Bad news betul semalam. Gerammmmmmmmm!!!!
Sebenarnya Lyn menunggu parcel dari JB since Friday. Dalam system tracking mmg dah tunjuk brg dah sampai pos laju Shah Alam. Hari sabtu dorg tak deliver pun. Bukan cuti pun. Ni mesti kes malas nak deliver. So takpe. Bagi chance dulu. Hari Isnin, tgk lagi system tracking pun takde update yg terbaru. Paling latest pun sampai 18th April jer. Dan Lyn pun silap jugak tak call & tanya dorang.
Duk lah tanya my sender. Feedback dia sama jugak dgn Lyn. Hope dorang hantar on Tuesday. Tapi semalam, system tracking pun tak tunjuk apa2 update yg latest pun. Ni mesti dorg nak cari pasal ni. Mulalah geram.
So Lyn call 1-300-300-300 untuk tanya. Dia kata brg stuck kat pos laju Shah Alam. Nak stuck kenapa pulak kan, bukan ada bom pun. Dia kata dia akan call pos laju Shah Alam untuk find out. Nak tunggu dia call ntah bila, jadi nya Lyn yg call sendiri. Aku kan jenis tak sabar. Yelah brg aku kot.
So call lah pos laju Shah Alam. Bagi tracking no, dia kata nak cek dulu. Ikut system dia pun mmg stuck. So dia nak cek dulu kat parcel2 yg stuck kat situ. So Lyn bagi time dia cek dulu. Saja Lyn tanya, kenapa boleh jadi gitu. Dia kata mungkin slip hilang. Hilang kepala hotak ko lah kan. Ko dah scan kat Shah Alam, lepas tu boleh hilang. Lagi lah aku naik angin. So takpe, bagi dia check dulu.
Sebelum tu Lyn dah find out dulu, my sender bgtau, tak mungkin lah slip hilang. Sbb dia dah lekat elok2. Klu hilang takkan org pos laju boleh scan. Ni mesti kena rembat.
Dia call balik after lunch, dia kata dia dah cari tapi brg mmg takde. So HILANG lah jawapannya. Mengamuklah aku. Mau tak mengamuk, tunggu berhari2 tapi at last brg takde. Selamba jer Lyn ckp, “Ni mesti org pos laju rembat. Barang org pun nak rembat ker, miskin sgt ke nak beli” WTF!!!! Mmg habis aku marahkan dia. Diam dia.
Peduli apa aku. Dah lah ko scan brg aku 18th April jam 7.30am, tapi time nak deliver brg takde. Tak ke hangin. Lyn mmg tak halalkan lah org yg amik brg tuh. Ko pakai mau meletup hp ko tuh. Owh yer, barang tu casing hp. Harga RM60. Even RM60 pun duit ok. Bkn aku beli free2.
Solutions nya kena buat report & dptkan refund balik. Yg peliknya, sender yg kena buat report kat JB nun. Padahal brg hilang kat Shah Alam kot. Terus inform my sender. Dia pun call balik pos laju Shah Alam. Explanation sama gak. So terpaksa lah dia pegi pos laju JB tu buat report hari ni.
Ishhh tak faham betul aku. Selama ni brg sampai dgn selamatnya. Klu delay sehari tu ade jugak. Tapi taklah berhari2. Tu pun Lyn yg call. Alasan dia tak call sbb takde slip. Dah brg kena rembat mana nak ade slip. Bodoh betul lah. Tak tau lah dgn dorang ni buat kerja mcm mana. Geram betul lah. Tak memasal kena tunggu balik refund yg ntah bila akan dpt. Lagi lah byk citer nnti. Erghhhh...
Lyn call my niece's hubby. Dia kerja kat pos laju Klang. Just tanya jer. Selepas bincang2, jawapan dia senang jer. “barang acik sure kena rembat” Nasib baik dia pos laju Klang. Klu tak sure kena bebel dgn aku. Hahaha.
So today kena tunggu info dr my sender. Dia nak buat report today. Hopefully dpt refund ASAP. Tau2 jer lah dorg ni, klu tak follow-up mmg berminggu2 lah tak settle. Pd org yg amik tu, ko tunggu jelah apa yg aku nak buat. Mau panas ko nnti. Hahahaha
Ermmm baru nak melawa dgn casing baru, dah jadi gini. Bukan rezeki lah namanya :((
4 comments:
seriously!! memang kena rembat?
Takut la nak guna kurier mcm ni. ni baru casing. tak tau mcm mana yg pos hp bagai tu...
Ndra,
yelah sbb mmg takde dah brg tuh.. geram betul..
tu lah i pun takut gak nak guna.. tapi terpaksa gak
Marah betul ni, Lyn tapi jangan minta bantuan bomoh 'ko-keldai' yang pakai coco-nut-otak-hang tu eh...nanti terus tak dapat refund. Hahaha...jangan marah akak pulak. Akak gurau aje bagi sejuk hati yang panas tu. So tak dapatlah telefon nak berselfie dengan casing baru. Eh, camna telephone berselfie ek!
Lyn, ni peluang shopping mopping lagi. He-ho tu tak bercasing baru memang tak cun! Huahahaha...
Mummydearie,
marah lah kak.. tunggu berhari2 at last tak dpt parcel. now tgh tunggu refund dr pos laju. Sende i baik hati dah send new casing kat Lyn.. hehehe...
shopping?? nehiiiiii... mau simpan duit...
Post a Comment