuh dalam parit
Itik Aminah ketawa jerit-jerit
Naik keretapi pergi Kuala Lumpur
Jumpa gadis cantik menyorok bawah dapur

*******************************
Assalamuaikum.
Kum apa kombat.
Bat apa batman.
Man apa mentol.
Tol apa tolak.
Lak apa lakse.
Se apa sepak.
Pak apa pakcik.
Cik apa cicak.
Cak apa cawan.
One apa one two three four five six seven eight nine ten.
POOMM!!

****************************
For sure korang masih lagi ingat lagi dgn lagu zaman kanak2 kita dulu. Ke ada yg dah lupa. Tapi bila di pikirkan balik, camna lah kita boleh hafal lagu2 ni kan. Padahal kecik lagi tuh. Ermm kes berkawan2 lah kan. Bila sorang tau, nyanyi dua tiga kali, dah boleh nyanyi & hafal.

Sekarang, even dah beranak pinak pun still tak pernah lupa. Kekadang tu secara tak sengaja kita pun turut menyanyi sama. hehehe. Seronok sebenarnya duk layan lagu kanak2 ni.

Budak2 zaman skrg, tak semua tau lagu ni rasanya. Sebahagian jer kot. Dorang lagi hafal lagu gangnam style &Justin Bieber #Eh

Korang macam mane pulak? Still ingat lagi lagu kanak2 tuh??


Siang Malam Yg Letih

IMG-20130321-00152Dah boring makan sambal, kari, masak lemak. Tapi perut melapar. Last2 kirim kat my sis sup cendawan power di kedai favorite.

Was dinner during that day. Dua senduk nasi putih + sup cendawan yg awesome. Habis nasi, hirup sup sampai ke titisan terakhir.

Kenyang. Sebelum tidur, sapu PMC kat muka. Buat mask dan biarkan sampai esoknya. Minum PMC dgn air oren. Rest lebih kurang 20 minit. Pukul 9.30pm masuk tidut. Kebabommmmmm.

Serious penat hari tuh. Meeting, report, presentation. Letihhhhhh!!!
 

Minum Petang

IMG-20130311-00151Cekodok udang cicah sos cili minum petang yg paling best bersama teh O panas. Mula2 amik 4 ketul, serious tak cukup. Sambil tgk Rindu Bertamu Di Abu Dhabi, mulut mengonyel makan cekodok. Tambah lagi 3 ketul.

Serious kenyang. I didn’t take dinner on that night.

Orang lain mkn pavlova, cheese cake & macaron segala bagai, kita makan cekodok udang jer. Tekak melayu uolssss. Sesekali nnti tukar selera plak, tukar selera mat salleh plak nnti. Hehehe

 

I’m Counting The Days :)

Hi LoVers,

Good morning everyone!!!

How are you today? Hope everyone is fine. I’m good but I’m little bit tired. Weekend yg agak full jugak. Spent my time with beloved family on Saturday & Sunday balas dendam tidur & tgk TV. 

P1100601Btw, 5 days left. I'm so excited and nervous at the same time :0 *tick tock tick tock*

 

Woottt… Wooott!!!

imageTomorrow for everyone, coz tomorrow is weekend. Everyone likes weekend rite?? You can do anything that you want. Watching movie, shopping, resting & etc.

But for me, I got something special tomorrow. Seriously, I can’t wait!!! :))

[Pic, credited to Google image]


Cute Little Boy & Girl

1

2

3

Play... 

Little boy is trying to kiss a little girl, but she don't want, and she runs away, but little boy insists... Really fun.
 
Cute kan.. serious dia tak putus asa nak cium. Kena tolak pun kena tolak lah. Bangun & he's trying so hard. Comel :))
 
 

Ubat Mengantuk

Driver 

Semasa Ali sedang menunggu keretanya , beliau berbual sebentar bersama Kasim.

Kasim : Ali , kau tak balik lagi?
Ali : Belum lagi , driver aku belum datang lagi.
Kasim : Ohh , hebatnya kau ada driver.
Ali : Haruslah! kereta pun aku tukar-tukar pegi keje. Sometimes driver pun aku tukar.
Kasim : Wahh! *terpegun*
Ali : Hah! tu driver aku dah sampai . Teksi!!
Kasim : @#$%^& ! 

