Penangan Bkn Kerana Aku Tak Cinta

Selepas jer habis drama Jodoh Itu Milik Kita lakonan Tiz Zaqyah & Farid Kamil mid of November hari tu, pukul 10pm Lyn hanya di hiasi dgn mengadap lappie, tak pun main game on my Ipad mini.

Selalunya pukul 10pm jer mmg Lyn layan drama on Mustika HD. So 2 weeks lebih kurang tak tgk TV at 10pm. Mlm tadi dah bermula episode baru drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta lakonan Sharnaaz Ahmad, Nelydia Senrose, Iqram Dinzly & ramai lagi.

Seriously Lyn suka gabungan 2 org pelakon ni. Dari trailer, IG dorang mmg mereka nampak sweet sgt. Klu bercinta betul2 pun kira mmg sweet lah senang citer. hehehe.

Untuk episode pertama last night nampak menarik jugak cerita dia. Tapi baru episode satu uolsss, takde lah Lyn nak review pun. Kena mengadap 60 episode lepas ni. Yg tak bestnya, seminggu 3 hari jer, Isnin - Rabu & setengah jam jer. Serious tak sabar nak tau endingnya. Klu buat sejam kan bagus. Cpt sikit habis. Hehehe.

Errrrmm korang layan tak citer ni?? Klu takda Mustika HD, korang boleh layan online jugak. No worries :D


Synopsis :

JEBAT. Seorang lelaki yang katarsis, berdarah campuran Melayu dan Cina dari jalan hitam kehidupan kepada pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya.

Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati telah menarik perhatian Mastura, adik ipar kepada majikannya Uwais. Pelbagai cara digunakan oleh gadis itu untuk menarik perhatiannya hingga Jebat naik rimas dan lemas. Walau berkali-kali ditolak, Mastura tidak juga berputus asa. Dia tidak pernah menyangka gadis cantik, kaya dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya, seorang lelaki biasa yang tidak begitu tampan kerana mempunyai parut di bahagian matanya. Mereka umpama The Beauty and The Beast.

“Kau tak malu ke nak bersuamikan lelaki yang tak ada apa-apa?”

"Nak malu apa? Bagi Mas, abanglah yang paling handsome. Bagus juga parut tu… Tak adalah perempuan lain nak rebut abang daripada Mas, kan? Biar Mas sorang aja yang tahu menilai betapa kacaknya abang di pandangan Mas.”

Namun mampukah rumah tangga yang dibina bertahan?

Masih adakah cinta dan kesetiaan dalam hati Mastura apabila mengetahui rahsia sebenar yang Jebat ialah  bekas ketua kumpulan gengster!

Sementelah pula lelaki dengan sejarah hitam sebegitu bukanlah suami impiannya....

[Pic, credited to Google image]


5 comments:

Dee said...

x lyn pun semalam..ntilah tgk repeat..hehehe..

Suria Amanda said...

dah banyak x ikut mana2 cerita....sabar jer la...

Lyn Yusoff said...

Dee,
repeat pun ada mlm ni...

Lyn Yusoff said...

Suria,
lyn tgk yg best2 jer along..

Mummydearie said...

Dah lama tak layan drama Melayu sebab sibuk nak jadi artis Korea kononnya. Oh, nilah cerita yg sampai si Qi jealous kat Nelydia + Sharnaaz ni.