Wordless Wednesday #150

3It’s so beautiful :D


Instagram Shopping Addicted

Hi LoVers,

I loVe Instagram!!!

Because I loVeeeeeeee shopping. Hehehe. Frankly speaking, I’m addicted purchasing via Instagram.

Screenshot_2013-12-30-10-04-20Repeat again, I loVe Instagram. I loVe to shopping via Instagram. I’ve said it. Hehehe. Normally, the prices much more cheaper & more choices. But availability depends on first come, first served basis. So mmg kena make it faster.

My affair with IG and online shopping mmg tak boleh dipisahkan lagi. Everyday, every hour I’ll must check-out my IG. Check mana2 online shopping yg come out with new products. Tu pun klu tak busy lah. But normally the order & all transactions Lyn buat time malam coz I’m a bit free. Klu siang tu ada jugak, tapi kena tunggu time tak busy. hehehe.

If nak mencari sesuatu pun senang. Taip je hashtag, cth.. #cardigan, hahhh keluar lah semua yg apa kita nak. You can browse one by one. Suka boleh beli. Sekarang semua guna WA, so senang. Payment pun online. Mmg everything in our hand. Tapi kena jugak berhati2, jgn sampai tertipu. Kena selalu beringat tu.

On my side, boleh di katakan every week ada parcel sent by Pos Laju to mum’s house. So once a week or tgk keadaan rajin ke tidak, sure balik to collect the parcels. Dan plus akan dgr bebelan Puan Sri. Hehehe. Apa nak buat anak shopaholic, gini lah gamaknya.Hehehe. But actually, memudahkan jugak online shopping ni, boleh elakkan jammed, parking & etc. Masa pun tak terbuang.

Apa2 pun, tepuk dada tanya selera. Ikut lah yg mana suka :) *pantun dua kerat*

Anda bagaimana??


Kita Layannnnn

Melapor Isteri Hilang

Seorang suami membuat laporan di balai polis ttg kehilangan isterinya :

Suami: Isteri saya keluar rumah dari siang tadi tapi sehingga jam 9 mlm tadi dia belum pulang ke rumah... (dgn nada kerisauan)
Inspektor : Pukul berapa keluar rumah?
Suami : Saya tak perasan tetapi sebelum makan tengahari rasanya..
Inspektor : Umur isteri?
Suami : Oh.. Umur? Mmm tiga puluh... Tiga puluh dua...
Inspektor : Berapa ketinggian isteri?
Suami : Tak pasti tapi ketinggian dia paras bahu saya
Inspektor : Kurus atau gemuk?
Suami : Err.. tak kurus juga. Sederhana rasanya.
Inspektor : Warna kulit?
Suami : Mmm... agak cerah
Inspektor : Warna rambut?
Suami : Dia selalu tukar warna rambut jadi saya tak ingat. Maaf...
Inspektor : Pakaian yang isteri pakai semasa keluar rumah?
Suami : Tak ingat tuan. Tapi biasanya blouse dan seluar
Inspektor : Warna baju?
Suami : Tak perasan tuan..
Inspektor : Dia memandu kenderaan semasa keluar rumah?
Suami : Ya betul. Kereta saya..
Inspektor : Boleh bagi nombor kereta, jenis, warna, spesifikasi?
Suami : Spesifikasi? Ok... BMW F30 model 335i M Sport  Coupe keluaran facelift 2013. Nombo plet BJL 335. Asal warna Sophisto Grey tapi saya dah wrap minggu lepas Frozen Blue Monte Carlo. Bumbung, cover cermin, spoiler belakang dan skirting carbon fiber... Rim BBS model CHR limited edition depan 19 inci lebar 8.5inci rim belakang 20 inci lebar 9.5 inci. Tayar depan belakang Pirelli P Zero Corsa buatan Itali... Brek Brembo Signature caliper warna emas... Cermin kereta jenama V Kool model Deluxe tinted cermin depan telus cahaya 70%, cermin belakang tinted telus cahaya 50% dan cermin kiri dan kanan telus cahaya 40%. Semua cermin tahan ultra violet 97%. Boleh pakai Smart Tag. Exhaust Supersprint. Bumper depan ada kemek sebesar duit 10sen kena langgar kapcai pada hari raya China kedua dan jugak ada sikit calar sepanjang 2.5inci di diffuser belakang. Kereta baru saya wax 6 lapis pakai Meguairs Carnauba Wax Platinum di Cars International Mid Valley 2 hari lepas.

….dan tiba-tiba si suami menangis...

Inspektor: Jangan sedih encik. Saya akan cari BMW encik...


Rebonding

Pak Imam : Kenapa dgn rambut kamu tu nak ?
Anak : Rebonding Pak...
Pak Imam : Rebonding tu apa ??
Anak : Rambut yang bengkang bengkok. diluruskan Pak....
Pak Imam : Ouhh macam tu ya...
Pak Imam Pergi Ke Masjid Untuk Solat

Sebelum angkat takbir Pak Imam pandang ke belakang lalu terfikir utk mncuba perkataan baru itu. Mungkin jemaah lain akan respek bila dia berkata perkataan baru yg baru dia belajar tu..

lalu pak imam Berkata "REBONDINGKAN SAFF ANDA !!" 
Jemaah lain rebah berguling-guling. Hahahahah


Cerita Kubur Seram

Disuatu jumaat malam yg sepi, Abu dan Ali br balik dari surau. Jalan ke rumah mereka mesti melalui kawasan perkuburan. Tiba2 mereka terdengar suatu bunyi seperti orang memahat batu. Tap.. tap.. tap.. mereka tidak berani hendak melihat apa yg berlaku. Tetapi disebabkan rasa ingin tahu. Mereka pon memberanikan diri utk melihat nya. Setelah memasuki kawasan perkuburan tersebuk, mereka melihat seorang orang tua sedang memahat batu nisan.

Abu dan Ali: Pakcik.. buat kami takut je tadi.. memalam camni datang memahat batu nisan kt sini. Pakcik tk takut ke?
Orang tua: Apa nk takut kan, mana ada hantu kt sini.
Abu dan Ali: Ooo.. habis tu.. nama sapa pakcik pahat tu?
Orang tua: bodoh betul diorang salah eja nama pakcik!!

Segalanya Chocolate

I’m chocolate lover.

How about you??

Ni cerita berbulan2 lepas before Lyn decided nak diet. hehehe. Skrg ni makan main cuit2 jer. Tak mcm selalu. Just a simple menu everyday.

20140311_190641 My sis bought for me when she was in Langkawi. I’m not joining them coz just got back from Bandung. So biarkan mereka saja yg pergi. Mmg puas lah makan chocolate ni semua sampai lebam. hahaha.

Sekarang makan semua berjaga. Carbo mmg kurang skrg ni. Less sugar semestinya. Lyn dah tak makan nasi dah almost 2 weeks. Sekali jer tergelincir hari tuh. hehehe. Skrg just focus makan buah-buahan jer. Is good enough for me. In the same time, fasting is a good way to lose weight & diet.

Takde dah mengidam nak mkn chocolate segala bagai skrg ni. Klu dulu pantang tgk kat TV, mula lah mencari. Skrg, pandang pun tak heran dah. hehehe.


