Sebelum & Selepas

Masa bercinta

8 minggu : I love you, I love you, I love you.

8 bulan : Of course, I love you.

8 tahun :Yalah!! Kalau I tak cinta u, buat apa I nikah dgn you.

18 tahun : Buang tabiat apa you ni?? Cakap mengarut…

Telefon

8 minggu : Baby, ada yang ingin berbual dgn you di telefon ni.

8 bulan :Eh.. your phone…

8 tahun : Wooiiii, telefon berbunyi tuh, angkatlah!!

18 tahun : Bunyi telefon awak ni memekak tau!!

Baju baru

8 minggu : Aduh sayang, you seperti bidadari dgn pakaian tuh.

8 bulan : Laaaa.. beli baju lagi??

8 tahun : Dah berapa ribu habis beli baju tu??

18 tahun : Dah buang tabiat ker pakai baju lama ni?? Awak bukannya muda!!

Sebelum tidur

8 minggu : Selamat tidur sayang, mimpi indah2 yer. Muahhh3.

8 bulan : Tolong matikan lampu tuh, silau lah.

8 tahun : Sana sikit. Tidur kalau tak berkepit tak boleh ker??

18 tahun : Tidur asing2. Suami tidur depan TV, isteri tidur dgn anak2. Hahaha

Hadiah ulang tahun

8 minggu : Sayang, I harap you suka cincin yang I beli ni.

8 bulan : I beli lukisan, nampak sesuai dgn suasana ruang tengah.

8 tahun :Nah amik duit ni, you beli sendirilah apa yang you nak.

18 tahun : Dah tua2 pun nak beli hadiah ker?? Macam budak2.

Rancang percutian

8 minggu : Macam mana kita bercuti ke Amerika atau London??

8 bulan : Kita ke Bukit Bintang la. Tak payah naik kapal terbang.

8 tahun : Jalan2? Duduk rumah tak boleh ker?? Buang duit je kerjanya.

18 tahun : Sah… duduk rumah saja!!

2 comments:

SURIA AMANDA said...

lumrah hidup kan..mcm tu la..

Lyn Yusoff said...

Suria,
hehehe...
lawak2 pun tpi tu lah hakikatnya.. :)