Kenduri Tahlil…

Sejak Arwah my uncle meninggal dunia last Friday, mmg next day dah dipenuhkan malam hari kami sekeluarga dgn kenduri tahlil. 3 hari di masjid selepas Solat Maghrib, 7 hari selepas Solat Isya’ di rumah keluarga Arwah. So seisi keluarga kami mmg kesana setiap malam.

So bila malam Lyn mmg tinggal sorang2 je kat rumah. Malam pertama & malam kedua Lyn tak dapat dtg disebabkan uzur. Lagipun Lyn tak sihat sgt. Lyn bukan boleh duduk bersila kat bawah mcm org lain. Lyn tak kuat lagi nak duk bersila mcm tuh. Luka operation tu masih sengal2 lagi. Lagi2 klu kita duduk lama2. Memang akan sengal.

Malam ketiga baru Lyn kesana. Tu pun Lyn tak duduk bersila kat bawah. Cousin Lyn dah siap2 amikkan kerusi. Actually my mum pun duduk kat kerusi gak. Dia tak bolehh duduk bersila lama2 kat bawah. Ater dah berumur kan.

Lyn sempat jumpa my auntie. Masa ziarah Arwah hari tuh, Lyn tak ganggu dia sgt. Maklumlah dia dan keluarga masih lagi bersedih. Malam semalam, Lyn salam, peluk & cium my auntie. Rasa sedih menyelubungi hati kami.

Yang keluar dr mulutnya… Sampai jugak Acik kat umah Mak Long walaupun tak sihat. Pak Long dah takde. Masing2 sedih ya amat. Menangis lah kitorang. Lyn cuma ckp, Sabar lah Mak Long, Allah lebih sayangkan dia. Doakan Pak Long selalu. Lyn taknak layan sgt, takut nanti dia makin sedih.

Bersambung kami dgn bacaan Yaasin, tahlil dan doa kemudian disedikan jamuan ringan dr keluarga Arwah.

Setiap yg hidup pasti akan mati. Begitulah juga kami ketika kehilangan Arwah Abah sejak 7 thn yg lalu. Ape yg mereka rasa, sama juga ape yg kami rasa.

Arwah pergi dlm keadaan mengejut akibat sesak nafas. Tapi kita sebagai manusia tidak boleh menolak Qada’ & Qadar yg Allah telah tetapkan. Itu adalah ketentuan dari Nya.

Sekarang ni, takde sape kitorang nak intai kat tingkap klu Arwah pergi ke masjid. Selalu klu time Arwah nak ke Masjid tu, kitorang selalu ckp, Pak Long dah pg Masjid dah. Kang sempat dia toleh ke tingkap rumah my mum sambil tersenyum.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya & ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman & beramal Soleh. Al-Fatihah…

6 comments:

SURIA AMANDA said...

alfatihah..

Dee said...

al-fatihah utk arwan paklong lyn..moga rohnya tenang di sana..amin..

mummysyafie said...

Al Fatihah tuk arwah paklong lyn..

Lyn Yusoff said...

Suria,
thx dear

Lyn Yusoff said...

Kak Dee,
thx kak
insyaAllah tenang di sana.. Amin

Lyn Yusoff said...

Mummysyafie,
thx kak :)