Tidur
Seorang wanita terjatuh dari tingkat 80 sebuah hotel. Dia menjerit sekuat-kuat hati. Ketika tubuh wanita itu sampai di tingkat 70, seorang lelaki Inggeris yang terdengar jeritan tadi, menyambut di balkoni.
Wanita : Terima kasih sebab selamatkan saya…
Lelaki Inggeris : Sama-sama, tapi awak kena balas budi saya…
Wanita : Bagaimana?
Lelaki Inggeris : Tidur dengan saya…
Wanita : Tak guna, engkau ingat aku apa?! Tidak!!
Wanita : Bagaimana?
Lelaki Inggeris : Tidur dengan saya…
Wanita : Tak guna, engkau ingat aku apa?! Tidak!!
Lelaki Inggeris itu melepaskan semula wanita itu yang terus menjerit sekali lagi. Di tingkat 50, seorang lelaki Perancis berjaya menyambut wanita tersebut.
Wanita: Terima kasih, anda dah selamatkan saya…
Lelaki Perancis: Sama-sama, tapi anda harus membalas budi…
Wanita: Bagaimana?
Lelaki Perancis: Tidur dengan saya…
Wanita: Kurang ajar, kamu ingat saya ni wanita bagaimana! Aku tak mau!
Lelaki Perancis: Kalau begitu tak guna aku selamatkan kamu…
Wanita: Bagaimana?
Lelaki Perancis: Tidur dengan saya…
Wanita: Kurang ajar, kamu ingat saya ni wanita bagaimana! Aku tak mau!
Lelaki Perancis: Kalau begitu tak guna aku selamatkan kamu…
Lelaki Perancis melepaskan semula wanita itu. Dari tingkat 50, 40 dan 30, tidak ada sesiapa pun yang dapat menangkap wanita itu. Dia mula ketakutan dan berharap, jika ada orang yang menyelamatkannya, wanita itu tidak kisah lagi jika terpaksa tidur dengan orang tersebut. Akhirnya di tingkat 20, seorang lelaki Arab telah berjaya menyambut wanita itu. Belum sempat lelaki Arab ibersuara, wanita itu terlebih dahulu berkata-kata…
Wanita: Terima kasih, awak telah menolong saya. Sebagai membalas jasa, saya akan tidur dengan awak.
Lelaki Arab: Astaghfirullah hal azim (lalu melepaskan semula wanita itu kerana terkejut).
Cerita Nenek-Nenek
Ada 3 orang nenek kat Rumah Orang Tua-Tua. Depa nie dok sembang dalam satu bilik. Depa dok sembang pasal depa yg dah nyanyok.
Nenek 1 : Aku nie teruk betul la…kalau aku letak satu barang tu…aku dah tak ingat kat mana aku letak….
Nenek 2 : Itu kira okey ler….aku lagi teruk..kalau aku turun ke naik ke tangga…then kalau aku stop…aku dah tak ingat…aku turun ke naik…..
Nenek 3 : Apa la hang pa semua nie……aku yg tua dari korang pun still okey lagi (ketawa sambil tangan mengetuk-ngetuk meja)
Pastu…nenek 3 terdiam sebentar……
Nenek 3 : Oit….sapa pulak yg ketuk pintu tu……???
Jual Anak
Di pagi hari yang nyaman,dua orang sudah lanjut usianya duduk berehat-rehat. Pak Abu dan Pak Majid namanya. Yang Pak Abu membaca surat khabar manakala Pak Majid hanya duduk termenung jauh sambil hisap rokok daun.
Pak Abu: Majid, engkau tengoklah berita hari ini. Ada orang sanggup jual anaknya.
Pak Majid: Hmmmmm. Jawab Pak Majib macam acuh tak acuh je.
Pak Abu: Kot pun terdesak nak duit janganlah jual anak. Banyak lagi cara nak dapat duit. Kerja kat pam minyak ke, jual kacang putih ke, jual surat khabar ke. Betul tak Majid…?
Pak Majid:Hmmmmmmm… Sambil mengembus asap rokok daunnya keluar melalui hidungnya…
Pak Abu: Kau ni kenapa Majid? Takkan berita ini kau tak ambil peduli ke? Ini melibatkan kemanusiaan tahu. Binatang pun tahu nak jaga anaknya.
Pak Majid: Hmmmm….Nilah aku nak bagitau engkau. Kalaulah aku masa muda-muda dulu..Aku jual je anak-anakku tu..
Pak Abu: Hah??? Engkau biar betul Majid!
Pak Majid: Hoii.. Engkau sedar tak sekarang ni berada di mana? Sedarlah Abu….Kita sekarang di RUMAH ORANG TUA. Kalaulah aku tahu perangai anak-anak aku tu macam nilah, dah lama dah aku jual budak-budak tu!
Pak Abu: Hehehehehe
Pak Abu: Hehehehehe
2 comments:
Alahai, rasa kesian pulak cerita terakhir tu. Ya jugak, kalau tau perangai anak-anak dari mereka kecil, lebih baik jual aje. Hahaha!
Mummydearie,
hahahah..
masalahnya takkan tau dorg akan letak kat rumah org tua kak..
Post a Comment