Beritahu Siang2 

Marsya baru berumur lima tahun. Dia mmg pintar bercakap. Suatu hari dia mengikut ibunya ke kedai.

Ibu : Encik, saya nak susu dua tin, beras tiga kilo, garam sekotak dan gula dua kilo.
Penjual : Ada apa2 lagi yg awak nak? Jumlah kesemuanya RM20.
Ibu : Tu saja. Ini duitnya.
Penjual : Terima kasih.

Setelah membayar harga barang2 itu, ibu teringat beberapa brg yg perlu dibelinya. Dia pun memesan brg2 itu kepada penjual itu tadi.

Penjual : Kenapa awak tak beritahu siang2?
Ibu : [tidak menjawab apa2]
Marsya : Pakcik! Ibu beritahu siang2 bukan malam2. Klu beritahu malam2 tentu lah kedai pakcik dah tutup.
Penjual : ?????

 

Foot Mask

I just want to share something with you guys.

Besides manicure & pedicure that I did every two month, I also do foot mask. Sound amazing rite?? But it works. Tak guna klu pegi pedicure bagai, tapi kulit kaki keras. Oppssssss...

Every two month, Lyn mmg buat foot mask. 

P1100972 I’m using foot mask by Actizen. You can buy at farmasi. RM40.00 per pair. Sometimes ada promotion, dapat lah murah skit.

Orait, let’s go step by step. 

page3 1. One pair of foot mask by Actizen. Sebelum pakai tu make sure basuh dulu kaki sampai bersih. Cut along the dotted lines yg kat foot mask tuh.
2. Pakai kan kat kaki seperti pakai stokin. Lekat kat sticker yg disediakan & make sure dia ketat.
3. For best result, you may wear socks. Supaya liquid kt dlm dlm tu betul2 meresap kat kaki. Wear on it for 2 hours. You can feel the liquid. Sejuk.
4. Tanggalkan after 2 hours. Don't worry, it wont cause any pain.

After a few days….

Hari kedua, kulit kaki jadi keras & kering. 

page2Mine start peel off 3 day after the application. It depend on individual. Sometime ada yg lambat jugak. Kulit kaki dah mula menggelupas. Tak sakit tau. Jgn risau plak.

Klu rasa tak selesa, boleh tanggalkan kulit mati tu slow2. Make sure basah kan dulu, then senang skit nak tanggal.

Lyn tak amik pic setiap hari. Klu tak boleh tunjuk satu persatu. Mmg kulit mati & keras tu tertanggal. It take more than one week to clean the foot. After all your foot skin peel off dptlah kulit selembut bayi. Hehehe.

For me, it works. That’s why Lyn buat tiap 2 bulan. Korang pun boleh try. Feel it. 
 

Wordless Wednesday #94

image
Source : FB

Annoying :(

A lot of sms that I received these few days. Seminggu tu repeat ntah berapa kali ntah. 

Situasi 1 

PRU13, parti mana yang anda sokong?
1. BN
2. PR

Adakah anda rasa Kerajaan Pakatan Selangor mampu menunaikan semua janji menifesto mereka?
Ya/ Tidak

Ermmm… korang nampak tak ape yg Lyn nampak? Ermm pada Lyn sapa yg buat kerja Lyn undi lah. Undi tu kan RAHSIA. Masing2 ada hak untuk mengundi parti mane yg mereka suka. 

Situasi 2 

Tiba2 dpt pulak sms dari Bank Islam. Dah byk kali jugak dpt sejak guna second no ni 3 thn lepas.

“Pembiayaan anda tertunggak melebihi 3 bulan. Sila byr untuk elak tindakan undang2. Tel Bank Islam : 03-2690****. Abaikan jika bayaran telah dibuat.

Oh please!! I don’t have any account with Bank Islam. Dan Lyn percaya second no yg Lyn guna ni pernah digunakan oleh org lain. Customer ko tak update profile, so buta2 jer Lyn dpt sms ni.

