1. Memberitahu temannya bahawa dia kasih dan suka kepadanya
Nabi Muhammad S.A.W bersabda
Jika seseorang kasih kepada seseorang makan hendaklah dia memberitahu temannya. (HR Abu Daud)
2. Apabila berpisah dengan seseorang maka hendaklah dia mendoakan sahabatnya tanpa pengetahuannya
Nabi Muhammad S.A.W bersabda
Setiap hamba muslim yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan malaikat dengan berkata engkau juga akan mendapat seumpamanya. (HR Muslim)
3. Sentiasa bermanis muka ketika berjumpa sahabatnya
Nabi Muhammad S.A.W bersabda
Janganlah kamu meremehkan kebajikan sedikit pun , sekalipun dengan berjumpa temanmu dalam keadaan wajah yang ceria. (HR Muslim)
4. Segera bersalaman ketika bertemu dengan temannya
Nabi Muhammad S.A.W bersabda
Setiap dua orang Islam yang berjumpa dan bersalaman pasti akan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah. (HR Abu Daud)
5. Amalan ziarah-menziarahi
Nabi Muhammad S.A.W bersabda
Hendaklah kamu menziarahi sesekali nescaya akan menambas kasih sayang antara kamu.
6.Memberi Hadiah
Nabi Muhammad S.A.W bersabda
Hendaklah kamu saling memberi hadiah nescaya kamu akan berkasih sayang. (HR Thabrani)
7. Membantu sahabat-sahabatnya dalam kesusahan
Nabi Muhammad S.A.W bersabda
Orang yang berjalan untuk menunaikan hajat sahabatnya lebih baik daripada orang yang beriktikaf selama 2 bulan. (HR Hakim)
Sumber:Ukhuwah Islamiah (Dr Abdullah Nasir Ulwan)
2 comments:
sharing is caring.. :)
Wawa,
Alhamdulillah :)
Post a Comment