Weekend

Hi LoVers,

Good morning everyone!!!

How’s ur weekend?? Mine, nothing to share during my weekend. I didn’t go anywhere. Niat hati nak merayau ke Ikea sana, tapi terpaksa dibatalkan last minute dgn alasan M.A.L.A.S. Kalau dah malas tu mmg tak boleh kata apa lah. hehehe

Saturday.

Normally weekend at mum’s house. Woke up early in the morning. Mandi solat segala, breakfast at 10am then spend my time with families and watching TV. Selalu hari Sabtu klu tak kemana pagi2 tu, mmg melayan cerita P. Ramlee till afternoon. Tak kisah lah cerita apa pun. Even dah beratus2 kali tgk, siap dah boleh hafal dialog, tapi ttp nak tgk gak. Well, cerita P. Ramlee mana pernah org jemu tgk pun kan. I didn’t took lunch, coz breakfast pun dah lewat. Just watching TV back to back. Klu ada budak berdua tu, Puteri & Nurul, sama2 lah kitorang tgk TV. Siap dgn bantal segala bagai dpn TV.

After Zohor tgk TV sekejap, then membuta sampai ke petang. Like I said before, niat hati nak pergi Ikea, tapi malas. Jadinya Ikea dalam mimpi je lah uolsssssss. Hehehehe. Mlm pun tak kemana. Layan cerekarama Toll Gate Asmara. Kelakar cerita tuh.

Sunday.

My routine as usual on weekend. Still at home tak kemana. Breakfast awal spt biasa. Lepak2 tgk TV. Tgk cartoon dgn budak2 ni. Lepas tu Lyn yg terlelap semula. Sedar2 dah masuk Zohor. Hujan pulak lebat. Angin petir guruh kemain kuat berdentum dentam. Jadinya melepak jer sambil check-out FB &IG. Yg lain2 pergi kenduri jiran kat belakang. Lyn tinggal sorang2 kat rumah sambil mkn chocolate. Hujan2 ni semuanya sedap klu masuk mulut. Hehehe

Tak tidur petang sbb awal2 lagi Lyn dah tidur. hehehe.

Just borak2 dgn my family untuk buat kenduri next month. Yelah Ramadhan pun dah dkt. Takut nnti berebut2 plak org nak kenduri. Date pun dah dpt. So senang nak prepare itu ini. Mlm tidur awal, sbb nak bangun sahur. Just having kurma & plain water. That's all. 

Ermmm panjang pulak entry kali ni. Takde apa nak share pun. Ini jer lah buat hari ni :P

Monday,

Monday blues. Always like that huh!!


Short Update

Hi LoVers,

holidaySee you in the next entry. Cheers!!! :)


Coolness

This is cool rite. Unbelievable Movie theater in Greece.

2Kat Malaysia mmg takde lagi. Klu ada best jugak. Boleh layan lah. Tapi klu movie tak best, sedap lah melena atas katil ni. hehehe.

Kakak Yg Sayangkan Adiknya

Alkisahnya ada perempuan merengek nak makan kuih abuk-abuk. Korang tau tak kuih abuk-abuk rupanya mcm mane?? Klu tak tau sila google sendiri. hehehe

Lyn sebenarnya yg merengek nak makan. Hehehe. Actually boleh jer beli, tapi mcm jarang sgt jumpa org jual. Remeh kot nak membuatnya. Tapi pd Lyn kuih ni lah yg paling senang nak buat. Campak2 jadi lah dia. Cuma nak bungkus dlm daun pisang tu amik masa skit lah.

Boleh jer buat terus letak dlm loyang & kukus. Tapi tak berapa sedap. Sbb bau daun pisang tu takde. Klu guna daun pisang, baunya wangi & rasa pun lembut jer.

Jadinya, my sis kan tak boleh dgr adik dia yg gedik ni berckp. Sure lah dia akan buatkan. hehehe. Recipe korang cari sendiri yer. Dia pun main campak2 jer. Tak ikut original recipe pun. bak kata MD, menderhaka kat recipe turun menurun. Hahaha

20140413_150323The process Lyn tak tau pun. Dia buat senyap2. Tau2 dah sampai rumah my mum satu loyang penuh mcm ni. Suka habaq hang. Hahaha. Sayang ko ketat2 kak.

20140413_150331 Gini rupanya kuih abuk-abuk yer anak2. Tersangat lah sedap & lembut. Rasa dia kenyal2 & manis. Sbb kita guna gula pasir & kelapa untuk di gaul dgn sagu biji. Lepas tu ade gula melaka kat tengah2 yg dah di hancurkan. Boleh juga guna gula perang halus tu. Tapi rasa dia kureng. Baik gula melaka yg original. Baru ada uummpphhhh!!!

Rasanya sepinggan Lyn amik, sampai habis Lyn hadap sorang2. Hehehe. Lepas tu sambung lagi makan. Mmg kenyang lah mkn kuih jer petang tuh. Mlm terus skipped dinner ater dah kenyang kan.

Kak, nnti buat lagi. Tak puas mkn betul hari tuh :)


Wordless Wednesday #149

IMG_5001
Cantikkan?? Tak boleh naik. Replika jer :)

Gerammmmmmmm!!!

Bad news betul semalam. Gerammmmmmmmm!!!!

Sebenarnya Lyn menunggu parcel dari JB since Friday. Dalam system tracking mmg dah tunjuk brg dah sampai pos laju Shah Alam. Hari sabtu dorg tak deliver pun. Bukan cuti pun. Ni mesti kes malas nak deliver. So takpe. Bagi chance dulu. Hari Isnin, tgk lagi system tracking pun takde update yg terbaru. Paling latest pun sampai 18th April jer. Dan Lyn pun silap jugak tak call & tanya dorang.

Duk lah tanya my sender. Feedback dia sama jugak dgn Lyn. Hope dorang hantar on Tuesday. Tapi semalam, system tracking pun tak tunjuk apa2 update yg latest pun. Ni mesti dorg nak cari pasal ni. Mulalah geram.

So Lyn call 1-300-300-300 untuk tanya. Dia kata brg stuck kat pos laju Shah Alam. Nak stuck kenapa pulak kan, bukan ada bom pun. Dia kata dia akan call pos laju Shah Alam untuk find out. Nak tunggu dia call ntah bila, jadi nya Lyn yg call sendiri. Aku kan jenis tak sabar. Yelah brg aku kot.

So call lah pos laju Shah Alam. Bagi tracking no, dia kata nak cek dulu. Ikut system dia pun mmg stuck. So dia nak cek dulu kat parcel2 yg stuck kat situ. So Lyn bagi time dia cek dulu. Saja Lyn tanya, kenapa boleh jadi gitu. Dia kata mungkin slip hilang. Hilang kepala hotak ko lah kan. Ko dah scan kat Shah Alam, lepas tu boleh hilang. Lagi lah aku naik angin. So takpe, bagi dia check dulu.

Sebelum tu Lyn dah find out dulu, my sender bgtau, tak mungkin lah slip hilang. Sbb dia dah lekat elok2. Klu hilang takkan org pos laju boleh scan. Ni mesti kena rembat.

Dia call balik after lunch, dia kata dia dah cari tapi brg mmg takde. So HILANG lah jawapannya. Mengamuklah aku. Mau tak mengamuk, tunggu berhari2 tapi at last brg takde. Selamba jer Lyn ckp, “Ni mesti org pos laju rembat. Barang org pun nak rembat ker, miskin sgt ke nak beli” WTF!!!! Mmg habis aku marahkan dia. Diam dia.

Peduli apa aku. Dah lah ko scan brg aku 18th April jam 7.30am, tapi time nak deliver brg takde. Tak ke hangin. Lyn mmg tak halalkan lah org yg amik brg tuh. Ko pakai mau meletup hp ko tuh. Owh yer, barang tu casing hp. Harga RM60. Even RM60 pun duit ok. Bkn aku beli free2.

Solutions nya kena buat report & dptkan refund balik. Yg peliknya, sender yg kena buat report kat JB nun. Padahal brg hilang kat Shah Alam kot. Terus inform my sender. Dia pun call balik pos laju Shah Alam. Explanation sama gak. So terpaksa lah dia pegi pos laju JB tu buat report hari ni.

Ishhh tak faham betul aku. Selama ni brg sampai dgn selamatnya. Klu delay sehari tu ade jugak. Tapi taklah berhari2. Tu pun Lyn yg call. Alasan dia tak call sbb takde slip. Dah brg kena rembat mana nak ade slip. Bodoh betul lah. Tak tau lah dgn dorang ni buat kerja mcm mana. Geram betul lah. Tak memasal kena tunggu balik refund yg ntah bila akan dpt. Lagi lah byk citer nnti. Erghhhh...

Lyn call my niece's hubby. Dia kerja kat pos laju Klang. Just tanya jer. Selepas bincang2, jawapan dia senang jer. “barang acik sure kena rembat” Nasib baik dia pos laju Klang. Klu tak sure kena bebel dgn aku. Hahaha.

So today kena tunggu info dr my sender. Dia nak buat report today. Hopefully dpt refund ASAP. Tau2 jer lah dorg ni, klu tak follow-up mmg berminggu2 lah tak settle. Pd org yg amik tu, ko tunggu jelah apa yg aku nak buat. Mau panas ko nnti. Hahahaha

Ermmm baru nak melawa dgn casing baru, dah jadi gini. Bukan rezeki lah namanya :((


Cute

Watch this!!
 

So funny!!! That’s was great. I loVe it. Cute :D


April Mini Celebrations

Al-kisahnya April mmg bulan yg mmg byk hari yg perlu kitorang ingat.

4th April 2014 – Nurul’s birthday

17th April 2014 – Puteri’s birthday


Actually, bukan nak skipped birthday Nurul ke apa, tapi kitorang sengaja buat dia tunggu2, Sure dia pikir ada tak org nak celebrate birthday dia dgn Puteri. Owh yer kita celebrate sekali harung on 170414 on Puteri’s birthday.

Panggil dorang dtg rumah my mum, suruh dorang tgk TV, panggil yg lain2 jugak. Kitorang yg kat luar menjalankan misi menyalakan lilin. Bg dorang khayal, terus masuk & nyanyi birthday song. Both of them mmg terkejut gila. Malu2 pun ada jugak. Suka pun yer jugak. hehehe. Siap ckp lagi ‘ingatkan lupa’ hehehe

IMG_1578..Blowing the candles first after birthday’s song. Excited memasing dpt birthday cake & blowing the candles.

IMG_1618 Yeayyy!!! it’s cutting time. Suka betul budak2 berdua ni dpt potong cake. Actually it's not a proper punya majlis pun. Just simple2 jer. At least adalah potong cake kan. Better than nothing right..

On 19th April…

My sis birthday… Ni pun simple2 jer jugak. Plan nak celebrate siang, tapi masing2 tidur tak hingat dunia dek hujan lebat, so kita postponed ke malam jer. Ada drama jugak kali ni. My sis nak keluar dah, tapi my sis yg sorang lagi panggil masuk rumah balik sbb kononnya nak kirim barang.

Elok dia duduk sambil borak2 dgn my sis & mum, kitorang terjah masuk dgn lagu birthday. Apa lagi, terkejut dibuatnya. Katanya patut lah sibuk nak kirim memacam, rupa2 nya nak buat surprise. hehehehe. Lakonan kena mantap ok. Hehehe

IMG_1638Happy birthday kakak. Semoga panjang umur, murah rezeki & dikurniakan kesihatan yg baik2.

Sempat kitorang mkn kek ramai2 sebelum dia keluar. Actually ni kecil2an jer. Mmg cake semata. Org kata tak proper sgt lah. The big celebration will be held on May, In Sha Allah. Yg tu mmg sekali kan birthday from Jan to May. Ramai jugak rasanya. Cake pun nak kena besar. Hehehe

Kenduri Arwah & tahlil pun In Sha Allah on May jugak nnti. Tgh tunggu my bro’s date. Bz sgt dgn outstation Abg Lyn yg sulong tuh. Since dia ketua keluarga after my Abah passed away, so kena lah tunggu dia. My mum tak kisah sgt anytime pun boleh buat. Bkn apa, nnti nak dekat puasa, ramai yg nak buat kenduri, smpaikan takde slot nnti. Tu yg kita nak buat awal. At least tak lah berebut2 nnti.

Harap2 dptlah buat 1st week of May nanti.


Lawak Isnin

Tidur

Seorang wanita terjatuh dari tingkat 80 sebuah hotel. Dia menjerit sekuat-kuat hati. Ketika tubuh wanita itu sampai di tingkat 70, seorang lelaki Inggeris yang terdengar jeritan tadi, menyambut di balkoni.

Wanita : Terima kasih sebab selamatkan saya… 
Lelaki Inggeris : Sama-sama, tapi awak kena balas budi saya…
Wanita : Bagaimana?
Lelaki Inggeris : Tidur dengan saya…
Wanita : Tak guna, engkau ingat aku apa?! Tidak!!

Lelaki Inggeris itu melepaskan semula wanita itu yang terus menjerit sekali lagi. Di tingkat 50, seorang lelaki Perancis berjaya menyambut wanita tersebut.

Wanita: Terima kasih, anda dah selamatkan saya… 
Lelaki Perancis: Sama-sama, tapi anda harus membalas budi…
Wanita: Bagaimana?
Lelaki Perancis: Tidur dengan saya…
Wanita: Kurang ajar, kamu ingat saya ni wanita bagaimana! Aku tak mau!
Lelaki Perancis: Kalau begitu tak guna aku selamatkan kamu…

Lelaki Perancis melepaskan semula wanita itu. Dari tingkat 50, 40 dan 30, tidak ada sesiapa pun yang dapat menangkap wanita itu. Dia mula ketakutan dan berharap, jika ada orang yang menyelamatkannya, wanita itu tidak kisah lagi jika terpaksa tidur dengan orang tersebut. Akhirnya di tingkat 20, seorang lelaki Arab telah berjaya menyambut wanita itu. Belum sempat lelaki Arab ibersuara, wanita itu terlebih dahulu berkata-kata…

Wanita: Terima kasih, awak telah menolong saya. Sebagai membalas jasa, saya akan tidur dengan awak. 
Lelaki Arab: Astaghfirullah hal azim (lalu melepaskan semula wanita itu kerana terkejut).