Tiap kali dpt sms yg bukan2 ni, tekan menu & delete. That’s it. Tak kuasa nak pening2 kepala. Annoying giler....

 

Kerana Ini…

imageMy SIL brought this back, masak lemak cili padi daging salai from relative's weeding. From her mum’s side. Serious nampak menarik.

Lyn kan tak makan daging sgt. Tpi bila tgk lauk ni, terus rasa nak meratah. Seketul dah masuk mulut. Sedap & lembut sungguh dagingnya. Terus masuk 3 4 ketul dlm mulut. Cukup lah buat rasa.

Tgh2 tgk TV, tiba2 kepala rasa weng2. Rasa berputar pulak dunia ni. Ermm tak lain tak bkn, mmg kes makan daging lah gamaknya. Terus capai minyak angin. Sebelum tu my mum dah tegur, jgn mkn byk2, nnti pening. Lyn ckp ‘mkn skit jer mak, wat rasa’ 

Tu lah bahana melawan ckp mak. Org tua2 tegur taknak dgr, kan dah kena. Huhuhu

Ya ampunnnnnn. Bangun tidur kurang dah rasa pening tuh. Jap2 kang dia dtg balik. Nasib baik kat office tak sakit pala. Klu tak, mau sendawa non stop. Now dah ok dah. Cuma adalah rasa sikit2 lagi. Tapi tak sehebat semalam.

So klu org tua2 ckp tu dgr, dgn nak ikut hati sendiri jer. Faham tu Lyn!!

[Pic, credited to Google image]

 

Melencong Ke SCM

From The Curve, heading back to Klang. Dari pagi keluar, mmg pikir nak balik rumah & take a good rest. Boleh dlm kereta tu memasing pasak kat telinga Lyn ajak pergi Setia City Mall. Klu Lyn ckp taknak jer, mula lah kuar ayat merajuk. *comel*

Puteri sibuk nak tgk air pancut. Yg budak berdua tu nak pgi H&M.

Seriously, I’m really tired & exhausted. Tpi budak2 tu tak penat langsung. Yelah bukan dorg yg drive pun kan. Auntie dia yg penat. Nak taknak pegi jugak lah. Bila exit jer Setia Alam kemain memasing bersorak dlm kereta tuh. Memasing ckp ‘Sayang acik lah’ Hehehe. Klu tak pegi tu sure tak sayang.

Sampai sana park kereta, terus meluru ke H&M. Budak2 berdua tu cari baju, Lyn pun tumpang shopping sekali. Hehehe. Nak tgk air pancut kena tunggu pukul 6pm. So jalan2 dulu. Puteri asyik tgk jam dia jer. Sharp pukul 6pm terus seret kitorang ke entrance SCM tuh.

Ermmm tgklah air pancut tu sampai lobam. Nasib baik lah redup. Lepas tu pergi jalan2 kat taman dpn SCM tu. Tgk orang main layang2. Ramai jugak org lepak2 situ. Dah mcm berkelah dah.

Let’s enjoy their pictures. 

IMG_0067
IMG_0068
IMG_0071
IMG_0073
IMG_0075Dah macam model dah masing2. Sakan korang bergambar yer. Tau2 penuh jer pic dlm iPad Lyn. 

Eh mana pic Lyn?? Takde ker?? 

I’m not joining them. Malas nak berjalan keliling taman tuh. Tak larat. Sakit tumit kaki. Lyn perhatikan dr jauh jer. Just having a ice chocolate at Starbucks. Listening music & relax.

