Ramadhan 1431H : Day 1

Hi Lovers,

Bagaimana puasa korang?? Alhamdulillah, permulaan yang sangat baik. Biasalah, mula2 tu rasa mcm2 kan. Kita ni sebagai hamba-Nya kenalah sentiasa bersabar dengan apa jua dugaan dibulan Ramadhan yg mulia ini.

Today, 2nd day of puasa. Seperti korang semua, bersahur wajib bagi keluarga Lyn dari2 dulu lagi. Kami semua dah dilatih bangun sahur. Even tak nak makan pun, minum lah sedikit air & kurma itu sudah memadai. Itu pesan Arwah Abah. Abah kata besar pahalanyer bersahur ni. Masih terngiang2 lagi pesan Arwah Abah. Lauk bersahur mmg terbaik. Selesai bersahur, rest or tidur2 ayam jap sementara menunggu Azan Subuh. hehehe

Berbuka, sama jugak dengan korang. Masak ala kadar. My mum always yg masak bersama helper kami. Kitorang yg baru balik kerja nnti just hidang saje. Simple & organized. 14042010258Menu utama, adalah cekodok. Tak kisah cekodok ikan bilis, udang & etc. Tu wajib ada. So kitorang akan makan cekodok ni selama 30 hari. Kalau takde, tak complete menu kami. Cicah plak dengan sambal tumis. Memang enak. *gulp*. Eh… puasa2…

Lain2 menu, memang my mum & helper akan masak. Actually kitorang tak diajar untuk ke bazaar Ramadhan. Dalam sebulan tu, boleh dikira dgn jari kot bila kitorang akan ke bazaar. Selalunya my sis or BIL je yg pegi. Tapi beli dlm kuantiti yg sedikit. Taknak membazir. Tu pun my mum bising gak klu beli mcm2, nnti takde sape yg makan. Time beli tak pikir, nnti ke tong sampah lah jawabnyer. Sbb tu kami semua jarang ke bazaar.

Waktu berbuka, kami mmg mkn yg simple2 jer contohnya cam kuih muih, mee goreng. Nasi & lauk mmg kitorang tak sentuh pun. Tapi sape yg nak makan, makanlah. Tapi family kitorang tak biasa berbuka dgn nasi. Dari dulu sampai ke hari ni, dari kecil sampai besar, jarang sekali berbuka dgn nasi. Berat lah, nnti nak Solat Maghrib tak larat plak. Our parents dah latih kitorang dr kecil camtuh.

So lauk2 yang sedai ada tu, mmg akan dimakan waktu sahur nnti. Mmg terbaiklah. My mum masak surelah sedap. Air tangan mak sendiri kan. Wajib sedap ok. Hehehehe

Untuk tahun ni, Solat Tarawih berjemaah dirumah saja. Tidak seperti tahun2 yang lain. Sedih gak tak dapat bertarawih di Masjid. Huhuhu. My mum tak boleh berdiri lama. Terpaksa duduk bila hendak bersolat. So kita decide untuk bertarawih dirumah. InsyaAllah nnti kami akan ke Masjid jugak. 23032010172Thn yang keempat berpuasa dgn budak kecik ni, Puteri. Dia pun tak makan sgt. Yang penting dia nak minum jer. Bila di tanya, adik puasa ker?? Adik puasalah Acik. Tapi adik minum air je, boleh kan?? Takpe.. slow2 ok.. nnti dah school ada kena puasa tau.. Okeyyyyyy.. :))

Lagipun dia kecik lagi. So her parent latih dia skit2. Next year boleh belajar puasa half day.

So better stop here.

Anyway, selamat berbuka everyone!!!

3 comments:

Encik aMin said...

owh, bagusnye berbuka xmakan nasik... kagum2... ;)

♥Hernee Nazir♥ said...

nk wat cekodok ikn bilis la utk sahur..hehehe

Lyn Yusoff said...

Encik Amin,
heheh..
dah biasa tak makan nasik....
so makan kuih muih & cekodok jer. :)

Hernee,
mkn cekodok waktu sahur tak lapar ke nanti??