Cerita Nenek-Nenek

Ada 3 orang nenek kat Rumah Orang Tua-Tua. Depa nie dok sembang dalam satu bilik. Depa dok sembang pasal depa yg dah nyanyok.

Nenek 1 : Aku nie teruk betul la…kalau aku letak satu barang tu…aku dah tak ingat kat mana aku letak….
Nenek 2 : Itu kira okey ler….aku lagi teruk..kalau aku turun ke naik ke tangga…then kalau aku stop…aku dah tak ingat…aku turun ke naik…..
Nenek 3 : Apa la hang pa semua nie……aku yg tua dari korang pun still okey lagi (ketawa sambil tangan mengetuk-ngetuk meja)

Pastu…nenek 3 terdiam sebentar……

Nenek 3 : Oit….sapa pulak yg ketuk pintu tu……???


Jual Anak

Di pagi hari yang nyaman,dua orang sudah lanjut usianya duduk berehat-rehat. Pak Abu dan Pak Majid namanya. Yang Pak Abu membaca surat khabar manakala Pak Majid hanya duduk termenung jauh sambil hisap rokok daun.

Pak Abu: Majid, engkau tengoklah berita hari ini. Ada orang sanggup jual anaknya. 
Pak Majid: Hmmmmm. Jawab Pak Majib macam acuh tak acuh je.

Pak Abu: Kot pun terdesak nak duit janganlah jual anak. Banyak lagi cara nak dapat duit. Kerja kat pam minyak ke, jual kacang putih ke, jual surat khabar ke. Betul tak Majid…? 
Pak Majid:Hmmmmmmm… Sambil mengembus asap rokok daunnya keluar melalui hidungnya…

Pak Abu: Kau ni kenapa Majid? Takkan berita ini kau tak ambil peduli ke? Ini melibatkan kemanusiaan tahu. Binatang pun tahu nak jaga anaknya. 
Pak Majid: Hmmmm….Nilah aku nak bagitau engkau. Kalaulah aku masa muda-muda dulu..Aku jual je anak-anakku tu..

Pak Abu: Hah??? Engkau biar betul Majid! 
Pak Majid: Hoii.. Engkau sedar tak sekarang ni berada di mana? Sedarlah Abu….Kita sekarang di RUMAH ORANG TUA. Kalaulah aku tahu perangai anak-anak aku tu macam nilah, dah lama dah aku jual budak-budak tu!
Pak Abu: Hehehehehe

Weekend Bersama Nasi Kerabu

Hi LoVers,

Good morning everyone!!!

So how’s ur weekend?? Lyn just resting at home. I didn’t go anywhere. Just want to spend my time with beloved family. Tgk tv, movie, main games & tidur. Itu jer kerja Lyn this weekend. Kena pulak petang2 skrg ni hujan, mmg sedap lah tidur. Bukan apa, cara ni saja nak rest kan badan after one whole week bekerja.

Kebetulan this weekend takde jemputan kenduri kahwin. So semua org berkumpul kat rumah my mum. Adik beradik yg jauh takde lah. Yg sebelah2 rumah ni, mmg kerja melepak ramai2. Borak2, gossip2 lah kerja nya bila dah berkumpul.

Tambahan pulak my nephew tgh semester break, mmg gamat lah rumah klu dia ada. Riuh dgn kebisingan dia tuh. hehehe. Ada jer cara dia nak mengusik auntie2 & neneknya.

Ok ni cerita minggu lepas. Lyn mmg teringin betul nak makan nasi kerabu. Last 3 years, Lyn pernah outstation di Kelantan selama 5 hari. Dan selama tu, makanan wajib Lyn di sana ialah nasi kerabu. Tak kira breakfast, lunch or dinner, mmg nak makan nasi kerabu. Yg pastinya breakfast mmg tiap2 hari nasi kerabu. Sampai kwn2 Lyn pelik, Lyn boleh makan nasi kerabu tiap2 hari. hehehe

Tapi bila kat sini mmg payah lah nak cari yg sedap. Dah pernah jumpa dah, tapi sekejap jer org tu jual. Cari lagi, takde dah. Pernah jugak beli kat restaurant kelantan area rumah my mum, mmg sedap. Tapi lately ni rasanya dah kureng dek cerita dr my sis yg pernah singgah membeli. So agak frust jugak. Kat Teh Tarik Place pun ada jugak. Tapi malas nak keluar rumah jauh2. 

Last week, my sis & BIL bawak balik nasi kerabu. Katanya sedap sgt. Dorang pernah gak membeli time hari bekerja. Tapi tak pernah lah dorang bukak mulut cerita kat Lyn. Klu tau, awal2 lagi Lyn dah pergi beli. Bila org ckp sedap, kita pun kena lah try dulu sedap ke tidak. Dan hasilnya……

IMG_1569 Sgt lah sedapppppppppppppp. *tgk berapa byk huruf P Lyn type hahahaha*

Mmg kena lah dgn citarasa tekak Lyn ni. Serious mcm Lyn pernah rasa kat Kelantan tuh. Kata my BIL, penjual ni mmg org Kelantan. Ermm patutlah sedap bangat. Mmg tak rugi klu Lyn hari2 pergi beli.

Actually, sebungkus Lyn makan tak cukup yer. Mau nak 2 bungkus. Tapi mengenangkan org lain pun tak mkn lagi, takkan ko nak paw jugak org lain punya kan. Jadi biarlah masing2 merasa sama.

Dah plan dah nak pergi lagi this week. Tapi disebabkan my mum buat breakfast & makan2 hari ahad, tak jadi lah nak terjah kedai nasi kerabu tuh. Jadi postponed next week lah nampaknya.


11 Tahun

Di hari Jumaat 11 thn yg lalu, spt pagi ini, Lyn sekeluarga kehilangan Abah tersayang. Sedar tak sedar sudah 11 thn Arwah meninggalkan kami. Rasa baru jer kami semua berseloroh dgn nya.

Tarikh 18th April 2003 tidak akan Lyn sekeluarga lupa kan sampai bila2. Hari Jumaat tepat jam 9am Arwah Abah kembali ke rahmatullah bertemu Maha Pencipta Nya. Sebak, sedih, mmg tak boleh di ungkap dgn kata2. Hanya doa saja yg mengiringi Arwah sehingga ke hari ini. Tak boleh tulis lebih2. Sedih :(

IMG_20131130_161805 I’ve found this inside Arwah Abah’s cabinet. The pictures taken during their journey to performed Haji & Umrah. Zaman muda2 gitu. Sampai skrg masih cantik & elok terletak dlm cabinet tu.

Abah, we missed you so much!! Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Arwah & di tempatkan di kalangan orang2 yg beriman dan beramal soleh. Amin

Tidak lupa kepada mereka juga…

Al-Fatihah utk kedua Arwah Atuk & Nenek, kedua abg ipar, Allahyarham Badrul Hisham bin Hanafi & Allahyarham A. Aziz bin Selamat, anak saudara, Allahyarham Mohd Norhairi bin Mohd Johan & Allahyarhammah Hazlinda binti Hussein, ahli keluarga serta muslimin & muslimat yg telah kembali ke rahmatullah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh kalian dan ditempatkan di kalangan org2 yg beriman & beramal soleh. Amin.