Tu pun siap call suh cepat2. Klu tak call, mmg kemain lama lah dorg melepak & bergambar. Lyn menunggu rasa nak tertidur dibuatnya. Before Maghrib kita dah balik. Serious penat sungguh. Mlm tu lepas tgk TV mmg terus kebabom. Tak hingat dunia punya. Hehehe


My Mum…

Dedicated to my Mak, Puan Hajjah Ainan Binti Mat.

imageSource FB


Monthly Routine

Besides my personal thing for myself, almost every month mmg kena treats budak2 aka my niece ni. Dorg pun request selalu ajak pg jalan2 sama ada The Curve, Empire Shopping Mall atau Setia Mall. Klu tak pegi mmg dorang akan pasak lah kat telinga ko, sure rasa nak tercabut. Hehehhe

So last weekend, went to The Curve. Ater Lyn nak pg Ikea beli barang skit untuk rumah. Sebelum kita round shopping mall, kita pi isi perut dulu. Klu bawak Puteri, tempat pertama yg kena singgah kedai makan yer. Walau pun dah breakfast, kena jugak singgah makan. Ater perut besar. Hehehe

IMG_0050She decided to makan2 at The Chicken Rice Shop. Dia yg pilih, so kita ikut jer. Abaikan lengan tgn Lyn yg agak besar tuh. Masing2 kata Lyn dah makin berisi. Owhhh no!!!! I have to diet again. 

IMG_0051For sure bkn kitorang berdua jer, my niece Baby (tudung hitam) & kakak. Dorg pun confirm ikut punya. Lagipun lepas ni my niece Baby tu nak pg PLKN by end of this month. So kononnya ni lepak2 sebelum dia pergi lah. Bagi dia puas keluar jln2 dlu. hehehe

page1 Our food on that day. Kita order set utk 4 org. Tgk kat menu mcm tak byk, sekali datang penuh meja. Mkn sampai sengkak perut.

Lepas mkn kita pegi shopping kat Flea market. Dua kali round kita masuk dlm plak. Tak larat woo dgn panas nyer cuaca hari tuh. Rasa nak pengsan dibuatnya. 

IMG_0060 Menggeletis amik pic berdua. Tak larat kita duduk melepak kat tengah2 lobby curve tu. Tgk sekumpulan lelaki main muzik. Layan jugak. Si Puteri siap berjoget kat situ. 

IMG_0062 Sambung bershopping dalam Padini. Lyn mencari office attire. Budak2 tu takde kerja pi amik gambar. 

IMG_0065 Sampai terduduk2 budak2 ni menunggu Lyn dalam fitting room. Mcm biasa lah Lyn klu nak try baju mmg kemain lama. Sebab tu kekadang suka shopping sorang2. Senang. Takde lah sapa yg tunggu. Ni klu ada yg tunggu hati pun tak best.

Ermm lagipun dorang bukan tunggu kosong. Masing2 dpt habuan ko. Pilih jer ape nak, acik ko bayar. Hehehe. Habis shopping pergi plak Ikea. Tak teringat Ikea ada sales, punya lah ramai manusia. Tapi disebabkan nak cari brg, terjah jugak lah. Ikut hati mmg tak larat, tapi layan kan jer kehendak hati.

Nasib baik dr rumah dah pikir nak beli ape. Tgk catalogue & buat list siap2 kat rumah. Sampai sana cari barang & terus byr. Then pergi parking, cau cin cau. Tak larat nak tgk org reramai tuh. Pening kepala den. hehehe. Dah keluar Ikea tu kira dah lega lah tuh.

Lalalalalalaa….

 

Oh No!!!!

image
[Pic, credited to Google image]

Weekend, yeahhhh!!!

 image Have a great weekend everyone!!!!

[Pic, credited to Google image]


Pagi Yg Hangin

image
image
image Korang kena baca dr bawah ke atas. Baru faham jalan cerita nya.

I was disappointed with TM’s service. After kes haruk mengharuk baru dorang dpt solve my problem. Dahlah suka2 potong internet & phone line rumah org, bila check kata tak byr. Dah ko potong my bank acc via autopay, pastu kata aku tak byr. Lagi lah aku hangin mcm singa lapar. Plus payment autopay aku tak leh detect. So no point lah buat autopay bagai ni.

Kita nak senang, ni lagi menyusahkan nak call & fax bagai.

Nasib baik within 4 hours internet & phone line rumah dah ok. Klu tidak, mmg kena haruk lagi lah namanya. Aku siap2 dah sound, aku takkan byr RM10 for re-connection. Klu next bills ko charge mmg kena haruk lagi lah jawabnya. Lagi satu Lyn bgitau org tu, Lyn nak tgk next bill plak mcm maner, if happen again, I want to cancelled my autopay. Nasib lah. Ermm.. tak habis2 dia mintak maaf, so ADA AKU KISAH!!!!!

