Lawak Lucu

Lapang

Satu keluarga yang berasal dari Terengganu nak balik beraya di kampung, tapi cuma ada sebuah Kancil je untuk tujuh orang ahli keluarga tersebut. Maka si ibu kepada keluaga tersebut pun berkata,

Ibu: Guane nih..penuh kete. Dok muak ayoh mu wey! 
Ayah: Betul jugok. Guane nok buak nih? Lamo dok sapa kampong.
Ibu: Tujuh oghang dokleh sumbak masuk kete kancil nih. kecik do'oh.

Mereka pun memerah otak memikirkan macam mana nak menyelesaikan masalah tersebut. Ruang terlalu sempit untuk tujuh orang, tiba-tiba anak mereka yang paling kecil berkata... 

Anak: Abah, umi... Awang tau doh guane nok buak. Kite skarang ade tujuh oghang. Tamboh la soghang lagi. baru jadik 'LAPANG'...!!!


10 Cara Menakutkan Jiran Anda

1) Kat halaman belakang, gali 2-3 batas berbentuk kubur kemudian letakkan papan dan kain putih. Bila jiran tegur nanti, kata “Takde apa-apa tu. Saya nak tanam sayur….nak berkebun”, sambil menyiram air mawar keatas ‘kubur tipu’ tu…. lagi wangi lagi real…

2) Bila jiran tengah menonton TV di ruang tamu mereka, ambil kerusi malas / kerusi plastik dan turut serta menonton TV mereka, tapi dari halaman mereka dan dengan menjengok2 tingkap mereka. Sure mereka seriau, especially kalau mereka tengah menonton cerita ‘Pontianak Harum’. Kalau boleh, pakai jubah putih dan lakukan pada malam hari.

3) Pesan pizza tapi alamatkan ke rumah jiran anda. Setiap kali buat pesanan, suruh orang delivery hantar ke rumah mereka.Kalau jiran complain, kata anda takde telefon jadi kena pesan ke alamat mereka…

4) Setiap Subuh, alihkan tanaman dan pokok bunga jiran anda daripada tempat yang asal. Lakukan setiap pagi supaya tanaman / pasu bunga mereka sentiasa beralih-alih. Kalau mereka hairan, kata “Kuat berjalan betul pokok2 awak nih!”.

5) Minta kebenaran mereka untuk membuang sampah di tong sampah mereka. Jika mereka tanya kenapa, kata je “Tong sampah saya penuh dengan mayat.. eh.eh… sampah…hehehe”.

6) Bila menyidai baju di ampaian rumah, sidai sekali surat khabar, majalah dan buku2 anda. Jika jiran tengok, kata je anda tak suka membaca bahan bacaan kotor.

7) Suruh isteri dan anak2 anda mmanggil anda ‘Duli yang maha mulia seri paduka Zorgon’ depan jiran2. Jika jiran nak tahu kenapa, kata je anda berasal dari kerabat diraja Marikh.

8) Buat open-house dan jemput jiran2 anda. Tapi hidangkan kasut, selipar, terompah, boots dan kasut high-heels sebagai hidangan utama. Buat barbecue di halaman dan panggangkan selipar jepun anda. Cadangkan kepada jiran yang anda pun boleh tolong mereka panggang kasut mereka sekali.

9) Bila jiran datang ke rumah anda, jangan bagi mereka duduk diatas kerusi. Suruh duduk kat lantai, walaupun ternyata ada sofa dan banyak kerusi lain. Kata yang kerusi2 kat rumah anda ada jerangkap samar (landmines). Kalau ke rumah mereka, buat benda yang sama. Kata anda tak nak duduk, takut meletup…

10) Buat patung boneka drp kain yang serupa macam muka dan pakaian jiran anda. Jika dia terkejut, kata je anda rasa lonely dan boneka tersebut membuat anda rasa jiran anda sentiasa disisi dan tak lonely. Sure dia horror….!


Aku Tak Dengar

Udin pergi berjumpa doktor mengeluh tentang isterinya yang sudah hilang pendengaran.

"Seberapa burukkah pendengarannya? " tanya doktor. 
"Entahlah, Doktor. Yang jelas saya mesti menjerit kalau nak berbual dengannya."
"Okey, cuba buat macam nie. Berdiri sejauh 6 meter darinya, lalu katakan sesuatu. Kalau dia tak boleh dengar kamu, berdirilah lebih dekat sedikit darinya, lalu katakan yang kamu katakan tadi. Kalau dia tidak juga dengar, dekatkan jarak sedikit demi sedikit. Dengan begitu saya akan tahu berapa jarak maksima pendengarannya. "

Maka, Udin pulang ke rumah dan mendapati isterinya sedang memasak di dapur. Dari jarak 6 meter ia berteriak, "Makan apa kita malam ini?" Tak ada jawapan. Lalu dia jalan depan sedikit lagi, berhenti di jarak 5 meter dan menanyakan hal yang sama. Juga tak terdengar jawapan. Begitu juga pada jarak 3 meter.

Akhirnya, ia berdiri di samping isterinya.

"Makan apa kita malam ini?" katanya separuh menjerit.

Si isteri dengan mata yang berlinangan dengan air mata, lalu menjerit:

"Untuk keempat kalinya aku beritahu, KARI KAMBING!!!!"

Rupa2nya si Udin yg pekak!!!!


2 comments:

Mummydearie said...

Hahaha...lawak di sini memang sentiasa buat akak kering gusi dibuatnya. Masaklah dapat jiran scary marry cam tu. Mahu sesudah Subuh gak kita pindah. Psiko sangat rupanya.

Yalah dah orang pekak bercakap, nak buat camna. Semua orang dia rasa pekak padahal dia rupanya :)

Lyn Yusoff said...

Mummydearie,
kan... lawak gila..
tak memasal bini kata nya yg pekak.. padahal dia..