Sentiasa ingat, kami tidak pernah melupakan kalian.


Cotton Candy In The Making

Please enjoy this video :)


This is cool, creative & awesome right. And suddenly I feel like selling cotton candy too :P


Happy Birthday Little Princess

Another important date in April, 17th April 2014.

IMG_1341Happy birthday Puteri!!! She turns 8 years old today. Can't believe she's 8 today. Cepat betul masa berlalu. Dulu masa baru lahir, 1.7kg jer [dia lahir tak cukup bulan, 7 bulan dah keluar. Lalu tingkap pulak tuh]

I’m so grateful that I have you as a niece. No matter how many birthdays come and go, you’ll always be my/our little girl. We love you!!!!

IMG_1339 She requested something on her birthday. Adalah 2 permintaan dia. But for sure, ur auntie yg baik hati ni akan penuhi segala permintaan mu itu.

Once again, Happy birthday budak demuk. Semoga panjang umur, murah rezeki & sihat2 selalu. Semoga jadi anak yg solehah & study smart. But always remember, you are my princess, my little girl, my best friend, my dance partner, my gossip partner [kekadang bergossip dgn dia, hahaha] & my everything.

This weekend, kita enjoy!!!!! Wanna treat her on her birthday. Tak dpt pergi on weekdays, kita pergi on weekend. Yeayyy!!!


Wordless Wednesday #148

IMG_4866Berborak dgn kuda barangkali :P


Caca Marba

Seven years ago, when I started my first blog, I knew absolutely nothing about blogs or blogging. By now, I've built and managed my blog every day. Sometimes ada jugak masa terlepas pandang especially on weekend. Weekend adalah hari rest, so say NO to blog. hahaha

Kadang2, byk idea mencurah2 nak ditulis.

Ada masa, nan hado. Pening fikir nak tulis apa. 

Like this today, I’ve no idea to write in my blog. But tulis jer lah, even ntah apa2 pun. Hehehe

20140413_181449 Sapa2 yg lahir tahun 70an, 80an, sure ingat akan gula2 susu pelbagai perisa ni. Dulu2 klu beli 10 sen dpt 3. Sekarang, tak dpt lagi jah woooiii. Brg semua dah mahal. Kadang2 sanggup simpan duit belanja sekolah sbb nak beli gula2 ni. Lyn lah antaranya.. hehehe

I was surprised when I got this from my sister. Ingat kan takde jual lagi dah. But seriously I couldn’t find them. Bila dpt terus makan non-stop. Cuma rasa tak sesedap dulu. My fav was choc of coz. But the rest pun sedap jugak. Budak2 skrg sure tak tau gula2 ni kan.

20140412_134506 My lunch during my seminar last week. Lately ni mmg jarang sgt mkn nasi especially dinner. Lunch kadang2 je mkn. Klu mkn pun, mmg akan pastikan bukan heavy lunch. Just a simple that was good enough. Org tanya, diet ker?? Yes, I am. Lyn mmg akan susah hati klu org kata Lyn berisi. Padahal tak pun. Sbb dia jarang jumpa Lyn kot. *Statement nak sedapkan hati sendiri*

My weight still maintain at 45- 47kg only & not exceed 50kg. So kena maintain tuh. Hehehe


Lawak Jenaka

Tipah Tertelan Duit

Malam tu, sepasang suami isteri dah bersiap-siap nak masuk ke bilik tidur bila tiba-tiba mereka terdengar suara anak bongsu mereka menangis. Mereka pun pergi mendapat anak itu lalu bertanyakan kenapa dia menangis.. Si anak menjawab dia tertelan duit syiling lima sen dan sekarang dia takut akan mati sebab tertelan duit tu, lalu terus menangis teresak-esak.

Si ayah yang buntu nak memujuk anak itu tiba-tiba teringat duit dalam poket seluarnya lalu mengeluarkan duit lima sen. Kemudian si ayah berpura-pura membuat magik dan mengeluarkan duit lima sen dari telinga anaknya. "Ha, kan ayah dah keluarkan ni." Si anak teruja dan terus berhenti menangis. Sepantas kilat anak itu mengambil duit lima sen itu dan menelannya lalu berkata, "Buat lagi sekali ayah."


Kalau Sampai Ipoh

Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu berpesanpada pemandu bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nantikalau sampai di Ipoh... cakap pada anak saya”.

Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya.. "Sudah sampai Ipoh belom?" Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya. Penumpang disebelahnya menjawab.. "Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni.. nanti kalau sampai saya akan kejutkan!" Tapi si anak tidak mahu diam.. dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya, "Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belom?" Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata.. "Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh.. pasti dikejutkan..!"

Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi.. semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di Ipoh.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun.

Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia bertanya pada para penumpang..

"Encik-encik dan puan-puan sekalian.. bagaimana ni.. perlukan kita hantar semula anak ini?" Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh... Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh.. Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan.

"Nak! Sudah sampai di Ipoh! cepat bangun!" Kata Pemandu.. Si anak bangun dan berkata.. "Oh sudah sampai ya!" alu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya.

Seluruh penumpang kehairanan... "Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan. "Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus ni!"


Mary Sue Ke Bandar

Mary Sue datang ke sebuah kota besar untuk pertama kalinya.Dia check-in di sebuah hotel mewah dan seorang pelayan membawakan begnya menuju ke bilik yang Mary Sue akan menginap.

Mary Sue mengikuti langkah-langkah pelayan itu dan ketika pelayan tersebut menutup pintu, Mary Sue melihat ke sekeliling dan marah-marah kepada pelayan tersebut.

"Anak muda, aku mungkin tua dan kekampungan, tapi tidak bererti aku ini bodoh! Aku membayar mahal untuk tinggal di hotel ini tapi bilik ini bukanlah bilik yang sesuai dengan bayaran itu! Bilik ini begitu kecil, tidak ada kemudahan, tidak ada televisyen, bahkan tempat tidur pun tidak ada!"

"Nyonya, ini adalah lif" jawab pelayan tu selamba.


Ikea Restaurant

Just want to share what I did last 2 weeks.

I was in The Curve last weekend with my niece. The main point need to buy something. Only kat sana jer ada jual. Online ada jugak, but to be honest Lyn nak tgk sendiri face to face. Senang nak pilih.

Beside that, duk menjenguk Flea Market sekali. Seriously dah lama sungguh tak dtg sana. Sejak ada Setia City Mall ni, ke situ je lah klu nak shopping ke apa. Tapi klu kesana selalu boring plak. Sesekali kena gak tukar angin kan. Hehehee

Shopping… jalan… shopping. Tapi shopping yg byk. Hahaha

Women always like that huh :D

Hungry… we off to Ikea Restaurant. But as usual mmg ramai org. Tak pernah lah takde org kan. So Lyn queue while my niece looking seats for us. Pandai2 lah dia cari. Hehehe. Queue lama sgt ok. Dlm 20 minutes rasanya. Kaki pun naik lenguh.

