Lawak Lagi :)

Hanya 6 Minggu

Seorang lelaki tua memasuki bilik doktor utk menjalani pemeriksaan kesihatan tahunan. Setelah di periksa, doktor tersebut berkata “Pakcik, saya minta maaf. Hasil dari pemeriksaan yg dijalankan, saya menjangkakan jangka hayat pakcik cuma 6 minggu sahaja”.

“Tapi doktor, saya rasa tak sakit pun, malah demam pun jarang2,” jawab pakcik tu.

Setelah beberapa saat kemudian, doktor menjawab, “kadangkala penyakit pakcik ni datang secara senyap dan pakcik pun tak sedar. Apa yg boleh saya nasihatkan ialah pakcik pergila ke spa kesihatan yang terletak di seberang jalan klinik saya ni. Kat situ, pakcik boleh mandi lumpur setiap hari”.

Pakcik itu dgn penuh bersemangat waja bertanya, “Adakah dgn cara itu, saya boleh sembuh seperti biasa?”

“Tidak, tapi itu akan membuatkan pakcik terbiasa dgn tanah," jawab si doktor dgn selamba.

Hadiah Perpisahan Buat Guru

Cikgu Kamil akan bertukar sekolah dan sehari sebelum hari teakhirnya, anak2 muridnya membuat jamuan perpisahan utknya. Cikgu Kamil tersenyum bangga mengenangkan anak2 murid yg bakal ditinggalkan itu. Dia juga banyak menerima hadiah sebagai tanda kenang-kenangan.

“Oh cikgu tahu ini apa, mesti teddy bear kan!” ujarnya ketika mengoncangkan kotak pemberian anak2 murid perempuannya.

“Eh! Cikgu ni hebatlah!” anak2 murid perempuannya bertepuk tangan. Kemudian Cikgu Kamil memegang pula hadiah pemberian anak3 murid lelaki pula. Kotak tersebut agak basah dibahagian bawah. Ada air menitik kesan koyakkan di tepi kotak.

“Hah!! yang ni… eemm mesti air kordial,”ujarnya sambil menjilat jarinya setelah dicuit ke titisan air yg menitik.

“Salah cikgu!!” ujar Ahmad, ketua kelas tersebut.

“Ok.. cikgu cuba sekali lagi… Ini mesti minyak wangi kan!” jawab Cikgu Kamil lagi sambil menghidu bawah kotak tersebut dgn epnuh asyik. Kembang kuncup hidungya untuk mengesan bau2an dari kotak tersebut.

“Apalah cikgu ni! salah!! Sebenarnya ada seekor anak kucing di dalamnya!!,” sahut Ah Chong pula.

LOL :DD

No comments: