Dec
09
2013

Pokok Kenangan

Kat rumah Lyn ni tersergam indah pokok ciku. Tiap2 thn tak putus2 berbuah. Lepas tu mmg melebat sungguh buahnya. Sampai kadang2 tak habis mkn. Siap boleh sedekah pulak kat sedara mara.

Tetapi disebalik pokok ciku tu tersimpan seribu satu rahsia untuk kami sekeluarga. Seriously Lyn tak boleh nak menaip, sbb air mata duk deras mengalir. Kenapa?? Sbb pokok ciku tu ditanam oleh Arwah anak buah Lyn. Allahyarhamah telah meninggal dunia pd thn 2009 semasa umurnya 21 thn.

Arwah mmg rajin orgnya. Ringan tulang & happy go lucky. Arwah pun suka menanam pokok. Dan salah satunya ialah pokok ciku. Seriously mmg kitorang tak tau pun. Arwah sempat bgtau maknya jer. Kita dpt tau selepas dia dah takde. Buah nya pun dia tak sempat merasa.

IMG_0798 Sebab tu setiap kali terpandang pokok ciku tu mmg sentiasa ingatkan Arwah. Buah nya mmg manis sgt2 mcm tuannya. Tuannya mmg manis orangya siap berlesung pipit kiri kanan lagi. Hehehe.

Minggu lepas kitorang kenduri mkn buah ciku ramai2. Dlm gembira tu ttp gak menitik ari mata bila mkn. Teringatkan tuannya. Dah almost 4 years Arwah meningglkan kami. Sunyi kitorang tanpa mulut becoknya.

Adik, we missed you so much. Walaupun Adik dah takde, kenangan kita sekeluarga ttp sentiasa didalam hati. Semoga Adik tenang di sana. Tak lupa pd Arwah Abah Hj Yusoff bin Tahir, anak buah Lyn Mohd Nor Hairi Bin Mohd Johan, Abg ipar A. Aziz Bin Selamat & Badrul Hisham Bin Hanafi. Al-fatihah.


12 comments:

Izwa Kamaruddin said...

al-fatihah adik..

Rizziela said...

sedapnya nampak buah ciku ni

Al Fatihah

Dee said...

al-fatihah..dee pun suka ciku..

Rasp said...

Al-Fatihah....

mmg pokok ciku tu sgt2 sentimental value sis...

i pun suka ciku sis...
nak nak kalo letak dlm fridge dulu....

Lyn Yusoff said...

Mrs Eady,
Al-fatihah..
terima kasih

Lyn Yusoff said...

Rizziela,
sedap bila makan sejuk2..

Lyn Yusoff said...

Dee,
Ciku sedap. Manis
Thx kak dee

Lyn Yusoff said...

Rasp,
btul tu sis.. terima kasih yer..

haaa.. letak dlm fridge makan sejuk2 mmg sedap.

Isteri kepada Suami said...

Assalamualaikum..

Ohh bestnyaaaa ciku..lama tak makan ciku...

regards,
Triplesmiley

Mummydearie said...

Alfatihah untuk mereka semua.

Walaupun tak kenal, tetap juga terasa sayu di hati membacanya.

Akak suka ciku ni. Lain kali kalau berbuah lebat tu, lanting-lantinglah kat kita, ya :D

Lyn Yusoff said...

Sofia,
susah nak dpt yg manis kat pasar2 tuh.. n jarang plak org jual..

Lyn Yusoff said...

Mummydearie,
terima kasih kak..

insyaAllah, klu ada rezeki lebih nnti boleh saja di beri.. hehehe