Erggghhh… dorang ni buat kerja sambil lewa. Gaji nak byk, duit org ko nak cepat, tapi service kemain mcm nokharammmm. 

Please do something lah Telekom Malaysia Berhad. Ni zaman 2013 laaa. Bukan zaman kuno lagi. Please upgraded ur system.

Selesai masalah tuh, internet pun dah okey, terima plak satu call.

image Takde maknanyer aku nak amik another CC lagi. Lagi nak menyusahkan hidup aku. CC yg sedia ade pun dah tak pakai lagi. Just byr saki baki jer. Tak lama lagi habis lah hutang aku. Baru lega. Dan takde pasal nak tambah masalah hutang  lagi.

Enuff..

Sekian curahan hati di hari Jumaat :p
 

Email

Seorang wanita memohon jawatan tukang sapu di Microsoft. Pegawai disitu telah mengadakan temuduga dan meminta wanita itu menunjukkan caranya membersih lantai.

Lalu dia mengatakan

"Anda diterima bekerja... berikan email anda, kami akan mengirim maklumat yang diperlukan." 

Wanita itu menyatakan yang dia tidak memiliki komputer dan juga email.

Penemuduga terus mengatakan bahawa tanpa email .. wanita itu tidak boleh diambil sebagai pekerja..

Wanita itu menerima keputusan itu dengan rasa kecewa dan hanya memiliki USD 10. Lalu dia pergi ke Supermarket terdekat dan membeli 10 kg sayur.... Lalu dijualnya sayur tersebut dari pintu ke pintu dan habis dalam masa 2 jam saja...

Dia mendapat untung sekali ganda.. Lalu diulanginya kerja tersebut dan menjadikannya sebagai pekerjaan tetapnya.. Setelah beberapa waktu.. dia mampu membeli lamborghini dan mengembangkan perniagaannya dengan membuka beberapa supermarket di US ...

Suatu hari.. dia terlintas untuk mengambil insuran untuk diri dan keluarganya. Dipanggilnya penjual insuran datang kepejabatnya.... Setelah bersetuju...

Penjual insuran berkata..

"Minta email Puan..."

"Oh.. maaf saya tidak ada komputer dan email" jawab wanita itu. Penjual Insuran terkejut dan berkata

"Aneh.. Puan mempunyai perniagaan yang besar, tapi tidak mempunyai komputer dan email. Bayangkan apa yang Puan boleh lakukan jika Puan memiliki komputer dan email."

Wanita itu menjawab:

"Jadi tukang Sapu di Microsoft"

LOL

 

Ice-Cream Buffet

IMG_0048A lot of ice-cream rite??

It’s called ice-cream buffet. Hehehe.

My BIL & niece was sponsor during that night. They bought at Giant supermarket. Lebih kurang 30 pcs. Banyakkan?? That’s we called it ice-cream buffet :D Lagi pun, family kitorang ramai, sekali kenduri mmg habis.

Plus dgn malam tu panas, mmg sesuai lah pekena ice-cream. Balance kita simpan dlm fridge. Tapi tak sempat nak keras, dah kena rembat. Hehehe

 

Wordless Wednesday #93

image


Majlis Cukur Jambul Alisha

Selesai jer majlis kenduri kahwin di Sijangkang, kami ramai2 terus balik. Ada lagi majlis cukur jambul anak perempuan sepupu Lyn. Dkt je dgn rumah. Pagi2 tu kita dah tolong ape2 yg patut. Tapi disebabkan ada kenduri kawin kat rumah besan Mak, terpaksa lah kita lari ke sana dulu.

Balik tu terus singgah rumah my auntie. Pagi tu ada marhaban. Dpt lah tgk sekejap sebelum bergerak ke Sijangkang. Sampai2 di suruh makan lagi. Ater perut memasing sengkak dek nasi minyak kenduri kahwin, kat rumah my auntie just makan light2 jer. Ada laksa, nasi ayam, kuih-muih & mcm2 lagi. 

