Nak Termuntah
Di dalam sebuah bas duduk seorang pemuda dan seorang nenek. Si nenek memicit-micit kepalanya.
“Kenapa nie nek. Pening ya,” tanya pemuda tersebut.
“Ya nak, rasanya kepala pening, perut mual, rasa macam nak muntah,” jawab nenek.
“Oh, ya nak, bolehkah nenek melihat muka kamu sebentar.”
Pemuda itu terkejut tapi kemudian tersenyum,”Boleh nek, tapi kenapa?”
Si nenek menjawab,”Biar muntahnya lebih cepat”.
Ayam Panggang
Razak pergi ke sebuah restoran kegemarannya dan memesan ayam panggang seekor. Beberapa minit kemudian pesanannya sampai. Tapi sedang dia menikmatinya makanannya, pelayan yang lain menghampirinya dan berkata..
“Maaf, Encik… Itu sebenarnya pesanan lelaki yang ada di sana itu. Dan ini merupakan stok ayam terakhir yang kami ada. Maaf ya Encik.
” Razak menoleh ke arah lelaki yang ditunjuk, ternyata badannya besar dan gagah.. lalu berkata,”Kerana terlanjur sudah makan sedikit, jadi ayam ini milik saya. Lagi pun saya juga membayarnya.”
Sementara si pelayan restoran nampak kebingungan, lelaki gagah tadi dengan wajah marah
sambil membawa pisau menghampiri Razak.
“Hai budak, jangan sentuh lagi..!! Apapun yang akan engkau lakukan terhadap ayam itu akan aku lakukan juga terhadap engkau. Kalau kau potong kakinya, aku akan potong kaki engkau. Kalau engkau potong perutnya, aku akan potong juga perutmu. Pendek cerita, apapun yang engkau lakukan, akan aku lakukan juga pada engkau.”
Razak terdiam beberapa minit, lalu perlahan-lahan. Dia mengangkat ayamnya, membawa ke mulutnya dan menjilat bontot ayam tersebut.
Sepiah Oh Sepiah!!
Hari ini adalah hari pertama Sepiah bekerja, jadi masa mula-mula kerja nie, dia kena la baik-baik dengan boss. Jam dah pukul 6:30 petang Sepiah bersiap-siap untuk balik. Tiba-tiba nambak boss dia (En Zain) dok dekat 1 mesin shredder tengah nak letak kertas kat situ dan terkial-kial nak mengendalikan mesin tu.
Bila ternampak Sepiah belum balik, En Zain panggil Sepiah “Sepiah, awak tau cara operate this thing?” Sepiah jawap “Sure, Tekan je button ni” “Dokumen ni penting ni, seketari saya lupa nak buat sebelum dia balik tadi” terang En Zain. “Awak boleh buatkan untuk saya?” sambung En Zain.
“Boleh” jawap Sepiah dengan confident lalu tekan button dan dokumen tu shredded la. Kemudian ada bunyi telefon dan En Zain angkat, setelah bercakap seketika, En Zain memberitahu Sepiah…
“Sepiah, boleh tak dokumen yg awak photostat tadi tu buat 3 copy”
No comments:
Post a Comment