Bandung 2014 : Bye Bye Bandung!!

Sabtu adalah hari terakhir kami di Bandung. Sedih (“,)

Jumaat malam, kitorang dah siap parking dah. Malas betul. Time shopping tak hingat dunia, kemain happy lagi. Time nak packing, masing2 muka tension jer. Huhuhu

IMG_4988As usual, hari Sabtu kita breakfast at 7am. Tunggu my niece & hubby nya tak dtg2. At last my niece sorang jer yg join. Pagi2 ni mmg ramai org breakfast awal. Selalunya klu pukul 7am tu berapa kerat jer yg ada. Maybe dorang baru sampai kot hari Jumaat. Tu yg penuh tuh.

Rata2 org dr Malaysia & dorang actually baru sampai hari Jumaat. Sure lah hari Sabtu nak pergi shopping kan. Kita dah habis shopping dah. Tinggal nak balik jer. Hehehe

Lepas breakfast, kita naik bilik semula. Sempat berehat & double check kot2 ada yg tertinggal kan. Kang tertinggal bkn senang nak dtg lagi. Hehehe. Sempat terlelap & ater tak cukup tidur. Dh beritahu supir dtg jam 11am. Kitorg check-out awal. Flight kitorang jam 6.30pm. Tapi tau2 lah nak menyinggah lagi sebenarnya. Last kopek shopping. hehehe

IMG_4992 Jam 10.45am kita dah turun dah. Maklumlah nak mengangkat bag2 yg byk tu. Mau 3 4 kali ulang. Tapi ada jer yg membantu. Luckily ada a few kita letak bilik my niece after shopping. Malas nak angkut naik atas lagi.

IMG_5002 Sementara tunggu supir, kita berborak dulu dkt bawah. Time tu guest house pun dah sunyi. Masing2 dah keluar pergi shopping.

IMG_4995 Sebelum tu kita bergambar dkt kawasan kolam ikan. Adalah jugak kenangan kan. My SIL & mum mmg tak ke area ni lagi. Balik shopping jer, masuk bilik terus tak keluar. Lyn & my sis jer yg meronda lepak2 saja tgk org lalu lalang. Tu pun klu tak penat.

IMG_4999Penjual2 yg sering dtg ke quest house. Tiap2 pagi Lyn tgk dorang ni meniaga kat entrance guest house. Tak pernah beli pun. Sure mahal agaknya. My nephew jer terjebak beli baju kat situ.

Dtg jer supir, susun barang dlm van, terus kita bergerak ke Bandung. Destinasi pertama ialah Pasar Baru. Again…. Ada yg termiss brg. Tu lah selagi ada duit, selagi tu lah nak habiskan.

IMG_5027Kitorang ke kedai kain ela lantai 3 klu tak silap. Kedai yg sama kita singgah. Sampai dorg pun kenal kita. Padahal baru sekali dtg. Kat sini mula lah masing2 duk tambah beli kain ela lagi. Lyn yg tak nak beli pun akhirnya terjebak sama. Hahaha. Takpe, RP byk lagi time tuh. Hehehe. Kat sini pun dah amik masa sejam lebih jugak. Kali ni supir kitorang teman. Jadi bodyguard. 

IMG_5034
IMG_5041 Singgah pulak kat kedai t-shirt. Kedai yg sama jugak. Budak2 kat sini, kenal dah kita. Kemain dorang suka kita dtg. Mencari lagi a few t-shirt org2 kat rumah. Mmg dah beli, tapi ada yg tertinggal tak dpt.

IMG_5044Selesai kat Pasar Baru kita terus gerak ke airport. Time tu pun dah pukul 3pm. Biar sampai awal, takut nnti ramai org.

IMG_5070Sampai sana pun cuaca dah mendung. Langit pun dah berbunyi. Sure hujan nnti. Harap2 time 6.30pm nnti tak hujan lah hendaknya.

IMG_5056Sementara nak tunggu luggage counter buka, kitorang pi lepak dulu kat kedai depan airport tuh. Haus & lapar. So order lah apa2 yg patut. Supir kitorang pun join sama. Tu pun sekejap saja dia join. Sambil2 tu borak2 lah dgn dia. Kitorang masuk airport untuk check-in luggage, dia pun gerak.  Owh yer, kat luar hujan lebat time tuh. Siap dgn angin kuat lagi.

IMG_5083 Punya lah seksa nak cari trolley kat sini. Semuanya org guna. Bila tanya customs, dia kata mmg trolley tak byk kat sini. Takkan nak angkut satu2 kan. Berat ok. Terpaksa lah tunggu org punya. Mana2 luggage yg perlu wrap, kita wrap dulu.