20140405_181219 End-up, I bought 2 sets of meatball, chicken wing & mineral water only. Makan dua org jer sebenarnya, tapi membeli mcm nak makan 4 org. Hehehe. Senak perut nak habiskan. I was like OMG!!!!.. Perut both of us kecik. Mcm mane nak habis kan. Hehehe. But kita slow2 makan sambil borak2. End-up tak habis pun meatball tuh. Adalah tinggal 4 5 ketul. Tu dah kira bagus lah tuh. Chicken wing jer yg habis.

C360_2014-04-05-19-02-14-953With my niece yg selalu jugak temankan Lyn. Since she’s got a good result in 1st semester, belanja lah dia makan. Actually, mmg belanja pun klu keluar. hehehe. Anak buah sendiri kan. Takkan nak berkira pulak. hehehe

Pic owner blog buat masa ni tak boleh show off sgt. Still in the process for something. Lyn belum bersedia untuk share lagi. Maybe my followers on Instagram akan tau dulu kot. Maybe yer. But I will share with you guys later yeah. I need some other time on that.

Settled makan, we off again to The Curve. Sambung shopping till 8pm. After that going back home dgn penuh segala mcm kat tgn. hehehe. Separuh jer bwk masuk rumah. Separuh lagi simpan dlm kereta. Taktik biasa tuh. hehehehe.

Sepatutnya, need to go back to Ikea on last Saturday. Tapi seriously tak larat sbb baru balik dr seminar. Later maybe. This weekend In Sha Allah. Ada sapa2 nak dating dgn kita. MD, Jom!!!! hehehe


Hand In 3D


This is so cool, awesome  & creative. LoVe this idea. We should try this!!! :)


Important Dates In April

Hi LoVers,

Good morning everyone. 

Weekend yg sekejap sgt minggu ni. Tak rasa mcm weekend pun. Because, I was in the seminar one whole day. Letih & penat jugak seharian. Mlm tidur awal. Sunday mmg tak kemana2, but tak cukup rest. I was thinking to get another day which on Monday off. But…..

I’m working today, quite sleepy :(

But what to do. I have too. Malas nak take leave, coz nak simpan cuti for another vacation soon. Woootttt… Woottttt!!! :)

Orait, back to my story. There is a few important dates in April. 4 dates yg Lyn mmg tak boleh lupa sampai bila2. 3 dates for birthday, and satu date tu mmg lagiiiiiiiiiiiii lah Lyn tak boleh lupa. But nanti Lyn akan tulis jugak in my entry soon this week, In Sha Allah.

IMG_0971The 1st one goes to my beloved granddaughter, Nurul. She turns 7 years old on 040414. Actually, Lyn hampir terlupa. Lepas jer baca posting kt my niece’s FB, baru terkedek2 nak wishes.

Just a simple mini celebration hari tuh. Because kita nak sekali kan for April babies by end of this month or klu tak, next month kita sekalikan dgn May babies. Lagipun next month kitorang mmg nak buat kenduri Arwah & kenduri menyambut puasa. So boleh buat sekali harung. Kitorang ni keluarga besar, so boleh dikatakan tiap2 bulan ada jer yg sambut birthday. Nak celebrate sorang2 mmg tak lah, sbb tu kita sekalikan. Jimat & lagi meriah bila kumpul ramai2.

Ermmm… tinggal beberapa hari lagi Ramadhan bakal menjelang. Jgn lupa ganti puasa yer. Lyn in the process. Dah nak habis pun :)


Every Friday

Hi LoVers,

IMG_4714 As usual short entry every Friday.

Mood adalah kedaung sgt2. Tiap kali hari Jumaat mmg mcm gini. Pikir nak weekend sbb nak rest, lepak2 or window shopping. Klu dpt shopping pun lagi bagus. Hehehe.

But tomorrow I have to attend one seminar somewhere in PJ. Wajib pulak tuh. Lemah badan nak bangun pagi2 on Saturday. One whole day from 10am till 6pm. Masak la. Sure ngantuk, boring segala mcm dlm tu nnti. Huhuhuhu.

Balik tu nak merambu ke Ikea plak. Tu nak shopping. Klu shopping segar biji mata. Ngantuk pun jadi tak ngantuk. Penat pun jadi tak penat. hahaha. Women always like that. Betul tak??

Ok guys, better stop here.

See you next week. Have a good weekend!!!


Lawak Lucu

Lapang

Satu keluarga yang berasal dari Terengganu nak balik beraya di kampung, tapi cuma ada sebuah Kancil je untuk tujuh orang ahli keluarga tersebut. Maka si ibu kepada keluaga tersebut pun berkata,

Ibu: Guane nih..penuh kete. Dok muak ayoh mu wey! 
Ayah: Betul jugok. Guane nok buak nih? Lamo dok sapa kampong.
Ibu: Tujuh oghang dokleh sumbak masuk kete kancil nih. kecik do'oh.

Mereka pun memerah otak memikirkan macam mana nak menyelesaikan masalah tersebut. Ruang terlalu sempit untuk tujuh orang, tiba-tiba anak mereka yang paling kecil berkata... 

Anak: Abah, umi... Awang tau doh guane nok buak. Kite skarang ade tujuh oghang. Tamboh la soghang lagi. baru jadik 'LAPANG'...!!!


10 Cara Menakutkan Jiran Anda

1) Kat halaman belakang, gali 2-3 batas berbentuk kubur kemudian letakkan papan dan kain putih. Bila jiran tegur nanti, kata “Takde apa-apa tu. Saya nak tanam sayur….nak berkebun”, sambil menyiram air mawar keatas ‘kubur tipu’ tu…. lagi wangi lagi real…

2) Bila jiran tengah menonton TV di ruang tamu mereka, ambil kerusi malas / kerusi plastik dan turut serta menonton TV mereka, tapi dari halaman mereka dan dengan menjengok2 tingkap mereka. Sure mereka seriau, especially kalau mereka tengah menonton cerita ‘Pontianak Harum’. Kalau boleh, pakai jubah putih dan lakukan pada malam hari.

3) Pesan pizza tapi alamatkan ke rumah jiran anda. Setiap kali buat pesanan, suruh orang delivery hantar ke rumah mereka.Kalau jiran complain, kata anda takde telefon jadi kena pesan ke alamat mereka…

4) Setiap Subuh, alihkan tanaman dan pokok bunga jiran anda daripada tempat yang asal. Lakukan setiap pagi supaya tanaman / pasu bunga mereka sentiasa beralih-alih. Kalau mereka hairan, kata “Kuat berjalan betul pokok2 awak nih!”.

5) Minta kebenaran mereka untuk membuang sampah di tong sampah mereka. Jika mereka tanya kenapa, kata je “Tong sampah saya penuh dengan mayat.. eh.eh… sampah…hehehe”.

6) Bila menyidai baju di ampaian rumah, sidai sekali surat khabar, majalah dan buku2 anda. Jika jiran tengok, kata je anda tak suka membaca bahan bacaan kotor.

7) Suruh isteri dan anak2 anda mmanggil anda ‘Duli yang maha mulia seri paduka Zorgon’ depan jiran2. Jika jiran nak tahu kenapa, kata je anda berasal dari kerabat diraja Marikh.