IMG-20130303-00143Buah tangan dari tuan rumah. Ada jugak sejoran bunga dan telur & gula. Owh kat sini pun tema pink purple. Musim gamaknya. Merata jugak kitorang tgk tema pink purple ni. Sepanjang perjalanan ke Sijangkang pun ada.

Kita sampai pun agak lewat, jemputan pun ramai yg dah balik. Mkn2 borak dgn family. Hangatnya jgn ckp lah. Ade kipas pun tak terasa. 

IMG-20130302-00140Yg jadi mangsa budak kecik ni, Alisha. Baru bangun tidur tuh. Punyalah payah nak senyum. Ni anak ketiga my cousin selepas dpt 2 org lelaki. Tercapai jugak hasratnya nak anak perempuan. 

IMG-20130302-00136Berpass2 kat adik Lyn plak. Dia ni mmg suka budak kecik. Lama jugak kahwin tapi belum ada rezeki lagi. Takpe.. InsyaAllah ada nnti. 

IMG-20130302-00142Dgn my sis plak. Klu la Alisha ni pandai bercakap, sure dia duk kata, ape lah passing2 ni. Mcm pass baton jer. hehehe. 

Nasib baik lah dia tak byk ragam. Bagi dia minum susu. Senyap memasing duk kelek.

Lepas makan2, salam2 kita balik. Lepas tu dtg balik duk borak2. Ater rumah sekangkang kera. Haruslah dtg lagi. Nasib baik rumah makcik sendiri, klu org lain, ktiorang tak buat heh…

Tu lah cerita sabtu lepas yg sgt penat. Walaupun penat, tapi best. Lagi2 dpt berkumpul ramai2 dgn family.

Kelabu & Anak2..

This cats belong to Puteri. Dia lah yg bagi makan. Dia jugak yg duk kendong2. Tapi bab mandikan, abgnya punya kerja.

Nama maknya, Kelabu. Anak 3 ekor. Bobo, Bobi & Bibo. 

Mane Puteri dpt idea nak namakan anak2 Kelabu ni kitorang tak tau. Tup tup dah ade nama jer. Dan di sorang jer yg boleh recognize tiga2 anak kucing tu. Ater semua lebih kurang jer warnanya.

Sekor dah mati. Si Bibo. Tak cukup zat barangkali. hehehe. Sejak sekor tu mati, si maknya kemain menjaga anaknya. 

IMG-20130304-00146 Di gonggong nya sekor2 ke tempat yg selamat. Sekor dah letak, dia pegi plak amik yg sekor lagi. Yg kelakarnya, yg sekor tu duk ngikut balik maknya pegi amik yg sekor lagi. Punyalah kitorang ketawa terbahak2. Ada lah dua tiga kal maknya berulang. hehehehe

IMG-20130304-00147 Ni di gonggongnya anak yg sekor lagi. Sayang betul mak dgn anaknya. Nak diletakkan kat tempat yg selamat & tinggi.

Binatang pun syg kan anak. Ni manusia dah ada anak, duk lah buang2. Ingat senang ke nak dpt. Tak faham den ni hah…

Terbaik @ Nyonya Colors

Hi LoVers!!!

Do you love Penang asam laksa ????

If Yes...

Do have a try at Nyonya Colors? Owh please try. It specializes homemade kuih-muih. This one, I had it at Empire Shopping Mall. As this would be my first visit here.

IMG-20130223-00133Penang asam laksa RM9.80. The taste is superbbb. Lyn mmg cerewet sikit bab laksa ni, sebelum order, sure Lyn akan tanya kuah dia guna ikan apa. Sbb klu ikan sardin or b*lut [geli nak sebut], mmg Lyn tak makan.

But don’t worry guys, kat Nyonya Colors ni diorang guna ikan kembung. Just nice and not too spicy. The soup was great. Mmg menepati tekak & selera Lyn.