IMG_5085 Sebelum tu kena byr tax yer adik2. RP75,000 per person for international. Kitorang mmg dah asing siap2 duit tax ni. Takut terguna nnti.

IMG_5086Kaunter pun bukak 4.30pm. Kita check in luggage siap2. Lepas tu dah boleh nak pergi mana2. Nasib baik lah dah upgraded luggage siap2 kat KL. Klu tidak, sure kena byr 16kg yg extra tu. Masak woiiii. Mahallll… Tu pun ada lebih dlm 10kg. Takpe lah, sedekah kat AA. hahahaha

IMG_1496Disebabkan hujan, tak dpt lah merayau2 kat luar tuh. Nak pergi mana pun malas. Jadi nya lepak saja dlm airport. Sempat tidur ok. Bkn lah nyenyak pun. Just nak hilangkan penat jer. Wifi kat sini pun laju. Syok gila. Siap tgk movie lagi.

Kaunter imigresen pukul 5pm baru buka. So siap2 beratur dulu. Ingat kan tak ramai, sekali toleh belakang, mak aihhhh ramai betul org nak balik Malaysia. Majoriti naik flight yg sama. Imigresen settled. Jgn lupa keratan yg kita simpan tu. Kena serahkan time balik.

IMG_1498Departure hall. Sejuk betul kat sini. Kat luar still hujan lagi. Cuma tak lebat. Harap2 perjalanan nnti jangan lah lebat hendaknya.

IMG_1502Bye bye Bandung!!!! We will see you soon, next year. In Sha Allah. Time still hujan renyai2 lagi. Nasib baik dr departure hall nak ke flight tu tak jauh.

IMG_1504 Mereka bertiga

IMG_1506 Kami bertiga. Kali ni Lyn duduk tepi tingkap.

Take off at 6.30pm waktu Indonesia. Gelap dah. Dlm flight kononnya nak membaca, at last terlelap jugak akhirnya. Hehehe. My mum as usual tak tidur pun. Membaca & berborak dgn SIL. Sat2 tu tgk dia terlelap gak.

Touched down LCCT at 9.30pm sharp spt dlm ticket. Cayalah pilot. Anda mmg hebat. hehehe. Berjalan nak ke LCCT tu mmg lah jauh. Mengah jugak dibuatnya. Imigresen settled. Tapi tang nak collect luggage tu lah yg bercinta. Lambat.

Checked barang lagi. Adalah insiden yg aku bengang dgn imigresen ni. Tapi malas betul nak melayan. Ok malas nak reveal. Buat sakit hati aku jer.

IMG_1508Menunggu org2 di rumah amik kita. Janji pukul 10pm. Tapi tak sampai2 lagi. Lagi buat aku hangin. Disebabkan byk brg, 3 kereta jugak lah yg dtg jemput kitorang. Hahaha.

Sampai rumah pun dh jam 11pm. Boleh lagi celebrate birthday my SIL. Dorang buat surprised. Pekena kek & lepak2 tgk TV. Mlm tu kononnya taknak bukak luggage Lyn, tapi dah masing2 tanya, Lyn bukak jugaklah akhirnya. So sempat lah bagi mane yg ada. Sedar dah pukul 3am. Masuk tidur & kebabom!!!

To be honest, mmg seronok dpt pergi Bandung. Lagi2 sbb dpt bawak my mum sekali. Tu yg paling happy. Asyik terperuk kat rumah jer, so apa salahnya berjalan jauh skit. Nanti Lyn buat review untuk guest house & supir yer.

6 comments:

Isteri kepada Suami said...

Assalamualaikum...

Hahaha betul!! part nak pack dan unpack bile dah sampai umah tuh mmg 1 perkara yg sofia rs ya Allah malasnyaaaaa!!!

Time shopping rs mcm semua benda nak sebat kan...

regards,
Triplesmiley

Izwa Kamaruddin said...

tu dia boronggg....

Lyn Yusoff said...

Sofia,
Kak lyn rasa semua org mcm tuh kan..
bercinta nak packing ..

Lyn Yusoff said...

Idzwa,
hahahha..

Mummydearie said...

Kalau pergi holiday, pack and unpack tu yang jadi masalahnya. Yang lain-lain of course best ajekan! So dah siap itinerary dan plan untuk ke Bandung lagi tahun depan ye!

Lyn Yusoff said...

Mummydearie,
tu lah kak, pack & unpack tu yg paling malas nak buat.. shopping sedap jer..
in Sha Allah next dtg lagi.. dah siap dah plan hehehe