8) Buat open-house dan jemput jiran2 anda. Tapi hidangkan kasut, selipar, terompah, boots dan kasut high-heels sebagai hidangan utama. Buat barbecue di halaman dan panggangkan selipar jepun anda. Cadangkan kepada jiran yang anda pun boleh tolong mereka panggang kasut mereka sekali.

9) Bila jiran datang ke rumah anda, jangan bagi mereka duduk diatas kerusi. Suruh duduk kat lantai, walaupun ternyata ada sofa dan banyak kerusi lain. Kata yang kerusi2 kat rumah anda ada jerangkap samar (landmines). Kalau ke rumah mereka, buat benda yang sama. Kata anda tak nak duduk, takut meletup…

10) Buat patung boneka drp kain yang serupa macam muka dan pakaian jiran anda. Jika dia terkejut, kata je anda rasa lonely dan boneka tersebut membuat anda rasa jiran anda sentiasa disisi dan tak lonely. Sure dia horror….!


Aku Tak Dengar

Udin pergi berjumpa doktor mengeluh tentang isterinya yang sudah hilang pendengaran.

"Seberapa burukkah pendengarannya? " tanya doktor. 
"Entahlah, Doktor. Yang jelas saya mesti menjerit kalau nak berbual dengannya."
"Okey, cuba buat macam nie. Berdiri sejauh 6 meter darinya, lalu katakan sesuatu. Kalau dia tak boleh dengar kamu, berdirilah lebih dekat sedikit darinya, lalu katakan yang kamu katakan tadi. Kalau dia tidak juga dengar, dekatkan jarak sedikit demi sedikit. Dengan begitu saya akan tahu berapa jarak maksima pendengarannya. "

Maka, Udin pulang ke rumah dan mendapati isterinya sedang memasak di dapur. Dari jarak 6 meter ia berteriak, "Makan apa kita malam ini?" Tak ada jawapan. Lalu dia jalan depan sedikit lagi, berhenti di jarak 5 meter dan menanyakan hal yang sama. Juga tak terdengar jawapan. Begitu juga pada jarak 3 meter.

Akhirnya, ia berdiri di samping isterinya.

"Makan apa kita malam ini?" katanya separuh menjerit.

Si isteri dengan mata yang berlinangan dengan air mata, lalu menjerit:

"Untuk keempat kalinya aku beritahu, KARI KAMBING!!!!"

Rupa2nya si Udin yg pekak!!!!


Dapat Dah :)

20140406_160500Finally I got these!!! Dah dua kali duk mkn kat McD tak teringat langsung nak beli Mc Flurry oreo ni. Maklumlah dah dpt makanan terus lupa yg lain2. hahaha. Selalu mcm tu lah plan nak beli lain, tapi lain yg dibelinya. Pelik lah Lyn ni. Kemain ingat nak beli, last2 boleh jer terlupa. Masalah problem betul. hehehe

Tahu tak berapa hari Lyn habis kan Mc Flurry ni?? 2 hari baru habis. Hahaha. Mkn sikit2 letak dlm fridge. Hehehe. Bukan apa, time malam jer baru teringat nak makan. Sejuk ok mlm2, mane larat nak makan habis. Kebas mulut. Ngilu. Hehehe

20140406_182022 Dpt pulak rojak kegemaran my mum hari tuh. Beli kat area rumah my mum. Sedap. Mula2 tak teringin plak nak makan. Cam kureng menarik jer. Tapi tu lah ckp jgn takbur Lyn. hehehe. Dah semua org kata sedap, mana boleh tahan kan. So awak pun merasa, sekali sedap ok. Nampak jer yg pucat2 gitu. Tapi sedap sgt.

Tu kes 1st time lah. Last week repeat lagi. Tak leh tahan. Duk terasa2 kat tekak ni.

Puas hati dpt dpt dua benda ni.

Next please!!


Wordless Wednesday #147

1 LOVE


Bahana Ini

Dah lama betul tak makan masam2 ni.  Sejak Lyn operation last 3 years ago, mmg serik betul nak makan masam2 ni semua. Jeruk mmg dah bertahun2 dah tak makan sbb bila makan sure sakit dada. Ater byk asid kan.

Asam2 pun dah tak makan dah. Mmg tak sentuh pun. Kerana asam2 ni jugak lah, baru Lyn tau Lyn sakit apa time tuh sampai kena buat operation. Lepas tu mmg taubat taknak makan lagi. Klu mkn jambu pun, letak asam pun secoet jer. Klu mangga pun, kena tengok gak masam ker tak. Klu mangga yg lemak2 tu still boleh terima lagi.

20140329_214521 Ok yg ni korang tgk jambu. Biasa lah jambu kan, taklah masam mane pun klu di letakkan asam tuh. Tapi tang pelam dia, Masya Allah dia punya masam, sampai tak boleh telan. Mmg masam nak mampssss.

Kira beli ni membazir betul lah. Adalah dlm 5 ketul jambu, 5 ketul mangga, sampai RM7.00 dia charge. Mahai nak mampsss. Ni beli yg hok timbang tuh. Mane tak mahal. Dah my sis teringin, layan kan jer.

Lyn makan setul jer mangga, dlm tak boleh telan tu, paksa gak telan. Takkan nak buang. Dan kerana itu, sakit perut sampai dua hari. Tak ckp dgn sapa2 pun, takut nnti kena bebel. Tapi my mum, dpt hidu gak anaknya sakit perut sbb terbau balm. Dia tanya sakit perut sbb makan pelam ker? Lyn jwb tak, just ckp sakit perut sbb angin. Terpaksa ckp gitu. Takut dia bising & risau. Tak mkn ubat apa pun, lama2 dia hilang sendiri. Alhamdulillah. Lepas ni takmau mkn lagi dah. Taubat!!!


Suatu Ketika Dulu

permainanRindu zaman kanak2 dahulu. Semua kini tinggal kenangan. Klu lah boleh di putarkan balik, kan best. Best jadi kanak2 ni. Tak payah nak fikir apa2 yg serabutkan otak. Yer tak??

Boleh main2.. Lari sana, lari sini…

Boleh kejar ayam satu kampung…

Boleh main guli… Boleh main galah panjang..

Isshhhh mmg semua boleh lah senang cerita.

Bila penat, balik rumah, mandi, makan & tidur. Serious mmg best..

Ok.. antara permainan kat atas tu mana yg korang pernah main?? Mostly semua pernah lah kan. Semua Lyn pernah main kecuali main meriam buluh tuh. Yg tu mmg tak pernah seumur hidup. Klu dgr meriam even sampai sekarang ni pun, siap tutup telinga ko. Bingit.

Yg paling suka main getah. Zero point… Hehehe

Korang pulak?? Mostly pernah main semua kan. Tp klu yg perempuan pernah main meriam buluh, korang mmg terror. hehehe


Corat Coret di Bandung

IMG_4969 Malam ketiga, on the way back to guest house. Dalam keadaan macet gitu, ternampak kereta savvy. Bangga jap. Selama kat Bandung, kitorang nampak satu kereta wira & myvi jugak.