You guys should try. Klu tak kena kat tekak korang, jgn salah kan Lyn tau. hikhikhik :P
 

Daily Supplement

IMG-20130310-00150
IMG-20130303-00145Alhamdulillah, already started adding collagen to my daily supplement a few months ago. I just had twice a day, 2 - 3 teaspoon of collagen mixed with orange juice, morning before breakfast & night time before off to bed.

Klu mkn mcm tu jer, Lyn mmg tak boleh telan.

Selain tu, Lyn jugak buat face masker. Every night.  It can also be left overnight before being washed. Or else dlm 15 – 30 minit pun boleh. Muka rasa licin jer. Once a week, buat hair mask. Mmg rasa kulit kepala kurang gatal & rambut pun terasa lembut.

So far its works for me. Mula2 jer bdn rasa sengal akibat mkn collagen ni. Effect dia lah tuh. Skrg ni Alhamdulillah, ok dah. Skrg ni, pori2 pun dah mengecil, kulit makin halus, parut luka pun dah makin cerah. Byk lah, tapi tak larat nak taip satu2.

Pd korg yg belum mencuba, please try & you will know the advantages. Trust me :)

Pink Purple Wedding

Last week on Saturday, was hectic day. Memenuhi undangan perkahwinan besan Mak kat Sijangkang. Belah my sis in law aka Mama Puteri.

Around 11am kita dah konvoi beramai2 ke sana. Kenapa kena awal?? Sebab lepas undangan perkahwinan ni, kena plak pegi undangan majlis cukur jambul anak my cousin. Ape2 kita pergi yg jauh dulu. Kat sana sure nak melepak lama skit sambil ziarah besan yg lelaki my mum yg uzur. 

P1120027The theme was purple and pink. Me, mum & my nephew. Berbaju melayu sbb kena jadi pengapit pakcik nya. Kitorang sampai pengantin dah siap berarak. Kita sampai terus makan jer lah. 

P1120029My sis in law yg berbaju pink. Dia of course lah ikut tema. Puteri pun. Puteri duduk sana dua tiga hari muka dah gelap, asyik main panas jer. Nasib baik lah tak demam. 

P1120033 My bro, BIL & nephew. Owh yer, kat sana ada ice-cream colek. Budak2 lah yg paling suka duk ulang2 ice-cream ni. Kitorang memasing dpt gak rasa. Kena plak tine panas terik kan, mmg syurga lah dpt benda yg sejuk2 ni. Sedap jer mangalir dlm tekak. 

P1120035Kami anak beranak. My mum asyik lah kena usik dgn cucu2nya suh senyum bila amik gambar. Budak2 tu suka mengusik neneknya, katanya kalau amik gambar serious benau. Hehehe

P1120025 Pengantin baru yg tak berapa nak baru. hehehe. My nephew & his wife. Sejak jadi ahli keluarga baru kami ni, kena rajin lah ikut aktiviti keluarga kami. Takleh lah lagi duk bawah ketiak mak yer. Hahahhaa

P1120041Ape lah yg kakak den ni termenung agknya. Duk teringin anak dara kat rumah ke agaknya. Yg budak berdua tuh yg kemain excited nak bergambar. Hehehe. My sis yg belah kanan tu dtg sorang jer, anak dia balik kampung husband nya. Sbb tu takde si Khaira & Khalisy. 

P1120042Finally dapat jugak dpt bergambar dgn pasangan pengantin. Besar tul dak Mamat ni. Lyn kenal dia masa dia kekecik lagi. Rajin dtg rumah my abg & SIL kt sebelah rumah kitorang. Keluarga kami mmg rapat.  Lama dah tak jumpa Mamat tu, tup tup nak kawin je kan. Btw, majlis belah perempuan dah buat seminggu sebelum tu di Terengganu.

Ermmm… ramai tul pakat dpt org Terengganu ni. hehehe

Lama jugak kitorang kat sana. Sempat tgk ayah kakak ipar yg uzur. Hanya terlantar diatas katil. Semoga cepat sembuh hendaknya.

Bergerak dari rumah kenduri lebih kurang jam 2.30pm. Nak ke majlis cukur jambul pulak. Kang bising plak makcik ku.