Nuzul Al-Quran

al-quran

Nuzul : Berpindah atau turun, iaitu dari sebelah atas ke sebelah bawah;

Al-Quran : Himpunan atau bacaan. Bacaan kerana ia dibaca oleh manusia. Himpunan kerana ia menghimpunkan pelbagai perkara termasuk aspek tauhid, ibadah, jinayat, muamalat, munakahat & sebagainya.

Nuzul Al-Quran adalah peristiwa turunnya kitab suci ini. Firman Allah:

“Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan bagi menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan bagi yang benar dan salah”

(Surah Al-Baqarah,ayat 185)

Peristiwa ini berlaku pada malam Jumaat 17 Ramadhan tahun ke 41 keputeraaan Nabi Muhammad S.A.W di Gua Hira’.

Pesan Nabi Muhammad S.A.W.

“Aku tinggalkan dua perkara yang sekiranya kamu berpegang kepada ke dua-duanya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan Sunnahku(Hadith)”

Selamat menyambut Nuzul Al-Quran. Sama-samalah kita menghayati & membaca isi kandungan yg tiada tolok bandingannya. Amin

2 comments:

Dee said...

selamat menyambut hari nuzul quran..

Lyn Yusoff said...

Kak Dee,
Selamat menyambut Nuzul Al-Quran kak...