IMG_4871 Supir kitorang kata hotel ni adalah hotel yg paling mewah di kawasan Bandung.  6 or 7 star katanya. Satu malamnya berjuta2 harganya…

IMG_5007 Teksi vios yer di sana. Teksi Chevrolet pun ada.

IMG_4519 Segala jenis kain lace. Mmg rambang mata.

IMG_5050 Ni dentist yer anak2. Tapi words ‘ahli gigi’ ni betul2 kelakar. Mmg terkekek2 kitorang ketawa bila nampak signboard ni. Mcm ahli ‘parlimen’ jer.. oppssss :D

IMG_4643 Macet. Sepanjang di Bandung mmg sentiasa macet jugak. Semua kenderaaan berpusu2. Pernah jugak kami menunggu hampir 15 minit nak melintas jalanraya. Tapi tak berani. Sbb kenderan mereka semua laju2. Tapi Lyn respect betul lah dkt dorang ni. Selama di Bandung, macet, atau kenderan sipi2 rasa nak melanggar kenderaan lain, tapi tak pernah Lyn jumpa satu kemalangan pun. Mmg terror betul. Klu kat Malaysia, sure dah kena dah. Honk sentiasa kedengaran di sini. Tapi takde pun yg marah2. Semua relax jer drive. Cuba klu di Malaysia….

IMG_4864 Kat sini ada mineral water nama dia RON 88. Klu di Malaysia, minyak jer yg di panggil RON

IMG_4954 Kedai makanan sorong. Mereka mencari rezeki dgn cara begini. Tak kisahlah janji halal kan. Bkn mencuri.

IMG_5009 Deretan kedai di sekitar laluan ke Pasar Baru. Mmg tak berhenti. Terlalu macet

IMG_4883 Pria untuk lelaki. Toilet ye ni.

IMG_4884 Untuk perempuan spt saya :)

IMG_5005 Orang kilat. Complete satu badan. Mereka2 ni akan membuat mcm2 cara untuk mengambil perhatian orang ramai. Sambil buat pertunjukkan, sambil tu mereka mencari rezeki.


Laugh of Loud

4
5
16
2
1
1
LOL


Semalam & Yg Lepas2

Hi LoVers,

Good morning everyone!!! How’s ur weekend??

Lyn biasa lah klu nak keluar mesti on Saturday. Time tu lah nak pergi semua tempat. Penat pun tak kisah, janji semua settled hari yg sama. Klu boleh taknak tunda ke Ahad. Sbb ahad adalah hari dgn family, except klu ada kenduri2 yg tak dpt dielakkan. Tu wajib pergi lah jugak.

Starting sabtu tu, masing2 dah simpan air. Maklum lah area rumah kena catuan air. Dua hari ada, dua hari takde. Ikut start hari Ahad. Tapi sampai ahad malam still ada air lagi. Alhamdulillah. Kena ke tak kena, tadah ttp tadah. Kang tak memasal takde air, mana pulak nak ku cekau. hehehhee. Segala baldi & tong penuh dgn air. Sampaikan takde space dah. Dlm bilik air jgn cakap lah. Penuh. Ruang kosong ngam2 untuk mandi jer. Hehehe.

Bila musim takde air ni, mmg takkan makan luar lah jawabnya. Ehhh mcm lah ko makan kat luar kan Lyn. Hehehe. Mmg jaranggggggg sgt mkn luar pun. Bkn apa, kang brg2 masakan sambil lewa jer org kedai basuh. So baik elakkan. Jadinya, lebih selamat makan kat rumah.

20140323_191401 Owh yer, ni bkn kes mkn kat luar sbb takde air. Ni cerita 2  minggu lepas klu tak silap. Kitorang klu weekend, normally cuti masak except for breakfast. Tu mmg kena masak. Lunch normally kita makan jer apa yg ada. Takde nak masak2 nasi lauk segala. Klu ada pun once a month. Or else nak buat makan2, tu lain cerita lah.

So disebabkan perut masing2 lapar bila dah petang, terpaksa lah mencari makanan. Nak masak taklah kan. Jadinya ke mcd jer terus. Dkt dgn rumah pun ya. Tak payah nak tunggu lama2. Kitorang berlima makan kat mcd jer. Yg lain tapau untuk org2 kat rumah. Takkan kita kenyang, org lain lapar kan. Mane aci mcm tuh. Dah mkn petang, of coz tak dinner dah. Next day baru makan nasi.

Short Update

Hi LoVers,

Minggu ni rasa sekejap sungguh dah hari Jumaat. Klu tiap2 minggu mcm ni kan best. hehehe. Suka kan ko Lyn bila nak weekend. Tak menyempat nak berehat & berjimba yer. hehehe

Bukan apa, lately I haven't gotten enough sleep, and I don't like it because it makes me look tired. Bila kat office jer mula lah menguap2. Tu yg tak syok tuh. Eye bag pun dah kelihatan. Nampak sgt tak cukup tidur.

IMG_1429 Tapi weekend ni full with activity on Saturday. Need to bring along my sis & niece to somewhere. My mum will joining us too. So mmg wajib pergi. Takpe lah untuk family kan. Bkn untuk sapa pun. Hari Ahad boleh rest cukup2.

Oklah Lyn dah byk kali menguap dah ni (entry auto-publish). Hujan pulak kat sini. Mmg wajib tidur awal. Sejuk ko. Hehehe

Bye korang & have a great weekend!!!


Trying Sleeping

Kesian si kecik ni. Kemain di menahan mata sampai terlentok2 dibuatnya. Kesian pun ada, nak gelak pun ada. Plus, he so cute. Have a good sleep little one :)

Finally I Got These

20140319_132047 Nasi ambang from my bos. Dia belanja semua staff kat Corporate Office. Actually dia dah janji nak belikan nasi ambang last month. Tapi dia sms kata makcik tu tak jual. Even my bos ni Chinese, but he love to eat nasi ambang.

It is difficult to find good and authentic nasi ambang. Yg selalu ada time kenduri lah. But he bought in Subang. But the actual location Lyn tak tau. Tak pernah tanya. Sesekali nak gak tanya kan. Boleh beli sendiri nanti. Hehehe. 

So lunch kitorang makan ramai2 kat garden. My boss tak join pun. Dia dah makan dulu. hehehe.

20140319_132146 An authentic Nasi Ambeng should consist of seven different types of toppings. Ada nasi, ayam sambal, ikan masin, serunding kelapa, tauhu, tempe, suun dan kentang. Mmg sedap sgt. Portion mmg agak besar jugak. Puas lah makan.

Actually dah byk kali jugak my bos belanja. But to be honest, this is better one. Lyn pun suka sgt!! Dia pernah mkn kat KL, still tak boleh beat yg ini. Yg ni paling sedap katanya. Sure, you can get nasi ambeng elsewhere but not like this.

20140319_132257 Sambal sotong not included yer. Lyn kan bawak bekal pergi kerja. Since my bos belanja, jadinya baik kita makan nasi ambang jer. Takut nnti klu di simpan sampai petang basi pulak. Jadinya makan nasi ambang bersama sambal sotong. Kenyang. Hehehe

Nasi yg Lyn bawa tak sentuh pun. Bawak balik rumah semula. Bkn basi pun. Selamat buat nasi goreng untuk dinner malam tuh. hehehe