Bandung 2014 : Kartika Sari

Kalau ke Bandung tak sah klu tak singgah Kartika Sari. Rugi ok.

Since kitorang nak balik hari Sabtu, petang Jumaat (7pm waktu Indonesia) kita singgah ke Kartika Sari. Actually boleh jer pergi pagi2 Sabtu tuh, tapi takut tak sempat sbb kitorang ade nak singgah satu tempat lagi plus kitorang plan nak kuar lambat dari guest house. Lagipun last day, sure nak rest2 dulu before flying off. Hehehe

Jadi kita pergi hari Jumaat. Senang. Tak lah kelam kabut nanti. Nak pergi Kartika Sari mcm lalu kat satu bangunan yg agak sempit. Satu kereta jer lepas. Sedar2, dah sampai rupanya.

IMG_4923Finally, kita sampai juga ke Kartika Sari. Besar jugak yer. Ramai org kat dlm tu. Masing2 sibuk menelek apa lah yg nak di beli. Kitorang pun naik pening nak pilih. Byk sgt pilihan. Sampai pusing kepala di buatnya.

Our main point nak beli brownies & pisang cheese jer. Tapi bila masuk, rasa semua nak rembat. hahaha. Owh yer, merata org Malaysia dlm ni.

Sebelum tu nak kasi korang cuci mata dulu.

IMG_4930 The beautiful & delicious of cakes.

IMG_4934 Segala jenis brownies. Ni pun meroyan tgk. Hehehe

IMG_4937 Type of biscuits. Bagelen kat sini sgt sedap yer.

IMG_4933 Segala jenis kerepek

IMG_4940 Gelato / ice-cream

IMG_4943 Chocolate stick

IMG_4942A lots of gift

IMG_4925Sweets. Ni kat Malaysia pun melambak. Tak payah beli. 

IMG_4936 Kitorang tak memborong sgt pun kat sini. Beli mana yg perlu jer. Beli tuk merasa jer. Tak lah sampai nak buat stock berminggu2. Hehehe. Pening nak memilih pun yer jugak. Semuanya nampak sedap.

IMG_4945End-up kita beli almond brownies, pisang cheese, kerepek, bagelen, chocolate stick & etc. Alaaa buat rasa jer. Org kata adalah kenangan dari Kartika Sari kan. Ini adalah mknn2 yg famous kat sini. Orang Malaysia klu dtg, brownies & pisang cheese tu yg menjadi kegilaan ramai. So wajib beli.

IMG_4947 Bergambar wajib di depan Kartika Sari. Kasi nampak logo sebesar tuh.

IMG_4946Close-up skit. Settle shopping utk hari ketiga. Yeayyy!!! Semakin sedih nak tinggalkan Bandung. Bila la agaknya dpt datang lagi.

Masa kita keluar ni, ada beberapa org menjual buah avocado. Nampak fresh. Tapi tak teringin pun nak beli. Dah balik Malaysia, my colleague tanya, ada tak beli buah avocado. Lyn ckp lah takde. Dia kata rugi tak beli. Sedap katanya. Terus rasa menyesal pulak tak beli time tuh. Nnti2 lah cari kat sini jer.

Settled kitorang kat sini, kita jalan2 jer sekitar Bandung. Tak menyinggah mana2 pun. Just ronda2 melihat keindahan Bandung di waktu malam. Tak larat nak berjalan. Duduk dlm kereta sambil supir kitorang duk explain satu persatu. Hari pertama jer dia senyap. Lps kitorang duk usik2 dia, terus dia byk berckp. Hahaha. 

Dah seharian meronda, perut lapar, jadi kita singgah pekena mee kocok sebelum pulang ke guest house.


7 comments:

Suria Amanda said...

kat sini la yang orang selalu update beli brownies sedap2 tu kan.....

Isteri kepada Suami said...

Assalamualaikum...

Avocado tuh..sofia tak reti nak makan macam mana

regards,
Triplesmiley

Lyn Yusoff said...

Suria,
yer along..
kat sini lah tempat yg famous..

Lyn Yusoff said...

Sofia,
akak pun tak tau...
hehehe

Mummydearie said...

Avocado akak tak makan so takdalah terliur pun kalau Lyn tak beli. Hahaha...apa motif pulak nih!

Lyn Yusoff said...

Mummydearie,
hahaha..
lyn tak pernah gak mkn.. tapi teringin nak try bila org ckp sedap

~MaMa RX SToRYMoRY~ said...

Good news untuk peminat Bagelen, Pisang Bolen, Brownies KARTIKA SARI & Brownies AMANDA

A taste of Bandung right here in your town.You 'll awesomely love it.


Pick-up point area: Putrajaya, PetalingJaya, Bangsar, Setapak, Gombak, Kota Damansara.

Brownies ETA ✈✈✈ on 2 dec 2014

Yummy & Fresh from Bandung, Indonesia

Place order or grab our limited supply now. close order 27 Nov 2014.

WhatsApp/sms dazlina +60192633431

Http://mamarxstorymory.wordpress.com